Tuesday 19 June 2012

SUSAH BERNAFAS SEBAB HIDUNG TERSUMBAT


Hidung tersumbat boleh menyebabkan seseorang merasa sesak nafas, tidur berdengkur, bernafas melalui mulut, suara sengau, sakit kepala, berat kepala, letih dan lesu. Seringkali hidung menjadi tersumbat oleh sebab jangkitan virus atau bakteria semasa demam selsema dan ia akan pulih dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun ada sesetengah pesakit gejala hidung tersumbat ini berlaku pada bila-bila masa atau berpanjangan.

Ruang hidung manusia terbahagi kepada dua; belah kanan dan kiri. Ia dipisahkan oleh tulang tengah iaitu ‘septum’. Masalah hidung tersumbat boleh disebabkan oleh bentuk septum yang bengkok atau bengkakan pada selaput dalam hidung. Selaput hidung boleh menjadi bengkak disebabkan jangkitan kuman, alahan (alergi), polip hidung (nasal polyposis) atau ketumbuhan hidung (tumour). Pada peringkat umur kanak-kanak tisu adenoid yang besar seringkali menjadi punca hidung tersumbat. Terdapat juga insiden di mana bendasing menyebabkan sebelah hidung tersumbat dan berair pada kanak-kanak.

Apa lagi gejala lain berkaitan dengan hidung tersumbat?

Doktor akan bertanya beberapa soalan seperti berikut:
  • Berapa lama masalah ini berlaku?
  • Hidung sebelah mana atau kedua-duanya yang tersumbat?
  • Adakah masalah ini semakin serius dalam jangka masa terdekat?
  • Adakah tuan/puan mengalami sentiasa bersin, hidung gatal, hidung berair?
  • Adakah tuan/puan mengalami masalah sakit kepala, tidur berdengkur?
  • Bagaimana dengan deria bau dan rasa? Adakah ia berkurangan?
  • Pernah mengalami hidung berdarah?
  • Pernah mengalami trauma pada hidung?
  • Adakah tuan/puan menggunakan ubat sembur hidung yang mengandungi pseudoephedrine atau mengambil ubat aspirin?
  • Adakah tuan/puan mengalami masalah kesihatan yang lain seperti lelah, darah tinggi, masalah tiroid etc?

Bagaimana doktor pakar ENT mengenalpasti punca hidung tersumbat?

Setelah mendapat riwayat penyakit dengan teliti, pakar ENT akan memeriksa bahagian ruang hidung dengan menggunakan skop di klinik. Ini membolehkan pakar tersebut melihat dengan lebih jelas ruang dalam hidung dan mengenalpasti punca hidung tersumbat. Selalunya imej skop tersebut disambung kepada kamera dan dipaparkan di atas skrin TV agar pesakit juga dapat melihat dengan sendiri.

Kadangkala doktor akan mengesyorkan pemeriksaan lanjutan seperti ujian darah, ujian alahan atau CT scan. Tetapi ini bergantung kepada setiap kes pesakit dan bukan semua pesakit perlu pemeriksaan lanjutan tersebut.

Rawatan bagi hidung tersumbat

Rawatan hidung tersumbat bergantung kepada puncanya. Sekiranya ia berkaitan demam selsema, rawatan perubatan dapat memulihkan keadaan yang selalunya bersifat sementara.

Rawatan perubatan yang sering disyorkan termasuk ubat sembur hidung (intranasal steroids, nasal decongestant, saline wash/spray) dan pil (antihistamine, decongestant) dalam pelbagai kombinasi. Antibiotik juga perlu sekiranya ada jangkitan bakteria. Ia adalah penting bagi pesakit menggunakan ubat seperti yang disarankan oleh doktor yang merawat. Kadangkala ia mengambil masa beberapa minggu untuk hidung tersumbat menjadi lega.

Sekiranya rawatan perubatan gagal untuk memulihkan masalah hidung sumbat, pakar ENT mungkin mengesyorkan pembedahan (surgeri). Jenis pembedahan bergantung kepada punca masalah hidung tersumbat. Contohnya pembedahan septum (septoplasty) dinasihatkan sekiranya pesakit mengalami tulang septum yang bengkok. Ada juga pembedahan turbinat hidung untuk mengecutkan selaput yang bengkak. Endoscopic sinus surgery pula disyorkan bagi mereka yang bermasalah polip hidung dan sinusitis. Tisu adenoid yang bengkak juga boleh dibedah sekiranya rawatan perubatan gagal. Perlu diingatkan bahawa ada beberapa cara untuk mengatasi masalah hidung tersumbat dan doktor pakar akan menasihatkan rawatan yang paling sesuai bagi setiap pesakit.


313 comments:

  1. terjumpa info ni, juga pasal hidung tersumbat… sharing is caring :) - Hidung Tersumbat

    ReplyDelete
  2. Dr..sejauh mana risiko pembedahan septoplasty?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risiko pembedahan septoplasty adalah minima dan jarang berlaku. Ianya termasuk pendarahan, jangkitan kuman, saddle nose etc. Elok berbincang dengan pakar bedah ENT yang akan menjalankan pembedahan tersebut.

      Delete
  3. Salam doktor..saya nak tanya..kadang² hidung saya kerap tersumbat..kiri kadang² kanan..saya x sesema atau batuk.tapi saya seorng perokok
    Boleh doktor beri tahu apa sebabnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Pemeriksaan ENT perlu dilakukan untuk mendapat kepastian antara tulang septum bengkuk, turbinat bengkak, sinusitis atau polip hidung. Ini antara punca hidung tersumbat yang kerap berlaku.

      Delete
  4. Salam doc. Boleh dikatakan setiap malam saya susah nak tidur sebab hidung tersumbat dan susah bernafas. Saya juga mengalami kesukaran untuk menelan air liur kadang kadang. Apa penyebabnya ya doc ? Saya juga mengalami batul berpanjangan. Saya sering mandi malam sebelum ni. Adakah ini puncanya ke ada penyebab lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya nasihatkan agar mendapatkan pemeriksaan daripada Pakar ENT. Saya boleh membuat pemeriksaan endoskopi ke dalam kerongkong dah hidung untuk memastikan punca masalah. Prosedur ini dilakukan di klinik. Setahu saya mandi malam tiada kaitan dengan masalah tersebut

      Delete
  5. Salam, masalah saya ialah hidung kerap tersumbat apabila cuaca sejuk atau perubahan cuaca..saya juga menggunakan nasal spray tp tidak membuahkan hasil..kadang2 kedua2nya tersumbat serentak..ubat loratadine sudah tidak membuahkan hasil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Adakah pemeriksaan hidung menunjukkan masalah sumbat disebabkan turbinat bengkak, tulang septum bengkuk atau masalah polip hidung? Sekiranya sudah mencuba ubat spray dan masih mengalami sumbat, elok berbincang dengan pakar ENT untuk alternatif pembedahan.

      Delete
    2. Salam dr!! Saya dah masuk 3 thn hudung sumbat.. Dah berbagai perubatan saya xcuba! Cuma pakar hidung jer yg belum lagi. Hidung saya berpunca dari saya panjat kelapa.. Dari atas pokok ada satu kumpulan habuk masuk ke hidung saya.. So sampai sekarng saya dpt merujuk pakar.. Takut dibedah pulak hidung saya.!!ada kah sirius kalu beteria tu dah masuk dlm hudung saya.??

      Delete
  6. Salam doc,
    Anak saya berumur 9bln. Pernah terkena jankitan telinga pada usia 4 bulan. Kebelakangan ini saya dapati hidungnya seolah-olah tersumbat tetapi tidak selsema.Any advise.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya hidung tersumbat tidak menganggu penyusuan, pemakanan dan pernafasan anak, puan tidak perlu risau. Jika ya elok dapatkan pemeriksaan doktor pakar

      Delete
  7. Bagaimana merawat polip?umur anak 7tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan awal untuk polip boleh dimulakan dengan penggunaan ubat spray hidung +- ubat makan. Sekiranya tidak berkesan mungkin perlu pembedahan. Polip hidung pada kanak-kanak jarang berlaku dan mungkin memerlukan pemeriksaan yang lanjut.

      Delete
  8. SALAM DR..saya baru saja pulih dari demam yg tidak berapa kuat. Saya kategorikan tidak berapa kuat kerana hanya kurang selera makan, yang lain2 semua ok..tapi hidung sya tersumbat belum pulih..saya cuba keluarkan hingus kadang-kadang ada kadang kadang tidak tapi kalau ada sebelah kiri berwarna putih pekat dan sebelah kanan berwarna kuning..minta pencerahan dari doktor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kemungkinan demam disebabkan selsema. Sekiranya hidung sumbat tidak pulih atau hingus menjadi pekat dan berbau busuk dan mengalami sakit kepala, elok mendapatkan rawatan doktor dan rujukan kepada pakar ENT jika perlu

      Delete
  9. Salam dr...anak saya pernah melakukan pembedahan membuang tonsil dan tisu adenoid kira2 9 bln yg lalu. Namun demikian, ada waktunya sekarang dia masih mengalami hidung sumbat. Fyi dia tidak bersin atau berhingus. Soalan saya....adakah tisu adenoid yg telah dibuang boleh mengembang semula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kebanyakan kes, adenoid tisu tidak akan mengembang semula selepas pembedahan adenoidektomi. Kajian menunjukkan kurang daripada 2% kes adenoid tisu boleh mengembang semula. Hidung sumbat boleh juga disebabkan tisu turbinat yang bengkak. Kemungkinan ini sebabnya masalah hidung sumbat berulang.

      Delete
  10. salam doc, saya pernah mengalami demam yg agak teruk lebih kurang 2 tahun lepas. ketika itu saya selsema teruk dan menyebabkan hidung kiri tersumbat. sejak itu, hidung saya tersumbat (kiri dan kanan) dan kahak sering ada. setiap kali bangun pagi, saya mengamali kesukaran bernafas, namun tiada apa-apa yg menyebabkan tersumbat. deria bau juga agak berkurangan. kini, apabila sedang bercakap, hidung saya tersumbat secara tiba-tiba dan ini agak sukar utk saya bernafas dan bercakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan Suhanah mempunyai masalah sinusitis kronik. Sila dapatkan pemeriksaan pakar ENT untuk pengesahan diagnosis.

      Delete
  11. Assalamualaikum...

    bangun tido jer...hidung terus sumbat. masa tido ok je. lama pulak tu tersumbatnye...sampai 5/6/jam. jadi serba x selesa. dah 3 hari hari cam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Dapatkan pemeriksaan doktor klinik dan sekiranya perlu dirujuk kepada pakar ENT. Agak sukar untuk mengetahui punca masalah tanpa pemeriksaan dan pertanyaan lanjut

      Delete
  12. salam Dr.

    Tahun lepas sy ada jalani pembedahan kecutkan tisu turbinat yang bengkak. walaubagimanapun, masalah ini kembali. hidung saya kerap tersumbat hingga sebabkan sakit kepala, loya dan lemah badan. selsema yg lama(sudah 2bulan belum baik). apakah nasihat Dr mengenai masalah saya dan adakah ini berkaitan dengan masalah resdung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Berpandukan kepada simptom yang diberi. kemungkinan ada masalah rhinosinusitis. Saya syorkan pemeriksaan semula dengan pakar ENT untuk pengesahan punca sakit kepala dan hidung sumbat tersebut. Sekiranya ingin membuat temujanji di klinik saya, sila telefon 03 3377 7865

      Delete
  13. salam Dr,

    saya mengalami masalah hidung tersumbat sudah 2thn dan tidak ada bau. menerima rawatan susulan di HKL. 2@3 bulan sekali, perlu pergi hospital untuk scop hidung (untuk keluarkan kotoran yg sudah keras) dan tgk perkembangan. ada perubahan tp sedikit shj. ubat yang diberi garam, ubat titik utk hidung, sekiranya dijangkiti virus akan diberi antibiotik. Mungkin dr boleh cadangkan kaedah lain yg boleh digunakan. masalah lain, bila telan air liur akan rasa lendiran dr hidung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Agak sukar untuk memberi nasihat tanpa mengetahui diagnosis dan melakukan pemeriksaan dengan sendiri. Daripada ceritanya seperti masalah atrophic rhinitis. Is this your diagnosis? Ubat titis jenis apa yang diberi? Teruskan cucian hidung (nasal douching). Elak daripada tidur di bilik berhawa dingin, cuba gunakan air humidifier. Makan vitamin secukupnya dan jika tiada alahan, boleh mencuba mengambil madu. Tetapi pesakit harus faham masalah atrophic rhinitis sukar untuk dipulihkan sepenuhnya. You have to make lifestyle modifications that will improve your condition.

      Delete
    2. Tq dr atas nasihat tersebut. Tetapi apa vitamin yang sesuai

      Delete
  14. salam...saya risau...pada setiap malam,saya agak susah utk tidur...hidung sering tersumbat...dulu,guna vicks pown dh ok,tapi,skrg..mcm dh x berhasil...nafas mlalui mulut ja..malam ja yg jadi..siang x...sedih..harap doc dpt mnjwb soalan sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya syorkan dapatkan pemeriksaan pakar ENT untuk mengetahui punca hidung sumbat dan rawatan sewajarnya. Sekiranya ingin membuat temujanji di klinik saya, sila telefon 03 3377 7865.

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Adakah bengkak dihidung akan berkekalan? Kerana ianya merubah bentuk hidung sy :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti apa maksudnye yang bentuk hidung berubah. Bengkak dalam hidung seperti turbinat bengkak tidak akan merubah bentuk hidung luaran.

      Delete
  17. Salam Dr....saya sedang mengalami selsema....tapi tiada hingus...tetapi hanya keluar air yang berwarna jernih....dan pada mulanya,hidung saya hanya tersumbat pada sebelah kiri....tetapi...dalam beberapa jam.....ia beralih ke sebelah kanan....ianya sungguh menganggu saya untuk tidur dimana saya kerap bersin dan agak susah untuk bernafas jika terkena angin dari kipas....apakah nasihat Dr kepada saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika selsema, masalah ini bersifat sementara. Saya syorkan guna ubat semburan hidung dan makan ubat selsema yang disyorkan oleh doktor. Sekiranya ia berpanjangan lebih daripada 2 minggu, elok diperiksa oleh pakar ENT.

      Delete
  18. asalam dr...saya shidi dr taiping...adakah resdung menyebabkan hidung tersumbat...sy mengalami hidng tersumbat yang ketara..sy memakai ifrin nasal spray untuk melegakan hidung tersumbat...adakah pemakian ubat spay ini mempunyai kesan sampingan kelak...wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Masalah resdung boleh menyebabkan selaput dalam hidung dan turbinat menjadi bengkak dan seterusnya hidung terasa sumbat. Penggunaan nasal spray tersebut boleh mengatasi masalah hidung sumbat, Walaupun tidak digalakkan penggunaan yang berterusan kerana boleh menimbulkan masalah 'rebound'. Atau yang dimaksudkan turbinat hidung akan menjadi lebih bengkak.

      Delete
  19. salam doc..hidung saya makin membengkok..hidung sebelah kiri makin mengecil..adakah perlu untuk buat Pembedahan septoplasty.?mintak pencerahan dari doc..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya hidung makin sumbat dan mengganggu, pembedahan septoplasty elok dijalankan. Walaubagaimanapun elok dapatkan pemeriksaan pakar ENT dan biar doktor tersebut nasihatkan rawatan yang sesuai.

      Delete
  20. Salam Dr ,
    Saya mengalami masalah sukar bernafas ketika tidur . Kadangkala saya jadi takut nak tidur . Saya ada juga check di klinik tp doktor klinik tu kata penyakit saya tak kritikal . Doktor klinik tu bg saya ubat sinus . Tp bila saya makan ubat tu saya rasa mcm penyaki saya makin teruk . Doktor tolong saya . Terima kasih

    ReplyDelete
  21. Askum dr
    Anak saya berumur 6thun seringkali mengalami hidung tersumbat...hampir setiap hari pagi, ptng & paling teruk malam...sudah makin kritikal n berlanjutan hmpir 2 minggu...susah dia nk bernafas n sering menangis...adakh masalh ini berpunca dr resdung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Ia boleh berpunca daripada masalah resdung, tisu adenoid yang bengkak atau sinusitis. Untuk mendapatkan kepastian, harus diperiksa oleh pakar ENT.

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum doc .
    saya ada masalah resdung. setiap hari saya kana bersin.
    saya belum check lagi . dah lama dah kena resdung. saya nak tanya , kalau buat surgery , resdung akan okay ke atau risiko menghidap semula ? saya takut doc!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Boleh cuba penggunaan ubat dan pantang alahan dahulu. Tidak semestinya memerlukan pembedahan.

      Delete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Doc , saya pegi dah clinic . and i say , saya resdung. then doc tu bagi vitamin C and ubat selsema/tahan gatal . okay oke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya masalah hidung gatal dan berair, ubat yang diberi sepatutnya membantu. Cuba ubat tersebut dahulu dan sekiranya tidak berkesan rujuk kepada pakar ENT.

      Delete
  26. Salam.
    Saya baru menjalani pembedahan sinus.
    selepas pembedahan saya dapati byk ketulan darah beku keluar dari hifung saya. Doktor kata itu perkara biasa selepas pembedahan.
    Sekarang saya dapati telinga saya agak sedikit tersumbat dan suara agak sengau.
    Adakah ini salah satu kesan sementara selepas pembedahan?
    Mohon pencerahan dari Doktor.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum doktor ada masalah pernafasan..hidung saya kerap tersumbat.bila saya cuba masukkan jari say ke rongga hidung saya dapati seolah-olah ada ketulan daging kecil dalam rongga hidung yang menutup saluran pernafasan saya..harap doktor dapat membantu saya..
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Ketulan daging tersebut mungkin turbinat hidung yang besar atau bimbang ada ketumbuhan. Sila dapatkan pemeriksaan doktor dan dirujuk kepada Pakar ENT jika perlu. Boleh telefon klinik saya sekiranya ingin membuat temujanji.

      Delete
  28. salam sejahtera dr. baru 3 bulan saya mengalami masalah hidung tersumbat. walaupun kedua belah hidung mengalami maslah ini.kekerapan berlaku disebelah kanan. masalah ini membawa kepada kesukaran pernafasan. bila jumpa dr. mrk bg jwp takde apa2 mslh. hanya alergi dan udara yg tak bersih. pas mkn ubat dr pun masih mcm tu juga.dah masukkan skop .semuanya k..tp tak sembuh lg. saya bimbang mungkin ada maslah dgn throat or lungs?saya memerlukan bantuan dr. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sukar saya ingin memberi rawatan penyelesaian yang sesuai tanpa pemeriksaan hidung. Deskripsi seolah-olah ada masalah septum bengkok atau turbinat yang bengkak. Lain punca boleh juga disebabkan polip. Mungkin hanya memerlukan pemakaian ubat yang lebih sesuai. Pastikan penggunaan ubat seperti yang disyorkan dan sekiranya tiada kesan, elok diperiksa semula.

      Delete
  29. Maaf docter saya yuli dari indonesia. Saya membaca forum ini. Yg saya tanyakan apakah bentuk hidung pesek. Maksudnya tulang hidung rendah sejajar dengan dahi mempengaruhi pernafasan. Karena anak saya kalau tidur sering susah bernafas dan berbunyi kalau bernafas. Juga sering bernafas melalui mulut. Apakah hal tersebut wajar saja atau karena bentuk hidungnya yang tulang hidungnya rata tersebut mempengaruhi pernafasannya. Terimakasih doc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Selalunya bentuk hidung luar jarang mempengaruhi pernafasan kecuali disebabkan trauma atau lubang hidung yang abnormal.
      Dalam kebanyakan kes, pernafasan hidung terganggu oleh kerana struktur dalam hidung seperti turbinat bengkak, septum bengkuk, tisu adenoid besar dan sebagainya. Pada kanak-kanak punca utama dengkur atau nafas melalui mulut adalah selalunya tisu adenoid dan tonsil yang besar. Sila dapatkan pemeriksaan pakar ENT untuk kepastian.

      Delete
  30. Salam doc adenoid dan polip sama ke?adenoid boleh sembuhke dengan cara ape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adenoid dan polip hidung tidak sama. Adenoid terletak di ruang belakang hidung atau nasopharynx. Polip berpunca dari sinus. Adenoid yang bengkak/besar boleh kecut dengan ubat atau penjagaan alahan. Tetapi kadangkala ubatan tidak berkesan dan pembedahan adenoidektomi perlu dilakukan.

      Delete
  31. anak sy kini berusia 8 tahun sering bersin di waktu pagi, hidung tersumbat waktu mlm dan hidung berdarah. ini berlaku sejak usianya 7 tahun. keluarga kami tiada masalah alahan atau asma. minta pencerahan dr. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukar untuk saya memberi pencerahan selebihnya tanpa memeriksa hidung anak puan. Masalah alergi masih boleh berlaku walaupun tiada sejarah alergi dalam keluarga, kebarangkaliannya lebih kurang 20%

      Delete
  32. As salam doc..
    Sy baru je ubati resdung cara tradisional iaitu keluarkan lendir melalui hidung..alhamdulillah stakat ni dh kurang bersin, gatal2 hidung & mata..tpi dia jadi trsumbat pulak sebelah kanan paling ketara..bila sy suluh dlm hidung nmpak saluran hidung sblh kanan lgi sempit dri sblh kiri..mcmna nk atasi mslah ni doc?adakah ini disebabkan oleh sinus@resdung?..hrp doc dpt mmbntu..tq

    ReplyDelete
  33. salam doc sya.mengalami hidung trsumbat selama 3 bln sudah...susah untuk brnafas...apakah sebab nya...

    ReplyDelete
  34. hidung saya juga kadang ada berdarah sebelah kiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa terutamanya kerana ada berdarah untuk menolak kemungkinan penyakit yang lebih serius.

      Delete
  35. As salam, saya nak bertanya,saya merupakan student IPTA yang mengalami masalah ini, berapakah jumlah kos untuk menjalankan pembedahan septum (septoplasty) di hospital kerajaan? Adakah pembayaran sepenuhnya mesti saya tanggung? Tq banyak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saya tidak berapa pasti kos pembedahan di hospital kerajaan untuk pelajar IPTA, samada diberi subsidi penuh. Lebih tepat untuk menelefon atau bertanya di kaunter hospital kerajaan tersebut.

      Delete
  36. Salam doc...anak sy umur 1thun 6bln..sy dapati hidung dia memg slalu bunyi2 terutama skali bila tdo..even xselsema pn ada bunyi kuat bila bnafas..da agak lm sbnrnya.. Knpa agaknya doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jika tidak menganggu pernafasan, ia adalah normal. Tetapi sekiranya setiap kali tidur berbunyi, elok diperiksa dengan lebih lanjut oleh pakar ENT

      Delete
  37. salam doc,isteri saya megalami masalah hidung tersumbat dan lendir dekat kerongkong hampir 2bulan dan tak elok2,ubat mcm2 dh makan termasuk antibiotik dan piriton tp tetap tak berkurangan..masalah nie paling kerab berlaku pada waktu mlm..boleh tak doc beri pendapat ap msalah yang isteri sya alami ni dan apa spatutnye sya buat..sbb bila sya pergi klinik doc tersebut hanya memberikn isteri sya ubat saja..padahal msalah nie lama berlarutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya syorkan diperiksa oleh pakar ENT untuk pemeriksaan dan rawatan lanjutan. Sukar untuk memberi diagnosis yang tepat tanpa diperiksa terlebih dahulu.

      Delete
  38. assalamualaikum Doktor Mazita, saya sudah lama mengalami sakit telinga dan hidung. saya ada buat pemeriksaan di hospital, kata doktor, saya ada blockage di telinga, selepas makan ubat telinga saya ok cuma lately ni telinga saya terasa sakit dan gatal. cuma setelah begiitu lama tidak bersih tiba tiba dua bulan yang lepas saya mulai bersin. sebab kata doktor yang merawat saya dulu tu, if i ever bersin, its a bonos to me...so saya hendak tanya adakah sakit telinga saya ini masih perlukan rawatan lanjut...kerap sangat terasa gatal di telinga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Elok diperiksa telinga tersebut untuk memastikan ia telah kembali normal. Jika ya, rasa gatal tersebut adalah normal bagi mereka yang mempunyai kulit kering atau alahan.

      Delete
  39. Asalamualaikum Dr.Mazita, Hampir setiap masa saya mengalami Hidung tersumbat dan Gatal2 Tanpa mengira waktu, Tanpa mengira tempat, Selalunya saya akan bernafas melalui mulut disebabkan hal berikut. Saya tidak makan-makanan Laut seperti udang dan lain2 yang mnyebabkan alergic. Hidung saya gatal2 dan tersumbat membuat kan telinga&mata saya turut merasakan gatal2 ... Sudah beberapa kali saya ke Hospital bertemu doktor pakar, Dorang hanya dengar aduan saya dan memberi ubat tanpa memeriksa Hidung saya , Apa yg harus saya lakukan untuk hilangkan mimpi ngeri ini :( ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam
      Periksa dengan pakar ENT. Di klinik, saya akan memeriksa dengan menggunakan endoskopi dan mencari punca hidung tersumbat tersebut. Sememangnya saudari mempunyai masalah alahan, allergic rhinitis.

      Delete
  40. Assalamualaikum dr, kebelakagan ini hidung saya kiri dan kanan kerap tersumbat. Saya baru sahaja mengalami sakit tekak, dan saya telah ke pakar ENT. Doktor pakar mengatakan saya mengalami sinusitis dan setelah di x-ray saya mempunyai hidung yg bengkok yang meyebabkan sinusitis berlaku. Doktor memberi ubat dan menasihati supaya tidak melakukan senaman yang berat dan bersin melalui mulut, dengan menutup hidung. Tiada rawatan susulan diperlukan. Setelah habis ubat, hidung saya kini kembali tersumbat dan sentiasa mempunyai kahak di tekak, pada mulanya berwarna hijau, tetapi sekarang sudah tidak berwarna (jernih shj). Saya juga sedang mengalami gatal2 seluruh muka, muka saya juga berjerawat. Doktor, adakah saya penghidap sinusnitis yang kronik? Perlukah pembedahan meluruskan tulang hidung dilakukan, memandangkan doktor tersebut tidak mencadangkan apa-apa pembedahan pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Simptom yang dihadapi seperti sinusitis. Jika masih berlarutan elok diperiksa semula dan buat pemeriksaan CT scan. Samada perlu atau tidak pembedahan bergantung kepada keputusan ujian dan pemeriksaan pakar.

      Delete
  41. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saya syorkan sekiranya boleh, buat temujanji di klinik saya. Saya akan cuba membantu. Tetapi saya perlu melakukan pemeriksaan dan harapnya dapat mencari punca masalah tersebut. Tel klinik 03 3377 7865. Bawa sekali senarai ubatan dan Xray/CT scan.

      Delete
  42. Waalaikumsalam Amir Ezzat Fauzi,
    Saya syorkan sekiranya boleh, buat temujanji di klinik saya. Saya akan cuba membantu. Tetapi saya perlu melakukan pemeriksaan dan harapnya dapat mencari punca masalah tersebut. Tel klinik 03 3377 7865. Bawa sekali senarai ubatan dan Xray/CT scan.

    ReplyDelete
  43. Salam doctor,sy sudah 4 hari menggalami hidung tersumbat pd hidung blh kiri dan kadang2 blh kanan..hanya ada sedikit selsema itupun kadang2..jika sy sedut cairan dari hidung dn luakan dari mulut sy dapati warna lendiran itu putih dan bercampur coklat/perang..adakah itu darah dr? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Warna coklat perang tersebut kemungkinan darah lama atau nanah pekat. Elok diperiksa oleh pakar ENT untuk memastikan punca lendiran tersebut dan rawatan selanjutnya.

      Delete
  44. salam doctor,
    apakah risiko jika dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok mengetahui punca hidung sumbat yang kronik untuk memastikan tiada penyakit serius yang perlukan rawatan awal

      Delete
  45. Doc anak saya berumur 10 bulan dan hidungnya sentiasa tersumbat dan akan selsema pada waktu pagi n malam.dia bernafas mnggunakan mulut..apakah masalah ini serius

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya hidung tersumbatnya menganggu pernafasan sewaktu tidur dan menyusu, elok diperiksa untuk rawatan selanjutnya.

      Delete
  46. Selamat pagi Dr. Sy bjumpa doktor bbrp bulan yang lalu dan sy mengalami nasal polyps. Dia mencadangkan sy menjalankan pembedahan. Brpkah anggaran kos pembedahan ny?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok berbincang dengan pakar ENT yang merawat untuk mendapatkan anggaran kos pembedahan yang lebih tepat.

      Delete
  47. Salam Dr,
    Sy hamil 4 bulan, sebelum hamil lg sy mengidap resdung yg teruk, gatal dlm telingan, hidung berdarah, gatal hidung, muka. biasa kalau mkn ada yg x kena akan alegi. Dalam waktu hamil ni pulak sy mengalami hidung tersumbat sehingga sukar bernafas. tambahan sy mempunyai astma. jadi amat siksa kalau nak bernafas. apa sy perlu bt dr? setiap mlm mmg x boleh tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Semasa hamil, perubahan hormon boleh menyebabkan hidung menjadi lebih tersumbat atau alahan bertambah sensitif.
      Elok diperiksa pakar ENT untuk kepastian diagnosis. Dan ubat spray hidung boleh digunakan yang bersesuaian dengan kehamilan.

      Delete
  48. Saya mengalami bengkak di dlm hidung n tiriod...deria bau pun hilang...ada kaitan ke antara penyakit tiriod dan bengkak di dlm hidung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya ada masalah tiroid, kebanyakan pesakit akan mengalami hidung tersumbat. Jika sumbat yang teruk atau polips, kemungkinan deria bau terjejas. Walaubagaimanapun kebanyakan pesakit dapat dirawat dengan ubatan yang sesuai.

      Delete
  49. Salam doc..dah hampir.2 minggu saya mengalami kehilangan deria bau total akibat hidung tersumbat..saya tak demam..kemungkinan.besar alahan habuk
    .tapi ini pertama kali saya mengalaminya.sebwgitu lama sehingga hilang deria bau...saya hamil 15 weeks...gynae ade bagi piriton...sekarang hidung sudah kurang tersumbat...tetapi hidung seblah kanan masih tersumbat kadng kadang..
    Masalah nya....saya masih belum mendpat deria bau semula walaupun saya dah bole bernafas lebih baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kehilangan deria bau adalah satu simptom yang membimbangkan terutamanya jika berpanjangan. Elok diperiksa dengan pakar ENT untuk memastikan punca masalah puan. Hanya dengan pemeriksaan endoskopi doktor dapat memastikan tiada masalah yang lebih serius.

      Delete
  50. Salam doc..sy mengalami hidung tersumbat sejak sekolah menengah..dn skrg umur 26..ade mase smpi kne bernafas ikut mulut..dada jd sebak..waktu tdor berdengkur makin kuat smpi ggu org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa bahagian hidung untuk diagnosa punca hidung sumbat seperti septum yang bengkok. Masalah tidur berbunyi mungkin disebabkan hidung tersumbat. Pemeriksaan ENT dapat membantu mengetahui punca dan rawatan yang diperlukan

      Delete
  51. Dr..saya mengalami hidung tersumbat, gatal2 pada kulit muka dan telinga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan saudara mengalami masalah alahan, allergic rhinitis. Elok diperiksa untuk kepastian

      Delete
  52. Salam Dr..
    dulu saya pernah buat check up and tulang hidung saya bengkok.. tapi saya tak buat any surgery.. lately semakin susah bernafas dan bila bersin berdarah..
    is this related to sinus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Tidak semestinya ada masalah sinusitis. Tulang septum yang bengkok juga boleh menyebabkan simptom yang sama. Darah dalam hingus perlu diperiksa untuk memastikan tiada masalah yang lebih serius.

      Delete
  53. Salam Dr,

    Saya mengalami masalah dengkuran waktu tidur, bersin setiap pagi, kesukaran bernafas dan muka berjerawat. Adakah masalah saya berkaitan dengan resdung ataupun masalah saluran pernafasan? Jika mengalami masalah saluran pernafasan, adakah ada kaitan dengan paru2?

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Simptom yang diahadapi lebih kepada masalah hidung sumbat dan resdung.

      Delete
  54. Assalamualaikum Dr Mazita.

    Saya mengalami sinus juga.hidung tersumbat, selsema berpanjangan dan kahak sentiasa ada.dulu pernah dapat rawatan dari ENT (ubat dan spray) pada tahun 2012.lepas 2,3 kali tak lega, saya dah berhenti follow up di hospital tu.baru2 ni hidung saya rasa sakit lain macam.saya baru perasan turbinate dalam hidung sebelah kanan saya makin membesar (hampir menutup lubang hidung).adakah ini bahaya?jika saya nak buat pembedahan, berapakah anggaran kosnya Dr?terima kasih dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Masalah hidung perlu dirawat kerana boleh menjadi kronik sinusitis dan hidung tersumbat juga boleh menganggu pernafasan sewaktu tidur. Kos rawatan bergantung kepada prosedur rawatan yang sesuai. Jadi elok berbincang dengan pakar ENT yang merawat. Doktor perlu memeriksa keadaan pesakit kemudian berbincang tentang rawatan yang sesuai dan kos rawatan.

      Delete
  55. Salam doc. Saya xtau saya ada resdung atau tak. Tapi sejk kebelakangan ni, tanda2 resdung dh ada. Yg sushnya. hidung sy selalu tersumbat tiba2. Berhingus. Pd pndpt doc, ini hanya perkara biasa atau saya perlu ke klinik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya hidung kerap tersumbat, elok diperiksa untuk rawatan seterusnya.

      Delete
  56. Salam doctor. Saya mengalami hidung tersumbat yang agak lama dan telah pun berjumpa dengan pakar ENT. Meraka telah mengesahkan bahawa septum saya bengkok dan saya mengalami pembengkakkan dlm hidung. Pada pandangan doctor perlukah saya melakukan surgery ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jika masalah hidung tersumbat masih berlarutan setelah mencuba ubat spray hidung dan jika ia menganggu aktiviti harian, mungkin pembedahan adalah rawatan yang terbaik. Elok berbincang dengan pakar ENT yang merawat untuk membuat keputusan.

      Delete
  57. Salam Dr. Hidung saya selalu tersumbat. Kalau x kanan, kiri. Ia membuatkan saya bernafas mggunakan mulut setiap masa. Apa Dr punyai petua yg berkesan? Adakah bernafas mggunakan mulut boleh menyebabkan perut kembung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa oleh pakar ENT untuk mengenalpasti punca hidung tersumbat, Rawatan bergantung kepada punca tersebut. Tiada petua yang berkesan. Setahu saya, bernafas melalui mulut tidak menyebabkan perut kembung.

      Delete
  58. Salam, Dr. Mazita. Saya terjaga jam 3 a.m tadi gara-gara hidung saya berdarah untuk kesekian kalinya. Rasa gatal sangat hidung sampai rase nak gonyoh2 je hidung and mata sebelah kiri. Ada rawatan yang disyorkan? Adakah perubatan moden combine dengan traditional treatment boleh digabungkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa dahulu punca hidung berdarah sebelum memulakan rawatan. Bimbang rawatan yang dimulakan tidak sesuai dan ini boleh memudaratkan masalah yang dihadapi.

      Delete
  59. salam dr mazita...anak sy berumur 7 thn mengalami maslah kesukaran bernafas sewktu tidur mlm...hidung trsumbat dn berdengkur...die byk mggunakan mulut untk bnafas...maslah ni berlarutan sewaktu die msih bermur 3 thun...sudah bwk berjumpa doktor, tetapi doktor britahu msalah ni bersifat sementara....pada siang hari die akan bernafas normal seperti biasa...sy sgt2 risau jika mslah ni boleh mjejaskan kesihatan die...dn juge die hilang fokus disekolah,mungkin mlm die kurg lena...apakah yg perlu sy lakukan...samaada sy perlu bwk die berjumpa dgn pakar??
    apakah posisi tidur yg sesuai supaya mengurangkan kesukaran die bnafas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa pakar ENT untuk mengetahui punca kesukaran bernafas tersebut yang telah berlarutan beberapa tahun. Jika ingin membuat temujanji di klinik saya, telefon 03 3377 7865.

      Delete
  60. Salam,
    Boleh saya minta pendapat? Saya mengalami masalah hidung.. Saya merasakan hidung saya tersumbat.. Bila saya sedut hinggus/ tarik nafas, hidung saya akan berbunyi dgn kuat.. Boleh Dr berikan apa² komen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya ada bunyi bila sedut atau tarik nafas, mesti ada punca hidung itu tersumbat. Ini menyebabkan turbulens pada pergerakan udara di dalam hidung semasa pernafasan dan 'air turbulence' tersebut mengeluarkan bunyi

      Delete
  61. Assalamualaikum dr., saya mengalami selesema dan batu mengeluarkan kahak yg banyak. Sekarang batuk dah baik n selesema dah berkurangan. Masalahnya, sudah 2 hari deria bau saya hilang apabila bangun tidur. Telah berjumpa dgn doktor dan diberi antibiotic. Adakah bau ini akan kembali pulih atau sebaliknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Jika hilang deria bau kerana jangkitan (rhinitis) insya Allah ia dapat pulih semula. Tetapi sekiranya ia masih tidak pulih selepas beberapa minggu, elok diperiksa dengan lebih lanjut oleh pakar ENT.

      Delete
  62. salam doktor...saya nak tanya...hidung saya dah masuk hampir 2 bulan tidak boleh bau ape-ape doktor...kadang-kadang dalam hingus ada darah sikit...hingus saya warna coklat...kenapa jadi sebergitu dan ape yg perlu saya lakukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sila periksa dengan segera oleh pakar ENT untuk melakukan pemeriksaan endoskopi hidung dan mencari punca masalah tersebut. Tidak normal untuk terus menghadapi hidung berdarah (merah atau coklat) dan hidung sumbat.

      Delete
  63. Apa kesan nya kalau dibiarkan terlalu lama dr ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling utama ialah untuk ditentukan apa punca hidung tersumbat. Dengan diagnosis baru boleh mengetahui samada ia berbahaya jika berlarutan. Jadi elok diperiksa juga punca hidung tersumbat yang berpanjangan.

      Delete
  64. sy mengalami hdung sumbat,gatal pd bhagian muka,hidung dan mata. kahak pekat brwarna hijau.. kdg2 batuk dan tonsil membengkak. jg sakit kepala.. apakah komen dr mgenai simptom2 yg saya alami ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simptom yang dialami cenderung kepada diagnosis sinusitis. Tetapi ini hanyalah jangkaan, kerana saudari perlu menjalankan pemeriksaan untuk menentukan diagnosis. Saya nasihatkan elok mendapatkan rawatan doktor

      Delete
  65. sy mengalami hdung sumbat,gatal pd bhagian muka,hidung dan mata. kahak pekat brwarna hijau.. kdg2 batuk dan tonsil membengkak. jg sakit kepala.. apakah komen dr mgenai simptom2 yg saya alami ini?

    ReplyDelete
  66. salam doktor.. sy mengalami hidung tersumbat 3minggu siang dan malam ... malah saya berdiri,berjalan dan melaku kan tugas harian masih juga tersumbat. paling teruk adalah setiap malam saya susah untuk tidur kerana hidung tersumbat pada kedua-dua belah .. saya belum pernah berjumpa doktor mengenai masalah ini.. adakah saya disarankan akan melakukan pembedahan??

    ReplyDelete
  67. Salam,
    Tidak semestinya memerlukan pembedahan. Kebanyakan punca hidung sumbat boleh dirawat dengan peggunaan ubat. Jangan bimbang, lebih wajar mendapatkan pemeriksaan dahulu. Jangan biarkan ia berlarutan.

    ReplyDelete
  68. Salam Doc, saya mempunyai masalah hidung tersumbat berlarutan dah 5 tahun. Pernah juga saya check di hospital tengok tulang hidung saya bengkok sedikit. Saya juga sering mengalami masalah ada gumpalan hingus di hidung kanan. Mmg sukar sgt untuk bernafas dan terpaksa bernafas ikut mulut. Tapi saya tktahu sama ada itu gumpalan hingus atau ketumbuhan. Bila saya ke klinik, doc hny beri saya ubat titis hidung dan ubat selsema. Hidung saya sering tersumbat setiap masa. Sehingga tisu ditangan tidak lekang.Soalan saya, perlu kah saya membuat rawatan pembedahan untuk tulang hidung ini ataupun terus menggunakan ubat yang klinik beri ? Ataupun doc ada cadangan lain untuk saya mengatasi masalah ini. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Perlu diperiksa oleh pakar ENT terlebih dahulu secara endoskopi hidung untuk mengetahui punca masalah. Mungkin masih boleh cuba penggunaan ubat sebelum perlukan pembedahan.

      Delete
  69. assalam doc..sy pernah operate buang polyps pada bln 11 2012 dn semasa operation doc buang dinding hidung saya sedikit..sekrang sy masih menggunakan nasonex setiap malam sebelum tidur.pd bln 2 2014-8 2014 sy stop spray sebab doc bgt turbinat dh kurg bengkak.tp last checkup sy bln 8 2014 doc ada beritahu saya perlu teruskan ubat spray sbb trubinat bengkak kembali dn sudah lebam..apa pendapat doc?

    ReplyDelete
  70. adakah pemakanan juga perlu dijaga seperti tidak makan makanan yg gatal..sebab saya tidak berpantang .hanya menggunakan ubat doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sebab pernah menghadapi masalah polip hidung, saya nasihat teruskan penggunaan spray tersebut walaupun sudah kurang bengkak, Insya Allah dapat membantu mengelakkan masalah polip berulang semula. Pantang pemakanan sekiranya memang ada alahan contohnya gatal hidung/kulit jika makan makanan laut.

      Delete
  71. Assalamualaikum Dr. Saya menghadapi masalah berdengkur yg agak teruk. Pada tahun 2013, saya telah menjalani pembedahan septoplasty utk membentulkan tulang hidung yang bengkok. Namun masalah dengkuran masih belum hilang. Kemudian pada jan 2015 saya telah menjalani pembedahan membuang tonsil dan uvula. Namun masalah dengkuran masih berlaku. MOhon nasihat dan cadangan bagi mengatasi masalah ini. Tq Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Elok diperiksa semula, sukar untuk memberi nasihat tanpa memeriksa keadaan saudara.

      Delete
  72. Salam doctor...hidung saya selalu tersumbat..sehingga sye selalu bernafas menggunakan mulut....dan kadang2 sye susah nk bau dan merasa

    ReplyDelete
  73. Salam,
    Jika mempunyai masalah hidung sumbat dengan masalah deria bau dan rasa, saya syorkan dapatkan pemeriksaan dengan pakar ENT dengan segera. Gejala tersebut tidak normal dan perlu diperiksa untuk pastikan punca masalah tersebut.

    ReplyDelete
  74. Salam.. 2/10/2014 tempoh hari sy ada buat pembedahan buang 4 batang gigi bongsu dan cyst (odontogenic keratocyst). Sebelum pembedahan hampir dua tahun nanah keluar dr gusi. Selepas pembedahan sy mengalami infection teruk nanah keluar terlalu bnyk di tempat pembedahan gusi dan hidung. 8/11/2014 sy buat pembedahan ke 2 utk cuci tempat pembedahan dan 20cc nanah berjaya di sedut keluar oleh pakar ent. Selepas 2 pembedahan tersebut sy mengalami sakit kepala, sharp pain dan denyut di bahagian pipi,gusi,mata,belakang telinga, dan dahi. Sy masih menerima rawatan dgn pakar ent dan pakar dental. Masih menggunakan ubat seperti nasonex, budenide, loratadine, lyrica. Sejak 15/3/2015 ni sy mula mengalami demam suam2 berulang kali, batuk, selsema seperti yg berlaku sebelum tahu wujudnya cyst. 24/3/2015 sy pergi ke kk atas sebab sgt tak selesa bahagian kepala, susah utk bernafas, hidung tersumbat (kanan 100% tersumbat), lendir dari hidung dan mulut warna perang, kuning pekat dan ada masa beserta sedikit darah, sakit kepala (mencucuk dan berdenyut di pipi, dahi, mata dan telinga).Doktor ada berikan sy ubat cair kahak, ubat batuk, paracetamol dan oral aid. Pagi ini rasa pedih di tekak dan hidung bila bernafas. Buat pengetahuan doktor, follow up sy dgn pakar ent 16/4/2015 ni. Adakah perlu sy call hospital utk percepatkan tarikh follow up? ada tak cara terbaik dan mudah utk keluarkan lendir dr hidung. Bagaimana cara utk kurangkan bengkak turbinat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,
      Saya syorkan elok dapatkan pemeriksaan daripada pakar ENT dengan lebih awal. Dengan adanya lendir berwarna kuning keperangan kemungkinan besar ada jangkitan kuman yang memerlukan antibiotik, Walaubagaimanapun perlu diperiksa oleh pakar ENT untuk kepastian dan rawatan yang sesuai.

      Delete
  75. assalam doctor...
    saya juga mengalami masalah hidung sebelah kiri tersumbat..mmg saluran hidung sebelah kiri sempit....semasa pergi ke klinik...doctor just bagi ubat sembur dan ubat selesema jer....

    tapi tak selesema....
    cuma...setiap pagi memang akan bersin...dan hingus mesti keluar.

    kalau ikut sejarah..
    ssbelum ni ada gejala resdung..
    rasa sakit kepala..gatal hidung...

    ReplyDelete
  76. Aslmkm,
    Anak sy berumur 5 tahun..sejak umur 4 tahun saya perasan anak saya kerap selsema, dan hampir 8 bln setiap malam anak saya akan mengalami hidung tersumbat..jika cuaca sejuk @ waktu pagi akan bersin mengeluarkan hingus y banyak..di siang hari keadaan normal..jika berada dlm kereta ( aircond dipasang) dlm masa y lama anak tibe2 akan bersin dan mula hidung tersumbat seperti selsema teruk.
    Sy da bertanya pd Doc Klinik Kesihatan..tapi doc ckp itu cuma alahan..namun saya risau kerana keadaan ini dah lama..risau anak tidak mendapat oksigen y ckup tika tidur kerana tidur berbunyi spt tersedak..kadang kala bernafas guna mulut ketika tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya memang nafas terganggu sewaktu tidur, elok diperiksa pakar ENT untuk mengetahui samada ada masalah tisu adenoid, tonsil atau turbinat yang besar. Elok dimulakan rawatan kerana menganggu pernafasan sewaktu tidur, kemungkinan masalah sleep apnea

      Delete
  77. Asalam dr,,saya dah banya sgt guna nasal spray sebab blom ada masa buat pembedahan,,ada kesan sampingan kah ? Yg botol putih suntik dlm hidung tu kebanyakan ada di klinik dan famasi.saya berurusan dgn dr ramani ENT KPJ.dan ada masaalah ke jila saya nak tuka ke dr lain pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Terdapat beberapa jenis ubat sembur hidung.
      Ubat sembur hidung yang mengandungi pseudoephedrine atau oxymetazoline tidak boleh digunakan berterusan untuk jangkamasa yang lama.

      Delete
  78. Salam doktor . Pada mula nya kepala saya rasa pening berpusing.dh susah untk bernafas.sya sudah cek di hoapital.sudah cek paru2 n jantung,tpi ok sja,xada apa2 masalah .lpas itu tngn n kaki kiri saya rasa lenguh2 n terasa lenguh di tengkok belah kiri plak .rasa pening berpusing sudah hampir sebulan tidak hilang . Apa masalah yg dihadapi oleh sya? Mhon bantuan doktor . Tq .

    ReplyDelete
  79. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  80. Zul Hilmi15 May 2015 at 18:15
    Salam doktor . Pada mula nya kepala saya rasa pening berpusing n susah untk bernafas.sya sudah cek di hoapital.sudah cek paru2 n jantung,tpi ok sja,xada apa2 masalah .lpas itu tngn n kaki kiri saya rasa lenguh2 n terasa lenguh di tengkok belah kiri plak .rasa pening berpusing sudah hampir sebulan tidak hilang . Apa masalah yg dihadapi oleh sya? Mhon bantuan doktor . Tq .

    ReplyDelete

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Elok berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan selanjutnya. Saya tidak dapat pastikan apa punca masalah dan samada ia berkaitan masalah ENT. Mungkin lebih wajar berjumpa pakar saraf/neurologi

      Delete
  81. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  82. Lgi 1terasa hidung tersumbat belah kiri sja .

    ReplyDelete
  83. Aslmualaikm doktor. Mohon nasihat bkaitan masalah yg sya hadapi. Sya menghadapi sakit kepala sebelah kanan belakang yg sudah berlanjuatan selama 1bln lebih.sakitnya menyucuk d satu tmpat shaja, kdg2 disertai dgn telinga tersubat dan berdesing. Dalam Hidung pun kdg2 terasa panas & sempit. Tiada demam, hasil pmeriksaan mata, telinga dan tekanan darah adalah normal. Sya telah mencuba pelbgai cara pemeriksaan d hospital kerajaan sehinggalah suatu ketika sya pergi ke klinik doktor pakar KPJ & doktor tsebut mngesyorkn sya utk scan otak. Hasil dari scan otak tsbut juga baik. Doktor pakar pun mnyarankn spaya sya mncuba lagi ubat thn sakit & sekiranya masih blanjutan, datang balik dan buat MRI. Pada masa yg sama, kebetulan dia mnyarankn saya utk pergi ke klinik ENT bsebelahan untuk membersihkn telinga kerana kotor. Sya pun pergi & bjumpa dgn doktor ENT & menceritakn semua masalah sya. Setelah mbersihkn telinga Akhirnya doktor ENT membuat pmeriksaan d dlm hidung saya & mendapati saluran dalam hidung sya telah membengkak & sempit. Dia mberikn sya spray hidung(Budesonide) utk sebln & mnyarankan sya dtg kembali selepas 1bln. Doktor ENT bkata ini mungkin mjadi penyebabnya & sekiranya masih brulang, sya blh rujuk kembali ke doktor pakar yg sbelumnya. Pada pendapat doktor, apakah penyakit sya ini bpunca dari hidung yg mberi kesan sakit kepala atau sakit kepala sya yg mberi kesan kepada hidung sya. Dan sekiranya bnar ia bpunca dari hidung adakah penyakit ini serius kerana sya bimbang kbanyakn yg sya tahu penyakit dlm hidung adalah serius & biasanya berakhir dengan pembedahan. Hari ni ialah hari kedua sya mencuba ubat hidung tu & Sya amat risau akan sakit kepala & hidung sya yg masih belum sembuh ini.Mohon nasihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Teruskan penggunaan spray tersebut. Ada kemungkinan sakit kepala disebabkan oleh hidung sumbat. Insya Allah boleh pulih dengan penggunaan ubat spray hidung.

      Delete
  84. Salam Dr,

    Saya pernah membuat pembedahan membuang polyp sinusitis 5 tahun lepas. Adakah polyp boleh tumbuh semula dan bagimanakah cara/rawatan supaya polyp ini tidak tumbuh lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Polyp hidung boleh tumbuh semula.
      Sekiranya ada masalah alahan, perlu pantang
      Pesakit juga perlu menggunakan ubat seperti ubat spray hidung dan mungkin ubat makan untuk mengelakkan polyp tumbuh semula. Ubat mana yang sesuai elok disyorkan oleh pakar yang merawat.

      Delete
  85. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  86. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  87. Assalam doktor saya sering mengalami hidung tersumbat apa yang saya ingat sejak saya mandi di laut dan hidung saya dimasuki air laut membuat kan saya selsema.apabila saya sembuh hidung saya terus tersumbat dan susah untuk bernafas.boleh bagi tips cara untuk hilang kan hidung tersumbat tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa untuk mengetahui punca sebenar kenapa hidung sumbat. Boleh mencuba guna ubat spray seawater hidung, jika tidak pulih berjumpa dengan doktor

      Delete
  88. assalam doktor saya sejak dari bangku sekolah lagi mengalami hidung tersumbat. mula- mula ingat ianya berpunca dari resdung tetapi saya tiada mengambil apa2 rawatan sehingga kini. Tetapi sejak akhir ini, hidung saya kadang2 mengeluarkan darah di hidung tersumbat. Apakah tanda itu? darah itu kadang berlindir seperti hingus dan biasa. Adakah ini di tahap serius? ada lagi ke langkah atau rawatan untuk penyakit ini doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya ada masalah hingus berdarah elok diperiksa oleh pakar ENT untuk pastikan tiada masalah yang lebih serius.

      Delete
  89. Salam dr. Sy Siti berumur 24 thn.Sy mengalami polip hidung sudah lebih 6bulan. Hidung selalu tersumbat dan hingus tak dapat dibuang. Sy hanya boleh keluarkan kahak. Kahak kadang2 warna hijau atau coklat. Sy selalu pening kepala. Sy pernah mengalami kekejangan kaki dan tangan. Adakah ini kesan drpd polip tersebut? Adakah pembedahan perlu dilakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan besar disebabkan polip hidung dan sinusitis. Elok diperiksa pakar ENT untuk rawatan. Sekiranya polip bersaiz kecil, masih boleh dirawat dengan ubatan yang sesuai. Jika tidak, pembedahan mungkin perlu.

      Delete
  90. salam. ank sy berumur 4 thn dn ada mslh tonsil dan adenoid. doc sarankn buat pmbdhn.. ank sy mmg tdur bdengkur dan bnfs melalui mulut. soalan sy wajarkah pmbdhn dlakukan dan apakah kesan smpingan drpd pmbdhn? sy risau sbb ank sy msih kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya saiz tonsil dan adenoid yang besar sehingga menyebabkan masalah gangguan pernafasan, elok dibuang/dibedah.

      Delete
  91. Salam dr..masalah sy hidung sy selalu tersumbat jarang sekali dpt bernafas melalui kedua2 hidung..kdg2 kedua2 hidung tersumbat..perkara ini terjadi sepanjang tahun..adakah perkara ini menyebabkan badan sentiasa lesu dan letih?

    ReplyDelete
  92. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  93. Salam dr..masalah sy hidung sy selalu tersumbat jarang sekali dpt bernafas melalui kedua2 hidung..kdg2 kedua2 hidung tersumbat..perkara ini terjadi sepanjang tahun..adakah perkara ini menyebabkan badan sentiasa lesu dan letih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jika hidung sentiasa tersumbat dan menganggu pernafasan, ia boleh menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Elok diperiksa masalah hidung tersebut.

      Delete
  94. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  95. assalamualaikum doctor..

    maxillary dn ethmoid sinusitis ni bahaya tak ? sampaikan doctor menyarankan buat operation..
    apekah kesanya jika tidak di rawat?

    ReplyDelete
  96. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  97. Salam doc, saya fina , saya ada masalah septum bengok pada hidung sebelah kiri dab turbinate bengkak pada hidung sebelah kanan . dan akan menjalani operation pada 26/10 ini di kpj . saya nak minta pendapat doctor . patut ke saya menjalani operation kecutkan turbinate ? sebab saya rasa sejak saya pakai spray nasonex dah almost 3weeks saya rasa macam ada berubahan dimana saya rasa senang untuk bernafas . dan saya jarang tersumbat hidung kecuali pada perubahan cuaca je saya punya hidung akan rasa tersumbat . tapi tak sekerap macam sebelum menggunakan spray nasonex . sebelum saya pakai spray nasonex . saya dah cuba pelbagai spray such as onmaris . flexsonel tapi tak ada tindak balas yang positif tapi dengan nasonex saya rasa berkesan . so patut ke tidak untuk saya menjalani operation kecutkan turbinate atau menjalani kedua dua sekali operation ? dari segi anggaran kos pulak macam mana ye doc ? terima kasih

    ReplyDelete
  98. Lubang hidung belah kanan saya mempunyai ketulan dan lubang belah kiri menjadi sempit, apakah masalah saya doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sukar untuk saya pastikan masalah yang dihadapi. Selalunya ketulan bengkak adalah turbinat hidung yang bengkak. Tapi elok diperiksa untuk pastikan ia bukan ketumbuhan. Dan seterusnya menerima rawatan ubat

      Delete
  99. Salam,
    Pada 30/10/2015 tempoh hari sy telah menjalani pembedahan Endoscopic septoplasty, bullectomy, turbinoplasty and middle meotus antrostomy di bahagian hidung. Selepas pembedahan sy mengalami ngilu di bahagian lelangit, gusi dan gigi atas, pipi dan keliling mata kerap mencucuk sakit, dan penglihatan sy menjadi kabur semasa sy merasai sakit di dahi, belakang telinga, keliling mata. Adakah ini normal berlaku selepas pembedahan? Buat pengetahuan doktor, makanan yg keras dan liat ( seperti biskut, ayam, daging) menyebabkan kesakitan dibahagian hidung mata semakin menjadi. Cecair berwarna kuning juga mengalir turun ke tekak setiap kali sy baring. Sejak 4 hari kebelakangan ini, cecair warna kuning ni berbau busuk. Sy masih lagi on dgn ubat antibiotik sejak keluar dari wad sehingga sekarang. Adakah sy perlu berpantang selepas pembedahan doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya harap saudari mengamalkan cucian hidung, nasal douching, selepas pembedahan. Saudari juga perlu memenuhi temujanji dengan pakar ENT, selalunya setiap minggu atau 2 minggu selepas pembedahan untuk pencucian hidung. Saya menasihatkan pesakit berpantang sekiranya memang ada alahan kepada makanan tertentu.

      Delete
    2. Alhamdulillah baru isnin haritu saya pergi follow up untuk cuci hidung dan buka baki jahitan yang tinggal. Ada infection nanah di dalam hidung dan keadaan bertambah teruk bila saya tengah selsama sekarang. Kenapa ye lendir dari hidung ni banyak keluar ke tekak berbanding keluar dr lubang hidung? Agak kurang selesa sedikit bila lendir kuning hijau kat tekak ni. Doktor, aktiviti-aktiviti lasak atau berat atau terdedah kepada panas boleh menyebabkan hidung sy berdarah kembali ke?rasa ngilu di lelangit selepas pembedahan itu biasa ke? Kes saya baru di refer ke pakar neuronlogi dan oral maxillofacial.

      Delete
    3. Salam,
      Elok mendapatkan keterangan lanjut daripada pakar ENT yang merawat. Saya tidak pasti mengapa perlu berjumpa pakar Neurologi dan Maksilofasial. Saya bimbang saya akan memberi nasihat yang salah.

      Delete
  100. Hi doctor,saya selalu sesak nafas. Selepas makan..naik motor dan diwaktu malam. Kadang kadang rasa pening macam tak cukup oksigen. Ada pula rasa tak selesa di sebelah atas dada kiri dan kadang kadang perut rasa macam kejang. Hidung saya jugak selalu tersumbat. Tolong nasihat.

    ReplyDelete
  101. Hi doctor,saya selalu sesak nafas. Selepas makan..naik motor dan diwaktu malam. Kadang kadang rasa pening macam tak cukup oksigen. Ada pula rasa tak selesa di sebelah atas dada kiri dan kadang kadang perut rasa macam kejang. Hidung saya jugak selalu tersumbat. Tolong nasihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Siva,
      Ada kemungkinan masalah refluks asid dari perut. Walaubagaimanapun elok diperiksa dengan lebih lanjut untuk pastikan bukan masalah jantung atau paru-paru yang lebih serius.

      Delete
  102. salam doc.. saya nk tanya doc pd tahun 2011 lpas sy ada buat pembedahan sinus melibatkan tulang hidung dan buang polyps dlm hidung yg bengkak.. tp skrg msalah kembali lg hidung sy sebelah kanan bengkak dan mnyebabkan trsumbat dan hidung selalu berair. pagi pula kerap bersin, buang kahak dan gatal2 pd telinga dan mata... apa perlu sy buat utk mngelakkan masalah ini brterusan? sy ada mnggunakan ubat spray juga tp sy rs tdk bgitu bkesan.. adakh perlu utk sy mnjalani pmbedahan buang polyps lgi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya mengalami simptom kembali elok mendapatkan rawatan dengan segera. Tidak semestinya memerlukan pembedahan. Perlu diperiksa samada polip telah kembali semula. Pakar ENT dapat mengesyorkan ubat yang sesuai untuk jangkamasa panjang. Dan ubat yang perlu mungkin berlainan bagi setiap pesakit.

      Delete
  103. Salam doc. Saya kerap bersin di waktu pagi, dan prubahan cuaca serta bila lipat baju2 n mngemas. Dan mata sya selalu gatal buatkan sy gosok mata hingga pdih. Dan telinga saya juga pd masa sama ada rasa gatal dan x selesa. Lelangit dlm mulut pn terasa gatal. Macam mana untuk saya dapatkan rawatan di hosp kerajaan? Kerana sy tak mampu menanggung kos yg tinggi. Perlu saya ke klinik dhulu utk pmeriksaan? Trm kasih doc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Boleh mendapatkan rawatan di klinik kerajaan atau klinik GP. Sekiranya doktor mendapati puan mengalami masalah allergic rhinitis yang serius, mereka akan rujuk kepada klinik pakar ENT di hospital kerajaan.

      Delete
  104. Salam.. sy mengalami hidung tersumbat di kedua dua belah menyebabkn sy bernafas melalui mulut. tapi sy tidak selesema. sy jgk sukar menelan air liur. setiap kali sy hembus mucus keluar hidung sy tersumbat lagi teruk. sy tidak dapat sedut mucus dr bahagian dlm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya syorkan dapatkan pemeriksaan pakar ENT untuk melihat keadaan dalam hidung dengan endoskop. Punca masalah mungkin turbinate bengkak, sinusitis, polip hidung, adenoid besar dan sebagainya.

      Delete
  105. Assalam doktor..suami saya ada masalah hidung tersumbat pada sebelah hidung saja dan sakit/nyeri di bawah kawasan dada sejak sebulan yg lalu..tetapi tidaklah sepanjang masa.suami saya pernah mengadakan cek up dihospital berkaitan dgn jantung,tapi semuanya ok..apa sebenarnya masalah suami saya doktor?terima kasih.saya dri Brunei

    ReplyDelete
  106. Assalam doktor..suami saya ada masalah hidung tersumbat pada sebelah hidung saja dan sakit/nyeri di bawah kawasan dada sejak sebulan yg lalu..tetapi tidaklah sepanjang masa.suami saya pernah mengadakan cek up dihospital berkaitan dgn jantung,tapi semuanya ok..apa sebenarnya masalah suami saya doktor?terima kasih.saya dri Brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Bagus suami puan telah mendapatkan pemeriksaan jantung kerana simptom sakit dada boleh berpunca daripada masalah yang serius. Saya syorkan pemeriksaan dengan pakar ENT untuk masalah hidung sumbat yang dialami. Pakar tersebut boleh juga periksa samada ia menyebabkan masalah pernafasan.

      Delete
  107. Salam doc... Saya nak buat appointment utk anak saya yang berumur 11 tahun. Macam mana ya?

    ReplyDelete
  108. Salam doc... Saya nak buat appointment utk anak saya yang berumur 11 tahun. Macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sila telefon klinik saya 03 3377 7865 dan bercakap dengan pembantu klinik untuk membuat temujanji. Tq

      Delete
  109. As Salam.. Doc anak ada masalah hidung sentiasa selsema dari umur 1 tahun hingga sekarang berumur 4 tahun.. dah byk klinik saya pergi, semua doc cakap masalah hidung sensetif, pernah juga bagi ubat pancit dalam hidung tetapi selsama akan datang semula.. yang terbaru anak saya sakit telinga, saya pergi klinik doc cakap jangkitan kuman disebabkan selsama dia, selera makan pun kurang, boleh doc bagi pendapat apakah punca dan cara-cara mengubatinya, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Alahan atau allergic rhinitis boleh ditangani dengan pantang dan penggunaan ubat yang sesuai. Masalah telinga ynag dihadapi kemungkinan otitis media mengikut penjelasan di atas. Perlu ubat selsema, antibiotik dan elak air masuk telinga. Sekiranya masih demam,kurang selera makan, muntah, sakit kepala elok diperiksa semula oleh doktor

      Delete
    2. As Salam.. Maaf doc bertanya lagi, boleh saya tahu ubat apa yang paling sesuai dan pantang yang macam mana perlu saya buat, ada effect tak bila berlarutan hingga dia dewasa, sebab hingus dia sentiasa ada dr umur 1 tahun, kalau di johor boleh doc suggest kan doc pakar tentang penyakit ini.. tq doc..

      Delete
  110. Salam doc .. Sekiranya lubang hidung tersubat dan didapati bengkak dlam rongga hidung sebelah kiri dan perlu membuat pembedahan membuang tumor dlm rongga berapa kos pembedahan dlm anggaran ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Agak sukar untuk memberi anggaran kos pembedahan kerana perlu diperiksa baru tahu pembedahan apa yang diperlukan. Saudara perlu bertanya kepada pakar yang akan melakukan pembedahan tersebut.

      Delete
  111. Salam sejahtera doktor...i tengah mengalami sakit hidung yg teruk..tambah gatal and hidung berair tanpa henti...2 tahun dah saya mengalami sakit ini...apa harus saya lakukan doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok berjumpa dengan pakar ENT untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Saya tidak pasti diagnosis tanpa memeriksa hidung tersebut. Jangkamasa 2 tahun terlalu lama untuk dibiarkan sahaja.

      Delete
  112. assalamualaikum doc,
    saya telah bjumpa dgn pakar ENT di HSAJB,dan telah disahkan mengalami sinusitis tahap sederhana. saya diarahkan menggunakan nasonex utk masa 1bln. btulkah saya tidak boleh menyusukan bayi sepanjang tempoh menggunakan nasonex?sya amat sedih krn baby slalu mnangis nk minum susu..krn sy fully breastfeed..
    lagi 1, deria rasa saya sudah hilang...adakah ia akan pulih?saya amat takut jika deria rasa tersebut akan hilang bt slamanya..

    ReplyDelete
  113. assalamualaikum doc,
    saya telah bjumpa dgn pakar ENT di HSAJB,dan telah disahkan mengalami sinusitis tahap sederhana. saya diarahkan menggunakan nasonex utk masa 1bln. btulkah saya tidak boleh menyusukan bayi sepanjang tempoh menggunakan nasonex?sya amat sedih krn baby slalu mnangis nk minum susu..krn sy fully breastfeed..
    lagi 1, deria rasa saya sudah hilang...adakah ia akan pulih?saya amat takut jika deria rasa tersebut akan hilang bt slamanya..

    ReplyDelete
  114. Salaam doc,minggu lepas sy menjalani pembedahan turbinate reduction tetapi sy mempunyai tulang hidung yg bengkok dan sy pelik kenapa doc sy tidak membuat septoplasty

    ReplyDelete