Apabila telinga menjadi berair dan mengeluarkan bau yang busuk, itu tandanya ia mengalami jangkitan kuman. Tetapi ada kalanya telinga yang ada jangkitan hanya berasa gatal dan sebu atau tersumbat. Selain dari jangkitan kuman, telinga juga boleh dijangkiti oleh kulat.
Fenoma berasa sakit pada telinga selalunya bermakna jangkitan yang lebih serius yang boleh membawa kepada komplikasi. Pesakit juga selalunya merasa demam dan sakit kepala.
Jangkitan pada telinga boleh berlaku samada di bahagian telinga luar atau telinga tengah. Jika jangkitan melibatkan telinga tengah, gegendang telinga mungkin bocor atau bengkak.
Kenapa ia berlaku?
Jangkitan pada telinga luar berkait rapat dengan tabiat membersihkan telinga menggunakan putik kapas atau alatan lain. Tabiat ini boleh menyebabkan luka pada kulit yang kemudiannya dijangkiti bakteria. Ini amat merbahaya terutamanya pada pesakit diabetes. Jangkitan telinga luar juga boleh berlaku selepas pesakit berenang di kolam mandi ataupun di laut dan sungai. Air yang masuk ke dalam telinga mengandungi kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.
Jangkitan telinga tengah pula berkait rapat dengan masalah hidung. Infeksi hidung seperti selsema atau sinusitis boleh menyebabkan jangkitan merebak ke telinga tengah melalui tiub Eustachian. Ia lebih kerap berlaku pada kanak-kanak kerana mereka seringkali mengalami selsema dan tiub Eustachian mereka senang tersumbat. Pesakit seringkali mengalami selsema dan kemudiannya mengadu sakit telinga atau telinga tersumbat.
Gambar sebelah menunjukkan gegendang telinga yang bengkak dengan nanah di dalam bahagian telinga tengah. Jangkitan ini dinamakan 'otitis media'. Sekiranya tidak dirawat ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius dan rosak pendengaran.
Rawatan
Pemeriksaan oleh doktor akan memastikan punca masalah yang menyebabkan telinga berair. Cecair atau kotoran di dalam telinga akan dibersihkan oleh doktor dan rawatan perubatan akan disusuli. Perubatan yang seringkali disyorkan merupakan ubat titis telinga dan kadangkala pil antibiotik. Doktor juga akan merawat permasalahan hidung sekiranya dialami oleh pesakit.
Pesakit dinasihatkan agar mengelak air masuk ke dalam telinga dan berhenti membersihkan telinga dengan putik kapas di rumah. Pesakit juga disyorkan berhenti aktiviti berenang untuk sementara waktu.
Cara menggunakan ubat titis telinga
- Pesakit perlu baring mengiring dengan telinga yang bermasalah menghadap ke atas
- Ubat dititiskan ke dalam telinga, selalunya 5-10 titis, mengikut preskripsi doktor. Elok sekiranya ada orang lain yang membantu menitiskan ubat tersebut
- Pesakit perlu mengekalkan posisi selama 3-5 minit.
- Apabila bangun, sebahagian dari titisan akan mengalir keluar. Ini adalah normal dan pesakit hanya perlu mengelap di bahagian cuping telinga dengan tisu
- Pesakit kemudiannya beralih ke posisi mengiring untuk telinga yang sebelah lagi dan ulangi proses tersebut jika perlu.
Sumber imej
terima kasih untuk infonya.... baru saya faham
ReplyDeleteas salam,dr mengesahkan dlam telinga saya ada kulat dan dr dh bersihkan..msalahnye,lepas dr dh bersihkan telinga saya,saya masih terasa berdengung dan telinga rsa mcm tersumbat tapi dh x rsa sakit..adekah gejala nie akan berterusan?
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteKemungkinan besar jangkitan kulat dalam telinga masih belum sembuh 100%. Saudari perlu mendapatkan pemeriksaan doktor kembali untuk memastikan punca telinga sumbat. Kebiasaannya jangkitan kulat perlu jangkamasa rawatan yang lebih lama.
Boleh tak sy nk kol Dr?
Deletesalam dr. saya ira. saya tgh sakit telinga skrg yg mnybabkn rahang sy turut sakit. sya sakit kedua dua belah tlinga sy. telinga saya jgk ada bnda putih seolah olah itu kulit yg kering dan merekah. adakah itu kulat dr? dua thun lps sy prgi ke klinik untk rawatan telinga sy. telinga sy dicuci. thun ini benda yg sama jd di telinga sy. sometime sy berasa sakit kepala yg amat sgt. nanah tu sy tak pasti. tp sllu ada cecair yg amat busuk bila sy korek tlinga sy. adakah ini disebabkan sy selalu korek tlinga sy dgn jari ? bole dr bantu sy?
DeleteSalam,
DeleteSakit telinga seperti yang saudari dialami perlu diperiksa dan dirawat. Kemungkinan besar mengalami jangkitan telinga. Samada kulat atau bakteria, hanya dapat dipastikan dengan pemeriksaan telinga tersebut. Jangan dibiarkan berlarutan. Dan memang dinasihatkan jangan korek telinga.
as'salam..saya mempunyai masalh sakit telinga..sebelum ini doktor ada memberikan ubat soliwax tp sakit berlarutan..selepas berjumpa sekali lagi doktor menegesahkan ada jangkitan.adakah jangkitan ini akan berlarutan atau sembuh dengan antibiotik da ubat titik??
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteJangkitan tersebut dapat dipulihkan dengan ubat. Dapatkan rawatan/pemeriksaan susulan untuk pastikan bahawa telinga telah betul-betul sembuh. Jaga agar telinga tidak dimasuki air.
Salam Dr Mazita.
ReplyDeleteSy mengalami masalah gegendang telinga bengkak. Walaupun sudah mkn painkiller pun masih sakit. Bukan saja sakit di telinga malah kt kepala yg pling sakit.. Susah nak tidur malam. Mmg sakit di dalam telinga ke yang menyebabkan kepala pun berdenyut sama?
Salam Thiera,
ReplyDeleteMasalah gegendang bengkak boleh menyebabkan sakit yang amat sangat. Walaubagaimanapun jangkitan kuman (otitis media) juga boleh merebak ke selaput otak; menyebabkan sakit kepala. Hanya dengan pemeriksaan doktor boleh memastikan yang sakit kepala saudari bukan disebabkan oleh komplikasi otitis media.
Dr Mazita.. mmg sakit yang amat sgt..smpai sentuh kulit kpala kt tempat sakit pun sakit brdenyut2. Tp sakit setempat je dan berdenyut bkn brterusan. Sy sudah pegi ke klinik swasta.. Ubat yg Dr tu bg hnya painkiller, antibiotik & ubat titik telinga. Kali pertama pegi ubat painkiller xbekesan..da mkn pun msh sakit, sy mkn padanol baru blh tidur. Kali kedua pegi Dr tu bg ubat painkiller n ubat titik yg kuat sikit..brkesan tp lmbt la.. Agak brape lama sakit ini megambil masa untuk pulih?
DeleteSaya syorkan dapat rawatan daripada Pakar ENT. Sakit akan berkurangan apabila jangkitan dapat diatasi. Pencucian telinga juga dapat membantu. Sekiranya jangkitan kuman serius mungkin elok masuk wad untuk IV antibiotik. Ikut nasihat pakar ENT yang memeriksa Thiera.
ReplyDeleteOk... Terima kasih Dr Mazita.
ReplyDeleteDr.... Ketika berumur 6 tahun anak saya anak saya mula mengadu sakit telinga... Apabila disuluh terdapat tahi telinga keras di dalam telinga dia... Saya telah membawa berjumpa doktor swasta biasa dan diberi ubat titik dan antibiotik... Dr kata tahi telinga ini akan cair... Dlm beberapa bulan selepas itu anak saya mengadu sakit telinga lagi disebabkan tahi telinga tersebut keras... Saya berjumpa dr lain... Juga diberi ubat titis juga... Selang beberapa bulan selepas itu anak saya. Mengadu sakit lagi... Jumpa dr yg pertama... Ubat sama diberi dan tahi telinga beberapa bulan selepas masih juga keras....Pada.umur anak saya 7 tahun, tahun lepas anak saya masih mengadu sakit telinga... Kami baws jumpa pakar... Dr tu kata perlu cuci... Kita ikut je... Sebab dr pakar kan... Lepas cuci lebih kurang 1 jam lebih... Keluar je dari pintu bilik dr tahi telinga yg keras tu telah keluar...so kita puas hati.... Dr bagi antibiotik dan ubat.. Lebih kurang 5 bulan lepas tu anak mengadu sakit telinga sewaktu berada di sekolah... Jumpa pakar yg sama... Dia bagi ubat demam.... Pas cek dr kata takda pa pa... Beberapa bulan lepas tu anak mengadu sakit telinga lagi...bila disuluh terdapat tahi telinga basah... Dr pakar kata biasalah lepas cuci...nanti2 ok lah tu.... Sekarang telinga anak saya sentiasa berbau busuk... Setiap 2 hari mesti dicuci guna cotton bud... Kalau tidak cecair tu meleleh keluar dan berbau... minggu lepas jumpa lagi Dr pakar tu lepas anak komplen dia tak dengar telinga yg sakit tu... Bawa jumpa dr. . Dia kata ok... Cuma yg warna kuning tu kulat... Bagi abiotik dan ubat. Sekarang dah seminggu....kulat tu masih ada dan perlu di bersih setiap 2 hari... Still berbau... Rungsing.... Tlg penjelasan Dr Mazita....
ReplyDeleteas'salam
ReplyDeletedahulu saya sudah post bertanya tentang masalah telinga saya,sekarang ini masalah telinga kembali kali nie telinga saya akan berasa sakit hingga terasa di gigi dan ada gatal yg teruk di dalam telinga..sudah 2x pergi klinik tapi sakit tetap terjadi.uabt yg doktor bagi hnya la painkiller,ubat titis dan antibiotik..hendak tidur pun susah.-sinar cahaya-
Waalaikumsalam,
DeleteSaya nasihatkan agar Shahril dapatkan pemeriksaan pakar ENT kerana masalah ini berulang.
Sekiranya ingin membuat temujanji di klinik saya, sila telefon 03 3377 7865
saya slalu sakit tlinga swaktu mandi sungai di kmpung sy kt srwak . tlinga sy trlalu sakit hngga x boleh tdur .
ReplyDeleteSaya syorkan Mimi dapatkan pemeriksaan doktor bila ia berlaku. Kemungkinan jangkitan kuman pada telinga luar disebabkan air sungai yang kurang bersih. Dan juga kemungkinan gegendang telinga berlubang menyebabkan jangkitan kuman telinga tengah.
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr. Mazita...
ReplyDeleteSaya sedang mengalami masalah telinga...bahagian luar lubang telinga saya membengkak sehinggakan bila ke klinik,doktotr xdpt menggunakan otoscope untuk melihat ke dlm telinga sy....doktor telah memberikan ubat surut bengkak (Serrin), antibiotik (Androxyl) & ubat tahan sakit (Fenagesic)..namun sehingga hari ke-3, sy masih lg mengalami sakit untuk membuka mulut,seperti sakit di bahagian rahang & kadang2 demam...diharapkan Dr. dpt memberikan pandangan terhadap masalah sy...terima kasih Dr.
Waalaikumsalam,
DeleteSekiranya masih sakit elok diperiksa semula. Pakar ENT selalunya akan masukkan 'ear pack' bercampur ubat untuk mengecutkan bengkak tersebut dengan lebih cepat selain daripada memberikan pil antibiotik.
Salam dokter. Ibu saya mengalami sakit telinga. Mulanya sakit beserta demam. Sudah berjumpa dokter dan diberi painkiller, antibiotik augmentin dan eardrop. Selepas ubat habis, demam dan sakit didalam telinga sudah tiada. Tetapi cuping telinga masih merah dan bengkak. Cecair masih keluar dari lubang telinga tetapi tidak berbau. Rasa gatal masih ada.. Adakah perlu berjumpa dokter kembali atau ianya memang ambil masa utk sembuh selepas abes ubat.
ReplyDeleteSalam,
DeleteElok berjumpa balik dengan doktor kerana telinga tersebut belum sembuh lagi.
Salam doktor. Saya ada masalah sikit. Dulu telinga saya ada masuk kumbang tp dapat dikeluarkan. lepas tu telinga saya start ade problem. Rasa macam tersumbat. Pergi klinik dia bagi ubat titis dan doktor kata gegendang telinga tu nampak macam jauh je. Ada satu kali tu sy pakai ubat tu terasa sakit. lepas tu pergi hospital and doktor cuci. lepas beberapa bulan sampai sekarang rasa macam tersumbat balik. Pergi klinik doktor cakap macam kering di bahagian dalam n macam putih mybe kuping. Kadang2 kalau ketawa kuat atau dengar orang lain cakap terlampau kuat, telinga macam berdesing. Baru2 ni kpala rasa macam slalu sakit atau pening dan rasa kurang selesa pada telinga. Tanda2 tu disebabkan telinga ke??Apa pendapat doktor???.
ReplyDeleteSalam Ju Lee. Daripadanya ceritanya kemungkinan telinga ada masalah, mungkin jangkitan?
DeleteSaya nasihatkan dapatkan pemeriksaan pakar ENT untuk rawatan selanjutnya terutamanya untuk cuci telinga. Sekiranya ingin datang ke klinik saya, sila rujuk page 'contact' di atas atau telefon klinik 03 3377 7865.
Assalamualaikum doktor. Adik saya ada masalah telinga. Selepas menyelam, dia alami sakit telinga sehingga telinga kurang pendengaran. Kami bawa adik jumpa doctor pakar ent. Doc telah beri adik saya antibiotik dan ubat tahan sakit dan doc telah masukkan kapas yg mengandungi ubat ke dalam telinga. Selepas seminggu, adik saya demam panas dan muntah2Adakah ini tanda2 jangkitan telah makin teruk. Sekarang adik asyik muntah dan x boleh makan. Dan doc pakar yg kami jumpa telah meninggal dunia. Ape perlu saya buat doc?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Adik Cik Lin perlu jumpa dengan pakar ENT untuk rawatan selanjutnya.
Deleteassalamualaikum doctor.
ReplyDeletesaya ain. sya mengalami masalah jangkitan kuman dalam telinga since 2009. setelah beberapa kali membuat rujukkan di hospital berjumpa pakar, it still same... sometimes bila kena, rasa berdenyut2, bernanah,berbau and sometimes rasa sakit kepala yang teramat sgt. selain itu, sya susah nak tidur malam. apakah complication tok sakit ni jika ianya masih berterusan. saya dengar agak membahayakan kerna ianya berhampiran dengan sistem saraf tunjang kita......
Waalaikumsalam,
ReplyDeleteSekiranya masalah yang dialami adalah otitis media dengan gegendang berlubang, kemungkinan jangkitan tersebut telah berlarutan ke mastoiditis. Ini memerlukan rawatan Pakar ENT yang intensif untuk mengatasi jangkitan tersebut. Sekiranya gagal dengan ubat, elok melakukan pembedahan. Jangkitan kuman mastoiditis boleh menyebabkan komplikasi ke bahagian otak dan menjejaskan pendengaran.
Walaubagaimanapun sekiranya ianya jangkitan telinga luar atau otitis externa yang kerap berulang, rawatan yang intensif dapat mengatasi masalah tersebut.
Slm doc...
ReplyDeleteSemalam sy rasa sakit telinga yang amat hingga kepala berdenyut2... utk pengetahuan..sy selsema sblm tu tp bukanlah selsma yg kronik.. bila sakit telinga sy telah jumpa doc tp doc kata ia berkemungkinan disebabkan tahi telinga yg mengeras..dia bg ubat titis dan ubat selsema dan ubat tahan sakit...masalahnya skrg telinga sy dh xsakit tp telinga rasa tersumbat dan berdengung..adakah itu kesan biasa akibat tahi telinga dan berapa lama ia akan kembali pulih..sy risau kalau ianya semakin teruk..terima kasih doc
Salam,
DeleteKemungkinan disebabkan oleh tahi telinga tersumbat. Masalah ini akan berterusan sehingga tahi telinga tersebut terkeluar. Jika tidak tahan, elok berjumpa dengan Pakar ENT untuk cuci telinga tersebut.
Sekiranya sakit atau bernanah, kemungkinan ada jangkitan kuman.
Salam ramadhan. ..Dr... Masalah anak saudara saya... Sekarang dah Tahun 1.Telinga dia berair dan berbau...sejak umur 3 tahun .. Selalu jumpa dr pakar swasta dan gomen... Diberi ubat antibiotik... Penah masuk wad dicuci.... Dan baru2 ini dr buat appoinment dgn kakak 23 julai ni nak buat operation... Kakak saya tanya risiko Dr jawab ada parut... Sudah semestinyalah... Dan satu.lagi Dr kata mungkin melibatkan saraf yg boleh mencacatkan melibatkan otak...Sala
ReplyDeleteSalam,
DeleteSaya agak yang anak saudara dinasihatkan menjalankan pembedahan mastoid. Risiko pembedahan tersebut boleh rujuk kepada artikel dalam blog saya berjudul pembedahan mastoid. Tetapi seharusnya pakar ENT tersebut perlu menjelaskan apakah risiko bagi anak saudara puan kerana adakalanya risiko seperti kecederaan saraf mungkin lebih tinggi bergantung kepada kes pesakit tersebut. Hanya pakar ENT yang merawat yang dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Salam Dr.
ReplyDeleteSekarang saya mengalami sakit telinga. Dah dekat seminggu lebih. Sebelum ni telinga saya elok je, tapi selepas mandi hari tu telinga saya termasuk air. Pada mulanya tak sakit cuma telinga tersumbat dan tak dapat dengar dengan jelas. Tapi selepas brberapa hari telinga rasa sakit, pendengaran tak berapa dengar dan bunyi berdesing je kat telinga. So, baru kelmarin saya pergi klinik dan dr. tu kata air dalam telinga saya dah kering tapi ada bengkak dan merah sedikit. Dr. bg ubat antibiotik,demam dan bengkak. So saya nak tau adakah sakit telinga saya ni serius dan
brp lama nak sembuh? Terima kasih :)
Salam,
DeleteJangkamasa untuk sembuh sukar dijangkakan. Sekiranya antibiotik itu berkesan ia seharusnya sembuh apabila ubat tersebut habis.
Salam Dr.
ReplyDeleteNenek saya sudah berumur 90 tahun. Sebulan lepas dia mengadu sakit kepala dan apabila melakukan pemeriksaan di hospital seminggu lepas doktor mengesahkan terdapat cebisan bulu telah melepasi gegendang telinga. setelah dikeluarkan gegendang telinga nenek saya tidak lagi berbentuk seperti cuping telinga tapi sudah terangkat dan doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman. Bagi yang telah berumur seperti nenek saya doktor memberitahu operation tidak dibenarkan. Doktor hanya memberi ubat titik dan antibiotik. Adakah jangkitan kuman itu boleh membahayakan nyawa jika ubat titk dan antibiotik tadi tidak berkesan. Bolehkah nenek saya diberi makan supplement2 seperti pati gamat contohnya. terima kasih.
Salam,
DeleteSaya tidak berapa faham masalah telinga nenek saudari. Apakah diagnosis masalah tersebut?
Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberi jawapan bagi masalah ini.
Salam Dr,
ReplyDeleteSaya ada allergic terhadap mknn yg mana akan menyebabkan saya selsema,batuk kahak,gatal telinga dan demam. Dlm sminggu lps,telinga saya gatal sngt..saya letakkan ear drops (pocin-h & colircusi gentadexa). Gatal itu hanya berkurang,and akan datang blk to the extend smpi telinga saya berdengung. Saya guna cotton bud almost every day..until telinga dah pedih. Kemarin,telinga dah berair kuning,sakit,berdengung, x berapa dengar dan hari ni dah mcm nak demam. Even bila saya pegang di bahagian pipi yg connected dgn telinga pun rasa sakit.
Tlg saya Dr. Saya mmg allergic,tp x pernah jd serius mcm ni.
Tima kasih Dr.
Maaf lambat menjawab. Telinga tersebut perlu diperiksa dan dirawat. Harap masalah telinga itu telah pun sembuh.
Deletesaya mempunyai masalah telinga tersumbat pada mulanya, pendengaran terganggu...sy hembus nafas dgn menutup hidung dan baru lega sedikit sumbat tuh..2-3 hari telinga sy tambah teruk tersumbat..ada cecair jernih keluar..pemeriksaan doktor mengesahkan ianya AOM (acute otitis media) dan memberi ubat antibiotik...1minggu berlalu tiada perubahan, malah gegendang telinga sy mengalami kebocoran sedikit akibat selalu menghembus nafas dgn menutup hidung....bagaimana sy mengatasi masalah telinga tersumbat ini..terima kasih Dr.
ReplyDeleteMasalah telinga sumbat akan beransur pulih apabila jangkitan AOM dapat dikawal. Sekiranya disebabkan cecair atau nanah yang banyak, pembersihan telinga oleh Pakar ENT dapat membantu. Walaubagaimanapun sekiranya disebabkan gegendang berlubang, ia akan mengambil masa sehingga gegendang itu pulih samada dengan sendiri atau pembedahan myringoplasty.
Deleteassalamualaikum dr,
ReplyDeletesaya ada masalah telinga sejak masuk air masa mandi hujung tahun lepas..
telinga rasa sakit, gatal dan kurang selesa.. sy dah berjumpa dr klinik swasta,
dr bagi ubat tahan sakit, eardrop, antibiotik..gatal..alhamdulillah telinga dah sembuh.
tp baru2 ni, sakit, gatal n kurang selesa dtg lg... saya jumpa dr lg..dr check telinga saya sumbat sebb tahi telinga, so dr cuci..bagi ubat...ubat dah habis, sakit dah xde.tp gatal kurang selesa still ada...takut la...apa saya perlu lakukan untuk mengatasi masalah saya ni Dr.
Waalaikumsalam,
DeleteKemungkinan besar ada masalah jangkitan pada telinga. Saya syorkan membuat pemeriksaan telinga semula dan mendapatkan rawatan.
Dr, perlukah saya berjumpa dgn Pakar ENT untuk masalah saya ni. sbbnyer, dah byk kali saya jumpa dr klinik biasa, sembuh untuk jangka masa pendek, dan masalah saya berulang lagi..thank you.
DeleteSekiranya sudah kerap mendapatkan rawatan daripada doktor klinik dan masalah masih berulang, elok berjumpa dengan pakar ENT. Nombor telefon klinik saya 03 3377 7865.
DeleteAssalamualaikum...doc..anak sya berumur 6 thn mngalami selesema yg lama setelah diberi antibiotik selesema pun sudah berhenti..ttapi 1bln dia mngalami telinga berair kadang2 gatal...sehingga telinga. luar menjadi kemerahan apabila dikorek...perlu kah sya kawal cara permakanannya dan perlukah sya berjumpa pakar ENT
ReplyDeleteSekiranya keadaan telinga masih tidak sembuh, elok mendapatkan pemeriksaan pakar ENT. Selsema tersebut perlu dirawat baru telinga dapat sembuh sepenuhnya kerana kebarangkalian anak puan mempunyai masalah otitis media. Ini juga akan menganggu pendengaran anak puan.
DeleteSalam doc mazita... saya mengalami sakit telinga yg ketaraa..saya jumpa doc just kc ubat titis saja..bila saya pkai ubat tu..telinga saya jd pnas dan bdenyut sakit sangat sampai tak boleh tdo..saya rasa macam ada bengkak dalam tlinga..saya tak tahan bungkus ais dlm kain tuam dekat telinga..sakit telinga sampai tak boleh tido..simptom apa ni doc?mohon nasuhat dari doc.thanks.
ReplyDeleteSalam,
DeleteTolong periksa semula dengan doktor yang telah merawat atau pakar ENT dengan segera. Sekiranya ingin perkhidmatan di klinik sila rujuk pada peta di atas atau telefon klinik 03 3377 7865
Salam doc.. sy dah seminggu sakit telinga berdenyut2... ingatkan blh elok sendiri, tp mlm ni makin sakit + kepala pun berdenyut sekali... tp xde apa2 cecair yg keluar dr telinga...
ReplyDeleteSalam,
DeleteSimptom yang dialami adalah tanda-tanda telinga ada jangkitan dan bengkak di dalam walaupun tiada cecair yang keluar. Elok diperiksa oleh doktor dengan segera.
salam dokter... telinga kanan sy sakit berdenyut2..sy dah ke klinik biasa yg bole check telinga dan dokter beritahu dlm telinga sy merah dan berair sedikit.. sy mengandung 7 bln dan diberikan ubat titis serta antibiotik jenis AUGMENTIN.. 2 hari kemudian telinga kanan hampir baik...telinga kiri saya pula rase sakit seperti terjangkit dr telinga kanan tp blum smpi berdenyut... antibiotik telah habis sy mkn... bagaimana ye dokter..boleh kan sakit tu berjangkit ke telinga sebelah dan perlukan saya ke ENT..tq doc
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam,
DeleteSekiranya simptom berulang walaupun pada telinga lain, elok diperiksa semula oleh doktor. Sekiranya perlu dirujuk kepada pakar ENT. Adakah puan mengalami kencing manis semasa mengandung? Dan jangan sekali korek telinga dengan sendiri, ia hanya akan membuat jangkitan lebih teruk. Puan boleh telefon klinik saya jika ingin membuat temujanji
salam dr mazita,
ReplyDeletetelinga kanan sy asik berdesing..sdh lama..dan sy biarkan je. tp sejak 3 bln lps sy selalu kena pening yg berpusing diikuti dgn muntah..perlukah sy jmpa doktor pakar..tq..
Salam,
DeleteMemang perlu berjumpa dengan pakar ENT sekiranya ada simptom pening dan muntah. Jika ingin membuat temujanji di klinik saya, sila telefon 03 3377 7865
assalam doc sy kerap sakit telinga sekarang ni...bila g hosp dorg check xde apa.just bg ubt thn sakit dan ubt titis.xde antibiotik pon.kmudian dia ok..tp sekarang berulang kembali...mula2 xsakit cuma gatal yg keterlaluan...kemudian mula sakit...br2 ni sy kerap sakit kepala dibahagian atas (ubun2) bila dikorek ada cecair semacam nanah berbau busuk...risau juga sbb sy penghidap CRHD dan thyroid....apakah gejala ini berkaitan...mohon pencerahan..
ReplyDeleteSalam,
DeleteSaya syorkan pemeriksaan dengan pakar ENT untuk mengetahui punca masalah telinga. Kemungkinan ada jangkitan kuman yang perlu dirawat dengan segera.
as salam,doc,saya nk tanyer adakah bahaya bagi sesiapa yang ada penyakit telinga utk menaiki kapal terbang?kalo telinga bedensing bahaya ke utk menaiki kapal terbang?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Secara lazimnya tiada masalah menaiki kapal terbang. Walaubagaimanapun sekiranya mengalami masalah otitis media akut atau cecair dalam telinga tengah (middle ear effusion), pesakit mungkin mengalami telinga sakit semasa 'take-off' dan 'landing'. Ia juga boleh berlaku sekiranya mengalami selsema atau hidung sumbat.
Deletedr,untuk ketahui samada kita ada msalah dengan telinga tengah ,kita perlu scan kepala ke atau alat uji telinga ?
DeleteDengan pemeriksaan telinga, otoskopi, doktor yang merawat dapat melihat samada masalah telinga tengah. Ujian tympanometri mungkin dilakukan untuk pengesahan. Imbasan CT atau scan selalunya tidak perlu.
DeleteAs salam,,doc, maaf bertnya berapakah kos bg appmnt yg prtama,,tq
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteSila telefon klinik untuk keterangan lanjut. 03 3377 7865
hai Dr. ibu saya disahkan mengalami jangkitan kulat pada telinganya.dan telah diberi cloxacillin 250mg 4bji qid..dan 56bji ubat dibekalkan pada ibu saya. saya ingin bertanya adakah dos ubat tersebut betul untuk ibu saya? terima kasih Dr.
ReplyDeleteDos untuk Cloxacillin adalah 250mg (1 biji) atau 500mg (2biji) 4 kali sehari.
DeleteAssalamualaikum Dr. Telinga saya rasa macam tersumbat dan bila saya pergi buat check up dgn Dr. di klinik biasa..beliau menyatakan terdapat infection dan saya diberi ubat kurangkan bengkak dan antibiotik. 2 3 hari sebelum itu saya mengalami selsema yg agak teruk sehingga tersumbat kedua2 belah hidung. so adakah ianya juga merupakan punca kepada telinga tersumbat dan bagaimana cara yg cepat utk merawat bengkak berkenaan?
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteMasalah telinga tersebut mungkin berkaitan dengan hidung sumbat ataupun sebaliknya. Sekiranya hidung sumbat teruk sangat perlu dapatkan pemeriksaan semula dan jika serius dirujuk kepada Pakar ENT
Aslmkm..doc..ank sya telinganye kena jgkitan kuman,brbau dan berair..setelah dicuci oleh doc. ENT.dan dibri antibiotik (zinnat)ubat selsema (aerius) setelah...diberi ubat dlm 5hri telinga mnjdi berair semula ...minta pndpat doc...ye
ReplyDeleteWalalaikumsalam,
DeleteAdakah cecair jernih atau bernanah? Perlu jaga telinga jangan dimasuki air. Kadangkala jangkitan bakteria tersebut tidak respon kepada antibiotik yang diberikan. Doktor perlu memeriksa semula telinga tersebut jika masih tidak kering.
Salam..doc..cecair tu jernih bla kering mnjadi kuning...trima kasih doc..Insya Allah sya akan rjuk pkar ENT. tu semula...
ReplyDeleteSalam. saya nak tanya. sy mempunyai habit membersihka telinga setiap hari menggunakan putik kapas. Telinga saya sakit sangat bila mandi pagi dlm keadaan sejuk. kedua-dua belah telinga sakit dan ngilu. ambil masa lebih dr 1/2 jam untuk redha. adakah bahaya? perlu untuk mendapatkan rawatan ?
ReplyDeleteSalam,
DeleteIa mungkin normal ataupun mungkin tanda ada masalah telinga luar. Hanya dengan pemeriksaan telinga dapat pastikan punca masalah. Adakah sakit tersebut berlaku juga sekiranya mandi dengan air panas atau menggunakan ear plug semasa mandi? Jika tiada kemungkinan telinga tersebut sensitif kepada suhu sejuk.
Salam doktor, sy ingin bertanya mengenai masalah telinga sy. Dua mggu lepas sy pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rwtn akibat telinga sy membengkak dan bernanah.sy diberi ubat antibiotik, tahan sakit dan ubt bengkak..selepas dua hari makan antibiotik, nanah di telinga saya masih belum kering..saya diminta rujuk ke hospital utk rawatan seterusnya..di hospital, doktor mencuci telinga saya dan memberikan saya ubat titis pocin-h shj, da follow up semula selepas 2 minggu..masalahnya doktor telinga saya sekarang masih membengkak dan sakitnya sehingga saya tidak dpt tido dan terpaksa menelan panadol 8 biji sehari utk menahan sakit..adakah sy perlu berjumpa dengan doktor semula? Bantu saya doktor..terima kasih..
ReplyDeleteSalam,
DeleteSaudari perlu berjumpa semula dengan doktor kerana jangkitan masih tidak sembuh lagi. Tak elok dibiarkan sakit berterusan
Asslkm..Dr.
ReplyDeleteanak sy sudah 2 kali bjmpa dgn dr.pakar ENT brkaitan tlinga yg mngeluarkan cecair jernih mnyebabkan gatal dan
kemerahan..dia dmasukkan ke wad utk dberi rawatan...memandangkan gegendang dua belah telinga ok...adakah telinga ank telah mngalami radang tulang rawan...Apakah perlu dibedah atau diberi ubat...Mohon jasa baik dr berikan pndangan..
Waalaikumsalam,
DeleteElok diperiksa semula oleh pakar ENT. Sekiranya masalah jangkitan tulang rawan, masih memerlukan ubat.
assalamualaikum. saya mengalami masalah telinga bernanah selepas berenang di sungai. sepertinya terdapat juga luka di bahagia akibat saya menggunakan kapas. masalah ini masih berterusan. keadaan ini tidaklah menyakitkan tetapi rasa tidak selesa kerana telinga seperti tersumbat dan bernanah. setiap malam cecair keluar dr telinga saya dan berasa gatal. sy juga terasa sakit pada bahagian tekak.
ReplyDeletebolehkah sy membeli ubat titis dr farmasi? nama ubat?
Waalaikumsalam,
DeleteSaya nasihatkan dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor. Telinga tersebut perlu dibersihkan. Hanya dengan pemeriksaan doktor diagnosis dapat dipastikan dan rawatan yang sesuai dimulakan.
suami sy mengalami masalah telinga berdengung hampir sebulan. dah 2 kali pergi klinik. doktor kata telinga dia bersih cuma ada sedikit jangkitan kuman.doktor dah bagi antibiotik dan ubat titik tp masih berdengung.namun dalam 2 ni telinga dia berair tetapi airnya tidak busuk. kenapa ye doktor. kesian sy tgk dia. harap doktor dapat menjawabnya segera.
ReplyDeleteSila rujuk kepada pakar ENT sekiranya telinga masih berair dan berdengung.
DeleteAssalamualaikum telinga kanan saya baru habis dicuci akibat wex yang tutup gegendang telings saya tapi selepas dicuci telinga kanan saya mengalami sakit seperti berdesing atau berdenyut2 adakah ini perkara biasa
ReplyDeleteWalaikumsalam,
DeleteJika ada sakit telinga selepas dicuci tolong rujuk balik kepada doktor, kemungkinan ada jangkitan kuman
salam dr saya nak tanya 2 hari lepas saya ada pakai putik kapas lepas tu
ReplyDeletedalam telinga rasa sakit dan saya ada titis kan minyak gamat.
lepas 2 hari saya dah tak rasa sakit tapi pendengaran kurang jelas macam tersumbat.. apa patut saya buat untuk pulihkan semula pendengaran..?
Salam,
DeletePerlu diperiksa punca pendengaran kurang jelas, kemungkinan tahi telinga sumbat atau jangkitan, otitis externa
Assalamualaikum. Anak saya mgalami tlinga menanah.ent dh bg zitromax..tp masih nanah..dan disambung zinnat 5 hr..dan sudah sembuh demam.tp.anak saya mgalami pndgaran yg kurang jelas.minta pndangan dr.
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteElok bawa anak berjumpa pakar ENT untuk memastikan jangkitan telah baik, keadaan gegendang telinga dan periksa punca pendengaran yang kurang jelas.
Assalamualaikum doktor...saya nak bertanya..3 hari lepas doktor sahkan telinga saya ada fungus and fungus tu dah hitam and dr. prescribe me with antibiotik painkiller and eardrop..so i just wondering is it ok to use eardrop kalau fungus tu hitam and telinga i selalu keluar lelehan air warna coklat. Lately i selalu got heavy headache on my right side and urat bawah telinga i still sakit sampai skrg.. is it i have to meet ENT specialist?
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteYes you should continue with the ear drops and medication given. If there is still a lot of pain the ENT Specialist can perform ear toilet which would be of help.
Will be any complication if i do ear toilet since my ear still x sembuh lg?
DeleteWe can perform ear toilet by gentle suction which will not cause the infection to worsen.
Deleteassalamualaikum dr,
ReplyDeletesaya nak tanya..actually telinga kanan saya dah mengalami kesakitan yang agak teruk,effect sakit kepala dan telinga kebas2 sejak 6 hari lepas tapi saya tahan je sebab ingatkn perkara biasa..tapi lepas tu still sama je sakitnya dan baru semalam saya pergi check dr dkt klinik kesihatan student...
dr bagi tahu yang telinga sy terkena jangkitan kulat dan menyebabkan telinga sy tesumbat..tp dr tu tak bersihkn telinga tu dan dia hanya prescribe soda bicarbonate eardrop and painkiller..adakah saya perlu teruskan guna ubat yg diberi atau perlu berjumpa dgn pakar?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam dr. kalau masalah ear wax, cara pemakaian soliwax mcm yg kat atas tu jugak ke? takyah pakai cottom buds atau yang besi tu dah..? biarkan soliwax dalam telinga mcm tu je?
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteSekiranya earwax tersebut tidak terlalu banyak dan mampat, penggunaan soluwax dapat membantu.
Tetapi jika banyak. mampat dan keras, masih perlu gunakan soluwax dan kemudian telinga tersebut dicuci oleh doktor. Ianya kerana earwax tersebut tidak dapat mengalir keluar secara semulajadi.
Slm doc..
ReplyDeleteSy ingin bertanya, apabila sy menelan air liur terutamanya ketika tekak terasa kering sy akan merasa kurang selesa di kedua2 telinga. Nak kata sakit tidak, cuma terasa tajam di dalam telinga. Keadaan ini biasanya sy alami ketika baring. Dan sy perasan tiada ear wax..seolah2 bersih.. adakah suatu petanda/simptom2 bahawa sy mengalami sebarang masalah pada telinga sy?
Salam,
DeleteKadangkala sakit tekak juga akan menyebabkan rasa sakit tersebut terasa di bahagian telinga. Untuk mendapat kepastian , elok diperiksa. Jika sakit biasa sepatutnya ia beransur pulih dan tidak berkekalan.
Salam dr.. adkh khidmat mencuci telinga ade di mana2 klinik biase?? N brpakah slalunya jumlah pencucian tlga trsebut.. sbb sye dh diberi ubat titis ttpi mcm xdk ape2 perubahan.. telinga msih tidak dpt mendgr.. slalunya mengambil mse brpa lama utk ubat titis itu berfungsi mencairkan earwax?
ReplyDeleteSalam. Ada beberapa klinik biasa dapat melakukan pencucian telinga. Semua klinik pakar ENT menyediakan perkhidmatan tersebut. Ada kalanya tahi telinga yang terlalu sumbat perlu dicuci selepas penggunaan ubat titis
DeleteSalam Dr. Saya ingin bertanya. Jika penyakit telinga ini telah berlarutan sehingga setahun apakah masih boleh di rawat. Kakak saya telah mengalami sakit telinga sejak december 2013 dan telah berjumpa doktor swasta. Doktor swasta memberikan dia ubat titik dan antiboitik tp masih belum sembuh. Setelah itu kakak saya telah pergi ke hospital goverment masa tu, telinga dia berdarah dan bernanah. Dktr cuma beri ubt titik dan antibiotik. Cairan itu sdh tiada tp pendengaran kakak saya kurang jelas dalam 40%. Kakak saya dptkn rawatan dktr tp dktr cakap telinganya kering dan menyarankan menyapu baby oil d bahagian luar. Stlah itu. Kakak saya merasa sakit sangat d bahagian telinganya dan ada pembengkakan di bahagian blkg telinga.
ReplyDeleteSalam. Penyakit telinga kronik masih boleh dirawat. Sekiranya ada bengkak di belakang telinga, ia tanda ada masalah mastoiditis atau kelenjar limfa bengkak. Dan petanda bagi jangkitan kuman yang serius. Elok diperiksa oleh pakar ENT secepat mungkin.
Deletesalam doc...
ReplyDeletesaya sdg mengandung 17 mggu. da 3 minggu rasa sakit dalam telinga kiri yg teramat sangat. pegi klinik 3 mggu lps doc ckp ada fungus pada gegendang telinga saya dan itu yg menyebabkan sakit. doc bagi ubt tahan sakit, antibiotik n ubat titis telinga. tp masih tak baik sampai ari ni. dan setiap kali saya tido mengiring sebelah kiri, ada cecair kekuningan meleleh keluar. so semalam saya decide untuk pegi klinik lain... doc ckp telinga saya da bernanah....puncanya adalah kerana resdung saya yg da merebak ke telinga. doc bagi injection dan buat suction. suction yg terlalu sakit smpai saya menggigil2 tahan sakit. then doc bagi saya ubat alahan, ubat demam pamol 650 dan antibiotik yang paling kuat katanya... augmentin 625mg. tp smpai ke hari ni masih sakit dan setiap kali tidur mengiring air masih keluar dari telinga.
utk pengetahuan doc... saya da lama menghidap resdung... dan pada 2011... masa mengandungkan ank kedua... sya pernah ke ENT dan dinasihatkan untuk buang polips di dalam hidung selepas saya bersalin. tapi sampai sekarang saya tak ambil tindakan susulan. adakah betul sakit telinga saya disebabkan oleh resdung ataupun alahan sewaktu mengandung sahaja? pls advise doc. tqvm
Salam,
DeleteJangkitan fungus/kulat perlu dirawat dengan rapi sehingga telinga betul-betul kering. Jika masalah telinga adalah penyakit otitis media, kebarangkalian tinggi berkaitan dengan masalah hidung.
Bagusla doktor buat blog ni..sgt berguna info di saat baby sy tb tb tlinganya bernanah. semoga doktor dimurahkan rezeki n sntiasa di dalam redhaNya..tq
ReplyDeleteThank you for your encouraging comment. Semoga telinga anak puan cepat sembuh, insya Allah.
Deletesalam..doktor, baru2 ni telinga sya dimasuki serangga n berdarah. tp sya da pergi jumpa doktor dan doktor sahkan telinga ada sedikit luka. doktor bagi ubat titis. selepas dua mggu sembuh, telinga sya kembali gatal dan akan mengeluarkan cecair jernih setiap kali saya baring. adakah telinga sya da terkena jangkitan doktor?
ReplyDeleteSalam.
DeleteYa, kemungkinan besar ada jangkitan kuman berpunca daripada luka tersebut. Elok dapatkan rawatan dengan segera
Salam 1 msia...
ReplyDelete3 mggu lps telinga saya digigit kutu babi pada permukaan lubang telinga. Setelah 4 hari menanggung sakit saya berjumpa doctor dan doc telah mencabut kutu tersebut. Masalahnya skrg kawasan telinga yg digigit membengkak dan telinga berair. Kawasan leher bengkak dan terasa benjolan pd pangkal leher belum surut sejak digigit kutu tersebut. Saya bimbang berlaku jangkitan kerana mengandung 15mggu. Sudah 2 kali berjumpa doc tp masalah belum dpt diatasi cuma easa sakit berkurang. Saya dibekalkan ubat antibiotik dan ubat sapu chloramphenicol. Saya kurang jelas apa sebenarnya yg berlaku kpd telinga saya. Adakah ia jangkitan kuman akibat gigitan kutu tersebut merbahaya dan apakah tindakan yg patut saya ambil skrg? Perlukah saya habiskn dahulu ubat tersebut atau jumpa doc lagi?
Salam,
DeleteKebarangkalian telinga terkena jangkitan bakteria akibat gigitan kutu tersebut. Harus pastikan telinga telah bersih daripada sisa kutu kemudian makan antibiotik dan ubat telinga untuk menangani masalah ini. Benjolan di leher disebabkan jangkitan yang serius dalam telinga. Saya syorkan berjumpa pakar ENT sekiranya masih berlarutan.
assalamualaikum
ReplyDeleteDr. telinga saya berdengung dan pendengaran jd kurang jelas, sebelumnya telinga saya tidak kenapa2 dan normal2 saja . pas saya berenang telinganya kemasukan air, saya hiraukan saja karena udh biasa kalau sudah renang telinga saya suka kemasukan air dan bbrp hari jga normal kmbali.
tapi sudah seminggu ini telinga saya masih mampet, menurut dokter itu apa dan apakah bisa teratasi ?
Waalaikumsalam,
DeleteElok diperiksa sekiranya ada jangkitan atau perlu dicuci.
boleh saya tahu apa punca telinga dijangkiti oleh kulat?
ReplyDeleteSelalunya kontaminasi air yang memasuki telinga dan penggunaan ubat titis telinga antibiotik yang terlalu lama. Harus pastikan juga samada pesakit mempunyai masalah diabetes
DeleteAssalamualaikum. Dr.Mazita saya nak bertanya berkenaan baby saya yg berumur 1 thn 1/2. Telinganya keluar cecair seperti nanah tpi tidak berbau. Kami telah membawanya ke ENT specialist 2 kali. Katanya kerana kerap selsema. Kali pertama dia cuci dan bagi ubat. Tapi selang sebulan dua berlaku lagi. Kami pergi ke specialist yg lain dan dibagi antibiotik, ubat selsema dan ubat batuk/kahak.Masa mula-mula kena badan baby panas(demam) agak tinggi hampir seminggu dan bila cecair dr telinga keluar baru demam reda.Kali pertama saya lihat hanya pada sebelah telinga, kali kedua keluar dr kedua-dua belah telinga dan kali ketiga sebelah telinga. Sekarang baby kena lagi dan kali ni sebelah sahaja(telinga kiri). Doktor pernah kata penyebabnya ialah selsema Tapi kali ni ada macam bisul tumbuh di belakang telinga baby.Memang bila tidur saya dengar hidung nya macam tersumbat tetapi selsema tidak keluar pun di hidungnya.Jarang sekali selsema keluar dr hidungnya.kalau pernah pun boleh dibilang dan selsemanya sangat pekat.
ReplyDeletePertanyaan saya ialah kenapa penyakit ini berbalik-balik? Tidak ada cara ke untuk baby sembuh sepenuhnya? Adakah ia sangat serius sekarang kerana ia kerap berlaku?Sekiranya saya pergi ke kinik dr Mazita treatment apa yg akan doktor lakukan selain bagi antibiotik dan ubat-ubatan? Dan kalau serius apakah cadangan Dr Mazita?
Terima Kasih
Waalaikumsalam,
DeleteMasalah otitis media boleh berulang-ulang terutamanya bagi kanak-kanak sehingga mereka berumur 5-6 tahun. Ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuk setiap kali bayi atau kanak-kanak tersebut selsema. Pesakit harus dipantau supaya jangkitan kuman diatasi dan kemudiannya sehingga telinga tengah kering daripada cecair. Ada pesakit perlu menggunakan ubat untuk mengelak ia daripada kerap berulang. Rawatan apa yang saya akan syorkan bergantung kepada keaadaan setiap pesakit dan ini hanya dapat dipastikan selepas melakukan pemeriksaan
Dokter telinga saya rasa berdengung jew tidak mengeluar kan nanah , bila saya pergi check up kat klinik dockter kt klinik tu cakap telinga saya dijangkiti kuman , dan dorang bagi saya ubat titis dan tahan sakit. Perlu ke saya dapat kan pakar ?
ReplyDeleteJika masalah masih berlarutan walaupun sudah menggunakan ubat tersebut, elok dirujuk kepada pakar ENT
Deleteassalamualaikum dr.
ReplyDeletebeberapa hari lepas dalam telinga kiri saya rasa sakit sikit diikuti dengan rasa mcm telinga tak dengar jelas sebelah kiri. tapi saya biar ja. esok lusa rasa sakit tu dah hilang tapi kurang pendengaran sebelah kiri tu still macam tu.
kalau saya tarik cuping telinga ke bawak baru boleh dengar jelas mcm biasa, kalau tak, memang dengar perlahan ja orang cakap. telinga kiri la yang jadi.
Salam dr. Telinga kiri saya mengeluarkan air dan lama2 air tu akan keras. Saya pergi cek klinik, dr cakap ada infection dan gegendang saya berlubang. Dr tu just bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. 2hari makan ubat rasa tiada apa2 perubahan..telinga berdenyut. Saya duruh kawan tengok, dan snap telinga saya. Saya nampak macam nanah yang warna kuning dan rerambut telinga macam 1gumpalan. Saya rasa tu nanah cair yang sudah keras. Parents saya suruh ke pakar ENT isnin ni..boleh tahu telinga saya bahaya atau tidak jika ditunggu lama?
ReplyDeleteas salam saya nak bertanya apakah tindakan yang patut diambil jika telinga asik berair /bernanah sahaja.saya dah pergi banyak klinik elok kejap pas tu datang balik.apoiment dengan hospital serdang tapi doktor cakap kena sembuh dulu baru boleh wat pembedahan .....doktor cakap telinga saya berlubang...?...ni dah berlanjtan hampir 5bulan ....pening lah memikirkan masalah saya ni....tq..
ReplyDeleteSalam,
DeleteSekiranya gegendang berlubang dan bernanah, ia perlukan rawatan sehingga telinga tersebut kering. Sekiranya kering pembedahan tampal gegendang (myringoplasty) dapat dilakukan. Jika tidak, doktor mungkin mengesyorkan CT scan dan pembedahan mastoid.
Salam dr mazita, ada cara nak keluarkan rahi telinga?...isteri merasa sangat takut jika telinga di korek...ada ubat mkn yg boleh di cadangkan utk mencairkan?...tq
ReplyDeleteSalam,
DeleteTiada ubat makan untuk cairkan tahi telinga, hanya ubat titis yang ada. Sekiranya berlarutan elok dicuci oleh pakar ENT
salam dr , telinga sy sdh 5 hari sakit .terasa bengkak .ianya membuatkn sy tdk blh tdr . apa bila mguap atau bercakap ianya terasa sgt skit .adakah skit ini serius ? . .
ReplyDeleteSalam,
DeleteItu tandanya saluran telinga bengkak dan ia harus dirawat secepat mungkin sebelum ia melarat.
assalam dr.. sy ingin bertanye adakah saya perlu merujuk kepada ent dengan secepat mungkin. ini kerana telinge sebelah kiri sy sakit berdenyut2 dan kepala belah kiri kdg2 berasa kebas. sy mendapatkan rawatan di klinik kerajaan dan didapati taik telinge keras dan telah dimasokkan air untuk mengeluarkan wax telinge yang tersumbat. kesan dari cuci tersebot sy pening kepala hingga 3 hari hingga saya kembali mendapatkan rawatan dan mendapati telinge sy ada nanah skit dan kelenjar bawah telinge kiri sy membengkak. doktor tersebut beri ubat titis sahaja. persoalannye kepala sy masih kdg2 rase mcm bengang macam tuh walaopon telinge suda beransur baek dan simptom yang sama seperti telinge kiri telah sy rasai pula di sebelah kanan.. mungkinkah berlaku jangkitan..minta doktor beri pendapat kepada saya.
ReplyDeleteSalam,
DeleteDisyorkan rujuk kepada pakar ENT jika masalah berlarutan dan kelenjar limfa bengkak.
Salam sy nak tanya beberapa hari yg lepas telinga sy masuk air dah mcm2 cara sy gunakan untuk keluar kan air tu tp still sama jugak jadi sy pergi ke farmasi dan tanya ada x ubat yg boleh keluarkan air yg masuk telinga dia bg sy ubat titis setelah dua hari sy pakai tp stil sama malah makin teruk sy rasa makin byk air yg trkumpul dan bila sy nk sendawa atau menguap sy rasa sakit kt bahgian dlm telinga, kalau saya tarik cuping telinga ke bawah baru boleh dengar jelas mcm biasa, kalau tak, memang dengar perlahan ja orang cakap..adakah ini kesan apabila sy gunakan ubat titis itu ? Atau ada masalah lain?
ReplyDeleteSalam,
DeleteKemungkinan disebabkan masalah lain seperti earwax tersumbat atau jangkitan kuman. Perlu diperiksa oleh doktor dan dicuci
Salam,
DeleteKemungkinan masalah lain seperti earwax tersumbat atau jangkitan kuman. Elok diperiksa doktor dan dicuci
salam dr... telinga kanan saya terkena jangkitan(telinga tidak sakit),,saya di beri ubat antibiotik(ofloxacin) & ear drops(beagenta),,ubat ini saya dh makan 4 hari,,tetapi telinga saya masih rasa tersumbat..saya berasa bimbang adakah telinga saya boleh kembali pulih ?? @ perlu rujuk ke dr pakar? terima kasih
ReplyDeleteSalam,
DeleteJika masalah berlarutan elok dirujuk kepada pakar ENT. Telinga perlu dicuci sekiranya masih sumbat
terima kasih Dr mazita... saya akan makan sehingga habis antibiotik & ubat titis telinga terlebih dahulu,,dan sekiranya telinga masih rasa sumbat saya akan jumpa kakar ent.. t.kasih
DeleteSalam,
ReplyDeleteMasalah kulit tersebut perlu dirawat sebelum melarat. Ia perlu ubat sapu yang boleh disyorkan doktor setelah memeriksa luka tersebut.
Jaga lipatan belakang telinga sentiasa kering selepas mandi. Tekap dengan tisu bersih.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletenorhafisah omar said...
ReplyDeleteAs salam doc...telinga saya rasa gatal dan kadang2 rasa mcm ada sesuatu merayap kay dalam...dah cek dengan 2 orang doc dan doc cakap tak de apa cuma merah je... Bila saya makan ubat gatal rase gatal dan tak selesa tu akan hilang kemudian berulang .... Apa agaknya masalah telinga saya ni doc... Please help ...tq
Waalaikumsalam,
DeleteSaya tidak dapat pastikan diagnosis tanpa memeriksa telinga tersebut. Disyorkan berjumpa dengan pakar ENT untuk mendapat kepastian
Salam Doktor...
ReplyDeleteAnak saya mengalami telinga berair sejak usia dia 5 bulan (lepas anta nursery) mula2 berair sedikit..tapi sekarang anak saya dah nak masok 2 tahun masih tidak berubah n telinga dia dah busuk...setiap hari mesti kena bersihkan..kesian dekat dia... saya dah pergi bawa kat doktor tapi doktor hanya bersihkan je.. sebab masih kecil.. ada ubat telinga nama aerus..tapi masih tak berkesan..doktor ckp bnde ni biasa..tp ini 1st jd dalam family saya. saya dah buntu nak buat apa.. masa raya tempoh hari telinga anak saya sampai tahap tak bole sentuh..kalau dia demam lagi la banyak keluar... buntu sangat...apekah risiko kalau dah hampir 2 tahun ni...
Salam,
DeleteElok teruskan rawatan dengan pakar ENT. Vaksinasi pneumococcal dapat membantu. Elakkan anak terkena selsema, sekiranya terjadi cepat memulakan ubat selsema agar ia tidak menyebabkan telinga berair. Sukar bagi saya untuk memberi nasihat yang lebih terperinci tanpa memeriksa pesakit sendiri.
Assalamualaikum doc,
ReplyDeleteTelinga sy keluar nanah pada 1/8 tahun ni. Lepas saya jumpa doc, doc tu cakap gegendang telinga saya bocor besar. Nak pulih ambil masa yg lama. Jd doc tu suruh mandi sambil tutup telinga dan jangan masukkan sebarang benda ke dalam telinga. Sy ikut segala arahan doc. Doc berkenaan memberikan sy ubat antibiotik yg kuat. Alhamdulillah bbrpa hari selepas itu nanah sdh x kuar lagi. Tp bbrapa mggu sebelum ni, nanah keluar kembali dari telinga yg sama dan sekarang telinga sy x mengeluarkan nanah tetapi darah. Apa yg sy patut lakukan doc? Terima kasih atas respond doc.
Waalaikumsalam,
DeleteSaya syorkan segera mendapatkan pemeriksaan pakar ENT untuk telinga berdarah. Insya Allah doktor tersebut dapat memberi rawatan yang diperlukan. Terus menjaga telinga agar tidak dimasuki air.
Salam Dr. suami sy mengadu telinga kanan pekak selepas menguap..boleh bg info sebab2 ia berlaku?
ReplyDeleteSalam,
DeleteIa berkaitan dengan pengaliran udara melalui Eustachian tube samada tekanan menjadi tinggi di dalam telinga tengah atau tiub tersebut tutup semasa menguap. Sekiranya ia gejala yang baru atau menimbulkan rasa sakit elok diperiksa pakar ENT untuk memastikan semua struktur adalah normal. Pemeriksaan endoskopi wajar dilakukan.
Asslm DR..
ReplyDelete..di bhgian luar telinga adik sy(dkt bwah sideben rmbut)..ada satu benjolan kecil..tapi xde rasa sakit cuma kadang2 tu berbau sikit..adakah Dr tahu apa benjolan itu..mungkinkah berkait dgn resdung sbb dy ada resdung..sesetengah orang kata mungkin RISA...mohon Dr beri penerangan bagaiamana cara merawat & apa puncanya.thnx
Waalaikumsalam,
DeleteBenjolan tersebut kemungkinan berpunca daripada skin cyst. Ia tiada kaitan dengan masalah resdung. Tetapi disyorkan benjolan atau cyst tersebut dibedah buang.
haii...doc
ReplyDeletetlinga sy trsa perit mnybbkn sy sakit kepala hngga ke bhgian rahang... dn brasa gtal pd gegendang tlinga..sprti cecair meleleh tpi tk ada...pndngran sy elok... kdang ada bunyi.. yg sperti smasa kita menelan ...adakah gegendang telinga sy terkoyak..?
Salam,
DeleteKemungkinan ada jangkitan dalam telinga. Samada gegendang terkoyak, elok diperiksa untuk kepastian dan seterusnya mulakan rawatan.
Assalam Dr.
ReplyDeleteSaya mengalami masalah pendengaran dan gegendang telinga terkoyak. saya pernah buat pembedahan telinga tapi pembedahan tak menjadi sebab tisu terkoyak kembali. Jadi saya cuba letakkan titisan Air Gamat dalam telinga saya atas saranan orang . Adakah keadaan ini akan membahayakan lagi telinga saya doktor.
Salam,
DeleteMaaf, saya tiada pengalaman menggunakan air gamat sebagai ubat titis telinga. Jadi tak dapat memberi komen.
Assalamualaikum doktor. Sy mengalami masalah telinga kanan keluar nanah dan tersumbat sejak 2 minggu lepas. Bermula dgn simptom batuk kahak n selesema dan kemudian telinga sy menjadi tersumbat terutamanya setelah sy dlm posisi berbaring. Sy telah mendapatkan rawatan pakar ent. Berdasatkan ujian lab pada sample nanah didapati sy ada jangkitan kulat. Doc telah 3 kali melakukan rawatan cuci telinga dan mengeluarkan nanah yg tersumbat. Walaubagaimanapun telinga kanan sy akan mula tersumbat semula selepas 2/ 3 hari. Pada sesi cucian telinga yg ketiga, doc masukkan ubat titis sehingga menyebabkn sy berasa sakit teramat sangat sehingga ke tekak. Tekak sy berasa spt burning dan pedih. Doc suspect ada lubang kecil di gegendang ttp masih belum disahkan melalui ujian yg lbh detail. Kini doc beri sy ubat titis fungal clotrin dipakai siang dan ubat tarivid dipakai malam. Sy akan jumpa doc semula pd minggu dpn. Adakah rawatan yg sy terima merupakan langkah yg terbaik utk mengatasi mslh telinga kanan? Sy masih berasa sakit pd bahagian tekak dan telinga? Apa yg patut sy lakukan. Mohon pandangan doc. Tq
ReplyDeleteAssalamualaikum doctor . Pagi td sy berjumpa dgn doctor pakar ENT dan mengesahkan ada nanah dlm telinga sbb sbelum ni tahi telinga saya keras dan jangkitan drpd situ . beberapa bulan yg lpas doctor dh keluarkan tahi telinga tersebut . Masalahnya , balik drpd cuci telinga tadi , mlmnya telinga sy berdarah. adakah ad masalah2 yg serius atau luka disebabkan cucian telinga tersebut? mohon penjelasan. tq
ReplyDeleteSalam Dr. Mazita.
ReplyDeleteSaya sudah 3 hari mengalami sakit telinga sebelah kanan. Ini berlaku semenjak saya membersihkan telinga dgn menggunakan besi sebelum itu. Semalam saya berjumpa doctor di pusat kesihatan universiti. Doctor tu cakap telinga kanan saya ada infection sikit dan gegendangnya warna putih dan tak shining. Doctor tu kata kalau normal biasa dia shining. Doctor tu bagi saya ubat tahan sakit, ubat titik dan ubat gastric. Pharmacist ckp ubat gastric tu untuk side effect ubat tahan sakit.
Yang saya peliknya doctor tu tak bagi apa-apa antibiotik pun sedangkan katanya telinga saya ada infection. Adakah mungkin sebab bukan infection bacteria? Kalau infection kulat apa ubat sepatutnya yang saya guna? Dan adakah cukup ubat titik dan tahan sakit sahaja untuk telinga saya sembuh?
Mohon pandangan doctor Mazita. Terima kasih.
Salam,
DeleteSekiranya jangkitan telinga luar sahaja (otitis externa) ubat titis telinga mencukupi. Melainkan jika jangkitan lebih serius, perlu makan antibiotik
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalammualaikum, dr. Lately ni telinga kiri saya asyik tersumbat bila saya tidur mengiring ke kiri dan bila saya urut sikit dia akan kembali macam biasa. Kenapa ye?
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteSusah nak beri diagnosis. Elok periksa telinga tersebut, mungkin jangkitan, mungkin glue ear, mungkin ear wax tersumbat.
Salam doc..sy sudh berjumpe ngan pakar tp die ckp tiada apax2..telinga sy mash keluar air busuk kt telinga n die mengers kat telinga...tolong sy doc
ReplyDeleteSalam,
DeleteAgak sukar untuk saya membantu kerana tidak periksa telinga tersebut. Mungkin boleh berjumpa dengan pakar ENT tersebut untuk diperiksa semula. Adakah ia hanya ear wax (tahi telinga) dan bukan jangkitan?
salam dr .. ibu saya mengalami telinga berdengung dan kurang pndengaran disebelah kanan.. sblum ni ok je .beberapa hari sebelum telinga berdengung ibu saya ade merasakan sesuatu yg mengalir ditekaknya semasa menelan air liur dan ade rase kebas di kepala sebelah kanan.. tpi skrg bila telinga dah berdengung kebas dikepala dah tiada tapi ibu saya ada rasa tegang di telinga n berdengung.. apa mslh ibu saya ye dr mazita .. tq
ReplyDeleteSalam,
DeleteAda kemungkinan otitis media. Perlu diperiksa untuk mengetahui punca/sebab ia berlaku. Elok diperiksa pakar ENT untuk rawatan selanjutnya
salam doktor.... boleh kah seseorang yang menghidapi penyakit gegendang telinga yg telah pecah menaiki kapal terbang?
ReplyDeleteSalam,
DeleteTiada masalah menaiki kapal terbang sekiranya gegendang telinga berlubang.
as salam dr , telinga saya sekarang membengkak dan menyukarkan saya untuk makan atau bercakap apabila saya ingin makan akn terasa sakit pada telinga dan di bawah telinga, saya perasan jugak telinga saya mengeluarkan air ,adakah ianya bahaya?saya tidak pasti punca telinga saya membengkak , tapi setiap hari saya akan selsema pada waktu pagi dan akan bertambah teruk apabila musim sejuk , ianya menyukarkan saya untuk tidur pada waktu malam kerana telinga sakit dan berdenyut , apa yang perlu saya lakukan ??
ReplyDeleteSalam,
DeleteKemungkinan ada jangkitan pada telinga yang menyebabkan ia bengkak dan sakit. Elok diperiksa doktor dan mulakan rawatan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam dr,
ReplyDeletekawan saya mempunyai masalh tahi telinga berwarna hitam,lembik dan tidak berbau.tp hanya di sebelah bahagian kanan.sebelah lagi warne coklat kekuningan seperti biase.smpai satu ketike,ianya keluar tahi telige warne hitam dalm kuantiti yg bnyk dengan sendirinye.sebelum ni die pernah mendapatkan rawatn di klinik kerana telinganya sakit dan berdengung di sebelah kanan.dr telah memberi ubat titis dan menyedut kedua2 telinge dengan sejenis alat.tp sekarang telingenye tidak sakit dan berdengung,tetapi ianya cume keluar tahi warna hitam di bah kanan dulu?jadi apekah ianya normal?harap dr bantu..terima kasih
Salam,
DeleteAda dua jenis tahi telinga (earwax) iaitu yang kering dan yang lembap. Jenis yang lembap pula ada pelbagai warna dari kuning emas kepada warna coklat kehitaman. Jadi kemungkinan besar ianya normal. Tetapi jika sakit elok diperiksa doktor.
Aslmkm doktor. Telinga saya sebelah kanan blkng cupingnya ada biji2 keras. Ianya sdh ada sejak saya kecil lagi. Ianya x ada rasa sakit dan sebagainya. Sizenya mcm begitu saja dari dulu. Apakah ianya merbahaya?
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteSaya tidak tahu samada merbahaya atau tidak kerana tak pasti apa biji2 tersebut. Elok diperiksa oleh doktor dan jika perlu dirujuk kepada pakar ENT
Salam...dr sy ingin dptkn kepastian. Sy dh seminggu sakit di cuping telinga. Dh jumpa pakar ent di pantai hospital. Dr kata sy terkena kayap dn dr bekalkan antibiotik acyclovir 400g 5x sehari dan ubt sapu acyclovir 5% 4xsehari. Sy sgt bimbang dr. Adakah iamya bole sembuh.
ReplyDeleteSalam,
DeleteInsya Allah boleh sembuh, Teruskan dengan ubat yang diberi. Jika pendengaran kurang atau pening, jumpa semula dengan doktor dengan segera.
Tqvm doctor!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAs salam Doc...
ReplyDeleteSy dh baca semua komen....begini...2/3 bulan lepas anak sy 6 thn sKit telinga...tahi telinga kering ...pi jumpa doc cuma bg ubt titis n thn sakit shj....lepas tu ok...sy pun x tgk la sgt telinga dia sbb dia dh x mngdu apa2....cuma dlm 2 mggu ni bila bgn pagi dia kata sakit telinga....bila sy tgk telinga kiri dia tersumbat penuh...lgsung x dak lubang....pi kat doc cuma bg ubt cair tahi telinga n antibiotik sbb doc kata jgkitan kuman.... sbb ade warna kuning....lpas 2/3 Hari tahi telinga tu x cair cair jugak so sy bwk pi ent....doc ent cuci terus pd kali pertama pi lawatan tu...mmg clear hbis....then pd 4 hari slps cuci tu jmp blik doc tu sbb masih ade kekuningan dlm telinga...doc kata kulat...cuci lg kali kedua....skrg ni dh 5 hari slps cucian kedua pun msih nmpk kekuningn kat dlm tu....
Rasa mcm x kurang kurang ....ank sakit telinga lg...doc cuma bg ubt titis.. alahan n thn sakit....
Knp masih berulang......ubt dh nk hbs mkn....
Waalaikumsalam,
DeleteSukar saya untuk memberi pendapat yang tepat kerana tidak memeriksa telinga anak puan. Elok bertanya kepada pakar ENT yang merawat samada ia jangkitan telinga luar (otitis exetrna) atau ada masalah gegendang bocor (otitis media). Kadangkala jangkitan kuman mahupun kulat mengambil masa untuk pulih. Saya syorkan bertanya kepada pakar ENT yang merawat kerana dia yang memeriksa dan boleh memberi gambaran yang lebih jelas.
salam..doktor..saya pernah sakit telingga pada bulan disember 2015..dokto kasi ubat titis cair telingga antibiotik titis..dan antibiotik untuk makan..pastu dah ok..selang 3 minggu sakit balik..doktor sembur telingga dengan air utnuk cuci dan bagi ubat yang sama..pastu dah ok..selang sebulan sakit lagi..doktor bagi ubat yang sama jugak..pastu ok..sekarang dah 3 bulan lebih..sakit balik..macam bias doktor cuci dan bagi antibiotik...saya risau lah asyik sakit je..telingga cam tersumbat..doktor cakap kemungkinan gegendang pecah dan ada jangkitan dkt gegendang..telingga saya berair...apa tanda-tanda gegendang pecah?sebab pendengaran saya masih ok..
ReplyDeleteSalam doktor, saya baru memeriksa dengan Pakar ENT pada hari selasa yang lepas berkenaan masalah saya dan didiagnos menghidapi Accute Sinusitis. Masalah saya adalah selsema & sukar bernafas (hilang deria bau), batuk dan hilang deria rasa terhadap makanan dan telinga kanan yang kurang pendengaran (sentiasa rasa berdengung&berdesing) menyebabkan saya sukar mendengar. Doktor ENT tersebut telah memberikan saya ubat Clarinase, spray hidung & menthol crystal (untuk selsema), fluimucil-a (untuk hilangkan kahak) dan antibiotik Curam 625mg untuk telinga. Sebenarnya, adakah kes saya ini sangat serius memandangkan ianya mengganggu kesihatan saya untuk berkerja dan mengganggu emosi saya. Mohon doktor untuk memberikan penjelasan. terima kasih.
ReplyDeleteSalam,
DeleteAcute sinusitis memang boleh mengganggu kesihatan pesakit kerana ia adalah jangkitan kuman. Keadaan ini adalah sementara sehingga masalah jangkitan tersebut diubati. Apabila pesakit mengalami simptom-simptom yang disebut, kadangkala ada sakit kepala dan masalah tidur menyebabkan gangguan emosi. Jika mengalami loya, muntah-muntah, sakit yang amat sangat, elok berjumpa balik dengan pakar ENT.
terima kasih doktor ata nasihat yg diberikan..sekaranng ini saya masih makan ubat yang diberikan pakar dan selsema serta kahak sudah semakin kurang.namun, pendengaran saya masih belum pulih lagi. saya akan mengambil nasihat doktor untuk berjumpa dengan pakar sekali lagi sekiranya masih belum pulih.terima kasih doktor..:)
DeleteAssalamualaikum. Pada 13 April lalu..saya alami demam yg agak teruk, selsema,sakit tekak.Dan keesokannya sy mengalami sakit pd telinga kanan. Ptg itu sy prgi Ke klinik.Dr bgthu sy..dalam telinga sy bengkak. Dr xbenarkan sy mengorek telinga. Pada pg keesokkannya sy dapati ada cecair yg Sudah mengalir dari telinga sy ketika sy tidur semalam. Sejak itu pendengaran pd telinga kanan terganggu. adakah cairan tu dari gegendang yg bocor?. Hari ini telinga kiri sy mula sakit sedkit.
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteDengan simptom yang dialami, kemungkinan ada masalah otitis media dan gegendang bocor. Sekiranya pendengaran masih tidak jelas dan sakit telinga, elok diperiksa semula untuk pastikan samada gegendang telah pulih dan tiada lagi jangkitan
Assalamualaikum . Dah hampir 4minggu macam ni telinga belah kanan saya sekejap okay sekejap tak okay tapi selalunya tak okay lah . Telinga saya ni seolah olah sumbat macam air masuk dalam telinga tapi kalau fikirkan balik takkan lama sangat and then saya cuba guna kapas telinga makin lama makin teruk bila guna kapas telinga ni . Saya dapati jugak pada kapas telinga ada cecair putih yang agak melekit ? Apa tu ? Lagi pun saya ni agak selesama
ReplyDeleteWaalaikumsalam
DeleteElok berjumpa doktor untuk mengesahkah masalah telinga, Kemungkinan ada jangkitan kerana ada cecair putih ?nanah
salam doctor, saya lagi yang bertanya. setelah mengalami jangkitan telinga (kanan) buat pertama kali dalam hidup saya pada Ogos tahun lepas 2014, telinga saya kerap gatal. Saya suspect sebab antibiotik waktu jangkitan tu dah imbalance kan bakteria dalam telinga saya. Apapun, akibat kegatalan melampau itu, saya hilang sabar dan kerap gunakan putik kapas utk korek/garu. Consequencesnya ialah jadi chain reaction jangkitan telinga dan ini berlaku untuk kedua-dua belah, mula2 kiri, mula dengan gatal2 dan saya korek, jadi infected, kembali ke HKL, dibekalkan dengan sofadrex (antibiotik yang sama masa jangkitan telinga kanan yang pertama) dan ia baik. Kemudian kanan pula yg gatal sangat dan saya korek lagi dan jangkitan, sekali lagi ke HKL dan ubat yang sama juga memulihkan jangkitan. saya aware tentang jika saya korek, ia akan luka dan sebab tu berlakunya jangkitan. tapi tak tahan sangat gatal dan akhirnya akan korek. ada juga cuba petua2 seperti masukkan minyak zaitun dan minyak garlic tapi telinga tetap gatal secara berkala.
ReplyDeleteNamun, setelah faham chain reaction tu, saya memang seboleh2nya kawal diri utk tak korek telinga secara agresif bila gatal supaya tak kena jangkitan lagi (sebab jangkitan terlalu sakit, tak tahan saya). Tapi gatal tetap berlaku. Buat pengetahuan doktor, saya memang regular di ENT HKL, tp doctor ENT di HKL kata takde apa2 cuma problem alergi rhinitis saya yang dari dulu (sebelum jangkitan berlaku pun saya mmg didiagnos ini dan ada ubat nasal spray dan loratadine yang diberikan).
saya tanya adakah ada fungus sebab saya selalu gatal, doctor kata tak ada (pada masa check up terakhir 21 april lalu). Dr bekalkan saya minyak zaitun sterilised utk diletakkan jika gatal. Saya guna dan macam biasa gatal tetap berlaku setiap hari, cuma bukanlah sepanjang masa. Namun, semenjak beberapa minggu ini, minyak zaitun tu dah habis dan gatal makin menjadi2. saya tak tahan dan mula korek semula dengan putik kapas, cuma kali ni saya berhati2 supaya tak kasar sangat dan cederakan kulit dalam telinga. Tapi apa yang saya dapati kali ini, ialah bila saya terkena putik kapas pada bahagian yg gatal, saya bawa keluar putik kapas dan dapati tahi telinga saya hitam, mcm tahi telinga kucing. ia tidaklah banyak berketul, cuma specks of black ada pada putik kapas. saya mula fikir adakah ia fungus? atau adakah ini tahi telinga normal? ini ada pada kedua-dua belah telinga dan mmg dapat dikorek bila terkena bhgn yg gatal.
buat pengetahuan doktor, sebelum semua ini bermula (jangkitan pertama pada tahun lalu) tahi telinga saya sihat dan berwarna coklat honey, dan ia jenis lembab. Hanya selepas dapat jangkitan semua ini berlaku. bolehkah doktor tolong saya, apa yang perlu saya buat sebab tak tahan hari2 gatal. jumpa doctor ENT, dah beberapa orang di HKL, mereka asyik kata takde apa, x fungus dan bersih.
untuk makluman juga, saya seorang yang kerap masuk kolam renang kerana saya mengajar renang. tapi kalau ikutkan sebelum saya kena jangkitan pun saya memang sudah aktif berenang. sekian pertanyaan saya, diharap doktor dapat bantu. terima kasih.
Salam,
DeleteElok berjumpa balik dengan pakar ENT. Jangkitan fungus memang boleh berwarna hitam. Tahi telinga yang lama juga boleh berwarna coklat kehitaman. Ia perlu disahkan dengan pemeriksaan doktor. Saya nasihatkan jangan korek telinga langsung. Kulit telinga gatal ada pelbagai sebab antaranya jangkitan kuman/kulat, berkaitan masalah alahan atau masalah kulit. Hanya doktor yang merawat dapat memberi pengesahan diagnosis.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Doktor. saya mengalami masalah sakit telinga kiri selama seminggu dan sudah berjumpa doktor. doktor memberi tahu bahawa ada jangkitan dan memberikan saya paracetamol(ubat tahan sakit),antibiotik dan candid clotrimazole untuk di titis di telinga. soalan saya,untuk berapa lamakah saya perlu menggunakan ubat titis tersebut?
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeletePerlu diperiksa semula selepas penggunaan ubat. Doktor yang merawat yang boleh mengesahkan berapa lama lagi perlu menggunakan ubat tersebut.
Assalamualaikum doc.. Saya kina umur 18 tahun. Saya ada masalah sakit telinga kiri dan telinga bahagian tengah. Saya pernah ke hospital dan dokter hanya memberikan ubat titis dan antibiotik. Tetapi sudah lebih 2minggu, telinga masih belum sembuh. Terdapat cairan dan kadangkala darah yg banyak. Telinga juga terasa sakit apabila ditekan. Apakah ada masalah dgn gegendang telinga saya? Tq
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteDapatkan pemeriksaan doktor semula. Kebarangkalian besar masih ada jangkitan kuman. Hanya dengan pemeriksaan doktor boleh pastikan samda gegendang masih normal atau tidak.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam sejahtera doc...saya ingin bertanya jika telinga kita dijangkiti kulat fungus,berapa lama telinga kita akan pulih.saya sudah g buat pemeriksaan mula2 doc cakap saya kene otitis media lepas 2 ada plak doc ckp sy kene kulat fungus.apa yang saya tahu telinga saya sudah tidak sakit cuma masih bdesing seperti duduk dalam hutan yang sunyi.
ReplyDeleteJangkitan fungus boleh mengambil masa beberapa minggu untuk pulih. Hanya doktor yang memeriksa boleh mengesahkan samada jangkitan tersebut sudah pulih sepenuhnya. Jadi saya tidak dapat memberi kepastian punca bunyi berdesing tersebut.
DeleteSalam , doctor . Saya mengalami masalah telinga . Saya tak boleh dgr sebarang bunyi meskipun suara sendiri . Bila dgr bunyi terasa spt bergema dan berdesing , kadangkala nyaring sehingga menyebabkan sakig kepala . Bila disuluh seperti ada something berwarna putih dlm telinga . Doc ada berikan saya soliwax tp masih tiada apa-apa kesan .
ReplyDeleteSaya syorkan pemeriksaan lanjut oleh pakar ENT.
DeleteSalam, dr mazita, utk rujuk ke ENT, kita perlubke klinik kesihatan dulu atau hosp sbg pesakit luar betul? Jika dr rujuk ent barulah dpt ke sana..xblh walk in kan..
ReplyDeleteSalam,
DeleteJika ingin berjumpa pakar ENT di hospital kerajaan, memang perlukan surat rujukan daripada klinik kesihatan atau klinik swasta.
Sekiranya ingin berjumpa dengan pakar ENT di hospital swasta, tidak memerlukan surat rujukan kecuali jika ingin mendapatkan GL daripada insuran majikan.
Assalamua'laikum doktor..... Beberapa hari lepas telinga saya disahkan dijangkiti bakteria dan ianya bengkak dan menanah. Saya dah jumpa dengan pakar ENT untuk pemeriksaan dan nanah yg pecah juga sudah dicuci cuma telinga saya masih lagi bengkak buatkan saya rasa kurang dengar dan berdengung..... Berapa lamakah masa yang diambil untuk bengkak itu surut?
ReplyDeleteAs Salam Doctor,
ReplyDeleteBolehkah Soluwax Ear Drops (Docusate Sodium 0.5% in a colourless water miscible base with methyl paraben 0.1% as preservative) digunakan oleh ibu yang menyusukan bayi??
assalamualaikum..doktor sye baru sembuh dari demam panas so skang telinga sye ade rse berdengung dan sdikit berdesing..adakah situasi ni utk sementara..dan brapa lama kebiasaannye bru benar2 sembuh?? lg 1 sye nk bertanye klinik doktor berada dimana??
ReplyDelete