Di dalam kajian National Cancer Registry tahun 2006 terdapat 1.1 kes per 100,000 populasi di Malaysia di mana kaum lelaki mencatatkan kekerapan lebih 5 kali ganda berbanding kaum wanita. Ia juga menunjukkan peningkatan kes bagi pesakit yang berumur 40 tahun ke atas dengan yang tertinggi di kalangan pesakit yang berumur 60-69 tahun.
Kawasan tekak (larynx) melibatkan khususnya organ peti suara (glottis), supraglottis dan subglottis |
Gejala kanser tekak seringkali timbul sebagai perubahan suara, suara garau atau masalah menelan makanan dan minuman. Pesakit juga kadangkala berasa seperti ada 'sesuatu yang sangkut' di bahagian tekak. Perubahan suara kerapkali merupakan gejala sakit tekak biasa yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Akan tetapi sekiranya perubahan suara itu berlarutan lebih dari 2 minggu, pesakit seharusnya mendapatkan pemeriksaan tekak yang lebih terperinci.
Gejala-gejala lain yang berkaitan kanser tekak adalah bengkak pada leher yang disebabkan oleh kelenjar limpa, batuk berdarah, sesak pernafasan atau pernafasan berbunyi terutamanya di kalangan mereka yang merokok.
PEMERIKSAAN KLINIKAL
Pesakit yang mempunyai gejala- gejala tersebut perlu diperiksa dengan lebih lanjut menggunakan peralatan endoskopi semasa sesi rawatan di dalam klinik pakar. Sekiranya pemeriksaan endoskopi menunjukkan ketumbuhan di kawasan tekak pesakit perlu menjalani pemeriksaan selanjutnya.
Ketumbuhan pada tekak boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit seperti tuberkulosis (batuk kering), polip, granuloma selain dari kanser. Untuk mengenalpasti punca sebenar sedikit tisu perlu diambil dari ketumbuhan tersebut. Kerapkali ini melibatkan pembedahan kecil.
Pesakit juga perlu menjalani pemeriksaan CT scan (computed tomography) untuk mengetahui sejauh mana kanser tersebut telah merebak.
RISIKO KANSER TEKAK
Terdapat beberapa faktor yang merupakan risiko tinggi untuk kanser tekak:
Faktor umur- Risiko meningkat semakin pesakit berumur
Alkohol- Tabiat pengambilan alkohol atau minuman keras merupakan faktor risiko yang tinggi terutamanya jika pesakit juga mengamalkan tabiat merokok
Merokok- Perokok tegar yang bertahun-tahun lamanya mempunyai risiko yang amat tinggi
Pesakit kanser tekak di kalangan ahli keluarga terdekat terutamanya ibubapa atau adik-beradik
Human papillomavirus- Jangkitan virus ini juga meningkatkan risiko kanser tekak
Faktor lain seperti Asid reflux, pencemaran Bahan kimia, Diet yang kurang sihat
RAWATAN KANSER TEKAK
Pelan rawatan penyakit kanser perlu pertimbangan antara pesakit dan doktor pakar bedah bersama pakar onkologi. Rawatan kanser tekak yang disyorkan oleh doktor pakar bergantung kepada tahap kanser tersebut.
Sekiranya tahap penyakit kanser tekak masih di peringkat awal rawatan secara pembedahan atau radioterapi perlu dijalankan. Ketumbuhan kanser yang lebih besar terutamanya yang melibatkan kelenjar limpa perlu kedua-dua pembedahan dan radioterapi. Kadangkala kemoterapi juga diperlukan bagi tahap kanser tekak yang lebih lanjut. Pelan rawatan penyakit kanser adalah khusus bagi setiap pesakit setelah mengambil kira tahap kanser, keadaan kesihatan pesakit dan jenis sel kanser.
PERINGATAN
Peringatan yang paling penting ialah pesakit harus cepat mendapatkan pemeriksaan lanjutan sekiranya mengalami gejala-gejala di atas. Kerana pemeriksaan awal dapat mengesan ketumbuhan pada peringkat awal. Sekiranya kanser tersebut dapat dikenalpasti pada peringkat awal, sudah tentu rawatannya kurang rumit dan peratusan kebarangkalian sembuh adalah amat tinggi.
salam....saya ada tanda-tanda seperti rasa benda tersangkut.....saya sudah mengalami tanda ini slama
ReplyDelete2 bulan....adakah ini tahap awal?
Simptom rasa benda tersangkut perlu pemeriksaan ENT yang lebih lanjut.
Deleteassalamualaikum..sy dah pergi ent..sy dah ckp sy dah sesak nafas...dia boleh bagi masa sebulan lebih??saya dah setahun rasa telan mcm tersangkut...
Deleteskrg makin teruk..rasa mcm makin besar kat tekak..telan makin terasa..makan pun mcm nasi tu nak telan tersekat.
lepas dah pergi doktor pakar bagi appointment 1 bulan lebih.klau sesak nafas lagi terus pergi emegency...hmm klau pergi swasta brp ye kena doktor?
Waalaikumsalam,
DeleteElok bertanya dengan klinik ENT yang akan dikunjungi mengenai kos rawatan. Jika ingin ke klinik saya, telefon 03 3377 7865
Assalamualaikum. Maaf menggangu puan. saya ade mengalami maksalah bila sahaje minum minuman panas saya seperti mengalami benda tersangkut ditekak. dan bila saya minum air masak untuk dibilas . sedawa mula keluar dah rasa selesa. kenapa jadi macam tue. dah saya sudah dua kali mengalami maksalah nafas yang selesa. kerana rasa tersangkut. bila bersenam dan minum air baru kelaur sedawa dan lasa mulai lapang. mohon pencerahan dari puan
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteElok diperiksa masalah tersebut. Samada masalah di bahagian tekak atau perut.
terima kasih pn. nak tanya lah . perut saya adekalanya sakit sebelah kanan bawah rusuk akhir. biasanya berlaku bila lambat makan . atau pun makan makanan pedas. kekadang tue sakit nya melibatkan bahagian belakang badan sebelah kanan. seperti sakit urat belikat.
DeleteSaya ada alami terasa benda tersangkut di tekak hmpir 3 buln.. sya dh pergi jmpa doktor di jbtn pskit luar HKL.. doktor ambil test ecg dgn ambil drah utk thyroid... result xdak msalh... lpas 2 doktor bgtau yg itu hnya mslah stress.. skrng ni sya btul2 x slesa bila mnelan... sya just geram bila doktor x trnsfer kes sya ke ENT..
ReplyDeleteRefer..
DeleteJika masih ada masalah menelan, elok diperiksa oleh pakar ENT. Mungkin boleh berjumpa dengan doktor berkenaan dan request referral.
DeleteMia hassan boleh wassap sy tak untuk kongsi pengalaman....sbb skrng sy tgh kne mcm awak...019 6489567
DeleteAssalamualaikum..maaf menganggu puan..saya ingin bertanya..saya mengalami sakit di tekak,tapi bukan sakit di kerongkong tekak,tapi sakit ni berlaku di sebelah kanan tekak saya,apabila makan dan minum,saya tak terasa sakit,tapi apabila menelan air liur,saya terasa sakit dan apabila saya sujud,terasa sangat sakit di sebelah kanan tekak saya..adakah ia salah satu simptom kanser tekak?
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteKanser selalunya tidak merasa sakit kecuali jika ia sudah merebak ke bahagian tulang. Elok diperiksa untuk mengetahui punca rasa sakit tersebut kerana tidak normal rasa sakit yang berpanjangan.
Apa maksud doktor sudah merebak ke bahagian tulang? Kita akan rasa sakit sendi / lemah tulang ke?
DeleteSalam,
DeleteJika ada masalah kanser, ia boleh terus membesar dan merebak ke struktur berdekatan seperti tulang atau merebak jauh (metastasis) kepada organ-organ lain. Sakit sendi tidak semestinya bermaksud ada bone metastasis. Pesakit perlu dapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian diagnosis.
ASALAM
ReplyDeleteDR MAZITA SAYA NAK TANYA ..BAPA SAYA DAH HILANG SUARA HAMPIR 2 BULAN ..BILA BERCAKAP HANYA ANGIN YANG KELUAR DARI MULUT BAPA SAYA ..DAH BAWA KE HOSPITAL SERDANG TAPI MASIH MENUNGGU TURN ..HARAP DAPAT PENJELASAN DARI DOKTOR .
Waalaikumsalam,
DeleteMaaf lambat jawab kerana saya berada di luar negara sebulan lepas.
Saya harap ayah saudara/i sudah pun berjumpa dengan pakar ENT.
Ia petanda masalah yang serius.
Tn/pn zai zam dh bawa ayah ke pakar ent ke? Kes ni mcm mak saya alami skrg..br je lps pembedahan ambil sample dan doc kata ada ketumbuhan peringkat ke-2...skrg mak saya menjalani radioterapi..kami skrg dok mencari supplement yg sesuai utk recover blik sel2 mati
DeleteHai i tak rasa macam ada benda sangkut tetapi masa telan apa2 tekak i sakit dan sekarang lelangit dalam mulut i belakang lidah bengkak separuh... tapi i baru 4hari aje sakit tekak
ReplyDeleteElok diperiksa dengan doktor dengan segera. Jika lelangit bengkak kemungkinan masalah peritonsillitis yang boleh menjadi nanah jika dibiarkan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesy ade rse trlkat d bhgian krngkong sblh knan sy .. Sy tlah jmpa dctr di sbuah klinik .. Dan dy mngtakn bhwa tonsel sy bngkak sdkit .. lalu slps bbrpa hari ... Rse tdak slsa itu mla pulih namun ia datang kmbli apabila kngkong d bhgian kiri sy skit slps sehari sy lega dari rsa tdak slsa itu ... Sy tiada kskran utk mnlan or mnum minuman ... Adakah ainya kanser atau skit krngkong yg biasa ... mohon pnjlsan ..
ReplyDeleteSalam,
DeleteSamada ianya kanser atau tidak, berpandukan kepada pemeriksaan doktor. Sekiranya doktor syak ianya ketumbuhan, beliau akan syorkan pemeriksaan lanjutan dan mengambil tisu sampel untuk kepastian. Jika saudara masih bimbang elok diperiksa semula oleh doktor.
Salam,
ReplyDeleteSaya tidak sakit, tetapi saya ada masalah menelan makanan. Pada mulanya saya anggap ini biasa bagi saya, tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, masalah ini makin ketara. Saya terpaksa makan dengan sedikit kerana sukar menelan dan takut tercekik. Boleh saya tahu berapakah kos untuk membuat rawatan penyakit ini?
Salam,
DeleteElok diperiksa kenapa ada masalah menelan. Ia adalah simptom yang membimbangkan.
Sala doc, saya pun mgalami masalah spt ibnu che..sy dh buat scan di leher, ada bengkak di tiriod gland, doktor bgtahu x perlu bimbang dan boleh baik. Ujian darah dh dibuat dan masih menunggu result dan appointment. Hal ini mgelirukan sama ada tirod atau esophageal? Mohon pencerahan
DeleteSalam,
DeleteJika scan sudah pastikan bengkak pada tiroid, bengkak ini dapat menekan pada saluran makanan oesophagus. Elok ditanya soalan ini kepada doktor yang merawat kerana beliau dapat melihat scans tersebut dan pastikan ianya penyebab rasa susah menelan (bergantung kepada saiz dan kedudukan bengkak tiroid tersebut)
SLM doktir saya mengalami sakit mcm ibnu che tp apabila menelan sesuatu mknan atau minuman xkira lembut atau keras ia lbih skit dn sye terpaksa berhenti dan x dpt menyambung mkn..sye takut untuk berjumpa doktor krn tkut ditahan di wad memandangkan sye memgambil SPM thun ni sye tkut tertinggal mata pelajran she ingin bertannya ada x alternatif pain selain berjumpa dgn dktor time ksh
DeleteSalam,
DeleteTidak semestinya perlu ditahan di wad. Pemeriksaan dapat dilakukan di klinik ENT. Elok berjumpa doktor untuk rawatan lebih lagi kerana akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Lebih baik selesaikan masalah kesihatan agar dapat tumpukan kepada pelajaran.
salam puan.. maaf kerana menganggu.. sy juz ingin bertanye.. sy skrg nie mengalami skit di sebelah kanan tekak sy.. sy sukar nk minum or makan.. sebelum sy prnh jgk rsa ada something kat tekak tp xde lak rsa sakit cam skrg n sy xde mengalami kesukaran untk makan or minum tp skrg sy rsa lain lak.. tekak sy rsa sakit even sy x mkm or minum.. nak telan air liur pn sy rsa saakit gak and rsa sakit tue smpai kat telinga.. kenapa ek?? kanser?? or sakit tekak biasa?? or penyakit lain??.. saya harap puan dpt beri jawapan untk masalah sy tue.. treima kasih puan
ReplyDeleteKemungkinan ada jangkitan tekak seperti tonsillitis yang menyebabkan simptom tersebut. Perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dan antibiotik
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya perokok tpi tk kerap sgt merokok..Sy mcm ada rasa sesuatu yang tersangkut kt tekak..tpi bendai kejp rsa ada kejp hilang...Umo sy bru 20taon..So sy nk tahu adakah ini sakit biasa??atau pon sbb apa?? saya harap puan dpt beri jawapan untk masalah sy.. treima kasih
Salam,
DeletePerlu pemeriksaan doktor untuk simptom tersebut. Saya perlu melakukan pemeriksaan baru boleh pastikan punca masalah tersebut.
salam doktor.
ReplyDeleteTiga minggu lalu saya merasa sakit tekak dan ke klinik.Doktor mendapati bahagian kanan tekak ada tanda kemerahan & bengkak.setelah memakan ubat,antibiotik dan ubat kemam utk sakit tekak,rasa sakit belum pulih.Sekarang saya rasa sakit dikerongkong kanan dimana seperti ada benda yg menghalang utk saya menelan air liur.Apakah penyakit utk simptom tersebut?
salam doktor.
ReplyDeletesaya muntah pagi td disebabkan gangguan dalam perut. tetapi selepas muntah saya rasa sakit tekak untuk menelan air liur. saya rasa seperti ada sesuatu yang tersekat di tekak saya. saya tidak pernah alami perkara begini. mohon pencerahan daripada doktor.
Salam...3 hari lps sye rasa mcm ada benda trsangkut dlm tekak...tp lps tu dh kluar melalui hingus...tp smalam,sye rasa ada lg benda tersangkut dlm tekak...bila sye telan air liur or cuba kluarkn....benda tu mcm nk kluar tp x kluar lg...tp x rasa sakit...mohon penerangan doktor tntg perkara ni..
ReplyDeleteSalam,
DeleteJika lega selepas mengeluarkan hingus, mungkin ada kahak yang menyebabkan rasa tersangkut. Walaubagaimanapun bengkak dalam tekak juga mempunyai simptom yang sama. Jadi untuk kepastian, perlu diperiksa oleh doktor.
Tekak sy perit bila telan air liur..bulan 5 pun penah jd ketika sy demam..lpas demam pun still rasa..but pg jump doc n dia bg ubat kemam..lpas tu da ok..tp mggu lpas jd lg..rasa ada benda tsgkut bila nk telan air mnum or air liur..perit...
ReplyDeleteSalam,
DeleteKemungkinan masih ada jangkitan tekak. Elok diperiksa doktor untuk rawatan selanjutnya. Jika masih rasa tersangkut semasa menelan, pemeriksaan endoskopi oleh pakar ENT boleh melihat bahagian kerongkong dengan lebih lanjut.
Assalamualaikum, saya mengalami benjolan di belah kiri leher saya dan ditepi nya dekat dgn rahang kiri sakit tetapi benjolan itu tak sakit... kini sy memang sakit gigi dan gusi bengkak di belah kiri gigi atas.. adakah ia kerana sakit gigi atau effect tanda2 kanser? Terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum..doktor mazita saya br sebulan mengalami masalah sangut dlm tekak.hr ni sy buat berjmpa ent swasta rujuk masalah ni.tp doc cuma bagitahu tonsil sy teruk.adakah jikalau tonsil teruk pun punca sukar menelan
ReplyDeleteas salam doktor..saya mengalami seperti ada sesuatu di tekak..tiada masalh ketika menelan..saya telah ke hospital..doktor mengatakan tonsil saya bengkak..dah 2 minggu macam ni..
ReplyDeleteSalam,
DeleteMemang tonsil yang bengkak boleh menyebabkan rasa ada sesuatu di tekak. Tetapi boleh juga disebabkan oleh perkara lain. Di klinik pakar ENT, kami menjalankan pemeriksaan endoskopi untuk kepastian diagnosis.
Sekiranya pasti simptom tersebut hanya disebabkan oleh tonsil bengkak, mesti dicari punca mengapa tonsil menjadi bengkak. Kemudian rawatan yang sesuai dimulakan dan pemeriksaan susulan selepas itu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteas salam dokter...sy nak tnya...tekak sy sering terasa seperti ade kaca melekat...tapi bila time makan x rasa ape2...dtg rasa tu time sy minum air dan kebelakagan ne sy sering batuk2 sambil terasa seperti ade sesuatu cecair di tekak..harap dapat membantu
ReplyDeleteSalam,
DeleteKemungkinan ada jangkitan atau ulser dalam tekak. Elok diperiksa doktor untuk kepastian dan rawatan.
Salam doktor ! ibu saya mengalami masalah xde selera makan dan gastrik ! baru2 nie telah pergi doktor dan doktor beri ubat gastrik dan buang angin ... dlm seminggu makan ubat tersebut tibe ibu saya kata ade rasa seperti benda tersekat di kerongkong menyebabkan dia isau nak makan ... then refer balik pada doktor dan buat ultrasound dan check dlm kerongkong guna kamera semua nampak baik dan ok jee ... then doktor kasi suruh teruskan ubat gastrik dan gaviscon namun rasa tersekat di kerongkong masih ada ... mohon pencerahan dari doktor ...
ReplyDeleteSalam,
DeleteJika sudah diperiksa pakar ENT dan dipastikan tiada masalah lain, kebarangkalian ia berkaitan sakit gastrik dan refluks asid. Teruskan penggunaan ubat gastrik. Kadangkala kami tukarkan ubat pain jika simptom masih berterusan. Perlu juga jaga dari segi pemakanan.
salam
DeleteTerima kasih doktor
salam en azri azahar..sy sdg mengalami ape yg mak saudara alami..sebulan yg lepas,sy ada masalah gastrik yg teruk sampai sukar utk bernafas.sy ke klinik dan mndapatkan rawatan.seperti biasa doc akn bagi ubat angin dan gastrik..selepas sebulan makan ubat Alhamdulillah gaatrik sy dh pulih tapi sekarang hadapi masalah ada bnda tersekat di kerongkong.tekak terasa kering,macam tercekik sesuatu di tekak.nak makan pun takut sebab takut tercekik.kadang2 sy rasa sukar utk bernafas kerana rasa rongga pernafasan sempit.bagaimana keadaan mak saudara sekarang??
DeleteDr.Mazita boleh respond tak??Sy betul2 risau dn stress keadaan skg nie.
salam en azri azahar..sy sdg mengalami ape yg mak saudara alami..sebulan yg lepas,sy ada masalah gastrik yg teruk sampai sukar utk bernafas.sy ke klinik dan mndapatkan rawatan.seperti biasa doc akn bagi ubat angin dan gastrik..selepas sebulan makan ubat Alhamdulillah gaatrik sy dh pulih tapi sekarang hadapi masalah ada bnda tersekat di kerongkong.tekak terasa kering,macam tercekik sesuatu di tekak.nak makan pun takut sebab takut tercekik.kadang2 sy rasa sukar utk bernafas kerana rasa rongga pernafasan sempit.bagaimana keadaan mak saudara sekarang??
DeleteDr.Mazita boleh respond tak??Sy betul2 risau dn stress keadaan skg nie.
Salam,
DeleteElok bertanya soalan baru dengan thread yang lain sebab sukar untuk saya menjawab. Alhamdulillah jumpa thread box yang ini. Saya nasihatkan dapatkan pemeriksaan pakar ENT untuk endoskopi tekak. Sebab tidak dapat pastikan mengapa masih mengalami masalah sekiranya sudah mendapatkan rawatan untuk refluks tersebut.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamuailaikum dr ..sya mengalami lelangit benkak (hard palate) tapi x sakit.. adakah ia simptop cancer mulot?
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeletePerlu diperiksa doktor untuk kepastian samada ia merbahaya atau tidak. Kebanyakan kes adalah torus palatinus yang bukan kanser
Salam Doktor, Sya tidak mengalami apa2 rasa sngkut pada tekak ketika makan,tetapi mngalami msalah dlm telinga yg mndengar bunyi degupan jntung sya sndiri,apabila sya pergi ke pakar TELINGA HIDUNG DAN TEKAK,doc mmeriksa sya dgn alat untuk melihat ke dlm tlinga sya ttapi tidak ada apa2 kelainan,bila memeriksa tekak sya kelihatan sperti ketumbuhan... dan doctor mahu sya mengambil sample ktumbuhan utk di periksa... apakah ketumbuhan itu berbahaya...
ReplyDeleteSalam,
DeleteSamada ketumbuhan kelihatan berbahaya atau tidak, perlu bertanya kepada doktor yang menjalankan pemeriksaan kerana beliau melihat sendiri ketumbuhan tersebut dan mungkin melakukan CT scan. Walaubagaimanapun sampel tisu perlu diambil untuk pengesahan dari pihak makmal mengenai diagnosis tisu ketumbuhan tersebut. Saya syorkan saudari bertanya dengan lebih lanjut kepada doktor yang merawat. Syafakillah.
Salam doktor, tadi lunch saya ada makan daging. Bila menelan rasa mcm tersekat...bila minum air baru lancar..tetapi selepas itu, saya merasakan ada sesuatu menyangkut di tekak sebelah kanan saya...bila menelan terasa sangat..sampai sekarang masih ada yang menyangkut walaupun saya dah banyak kali minum air...adakah ini symptom kanser tekak?..atau makanan tersekat d kerongkong?...
ReplyDeleteSalam doktor, tadi lunch saya ada makan daging. Bila menelan rasa mcm tersekat...bila minum air baru lancar..tetapi selepas itu, saya merasakan ada sesuatu menyangkut di tekak sebelah kanan saya...bila menelan terasa sangat..sampai sekarang masih ada yang menyangkut walaupun saya dah banyak kali minum air...adakah ini symptom kanser tekak?..atau makanan tersekat d kerongkong?...
ReplyDeleteSalam,
DeleteSaya harap masalah yang dihadapi sudah pulih sekarang (memandangkan sudah berlaku 5 hari lalu). Jika belum, perlu diperiksa pakar ENT, kemungkinan ada jangkitan luka di dalam jika bukan tulang yang tersangkut
salam doktor
ReplyDeletesalam doktor
ReplyDeleteSalam doctor, sy ada masalah bengkak di leher sebelah kiri, biji tu besarnya lebih kurang 1cm, dah 2 bulan yg sy perasan sebelum ni sy tgk lbh bsr dr skrg. Baru ni sy dh pergi buat pemeriksaan pd pakar bedah utk mengetahui punca tu. Kemudia doc ckp kemungkinan kuman, virus, TB atau limfoma. Dlm ms yg sama sy ada gerd dan gastrik simptom seperti rs ada kahak di tekak idung tersumbat yg sy tahu simptom n i sering berlaku pd pesakit gerd dan gastrik ni serta sakit kepala. Tp sy dah rasa sebelum ada biji yg tumbuh dileher kiri sy ni. Yg menakutkan sy doc pakar tu ckp mungkin kanser limfoma tu. Adakah pasti klu bengkak dileher sebelah kiri tu berkaitan kanser limfoma? Atau ia jarang berlaku. Kerana bengkak tu tidak besar ia cuma stay besar tu ja. Terima kasih doc
ReplyDeleteSalam,
DeleteSamada bengkak tersebut adalah kanser limfoma atau tidak bergantung kepada pemeriksaan tisu bengkak tersebut. Ini bermaksud, perlu sampel tisu (biopsy) daripada bengkak tersebut untuk pemeriksaan makmal. Perlu menjalani ujian ini sekiranya bengkak tersebut tidak surut.
Salam doc..bagaimanakah cara sample tisu diambil? Adakah melalui pembedahan mengeluarkan biji kelenjar tersebut?
DeleteSecara pembedahan
DeleteSalam doktor sy nak tanya,tekak sy ni terasa seperti ada benda,bila makan atau minum terasa macam ada benda dalam tekak ni,sy cuba jolok tapi masih tetap terasa lgi,apa mslh nye doktor,
ReplyDeleteSalam,
DeleteSukar untuk saya tahu masalahnya. Elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan dilakukan.
Assalam doc. Saya terlekat tulang ikan 2 mggu lepas. Tapi tulang ikannya halus la. Smpai skrg sy still rasa mcm ada benda kat kerongkong tekak bila telan air liur. Makan n minum semua ok, tak sakit. Telan pun lancar. Cuma tak selesa sbb rasa ada something lagi kat tekak ni. So nak tanya, kalau dah 2 mggu, takkan tulang ikan tu masih ada di situ? Kalau bukan tulang ikan, ape benda yg sy rasa ni ye? Huhuhu
ReplyDeleteAssalam doc. Saya terlekat tulang ikan 2 mggu lepas. Tapi tulang ikannya halus la. Smpai skrg sy still rasa mcm ada benda kat kerongkong tekak bila telan air liur. Makan n minum semua ok, tak sakit. Telan pun lancar. Cuma tak selesa sbb rasa ada something lagi kat tekak ni. So nak tanya, kalau dah 2 mggu, takkan tulang ikan tu masih ada di situ? Kalau bukan tulang ikan, ape benda yg sy rasa ni ye? Huhuhu
ReplyDeleteSalam,
DeleteSekiranya masih rasa sakit/tajam/tak selesa elok diperiksa doktor kerana ada kemungkinan tulang tersebut masih ada dan menyebabkan risiko jangkitan
salam doktor, sejak 5 bulan kebelakangan ini, sy kerap kali demam panas yg panjang (10-18 hari demam) pada suhu cecah 40.5 celcius waktu mlm dan waktu siang 38.8 celcius. sy juga mengalami muntah2, pedih dan sakit di perut dan dada sebelah kiri, menggigil, leher terlalu sakit untuk membuat pergerakan, sharp pain dibahagian muka dan kepala, urat seperti ditarik2 di bahagian kaki dan tangan, dan yang paling sakit untuk menelan. hidung berdarah beserta rasa pedih di bahagian hidung juga sy alami. utk pengetahuan doktor, sy mempunyai masalah trigeminal neuralgia, acute chronic rhinosinusitis, tonsil-pharyngitis.dktr juga ada beritahu sy yg peti suara sy bengkak berpunca dr reflux dari perut. sudah 6 bulan sy ambil ubt gastrik utk kurangkan reflux ini tp masalah tak selesai. ada 2-3 kali perut sy rasa kejang smpai tahap tak boleh bangun duduk atau berdiri tegak. apa pandangan doktor untuk masalah ini dan boleh share cara untuk kurangkan rasa sakit di bahagian tekak dan leher ini. setakat ini sy kerap kemam ais dan letak ice pack di bahagian muka yang sakit.
ReplyDeleteSalam,
DeleteGejala yang saudari alami perlu dirawat bersama oleh pakar gastroenterologi (perut), pakar ENT dan pakar neurologi (saraf). Sakit yang dialami boleh disebabkan radang (refluks atau jangkitan) dan juga disebabkan neuralgia. There is no one solution. Setiap pesakit yang mempunyai pelbagai masalah memerlukan rawatan yang berbeza dan sesuai untuk pesakit tersebut.
Ooo begitu. pakar ent baru sahaja refer kes sy ke pakar gastroenterologi pada 18 april 2016. sy masih menunggu panggilan dr pakar gastroenterologi utk temujanji. sekarang, sy sentiasa ada follow up bersama pakar maxillofacial, pakar neurologi, pakar mata, dan pakar ent. buat masa sekarang, pakar hny berikan ubat lyrica untuk bantu masalah trigeminal neuralgia dan masalah tulang rahang TMJ.alhamdulillah tonsil sy makin pulih selepas mkn antibiotik, anti-inflammatory throat spray dan pantoprazole. cuma tekak sy kadang rasa terlalu banyak kahak dan bila mkn rasa ada benda tersekat di tekak. sy memerlukan masa sejam untuk habiskan 5 biji ubat setiap hari disebabkan rasa benda tersekat di tekak. adakah normal rasa sesuatu tersekat di tekak jika dalam keadaan tekak yang masih infection dan bengkak?
DeleteYes, normal untuk rasa sesuatu di dalam tekak sekiranya ada radang tekak. Yang penting tekak saudari telah diperiksa pakar ENT dan disahkan tiada bengkak tumor atau ketumbuhan.
DeleteSalam kak.. saya dh demam 4 ari,tapi demam tu hilang kalau sy bpeluh, pastu dtg balik.. slain tu.. sy rasa mcm ada sesuatu (ketulan) d bhgiam tepi leher.. telan air liur pun sakit..sy dh pegi hospital,tapi cuma bg ubat pandol, antibiotik,kahak ,tahn muntah & selesma.. sbb sy slalu muntah lepas mkn..dan batuk sy dh berbulan2 x hilang2.. mcm mana tu kak..
ReplyDeleteSalam,
DeleteElok diperiksa semula oleh doktor jika tidak pulih dengan ubat yang diberi. Dan sekiranya perlu, jalani beberapa ujian seperti ujian kahak, darah, ultrasound leher dan Xray.
Assalam doktor.Saya ingin bertanya soalan tentang kawan saya.
DeleteTiga hari lepas, Dia pergi klinik untuk pemeriksaan. Doktor ckp sbb banyak biji2 angin di leher. Selepas ubat habis.Sakitnya datang kembali.Dia sakit untuk menelan air liur. Apatah lagi untuk makan dan minum. Dan juga tak boleh pusing kepala ke kiri dan ke kanan. Apakah punca sebenarnya doktor? Saya sangat risau keadaannya kerana dia dalam keadaan yang sangat sakit. Mohon penjelasan dari doktor. Terima kasih
Salam Doktor. Saya ingin bertanya tentang masalah yang saya hadapi...selama seminggu saya sakit-sakit tekak dan sukar menelan..saya tidak mengambil sebarang ubat sebab terfikir mungkin ia disebabkan saya terlalu banyak minum air manis ditambah dengan cuaca panas skrg ni..selepas ia pulih sendiri..suara saya tiba-tiba menjadi serak dan melemah..mohon pencerahan dan nasihat doktor. Terima Kasih.
ReplyDeleteSalam,
DeleteElok diperiksa pakar ENT untuk melihat keadaan peti suara.
Salam doktor , saya ingin tanya... saya rasa macam tersekat katkat tekak. Rasa x selesa bila baring.... tapi x rasa sakit bila masa makan atau minum... minta penjelasan doktor....
ReplyDeleteSalam,
DeleteElok diperiksa doktor kerana saya tidak dapat memberi penjelasan mengapa tanpa melakukan pemeriksaan.
Salam doktor.. sy mengalami masalah tekak. Tekak sy selalu terasa gatal hingga ke telinga. Kadang2 bila cek di belakang tonsil tu ada putih dan boleh di keluarkan.adakah ini resdung atau benda lain. Sy juga selalu mengalami bersin. Menjadi kekeliruan sy ada masalah dekat tonsil .
ReplyDeleteTerdapat juga seperti lendir di tekak
ReplyDeleteTerdapat juga seperti lendir di tekak
ReplyDeleteSalam doktor.. sy mengalami masalah tekak. Tekak sy selalu terasa gatal hingga ke telinga. Kadang2 bila cek di belakang tonsil tu ada putih dan boleh di keluarkan.adakah ini resdung atau benda lain. Sy juga selalu mengalami bersin. Menjadi kekeliruan sy ada masalah dekat tonsil .
ReplyDeleteSalam,
DeleteKemungkinan ada masalah tonsil debris. Perlu diperiksa untuk pastikan bahawa keputihan pada tonsil itu tidak merbahaya.
Salam doctor sy ada msalah terasa sperti lendir dlm tekak lgi2 waktu malam bila baring msti rasa mcm lendir kahak mohon pcerahan ye doctor dh lama cmni makan antibiotik hilang kejap pastu trjadi pulak
ReplyDeleteSalam,
DeleteSaya nasihatkan elok berjumpa pakar ENT untuk menjalani pemeriksaan endoskopi. Ini dapat membantu mencari punca lendir tersebut.
Slm dr..baru baru ni sy kena gerd..tp skrg da ok sikit lepas mkn ubat..tp nafas tak puas kdg2 masih terasa,skrg klu sy telan air liur mcm ada je tersangkut kat tekak..tp takla teruk sgt..dan tak sakit..adakah ini disebabkan asid dalam badan masi ada?
ReplyDeleteSalam,
DeleteMasih ada refluks. Teruskan rawatan yang diberi.
Salam dr,
ReplyDeleteSaya tidak mengalami bonjolan, bengkak pada leher, tidak sakit bila minum, makan dan telan air liur bila sy duduk atau berdiri seperti biasa. tp bila saya tunduk ke bawah, saya cuba telan air liur, rasa sakit di sebelah kiri leher saya. Mohon penjelasan dr. Sudah dua hari sy mcm ni.
Salam,
DeleteSaya pun tidak pasti apa punca sakit tersebut. Saya nasihatkan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Salam dr. Saya mengalami demam secara tiba2 dan sakit tekak, saya diberikan ubat antibiotic, saya juga mengalami sakit until menelan makanan tapi tidak terlalu kerap. Sudah 3 hari saya mengalami sakit tekak ini, kahak saya keluar apabila saya menarik nafas dan kahak akan keluar dari mulut dan bercampur sedikit darah tetapi tidak kerap. Adakah tonsil saya tercedera? Ataupun ada penyakit lain? Saya sudah mengalami nya selama 3 hari. Mohon penjelasan. Terima Kasih
ReplyDeleteSalam,
DeleteSekiranya masih berdarah dan tidak pulih dengan ubat yang diberi, perlu diperiksa semula oleh doktor dan rujuk kepada pakar ENT
Aslmkm
ReplyDeleteDr. Tekak saya tetiba rasa sukar nk menelan
saya mmg ade masaalah sakit gerd adakah itu simtom gerd atau masaalah lain?sblum itu saya memsng terlebih makan kueh yg mengandungi hem yg masam
mohon penjelasan
TQ
I
Salam,
DeleteElok berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Mungkin masalah lain daripada GERD
Salam Dr.mohon pertanyaan sy salah seorang pekerja kilang..dan sy bekerja dalam shift..masalah sy sekarang..bila sy bekerja shift malm..siang sy tdo apabila bangun dari tido kahak/lendir terlalu banyak dan tengkak terasa gatal..kenape ye..mohon pencerahan
ReplyDeleteSalam,
DeleteMungkin masalah sinusitis atau allergic rhinitis. Saya syorkan dapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian diagnosis.
Salam, doktor saya telah jumpa 2 ENT, untuk periksa kerongkong yg radang merah, mereka hanya beri ubat penahan asid perut. Mereka kata jika virus akan pulih sendiri..tapi masalahnya bila ubat dah abis makan seminggu..sakit tak hilang. Faham2 lah kos bayaran untuk ENT tapi sakit tak hilang..boleh ke saya dptkan 3rd opinion dari doktor selepas saya buat medical checkup dihospital kerajaan.
ReplyDeleteSalam,
DeleteSekiranya ingin membuat temujanji klinik, telefon 03 3377 7865
Susah juga nak dpt call no ni..untuk appt
DeleteSalam,
DeleteMaaf mungkin semasa ada masalah talian hospital. Jika boleh email mazita@kpjklang.com atau pm nombor telefon di sini, kami akan hubungi saudara/saudari
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam doktor,saya nak tanya saya selalu rasa macam ada benda tersekat dekat tekak.Saya dah beberapa kali pergi klinik dan doktor cakap tonsil saya bengkak dan ada keputihan.Doktor tu cuma bagi antibiotik.Tapi saya tetap rasa macam ada benda yang tersangkut kat tekak saya walaupun saya dah habiskan ubat yang doktor kasi tu
ReplyDeleteSalam,
DeleteTonsil yang bengkak boleh menyebabkan rasa benda tersekat. Tetapi jika masih tidak pulih dengan ubat, perlu diperiksa lanjut. Di klinik pakar ENT, kami dapat melakukan pemeriksaan endoskop untuk tekak sehingga kawasan peti suara. Ini dapat pastikan sekiranya ada bengkak lain yang menyebabkan simptom yang sama.
as salam dr..sy dah 2 mggu batuk..mula2 batuk kering tekak rasa perit..makan ok xde masalah menelan. tp lmbatnya nak baik sakit tekak ni..klu pntang mkn okla..tp bila mkn benda berminyak ke pedas ke trus gatal2 dan perit rasa tekak..hr ni kn selsema plak..ubat mkan on off sbb xde perubahan pon melainkan megantuk...nnti nk jumpa dr la.
ReplyDeleteSalam,
DeletePerlu diperiksa pakar ENT untuk memastikan punca jangkitan; tekak atau sinus
assalamualaikum..sy zahara dari pj..nak bertanya bila saya berdahak ada keluar ketulan kecilan dari tekak saya..kdg2 bila tidur waktu malam ada membuatkan saya tercekik air liur...
ReplyDeleteWaalaikumussalam,
DeleteElok diperiksa dengan endoskopi dari mana punca kahak tersebut dan jika ada masalah asid refluks atau bengkak di bahagian saluran pernafasan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalam doctor,
ReplyDelete1. adakah normal bagi masalah kahak di saluran pernafasan yg tidak hilang hampir 3 4 bulan?
2. berapa kos rawatan utk melihat ke dalam tekak?
3. bulan april yg lalu, sy admitted d hosp utk masalah asma..tapi sekarang beransur puih. cuma yg masih tidak pulih adalah kahak berlendir yg senantiasa ada.. yang terbaru..sy merasakan agak tajam tekak apb menelan. apa yg doctor bole cadangkan utk sy?
4. adakah ujian darah boleh menetukan masalah d ekitar kawasan ENT.
5. sy kerap sakit hidung, dan adakalanya pasti ada tompokan darah dlm hidung.
TQ
Waalaikumsalam,
DeleteMasalah kahak yang berpanjangan adalah tidak normal. Perlu menjalani pemeriksaan endoskopi tekak dan hidung untuk mengetahui punca kahak tersebut. Dan juga untuk melihat jika ada bengkak di bahagian tekak atau hidung lebih lagi kerana ada tompokan darah. Ujian darah tidak dapat menentukan diagnosis masalah ENT. Anggaran kos rawatan bergantung kepada pelbagai faktor. Untuk keterangan lanjut sila hubungi klinik saya 03 3377 7865
Salam dr.tahun lepas saya tlh melakukan pembedahan buang tonsil.septoplasty.adenoid dan ada pembedahan di langit2...pembedahan dibuat atas keputusan sleep test dan pemeriksaan.sebulan ini saya mendapati leher saya kejang kiri dan kanan.kdg2 terasa tercekik air liur.merasa tidak selesa di kawasan pembedahan tonsil.dpt rasakan seolah ia bengkak tetapi tidak ketara.saya seorg perokok yg telah berhenti 4 tahun tetapi kembali menghisap balik setahun yg lepas.saya juga adalah penghidap gastrik yg agak kronik.mohon dr dpt meluangkan masa memberi pendapat ttg keadaan tekak dan leher saya.terima kasih
ReplyDeleteSalam,
DeleteAda kebarangkalian habit merokok dan asid refluks menyebabkan simptom-simptom tersebut. Dinasihatkan dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada masalah atau jangkitan yang serius.
Salam doktor..
ReplyDeleteSy ada masalah rsa mcm ada bnda tersekat kt tekak..bnda ni brmula bla sy start diet atkins..sy xde mslh nk mnelan lgsg..cuma bla lps mkn, rsa mcm ada mknan xturun, trsekat kt kerongkong..jd sy akn cuba sendawa..tp bla sndawa, angin 2 xkluar..dok trsekat kt tekak jgk..kdg2 bla sy sendawa rsa mcm mknan nk trkeluar skali tp xde pun..bnda ni sgt2 mganggu sy..sy nk tdo pun susah sbb rsa xpuas nk brnafas..rsa mcm ada tekanan kt tekak..skang sy memgandung 5mmgu..sy takut bnda ni akn mnjejaskn kndungan sy..harap doktor boleh beri pnjelasan..tq
Salam,
DeleteSaya syorkan dapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian diagnosis. Perlu diperiksa mengapa ada masalah menelan.
Sekiranya mengandung, elok mengamalkan pemakanan sihat. Tidak perlu berdiet.
Salam,
ReplyDeleteSaya nasihatkan berjumpa dengan pakar ENT untuk memeriksa samada ada bengkak dalam tekak atau luka disebabkan tulang ikan tersebut
salam doktor..saya rasa ada sesuatu yg tersangkut di dlm tekak..tp x rasa sakit..ketika mkn dan mnum pun tiada mslh..cuma rs x selesa..sblm ni sy kerap muntah slpas mkn..sy ada bjumpa doktor..doktor kata mgkin kesan luka atau parut dlm tekak..boleh doktor bg penjelasan..tq
ReplyDeleteSalam,
DeleteJika masih mengalami simptom tersebut, elok mendapatkan pemeriksaan pakar ENT. Sekiranya sebab luka sahaja, ia akan pulih dalam masa 1-2 minggu.
salam..sy tlh jumpa pakar ent..doktor ckp asid dlm perut tlh naik ke atas..tu yg myebabkan rs sesuatu ditekak..dan kebetulan ada wart di dalam mulut..adakah cr lain utk menghilangkannya selain pmbedahan?tq
DeleteAsid refluks dapat dirawat dengan ubat dan pengamalan diet yang sihat. Tetapi wart atau ketuat tersebut perlu dibuang melalui pembedahan. Ada risiko ia boleh membesar dan merebak ke bahagian lain. Ini boleh mengundang bahaya untuk jangkamasa lama.
DeleteSalam doktor. Sy warded icu lbih kurg sebulan, dan bila tiub ditanggalkan, suara saya serak. Sy ingatkan ia akan smbuh, namun bila dirujuk ke ent, doc kata akibat penggunaan tiub yg lama, ada mass di tekak saya. Granuloma kalau tak silap.
ReplyDeleteIanya semakin kecil dari saiz asalnya, suara sy sejak bulan 1 (tiub tanggal), semakin kuat dan kedengaran mcm asal. Cuma bila jerit, masih rasa ada lekatan. Suara blum kluar habis.
Pakar cadangkan laser. Saya ragu2. Trauma saya duduk lama di wad sgt mengesankan. Apa risikonya ya doktor? Bulan 10 sy akan bjumpa lg pakar ent. Boleh kah jika saya hanya mnunggu mass ini hilang secara alami? Bolehkah ia kembali membesar? Tq fokyor
Salam,
DeleteJika ianya granuloma, ada kebarangkalian ia boleh mengecut dengan sendiri. Kadangkala doktor memberi makan ubat asid refluks. Puan perlu juga jaga pemakanan, elak makanan pedas dan masam. Kurangkan penggunaan suara dan jangan menjerit. Jika granuloma tersebut masih tidak hilang, kita syorkan pembedahan untuk buang, microlaryngeal surgery. Memang ada kebarangkalian ia membesar.
Ada doktor beri saya ubat omeprazole. Utk halang asid, kan? Tulah, kerja sy perlukan suara lah doktor. Sukarnya sy nak 'berpantang'. InsyaAllah saya cuba. Terima kasih utk saranan doktor ya. Sy lega sangat. Dan satu lagi, adakah pmbedahan secara laser itu ada kesan yg mudarat? Ianya mmbahayakan kah? Terima kasih ya doktor ☺
DeleteSebarang prosedur pembedahan mempunyai risiko tersendiri, secara am dan juga yang berkaitan penyakit dan status kesihatan pesakit. Saya syorkan bertanya dengan pakar bedah yang akan melakukan pembedahan tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat.
DeleteAda doktor beri saya ubat omeprazole. Utk halang asid, kan? Tulah, kerja sy perlukan suara lah doktor. Sukarnya sy nak 'berpantang'. InsyaAllah saya cuba. Terima kasih utk saranan doktor ya. Sy lega sangat. Dan satu lagi, adakah pmbedahan secara laser itu ada kesan yg mudarat? Ianya mmbahayakan kah? Terima kasih ya doktor ☺
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam doktor..
ReplyDeleteNak bertanya baru ni sy sukar bernafas dan susah nk menelan tp xrasa sakit bila menelan.. bila sy berjumpa doktor,katanya asid di perut sy tinggi dan sbb itu membuat sy sukar utk bernafas.. doktor bg sy ubat angin,gastrik dan ubat minum.. tp slepas semnggu sy xpasti di bahagian tekak atau kerongkong sy rasa mcm susah nk menelan lg,dan bila setiap mlm hari rasa sgt kering dan sakit bila menelan.. kenapa ya doktor
Saya telah membalas email saudara
DeleteAssalam.. Doc. Saya tidak batuk tetapi apabila saya batuk n buang lendir@kahak saya ada darah di dalam lendir tersebut trrutama di waktu pagi.. Leher terasa sakit sedikit di bahagian tekak sbelah kanan.. selain itu sy rasa seperti ada sesuatu tersrkat di kerongkong.. Boleh doc bantu saya x..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya ada email doktor
ReplyDeleteSalam doktor,
ReplyDeleteSaya mengalami masalah rasa something semasa menelan bahagian tekak kanan sahaja selama dua minggu. Pergi buat scope di sebuah klinik swasta,pakar ent.. masukkan kamera melalui hidung..doktor cakap tak ada sebarang kanser, cyst or anything else yang lain..doktor pakar ent cakap apa yg sy rasa hanya asid reflux..sebab sy ada gastrik dan kerap sendawa..lepas tu baru2 ni sy sakit tekak, menelan air liur rasa sakit sgt..makan punn sakit..peegi ke klinik biasa..doktor ckp tekak sy ada ulser..diberi antibiotik..masalahnya dah semingu rasa seksa sgt nk menelan air liur dan makan..sakitnya smpai rasa ke telinga..dan urat leher pun sakit..
Perlu ke saya ke pakar ent sekali lagi untuk proses masukkan kamera melalui hidung tu? atau perlu lakukan ctscan?
Salam,
DeleteSaudari perlu merujuk semula kepada pakar ENT. Memang memerlukan pemeriksaan endoskopi semula. Kemungkinan besar jangkitan atau ulser. Samada CT scan perlu atau tidak, ia bergantung kepada pemerikssan endoskopi tersebut.
salam Dr,
ReplyDeletesaya takde rasa sakit apa cuma selepas makan mesti keluar balik makanan saya. macam saya ingatkan nak sendawa tapi keluar makanan. even saya minum air masak pon boleh keluar balik air tu. perkara ni dah berlanjutan lebih dua bulan. dan sekarang rasa macam ada benda kat tekak. adakah ini perkara biasa.
Salam,
DeleteIa bukan perkara biasa. Dapatkan pemeriksaan dengan pakar ENT. Perlu melakukan pemeriksaan endoskopi tekak. Mungkin perlu juga ujian lain bergantung kepada keputusan pemeriksaan endoskopi tersebut.
Salam Dr,
ReplyDeleteSaya juga ada masalah ketulan di tekak. Bulan lepas pernah rasa sekali lepas tu hilang sendiri, bulan ni ketulan tu ada semula.. Saya ada masalah kahak
sentiasa ada di tekak sudah lama, adakah ia berkaitan? minta penjelasan.. Terima Kasih
Salam,
DeleteBila ada rasa ketulan dalam tekak, ia mungkin tanda ada radang tekak. Tetapi pakar ENT perlu memeriksa melalui endoskopi tekak untuk kepastian, terutamanya untuk pastikan bukan sebab ada ketumbuhan dalam tekak.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya ada masalah pernafasan, bila tarik nafas terasa tersangkut di bahagian kerongkong dan nafas pendek mcm tidak sampai ke perut. Selain itu seperti ada benda yang melekat bahagian depan kerongkong. Dan juga bila saya bersuara, suara saya tersekat seperti susah hendak melepaskan suara. Suara saya pun dah jadi lain...mcm suara perempuan pulak.. saya malu mahu bercakap apabila di khalayak ramai.. kecik sahaja suara saya. Apakah simptom ini puan...
Waalaikumsalam,
DeleteSaudara perlu menjalani pemeriksaan peti suara. Ia dilakukan melalui endoskopi tekak oleh pakar ENT
Salam Dr. Sy mengalami masalah sukar menelan pada waktu malam.kalu time baring lagi terasa. Kalu di siang hari tekak sy terasa normal. Pd waktu mlm kalau menelan air liur terasa tersekat ada buih2. Namun sy tidak terasa sakit. Tapi apabila sy menekan bahagian tekak terasa nak muntah. Ada ini perkara biasa?
ReplyDeleteSalam,
DeleteKemungkinan masalah asid refluks. Tetapi perlu diperiksa doktor dan pastikan bukan sebab lain yang lebih serius.
assaalammualaikum dokter nak bertanye..sejak 3 tahun yg lepas leher sy rase tidak selesa...mempuyai kahak yg banyak...kadang2 die hilang.and kadang2 die datang balik...sy rifer ke dokter...dokter just bagi ubat sakit tekak...peyakit ape yg sy sedang alami..tekak mula tidak selase bila waktu malam...dan terase ade mcm ade smting dekat tekak
ReplyDeleteassaalammualaikum dokter nak bertanye..sejak 3 tahun yg lepas leher sy rase tidak selesa...mempuyai kahak yg banyak...kadang2 die hilang.and kadang2 die datang balik...sy rifer ke dokter...dokter just bagi ubat sakit tekak...peyakit ape yg sy sedang alami..tekak mula tidak selase bila waktu malam...dan terase ade mcm ade smting dekat tekak
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteSaya syorkan dapatkan pemeriksaan oleh pakar ENT. Kami akan melakukan pemeriksaan endoskopi tekak untuk melihat secara terperinci dan mencari punca masalah pesakit. Keemungkinan radang di tekak tetapi perlu diperiksa untuk pastikan tiada masalah yang lebih serius.
Setaun yg lalu sy pnah alami nk menelan susah,rasa nk muntah bila menelan, lpas mnum air bru dpt mknan trsbut d telan tapi tak sakit. Sy anggap itu biasa2 saja seb lepas beberapa hari tu dia hilang. Tp hari ni mslh ini dtg lagi dan lbih teruk.kali ini sy sukar menelan makanan pada mula nya, dan selama 2 atau 3 hari sy sukar menelan makanan, sendawa, perut tak selesa dan muntah. Apakah itu permulaan kanser atau apa? Tlg penejelasan
ReplyDeleteSalam,
DeletePerlu periksa apa punca masalah menelan. Pemeriksaan endoskopi tekak dapat melihat jika ada bengkak atau ketumbuhan. Mungkin perlu menjalani ujian barium swallow untuk melihat saluran pemakanan (oesophagus). Masalah sukar menelan adalah simptom kanser tetapi ia juga boleh disebabkan oleh penyakit yang lain. Elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Salam doc..saya ingin bertanya..apa ka pnyebab trasa macam ada ssuatu d bahagian leher.. tpi makan tiada apa2 mnyakitkan.. saya harap doc dpat bagi pndapat... nk tanya kalau nk mnta rwatan dengan doc bagaimana,dan d mana tmpat.
ReplyDeleteSalam,
DeletePerlu diperiksa untuk pastikan tiada bengkak dalaman. Ini diperiksa melalui endoskopi tekak di klinik. Jika ingin rujuk ke klinik saya telefon 03 3377 7865. Klinik saya di KPJ Klang Specialist Hospital
Salam doc..saya ingin bertanya..apa ka pnyebab trasa macam ada ssuatu d bahagian leher.. tpi makan tiada apa2 mnyakitkan.. saya harap doc dpat bagi pndapat... nk tanya kalau nk mnta rwatan dengan doc bagaimana,dan d mana tmpat.
ReplyDeleteSalam doktor... Sy nk tnye dlm tempoh 2hari ini, sy rase ade sesuatu di tekak sy.. Bile sy tekan, terase nk muntah... Apakah simtom ini? Kerana sy punya mak sedang merawat kanser kerongkong s4.. Sekarang dlm kimo dan radio... Adakah penyakit ini bole berjangkit??
ReplyDeleteSalam,
DeletePenyakit kanser tidak berjangkit tetapi boleh keturunan. Elok diperiksa untuk mengetahui punca masalah yang saudari hadapi.
Saya dah beberapa kali buat pemeriksaan ent di bahagian tekak kerana terasa ada benda tetapi dok still ckp x ada apa, endoscopic pun dh buat tp x nampak apa, darah pun sudah diambil tp result menunjukkan X ada tirod. Apa pandangan doktor,?
ReplyDeleteSalam,
DeleteAgak sukar untuk beri pandangan bernas tanpa melakukan pemeriksaan atas pesakit sendiri. Adakah sudah cuba rawatan untuk asid refluks? Sekiranya doktor sudah pastikan tiada apa yang serius, jangan bimbang. Tetapi saya nasihatkan periksa semula jika simptom berlarutan.
Salam Doc
ReplyDeleteTekak saya selalu rasa kering dan ini menyebabkan saya selalu batuk. Bila bercakap terlalu panjang atau berterusan, saya menjadi semput dan mudah terbatuk. Saya akan merasa lega jika kahak keluar semasa batuk. Sudah berbulan saya mengalami masalah tersebut.
Salam,
DeleteElok diperiksa doktor, sukar untuk saya memberi pendapat kerana tidak dapat melakukan pemeriksaan klinikal/endoskop
Doc..
ReplyDeleteSye de brdeit n de ambil jamu...skli mkn 3 bji..tpy mse pgmbiln sye trase mcm de tsangkut d tekak..lpas 3 hri sye tros hentikn pengambilan jamu..tpy skrg msih trase mcm de bnde yg tersangkut d tekak dn sedawa..
Doc..
ReplyDeleteSye de brdeit n de ambil jamu...skli mkn 3 bji..tpy mse pgmbiln sye trase mcm de tsangkut d tekak..lpas 3 hri sye tros hentikn pengambilan jamu..tpy skrg msih trase mcm de bnde yg tersangkut d tekak dn sedawa..
Salam,
DeleteElok diperiksa mengapa ada masalah menelan.
Assalam doc sy ingin brtnya knà pa dtekak sy ada berasa sesuatu ketika hendak mnelan air luir..sudah 2 bln pergi hkl hnya bg ubat kumur2 shja smpai sekarang sy rasa seperti air luir sy mcm berkurang hndak mnelan knapa ya..tq
ReplyDeleteSalam,
DeleteMaaf saya tidak dapat teka apa masalah yang dihadapi. Elok bertanya dengan doktor yang telah memeriksa dan merawat saudara/ri
salam, 28/10/216 tempoh hari sy ada menjalani pembedahan tonsil. pada 7/12 minggu lepas bila sy menelan air liur atau minum air atau menelan ubat, sy rasa macam ada benda tajam kat tekak sy. rasa sakit tu sampai ke telinga. sabtu hari tu bila sy lusuh tekak sy dgn lampu sy dapati ada seketul darah yg dah beku saiz kecil sahaja (macam kita cucuk jarum kat tangan utk cek gula tu). waktu malam saya perit nk menelan air liur dan sejak hari ahad dinding tempat tonsil tu kemerahan dan mula ada perubahan suara ke serak sedikit. adakah situasi ni biasa berlaku selepas sebulan pembedahan tonsil? adakah saya perlu berpantang lagi selepas sebulan pembedahan seperti tak boleh makan pedas, makanan yang panas, tak boleh ke tempat awam, tak boleh ke tempat yang ada asap.
ReplyDeleteSalam,
DeleteJika ada ketulan darah, elok diperiksa semula doktor. Kebarangkalian ada jangkitan pada tekak dan memerlukan antibiotik. Selalunya bahagian operation tonsil sudah sembuh dalam masa sebulan. Saya nasihatkan jumpa dengan doktor untuk rawatan.
alhamdulillah darah dah ok. cuma suara masih lagi serak dan ada masanya langsung tak ada suara. ada buat endoskop hari ni dan doktor sahkan saya kena muscle tension dysphonia. normal ke selepas buang tonsil kena MTD ni? adakah bahaya kalau kita tak merawatkannya? tips untuk legakan masalah ni ada tak? perlu berpantang ke?
DeleteSetahu saya, ia tiada kaitan dengan pembedahan tonsillectomy. Masalah MTD boleh pulih, dengan bantuan 'speech therapy', terapi pertuturan. Ia tidak merbahaya. Tetapi elok dirawat segera kerana jika lagi lama, lagi sukar untuk mendapatkan suara 'normal' kembali. Adakalanya rawatan lain perlu ditambah tetapi ini bergantung kepada pemeriksaan yang dijalankan doktor, samada perlu atau tidak.
DeleteAssalam doktor sy nak bertanya tekak sy bengkak di bahagian pharing sebelah kanan, tp sy xde masalah untuk menelan, cuma sy ada rasa seperti ada benda tersekat bila sy menelan air liur, sblum ni sy ada berjumpa dgn doktor di klinik ent kerajaan doktor dah buat skop melalui hidung dan mulut tp doktor kata sy xde masalah apa2. Bolehkah sy ambil antibiotik. Dia hanya memberi ubat kumur sahaja pd sy, sy sgt takut dan risau dgn keadaan yg sy alami sekarang..
ReplyDeleteSalam,
DeleteTidak perlu antibiotik sekiranya tiada jangkitan kuman. Cuba ubat yang diberi dahulu. Sekiranya masalah tidak sembuh selepas 1-2 minggu , elok diperiksa semula. Harus juga jaga pemakanan; kurangkan yang pedas, masam dan berminyak.
Ieyda ieyda situasi kita sama....wassap ara kite kongsi2 pengalaman 019 6489567
DeleteSalam doctor. Semenjak 2 bulan lepas , saya rase mcm ade something tersekat dlm tekak sy. Bermula lepas mkn ikan bilis, rase mcm ade tulang dlm tekak. Bile cbe dikeluarkan tiada ape. Sy dah berjumpa doc ENT. Tiada masalah @ ketumbuhan dlm tekak sy. Cme doc ENT comment ade mukus dlm tekak berserta tonsil sy bengkak sebelah. Buat pengetahuan doc, tonsil sy mmg besar sebelah dr dahulu. Kadang2 rase tersangkut ni akan hilang, tp selalunye ade. Adakah ini jejala kanser tekak peringkat awal. Adakah tonsil yg berngkak juga menyumbang rse sangkut ? Terima kasih.
ReplyDeleteSalam,
DeleteElok diperiksa tekak dengan lebih lanjut. Di klinik pakar ENT, saya akan melihat sehingga ke bahagian peti suara untuk pastikan tiada sebab lain untuk 'rasa tersangkut'. Sekiranya, tiada masalah lain baru boleh kata mungkin disebabkan tonsil yang besar sebelah.
Terima kasih atas pandangan doc. Rase tersangkut ni akang hilang lepas makan nasi. Dan akan kembali rase tersangkut selepas 2@3 jam. Suara sy buat masa ini masih normal doc dan tuada masalah utk
ReplyDeleteMenelan @ minum. Apakah kemungkinan yg mungin berlaku pada peti suara doc?
Salam doc....sy ada masalah bila telan air liur rasa sesuatu....mkn minum ok...ada juga kkdng rasa mcm ada mkanan tertinggl....tp jarang....sy dag pergi berjumpa dengan 2 pakar ent.....dah buat scope dan ct scan x de masalah....cuma radang tekak.....sy sudah sebulan lebih rasa begini....normal ke doc kalau radang lambat baik...makan minum saya dah pantang...ais dan pedas sy tak makan....doc saran kan saya pergi pakar gastro.....boleh ke saya makan sahaja goviscon tanpa berjumpa doc pakar gastro
ReplyDeleteSalam,
DeletePakar ENT yang merawat mengesyaki masalah refluks. Elok diperiksa pakar gastro kerana rawatan refluks bukan hanya Gaviscon. Mungkin lega sementara sahaja.
Owh...makna nya ada ubat lain la ye?? Normal ke doc radang lambat elok....sebab doc ent yg rawat saya tu dia kata ada yg berbulan2, dan ada yg mkan masa setahun lebih.....keadaan mcm ni betul2 buat rasa tak selese.....
DeleteLagi 1 doc...saya jumpa 2 pakar....1 pakar suruh jumpa pakar gastro, kalau keputusan gastro tak ada prob, dia nak buat ct scan untuk sinus hidung....tp saya tak ada masalah2 dekat hidung..mcm hingus, bersin2 dan lain2....lagi 1 pakar suruh jumpa pakar saraf...kenapa ye...adakah saraf tekak sy prob...saya dah pening...
ReplyDeleteSalam,
DeleteElok bertanya dengan doktor yang merawat. Pasti beliau ada sebab untuk melakukan sesuatu ujian atau rujuk kepada pakar saraf. Agak sukar untuk masalah ini diperjelaskan dalam blog tanpa saya melakukan pemeriksaan ke atas pesakit. Saya mungkin memberi nasihat yang salah dan bercanggah dengan doktor yang merawat tanpa asas pemeriksaan klinikal yang penting dalam proses merawat pesakit.
Doctor. uncle saya sudah disah kanser peti suara tahap 3, adakah ada peluang untuk sembuh jika rawatan diambil?
ReplyDeleteSalam,
DeleteRawatan untuk kanser peti suara tahap 3 melibatkan pembedahan dan radioterapi +/- kemoterapi
Lebih wajar bertanya soalan mengenai peluang sembuh kepada doktor yang merawat kerana ada beberapa faktor yang terlibat. Dan setiap pesakit adalah berbeza.
Secara amnya, kanser peti suara tahap 3 dengan rawatan, 5 year survival rate dalam lingkungan 60%
Salam doktor.
ReplyDeleteTolong saya. Saya selalu kena macam ni. Masa nak keluarkan lendir @ kahak, kadang-kadang biji bersaiz 0.1-0.5cm berwarna kehijaun (macam warna kahak pekat) mesti ada. Kenapa jadi mcm tu? kadang-kadang bila kerap keluar biji tu bila tiap kali nak buang lendir, saya mcm rasa tekak saya luka.
Salam,
DeleteElok diperiksa. Kemungkinan ada jangkitan pada bahagian sinus yang menyebabkan lendir sebegitu. Pemeriksaan endoskopi di klinik dapat membantu melihat punca lendir tersebut. Perlu juga pastikan bukan masalah paru-paru
Salam doktor,
ReplyDeleteSaya rasa seperti banyak sangat air liur yang berkumpul di kerongkong saya. Tetapi tak berasa sakit bila saya makan dan minum. Cumanya berasa kurang selesa sebab asyik nak kena batuk. Apakah masalah dan puncanya.
Salam,
DeleteElok mendapatkan pemeriksaan endoskopi hidung dan tekak. Kami melakukan pemeriksaan tersebut di klinik untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi
Saya Ada masalah, sejak bbrp bulan kadang2 saya ada Ada macam sesuatu tersangkut di kerongkong, ianya on and off, yg paling ketara Bila saya batuk,kadang2 saya Perasaan Macam lendir yang keluarga, saya tak rasa sakit..
ReplyDeleteSalam,
DeleteSama seperti kes di atas. Pemeriksaan endoskopi dapat memastikan samada ada bengkak atau tumor. Dan sekiranya hanya lendir, boleh melihat punca lendir tersebut
Salam doktor..
ReplyDeleteSaya ada masalah rasa tak selesa dibahagian tekak lebih dari sebulan,rasa macam leher di tekan. Bila makan ubat apa2 rasa macam ubat tu x turun. Untuk mengurangkan rasa tak selesa tu, sy terpaksa batuk dan dan sendawa tp rasa mcm ada kahak yg x bole nk keluar.. kadang2 rasa sakit dada n perut belah kanan di bawah tulang rusuk disusuli rasa x selesa pada pingang dan belikat belah kanan? Bila refer doktor kata x da apa2 masalah?
Salam,
DeletePemeriksaan endoskopi tekak dapat pastikan samada ada benjolan di dalam yang menyebabkan ada masalah menelan/makanan sangkut.
Tapi daripada cerita saudari, ada juga kebarangkalian masalah berpunca daripada bahagian perut atau pundi hempedu.
Elok berjumpa doktor klinik untuk mendapatkan kepastian diagnosis dan dirujuk kepada pakar berkenaan samada ENT atau Gastroenterologi
Salam doktor..
ReplyDeleteSaya ada masalah rasa tak selesa dibahagian tekak lebih dari sebulan,rasa macam leher di tekan. Bila makan ubat apa2 rasa macam ubat tu x turun. Untuk mengurangkan rasa tak selesa tu, sy terpaksa batuk dan dan sendawa tp rasa mcm ada kahak yg x bole nk keluar.. kadang2 rasa sakit dada n perut belah kanan di bawah tulang rusuk disusuli rasa x selesa pada pingang dan belikat belah kanan? Bila refer doktor kata x da apa2 masalah?
salam.. nk tnya kalau sy ada masalah sakit telinga.. dekat 3 minggu.. telinga terasa mcm ada angin n air.. tp xboleh kluarkan.. sy juga sering korek telinga dan kadangkala hingga ada darah, kekuning kuningan serta kehitaman.. seakan sperti ada ketulan sperti gumpalan tisu berwarna kuning dan hitam.. sejak pristiwa ini tekak sy belah telinga yg sakit sering terasa ngilu dan sakit.. mohong pnjelasan samada serious atau x masalah sy ini doktor..
ReplyDeleteSalam,
DeleteKemungkinan ada jangkitan telinga seperti kulat. Elok diperiksa untuk kepastian dan rawatan. Jangan biar ia melarat
Aslm Dr. Sya nak brtanya..sebelum ini saya mengalami pedih ulu hati dan sering buang angin.kemudian saya rasa tekak saya mcm ada sesuatu yg menyekat.apabila saya sendawa ataupun minum air.akan menjadi lega dan hilang..Telah membuat rawatan ecg tp tiada masalah. Dr kata Gerd dan memberi ubat gastric. Bahu saya juga kejang di sebelah kiri dan di belikat..tp selepas itu masih rasa ada bnda trsangkut di kerongkong belah kiri..adakah ini symptom yg dr maksudkan..
ReplyDeleteSalam,
DeleteTeruskan rawatan untuk GERD. Pemeriksaan endoskopi tekak dapat menentukan samada ada bengkak di bahagian tekak berkaitan dengan GERD atau ada ketumbuhan/tumor. Jika simptom masih berlarutan walaupun dengan rawatan untuk GERD, elok diperiksa untuk kepastian.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya seringkali merasa bahang di dalam tekak dan ianya merimaskan dan telah berlanjutan selama hampir sebulan. Adakah ini tanda kanser tekak?
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteKemungkinan tidak tetapi perlu pemeriksaan doktor untuk kepastian
Salam dr.
ReplyDeleteMalam tdi saya sakit kerongkong sperti bengkak. Pastu ada demam sikit , bila baring kejap , asid pun naik. Tak dpt tdur sbb asyik naik asid.. saya makan roti saja tiap kali naik asidnya. Nak tanya simptom apakah demam + sakit tekak + gastrik tue