Wednesday 29 February 2012

MENGATASI MASALAH ALAHAN (RESDUNG)

Masalah resdung seringkali berkaitan dengan gatal hidung, bersin, hingus cair dan hidung sumbat. Dalam bahasa perubatan ia lebih sesuai dipanggil sebagai ‘Allergic Rhinitis’ atau alahan hidung. Pesakit juga boleh mengalami simptom gatal pada bahagian mata dan kulit muka. Gejala ini berlaku kerana pesakit alah kepada pelbagai bahan terutamanya hama, makanan laut, belacan dan sebagainya.

Perkara utama dalam menangani masalah alahan hidung adalah untuk mengelak dari bahan yang menyebabkan alahan atau ‘alergen’. Salah satu cara untuk mengenalpasti alergen adalah dengan mencatatkan dalam diari makanan yang diambil setiap hari dan juga keadaan persekitaran. Seringkali apabila diimbas kembali pesakit mungkin dapat meneka alahan mereka dengan tepat.

Selain daripada usaha pencegahan, para doktor mungkin mengesyorkan pengambilan ubat anti-alahan hidung samada dalam bentuk pil antihistamin atau pam/spray hidung. Ubat ini dapat membantu mengawal simptom alahan hidung dengan lebih berkesan, terutamanya bagi pesakit yang mengalami alahan yang teruk atau yang terpaksa terdedah kepada alergen seperti mereka yang bekerja di gudang yang berhabuk.

Langkah- langkah mengatasi alahan

Elak dari terdedah kepada alergen
Pengambilan ubat yang disyorkan doktor apabila mengalami kes alahan teruk



Mengatasi masalah alergen utama iaitu HAMA
Ramai pesakit alahan hidung mempunyai alahan terhadap hama. Hama adalah binatang yang hanya dapat dilihat melalui kanta mikroskop. Sebenarnya alahan itu adalah terhadap najis hama tersebut. Hama hidup dengan memakan sel kulit mati yang terdapat pada katil dan perabot di dalam rumah kita. Ia suka kepada keadaan yang panas dan lembab.



Selain dari alahan hidung, alahan kepada hama juga boleh menyebabkan sakit asma (lelah) atau gatal kulit (eczema). Ciri utama dalam mengatasi alahan hama adalah pencegahan dan kebersihan.

Cara mengatasi hama
  1. Elak penggunaan permaidani di dalam rumah terutamanya di bilik tidur
  2. Elak mengunakan terlalu banyak kusyen atau perhiasan rumah yang dapat mengumpul habuk
  3. Alat mainan seperti patung beruang seharusnya jenis yang boleh dibasuh dengan senang dan kerap
  4. Basuh cadar dan selimut sekurang-kurangnya dua kali seminggu
  5. Elok basuh cadar dan selimut dengan menggunakan air panas 600C
  6. Menggunakan hampagas untuk mengurangkan habuk. Penggunaan hampagas yang mempunyai filter yang bagus (high efficiency filter, HEPA) dapat mengurangkan habuk dan hama dengan berkesan
  7. Mengelap perabot dengan kain lembap lebih berkesan dari menggunakan bulu ayam/plastik
  8. Memakai 'face mask' terutamanya semasa mengemas rumah ataupun di tempat kerja yang berhabuk
  9. Mengelakkan haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing dari kawasan bilik tidur
  10. Penggunaan lapik katil dan bantal yang anti-hama (anti-dust mite covers) juga dapat membantu

Apa yang boleh berlaku sekiranya masalah alahan hidung (resdung) tidak dikawal?
  • Boleh menyebabkan masalah infeksi atau jangkitan kuman pada rongga hidung dan sinus (sinusitis)
  • Boleh menyebabkan masalah polip hidung
  • Gejala hidung yang sentiasa sumbat boleh mengurangkan daya konsentrasi dan menyebabkan pesakit merasa lesu
  • Hidung tersumbat boleh mengganggu tidur yang berkualiti
  • Alahan hidung juga berkait rapat dengan penyakit asma/lelah yang sukar dikawal
  • Alahan hidung juga boleh menyebabkan pesakit mengalami masalah jangkitan telinga ‘otitis media’ terutamanya pada kanak-kanak

44 comments:

  1. dr. betul ke kalau teruk smpai ada ulat2 semua tu ?

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Sepanjang pengalaman saya merawat pesakit resdung, saya tidak pernah nampak ulat di dalam rongga hidung atau sinus. Perkara ini juga disokong oleh pakar-pakar ENT yang pernah mengajar saya di mana pengalaman mereka jauh lebih lama. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. macam mana nak kurangkan atau hapuskan masalah resdung ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan mengamalkan pantang (hindarkan alahan) dan pengambilan ubat yang diberikan oleh doktor.

      Delete
  4. saya selalu bersin tak kira masa dan hal ini menybbkan saya pening kpla ,mata rasa mcm nk tdo jer n hdg berair . mcm mana sye nk ubt kan supaya cpt sembuh . sye rsa letih sgt mghdapinya hari2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simptom yang dialami kebarangkalian menunjukkan masalah sinusitis yang berpunca daripada alahan. Dengan penggunaan ubat yang sesuai masalah tersebut dapat dirawat insyaa Allah. Saya syorkan rawatan dengan pakar ENT sekiranya masalah masih berlarutan.

      Delete
  5. Salam Dr,
    Adakah benar resdung blh melarat menjadi tumor atau barah sekiranya tak dirawat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya tidak. Risiko barah yang lebih lazim adalah merokok, pengambilan alkohol, pendedahan kepada habuk kayu atau logam dan sejarah barah dalam keluarga

      Delete
  6. doc , apa yang perlu dipantang oleh penghidap resdung . i mean for food ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantang makanan sekiranya mengalami alahan kepada makanan tersebut eg bersin, gatal hidung atau kulit selepas makan terutamanya makanan laut, telur, ayam dan sebagainya. Boleh melakukan ujian alahan untuk kepastian.

      Delete
  7. Salam dr. Anak saya berumur 5 tahun dan kekerapan hidungnya berair memang selalu, terutamanya selepas mandi dan berhingus pd waktu pg dan malam, tiap2 mlm Kalau nak tidur pasti dia agak sukar krn gatal pd matanya... Dn menyebabkan matanya merah... Adakah ini simptom bg penghidap resdung? Dan bolehkah anak yg kecik ini di beri rawatan... Sbb selama ini sy hanya ingat dia selesema biasa, dan bawa ke klinik untuk pemeriksaan sakit selesema...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan anak puan mengalami masalah allergic rhinitis. Boleh dimulakan rawatan. Disyorkan pemeriksaan pakar ENT untuk mengesahkan diagnosis.

      Delete
    2. Salam. Bagaimana nak dptkan rawatan daripada doktor. Resdung saya semakin bertambah teruk. Harap dpt balas dgn segera

      Delete
    3. Salam,
      Sila telefon klinik saya untuk keterangan lanjut 03 3377 7865

      Delete
  8. Salam Dr,
    Dimana boleh saya dapatkan ubat? Dan apakah nama ubat? Ujian alahan bagaimana caranya? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya syorkan berjumpa pakar ENT untuk pemeriksaan dan rawatan yang diperlukan.

      Delete
  9. salam dr, dengan cara apa pakar ENT akan buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Pakar ENT akan menjalankan pemeriksaan endoskopi hidung untuk kepastian diagnosis masalah alahan resdung (allergic rhinitis). Dan rawatan akan diberikan seperti yang diperlukan oleh pesakit.

      Delete
    2. Adakah doc sediakan pemeriksaan endoskopi hidung?

      Delete
    3. Ya, saya boleh melakukan pemeriksaan endoskopi hidung di klinik saya. Sila telefon 03 3377 7865 untuk membuat temujanji

      Delete
  10. Salam dr.saya sering kali bersin apabila ada habuk dan mata saya sering juga gatal adakah saya mengalami penyakit resdung dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada simpton yang dihadapi, kebarangkalian ia disebabkan resdung atau allergic rhinitis

      Delete
  11. Assalam doktor..
    Sy mengalami resdung dh lma. Sejak 3bulan terbaru ni resdung sy semakin teruk. Gatal2 di mata, hidung , dlm mulut dn kpala sy smkin kerap dn menjdi2. Terbaru ni sy mengalami alahan sejuk pula. Sy mngalami bengkak2 dn gatal2 pd kulit apabila tkena ais, air yg sejuk atau dlm suhu yg sejuk. Sy dh bjmpa dktr. Dktr mnyarankan sy membeli vitamin dan bykkan mkn syur dn buah. Blhkan doktor bg dgn lebih tepat. Vitamin apa yg patut sy ambil.
    Tolonglah sy doktor. Sy dh xtahan menanggung alahan resdung dn sejuk sy ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Daripada deskripsi mengenai bengkak dan gatal kulit apabila terkena ais atau air sejuk, kemungkinan masalah urticaria. Simptom tersebut elok berjumpa dengan pakar kulit/dermatologi untuk rawatan lanjut. Setahu saya tiada vitamin yang dapat pulihkan alahan. Pengambilan multivitamin adalah sebagai supplemen pemakanan.

      Delete
  12. Dr ?sy sering mengalami benkak sprti jerawat nanah smasa resdung aktif,pdahal sy dah pntang mkn & ubat pun sy mkn?

    ReplyDelete
  13. Dr ?sy sering mengalami benkak sprti jerawat nanah smasa resdung aktif,pdahal sy dah pntang mkn & ubat pun sy mkn?

    ReplyDelete
  14. Dr ?sy sering mengalami benkak sprti jerawat nanah smasa resdung aktif,pdahal sy dah pntang mkn & ubat pun sy mkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Setahu saya masalah jerawat bukan disebabkan oleh masalah resdung. Ia memerlukan rawatan khas untuk masalah jerawat.

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. saya ade rhinitis alergi, tapi lepas makan ubat semua , saya masih sakit kepala, tekak sakit. perlu ke saya pergi semula ke klinik untuk pemeriksaan? walaupun selesema dh xada

    ReplyDelete
  17. saya ade rhinitis alergi, tapi lepas makan ubat semua , saya masih sakit kepala, tekak sakit. perlu ke saya pergi semula ke klinik untuk pemeriksaan? walaupun selesema dh xada

    ReplyDelete
  18. Salam dr..
    Sy nk tanya.. sy pesakit sinusitis.. sy ade mmbela kucing parsi di dlm rumah.. ada x side effect pd sinusitus sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya ada alahan kepada bulu kucing, memang ia akan memberi kesan kepada masalah sinusitis. Jika alahan yang teruk, ada pesakit tidak digalakkan membela binatang peliharaan yang berbulu.

      Delete
  19. doc..sy terlalu alergik pada kucing..bila dlm rumah ada kucing sy akan bersin2 x henti2..pe yg patut sy lakukan kalau sy bersin tanpa henti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Samada elak berdekatan dengan kucing, jangan bela kucing atau menggunakan ubat spray hidung untuk alahan.

      Delete
    2. di mana sy boleh dptkn ubat spray hidung utk alahan tu?pe nama ubtnya@de gambar

      Delete
    3. Elok berjumpa doktor untuk mendapat preskripsi ubat yang sesuai untuk saudara

      Delete
  20. Salam dr. Anak saya berumur 2 bulan dan kekerapan hidungnya berair memang selalu, terutamanya selepas mandi dan berhingus pd waktu pg dan malam, tiap2 mlm Kalau nak tidur pasti dia agak sukar krn gatal pd matanya... Adakah ini simptom bg penghidap resdung? D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jarang sekali bayi berumur 2 bulan mengalami masalah resdung. Elok diperiksa doktor untuk mendapatkan pengesahan diagnosis dan rawatan. Terutamanya jika ada masalah sukar bernafas, hidung sumbat.

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya syorkan berjumpa dengan pakar ENT untuk pemeriksaan dan rawatan yang diperlukan. Kebarangkalian masalah yang dihadapi adalah sinusitis, jangan biarkan ia berlarutan

      Delete
  22. Dokter nk tanya klinik ENT tu kat mane ye..saya area johor..saya ada masalah dngan resdung dan sekarang mcm dah teruk hidung berair tnpa henti sakit kepala..rasa mcm rimas bila hidung trus je berair dngan sering bersin2..
    Sebelumnya saya ucapkan bnyak trimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Klinik saya di KPJ Klang Specialist Hospital, Selangor. Mungkin saudara/ri boleh rujuk kepada pakar ENT yang berdekatan di Johor. Atau jika masih ingin ke klinik saya, telefon 03 3377 7865.

      Delete
  23. Assalamualaikum Dr

    Nak tanya sikit , saya dah lama alami resdung ni ... Haritu saya buat sedikit rawatan tradisional xsilap saya ... Lepastu alhamdulillah kurang sedikit ... Adalah perbezaan ... Dan saya baru² ini duduk di KL ... Cuaca yang sejuk sebab saya duduk di atas bukit ... Dan saya teros alami resdung yang agak kuat ... Bersin semua ... Susah nak tido ... Soalan saya ... Adakah sesiapa yang mengalami resdung ni , tidak sesuai duduk di tempat yang sejuk ? Sebab saya ke tempat ini duduk umah kakak saya je sekejap ... Kalau tidak sesuai ngan cuaca ni saya bole ke rumah kakak saya di Puchong ... Itu xla sejuk sebab bukan di atas bukit

    ReplyDelete