Implan koklear merupakan alat pendengaran elektronik yang ditanam
ke dalam koklea melalui kaedah pembedahan. Ianya dapat membantu memulihkan
pendengaran bagi mereka yang tidak dapat lagi dibantu dengan alat bantu
pendengaran biasa (hearing aids), selalunya di kalangan pesakit yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk.
Implan koklear terdiri daripada 2 komponen iaitu komponen dalam
(yang ditanam) dan komponen luar. Komponen dalam pula terdiri daripada elektrod
koklear dan alat penerima (receiver). Komposisi komponen luar pula adalah mikrofon, alat
proses bunyi (speech processor) dan alat pemancar (transmitter).
Wikipedia image
Siapa yang sesuai menggunakan implan koklear?
Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk sesuai menggunakan implan koklear. Mereka selalunya masih tidak dapat mendengar walaupun menggunakan alat bantu pendengaran (hearing aids) yang canggih.
Orang dewasa yang kehilangan pendengaran akibat jangkitan kuman pada telinga dalam adalah di kalangan mereka yang sesuai menggunakan implan koklear.
Kanak-kanak yang lahir pekak juga antara mereka yang boleh menggunakan implan koklear. Selalunya pembedahan implan koklear dilakukan sebelum umur 4-5 tahun. Lebih awal pembedahan implan koklear dilakukan, lebih senang bagi kanak-kanak tersebut mencapai tumbesaran sosial dan percakapan yang normal.
Proses sebelum pembedahan implan koklear
Pesakit yang mempunyai masalah pendengaran teruk perlu menjalani pemeriksaan klinikal oleh pakar ENT. Kemudiannya ujian pedengaran akan dilakukan untuk memastikan tahap pendengaran.
Pesakit kemudiannya dipakaikan alat bantu pendengaran yang paling sesuai untuk memberi amplifikasi bunyi yang maksimum. Pemantauan pemakaian alat bantu pendengaran akan dilakukan oleh pakar audiologi untuk memastikan samada pesakit memperoleh tahap pendengaran yang optimum atau perlu menggunakan implan koklear.
Pesakit juga perlu menjalani pemeriksaan oleh pakar pertuturan sebelum menjalani pembedahan implan koklear.
Pemeriksaan imbasan CT (computed tomography scan) dan MRI (magnetic resonance imaging) juga perlu dilakukan bagi memeriksa struktur telinga dalam dan koklea.

Rawatan lanjutan selepas pembedahan implan koklear
Selepas pembedahan implan koklear dilakukan, pesakit perlu menjalani terapi audiologi dan pertuturan yang intensif dan kerap. Minggu pertama selepas pembedahan, jahitan luka pembedahan akan dibuka. Pemasangan komponen luar implan koklear (switch-on) akan dilakukan selepas 3 minggu apabila luka pembedahan sembuh sepenuhnya.
Selepas pemasangan tersebut pesakit akan lebih kerap berjumpa dengan pakar audiologi dan pakar pertuturan untuk terapi lanjutan.
Pesakit dan ahli keluarga juga perlu komited untuk menjalani rawatan intensif ini di klinik dan praktikkannya di rumah untuk memastikan pesakit berjaya mencapai pertuturan/percakapan yang normal, terutamanya bagi pesakit kanak-kanak. Proses ini lebih mudah bagi pesakit dewasa kerana mereka pernah mempunyai pendengaran dan pertuturan yang normal sebelum menjadi pekak.

Aslmualikum doc. Baru2 ni saya ade selsema. Selepas itu, saya mengeluarkan hingus sehingga telinga saya berdengung. Seperti gegendang telinga nk pecah. Adakah saya mempunyai sakit telinga?
ReplyDeleteAslmualikum doc. Baru2 ni saya ade selsema. Selepas itu, saya mengeluarkan hingus sehingga telinga saya berdengung. Seperti gegendang telinga nk pecah. Adakah saya mempunyai sakit telinga?
ReplyDeleteWaalaikumussalam,
DeleteJika hanya sementara, tiada masalah. Tapi seeloknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian