Pages

Thursday, 25 October 2012

PEMBEDAHAN MASTOID

Mastoid adalah bahagian tulang tengkorak yang berkaitan dengan telinga. Ia merupakan sambungan kepada bahagian telinga tengah dan tulang mastoid dipenuhi oleh rongga-rongga udara. Sekiranya terdapat jangkitan kuman pada telinga tengah (otitis media), jangkitan tersebut dapat merebak ke tulang mastoid (mastoiditis). Ini menyebabkan bengkak pada bahagian belakang cuping telinga dan pesakit merasa amat sakit dan demam.
Tulang mastoid terletak di bahagian belakang cuping telinga (anak panah). Ia mempunyai sambungan kepada telinga tengah.. Wikipedia image
Gambarajah di atas menunjukkan sambungan (melalui tympanic antrum) antara telinga tengah dan tulang mastoid. Ia juga menunjukkan bahawa tulah mastoid dipenuhi oleh rongga-rongga udara (mastoid cells). Wikipedia image
Pembedahan mastoid pula merupakan pembedahan yang dilakukan oleh pakar ENT sekiranya ada jangkitan kronik pada tulang mastoid (chronic mastoiditis), cholesteatoma, ketumbuhan (tumor) pada telinga tengah, implan koklear dan lain pembedahan telinga dalam/tengah.

Sebelum pembedahan mastoid, pesakit perlu membuat ujian pendengaran untuk mengetahui tahap pendengaran. Imbasan CT juga perlu agar pakar ENT dapat mengetahui sejauh mana jangkitan atau penyakit tersebut telah merebak.

Pembedahan mastoid dilakukan melalui torehan pada kulit di belakang cuping telinga (postaural). Tetapi kadangkala ia dilakukan melalui torehan di bahagian atas lubang telinga (endaural). Ia melibatkan penggunaan mikroskop dan drill untuk membersihkan tulang mastoid yang tidak sihat atau mengalami jangkitan.

Kenapa perlunya pembedahan mastoid?
Pembedahan mastoid perlu dilakukan sekiranya jangkitan kuman pada tulang mastoid tidak dapat disembuh dengan rawatan antibiotik dan cucian telinga yang dilakukan oleh pakar ENT di klinik. Ia juga perlu sekiranya pesakit mempunyai penyakit cholesteatoma atau ketumbuhan di dalam telinga. Ini adalah kerana sekiranya dibiarkan berlarutan jangkitan atau penyakit tersebut akan merebak ke telinga dalam menyebabkan pekak pendengaran, mengganggu saraf muka dan juga boleh berjangkit ke bahagian otak.

Saranan selepas pembedahan mastoid
Pesakit mungkin berasa pening selepas pembedahan dan disyorkan agar berehat di rumah selama 5-7 hari. Sekiranya pesakit mempunyai pekerjaan berat yang memerlukan banyak pergerakan dan mengangkat benda berat, pesakit mungkin perlu bercuti selama 2 minggu.
Kesakitan pada bahagian pembedahan selalunya dapat dikawal dengan ubat tahan sakit. Tetapi jika masih mengalami kesakitan yang teruk, mungkin ia tandanya jangkitan kuman telah berlaku.
Bahagian torehan akan dijahit dan jahitan ini perlu dibuka selepas 5-7 hari oleh doktor di klinik.
Bahagian telinga yang dibedah pula akan dibalut dengan 'mastoid bandage'. Ia kelihatan seperti serban kepala yang kecil dan ini perlu dipakai selama lebih kurang 24 jam.
Bahagian lubang telinga pula selalunya disumbat dengan kain antiseptik dan ini harus dibiarkan selama 2 minggu. Pesakit tidak boleh sama sekali menarik keluar sumbatan tersebut. Di bahagian luar sumbatan telinga tersebut pula ditutup oleh kapas (cotton ball). Kapas di luar ini perlu ditukar selalu oleh pesakit di rumah, sekurang-kurangnya setiap kali selepas mandi.
Pesakit harus mengambil langkah berhati-hati agar bahagian telinga yang dibedah dan 'dressing' tidak basah atau dimasuki air.

Perkara-perkara yang perlu dielakkan selepas pembedahan mastoid
Jaga kebersihan telinga yang dibedah dan jangan biarkan ia dimasuki air selama 6-8 minggu
Elak dari menghembus hidung dengan kuat. Sekiranya bersin, pastikan bersin dengan mulut terbuka
Elak daripada mengangkat benda berat dan aktiviti fizikal selama 3-4 minggu selepas pembedahan
Elak daripada menaiki kapal terbang selama 3-4 minggu selepas pembedahan
Pesakit disyorkan meminta nasihat pakar ENT sebelum memulakan pekerjaan dan sebarang aktiviti berat

Masalah-masalah yang dijangkakan selepas pembedahan mastoid
Dengan sumbatan di dalam lubang telinga,  pesakit boleh mengalami bunyi air atau buih di dalam telinga dan ini akan hilang apabila sumbatan tersebut dikeluarkan oleh pakar ENT pada masa 2 minggu selepas pembedahan.
Selepas itu tahap pendengaran pesakit bergantung kepada kerosakan yang dialami oleh telinga dalam disebabkan jangkitan kuman sebelumnya (mastoiditis atau cholesteatoma). Ujian pendengaran selalunya dilakukan 3 bulan selepas pembedahan.
Amat jarang sekali ada pesakit mengalami kelemahan otot muka. Ini kerana ada bahagian saraf muka (facial nerve) yang melalui bahagian telinga tengah boleh tercedera/terganggu semasa pembedahan. Dalam kebanyakan kes, kelemahan ini adalah sementara.
Pesakit juga mungkin mengalami deria rasa yang lain pada bahagian lidah dan ini juga bersifat sementara.

Bila pesakit harus mendapatkan rawatan doktor dengan segera selepas pembedahan mastoid
Demam tinggi
Cecair busuk/Nanah yang sentiasa mengalir dari dalam telinga
Sakit pada bahagian pembedahan yang teramat sangat
Bengkak ketara pada bahagian sekeliling telinga yang dibedah
Pening atau rasa kepala berpusing yang menyebabkan rasa loya dan muntah

NOTA:
Cholesteatoma adalah penyakit yang disebabkan oleh gumpalan sel-sel kulit mati dan inflammasi tisu yang mampu menghancurkan struktur-struktur tulang disekelilingnya. Sifat sebegini amat membahayakan sekiranya  ia tidak dirawat dengan segera.


33 comments:

  1. As salam Dr Mazita, doc. GH... telah mengesahkan saya mempunyai Cholesteatoma setelah saya menjalani ujian CT scan berapa minggu yang lepas. Namun doc. memberitahu Cholesteatoma saya tidaklah begitu teruk dan mereka menyarankan untuk melewatan pembedahan... kerana mereka tidak mengalakan pembedahan pada peringkat awal ini. Adakah wajar keputusan mereka atau haruskah saya membuat pembedahan di peringkat awal untuk mengelakkan penularan kuman tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Kebanyakan kes cholesteatoma memerlukan pembedahan. Hanya segelintir kes cholesteatoma (limited attic cholesteatoma) yang boleh dibendung dengan pesakit menjalani pencucian dan pemeriksaan telinga yang kerap (sekali seminggu) di klinik Pakar ENT. Walaubagaimanapun saya hanya boleh memberikan nasihat yang bernas dan tepat sekiranya saya sendiri dapat memeriksa telinga tersebut.

      Delete
    2. terima kasih Dr. Mazita untuk pendapat. Ingin sekali untuk mendapat khidmat Doktor tetapi saya jauh berada di Kuching Sarawak.

      Delete
  2. Assalam Dr Mazita.... masalah telinga saya ialah ada terbentuk lubang di bahagian dalam telinga sebelum gegendang.Ada tahi telinga yang keras terkumpul di situ dan tidak boleh disedut keluar.Ada yg boleh disedut tapi ini menyebabkan telinga luka.Doctor kata ada ketulan daging dalam telinga setelah buat CT SCAN. Doctor cadangkan utk buat pembedahan.Pendengaran dalam 50%,telinga berdenyut-denyut,mencucuk-cucuk dan sebelah kepala pun berdenyut dan sakit2.Apa pangan Dr Mazita?!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      Saya mohon maaf kerana sukar untuk saya memberi pendapat yang betul tanpa gambaran sebenar. Jika boleh saya ingin memeriksa telinga tuan dan CT scan tersebut.

      Delete
  3. Assalamualaikum doktor..ibu saya pernah melakukan pembedahan seperti ini pada tahun 2008. Pembedahan berjalan dengan jayanya. Namun, sejak 3 hari lepas ibu saya mengalami keadaan pening dan bahagian telinganya berdenyut-denyut. Adakah penyakit ini berisiko tinggi untuk kembali semula dalam tempoh-tempoh tertentu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Dengan simptom yang terjadi iaitu pening dan telinga berdenyut, ibu saudari perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Penyakit seperti cholesteatoma boleh berulang semula. Atau mungkin telinga ibu saudari mengalami jangkitan kuman. Harap dapatkan rawatan secepat mungkin.

      Delete
  4. Salam doc, sy pernah mengalami sakit yg seperti doc terangkan pada Julai 2012..cuma doc pakar yang merawat sy tidak speksifikkan nama bg sakit yg sy alami..cuma doc menyatakan ianya seperti ketumbuhan atau tumor..dan sekrg sy perlu menjalani rawatan susulan 2 minggu sekali bg memastikan sy sihat drpd penyakit yang sy alami.. persoalannya sekrg doc, bila sy ke klinik baru2 ini sebb sy mengalami sakit kepala yg teruk, doc dr sebuah klinik swasta itu memaklumkan saraf sy mengalami masalah. adakah apa2 kemungkinan berkait dgn sakit yg sy alami sebelum ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sukar bagi saya memastikan masalahnya tanpa memeriksa pesakit. Saya syorkan dapatkan rawatan pakar ENT. Simptom sakit telinga bukan simptom yang biasa terutamanya jika berkaitan saraf. Tolong berjumpa dengan pakar ENT dengan segera.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. baiklah doktor. terima kasih. boleh tak kalau saya cuba ke klinik doktor dan mendapatkan khidmat doktor?

      Delete
    4. Boleh, telefon klinik saya 03 3377 7865 untuk membuat temujanji.

      Delete
  5. Assalamualaikum Dr. Saya seorang ibu kepada anak yang menghidapi masalah penyakit cholesteatoma. Dr yang memeriksa telah memutuskan untuk dibuat pembedahan. Anak saya seorang yang aktif,ceria dan kratif. Patutkah saya teruskan tiada jalan lain kah selain pembedahan. Saya risaukan kemungkinan yang bakal di terima selepas pembedahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Masalah cholesteatoma selalunya memerlukan pembedahan. Bahaya sekiranya dibiarkan berlarutan. Mengenai kemungkinan selepas pembedahan, elok bertanya pakar ENT yang akan menjalankan pembedahan tersebut kerana beliau lebih arif tentang tahap cholesteatoma yang dihadapi (CT scan dan ujian pendengaran).

      Delete
  6. Assalamualaikum doc mazita sy nak tanya lagi sebulan lebih saya akan membuat operation cholestcatoma doc ade bagi tahu saya yg kemungkinan muka sy akan berubah menjadi herot disebabkan saraf pipi macam mana saya nak merawat penyakit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Cholesteatoma perlu dirawat melalui kaedah pembedahan seperti yang disyorkan oleh doktor. Kecederaan pada saraf muka (facial nerve) boleh berlaku semasa pembedahan mastoid tetapi kebarangkaliannya rendah. Dan sekiranya cholesteatoma tidak dirawat, penyakit ini boleh merebak dan juga menyebabkan saraf muka menjadi rosak kekal. Saya nasihatkan bertanya pakar bedah tersebut samada risiko kepada saraf muka semasa pembedahan saudari adalah tinggi atau tidak. Saya hanya dapat memberi pandangan secara am.

      Delete
  7. Doc ade kah perlu buat operation secepatnya

    ReplyDelete
  8. Doc.. saya telah menjalani pembedahan cholestetoma pada 7.4.2016 selepas 2 minggu telinga saya menanah dan apabila pergi berjumpa pakar di klinik ent doc hanya beritahu tempat pembedahan ok cuma doctor cuci dan letak ubat selepas 3 hari akan menanah semula sehingga hari ini. Adakah keadaan ini bahaya dan berapa lama biasanya sembuh saya sgt risau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Maaf saya tidak dapat mengulas dengan lanjut kerana tidak tahu bagaimana keadaan dalam telinga semasa pembedahan. Elok bertanya lanjut dengan pakar bedah saudara/i

      Delete
  9. Doc, kanak2 umur 8tahun kalau ada jangkitan mastoid ni dan dah diberi antibiotic di wad, bersama supplement tambahan selama 6hari.. Bengkak sudah surut dan tidak sakit lg, adakah sudah sembuh sepenuhnya?

    ReplyDelete
  10. Doc, kanak2 umur 8tahun kalau ada jangkitan mastoid ni dan dah diberi antibiotic di wad, bersama supplement tambahan selama 6hari.. Bengkak sudah surut dan tidak sakit lg, adakah sudah sembuh sepenuhnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Doktor perlu memeriksa ke dalam telinga untuk pastikan jangkitan telah pulih sepenuhnya. Ada kalanya luaran nampak baik tetapi masih ada masalah cecair di dalam telinga tengah/mastoid yang masih memerlukan rawatan atau gegengdang berlubang.

      Delete
  11. Assalam doktor. Saya bru selesai melakukan pembedahan kecil di cuping telinga saya. Pakar ENT mula mula suspek cyst tetapi selepas operation bru doktor tersebut memberitahu yg bengkak kecil di cuping sy bukan cyst tetapi fibroma. Cuping sy dijahit . Dan sedikit bengkak di bahagian cuping sy slepas operate. Minta nasihat doktor tentang hal ni. Cuping sy kelihatan sedikit keluar darah atau darah beku dr bekas jahitan sy tak pasti. Sy cuma sapu ubat yg diberi dr doktor iaitu chloramphenicol eye ointment. Cuping sy tak berasa sakit. Minta doktor nasihat tentang hal ni tq

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum dr Mazita. saya slh seorang pesakit cholesteatoma. sekarang usia saya sudah 20 tahun. saya menghidap penyakit ini dari umur saya 15 tahun.. saya ad dapat rawatan drpd dr ent. dia minta saya untuk buat operation tapi masa tu dr takde cakap pun psl sakit cholesteatoma. dr hanya ckp kt mama setuju atau tak. dr tak mengukuhkan lagi yang sakit nie perlu dibedah. jd family saya tak setuju pd masa tu. lama2 telinga saya kering. setelah 5 tahun sakit dtg balik dan saya buat rawatan semula dan dr sekarang cakap saya kene cholesteatoma dan perlu di operation.. tarikh operation saya awal bln april 2018 nie. tpy telinga saya asyik sakit je dr. xd pape ke dr klw operation saya lama lagi? tapi saya betul2 dh tak tahan. saya tak boleh tido tahan sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Jika rasa sakit pada telinga, elok diperiksa semula oleh doktor. Samada ada jangkitan kuman yang boleh dirawat dahulu sementara menunggu tarikh pembedahan atau pembedahan mastoid tersebut harus disegerakan.

      Delete
  13. Salam doctor..suami sy telah disahkan menghidap sakit choleastetoma .. Dan doctor harus kan buat operation..tapi suami sy tidak mahu melakukan operation ..akan ada kah masalah lebih buruk nnti kedepannye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jika disahkan cholesteatoma, rawatan adalah pembedahan. Jika tidak dirawat, cholesteatoma tersebut boleh mendatangkan komplikasi seperti saraf muka lumpuh, jangkitan ke otak dan hilang pendengaran kekal. Ini adalah kerana cholesteatoma akan terus menghakis tulang dalam telinga sehingga menyebabkan komplikasi. Jadi wajar menjalani pembedahan yang disyorkan. Saya nasihatkan bincang dengan doktor yang akan menjalankan pembedahan tersebut supaya lebih memahami dan kurang bimbang untuk menjalani pembedahan tersebut.

      Delete
    2. Alhamdulillah sy telah menjalani op pd 4 dec 2017 yg lepas. syukur tiada sbrg komplikasi, pendengaran hilang sdikit tp sy redha. tp kan doctor telinga yg buat op nie, ada bunyi2 lg. adakah normal?

      Delete
    3. Salam pn. Amiza Ahmad, bole saya dapatkn email puan x? t.kasih..

      Delete
  14. assalammualaikum Dr...anak saya berumur 1 tahun 6 bulan disahkan ada cholesteatoma pada telinga kanan...Dr mencadangkan untuk dibuat operation. Untuk makluman Dr, muka anak saya juga telah menjadi senget. Apa perlu saya buat Dr?perlukah saya teruskan operation tersebut?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum doc. Saya akan buat operation right mastoidectomy pada 18.4.2021, makanan apakah kena berpantang doc selepas operation ?

    ReplyDelete