Pages

Sunday, 30 September 2012

GEGENDANG TELINGA BERLUBANG


Gegendang telinga merupakan selaput nipis yang memisahkan antara telinga luar dan telinga tengah. Ia amat penting bagi fungsi pendengaran yang normal. Ia juga penting untuk melindungi bahagian telinga tengah dengan struktur-strukturnya.

Gegendang telinga (tympanic membrane) memisahkan ruang telinga luar dan telinga tengah 


PUNCA GEGENDANG TELINGA BERLUBANG/PECAH
Gegendang telinga yang berlubang berpunca dari beberapa sebab seperti jangkitan telinga tengah (otitis media) dan trauma. Kebanyakan kes gegendang berlubang berpunca dari jangkitan telinga tengah. Jangkitan menyebabkan tekanan meningkat di dalam ruang telinga tengah dengan adanya cecair nanah. Tekanan tersebut menyebabkan gegendang telinga pecah dan cecair nanah akan mengalir keluar.
Trauma yang dimaksudkan termasuk dengan penggunaan putik kapas atau besi semasa mengorek telinga, tamparan pada bahagian telinga atau pipi, perubahan tekanan mendadak semasa aktiviti menyelam atau naik ke tempat tinggi, bunyi bising melampau seperti bunyi tembakan atau letupan mercun.

APA PESAKIT AKAN RASA?
Simptom gegendang telinga pecah adalah sakit yang teramat sangat dirasai dalam telinga atau pesakit berasa tidak selesa. Pesakit juga merasa seperti telinga sumbat dan pendengaran mungkin berkurangan. Kadangkala terdapat cecair atau darah mengalir keluar dari dalam telinga. Pesakit juga mungkin berasa pening disebabkan oleh gegendang pecah.

RAWATAN GEGENDANG TELINGA BERLUBANG/PECAH
Rawatan bagi gegendang telinga berlubang bergantung kepada puncanya. Sekiranya ia disebabkan jangkitan kuman, pesakit perlu mendapat rawatan antibiotik dan ubat titis telinga. Pakar ENT juga akan mencuci telinga tersebut dengan menggunakan alat sedut di klinik ENT. Setelah jangkitan kuman dirawati, iaitu telinga tengah sudah tidak mengeluarkan nanah, gegendang telinga berlubang dapat ditampal dengan kaedah pembedahan (myringoplasty). Ada kalanya gegendang telinga tersebut dapat pulih dan tutup dengan sendiri jika jangkitan dapat ditangani dengan segera seperti dalam kes otitis media akut (acute otitis media, AOM)

Kadangkala jangkitan telinga tengah sudah berlarutan dan melibatkan mastoid. Ini berlaku sekiranya jangkitan telinga tengah adalah kronik dan melebihi 12 minggu (otitis media kronik atau chronic otitis media, CSOM). Bila ini berlaku jangkitan kuman menjadi sukar untuk dirawat dengan kaedah antibiotik sahaja dan pesakit mungkin memerlukan pembedahan mastoid. Dengan pembedahan ini tulang mastoid yang dijangkiti kuman dapat dicuci dan dinyahkan jangkitan. Gegendang telinga yang berlubang itu ditampal sekali.

Sekiranya gegendang telinga pecah atau berlubang disebabkan oleh trauma, kebanyakan kes gegendang pecah itu dapat pulih dengan sendiri bergantung kepada saiz lubang pada gegendang telinga. Saiz lubang yang kecil kemungkinan besar dapat pulih secara semulajadi adalah tinggi, 80-90%. Tetapi penting bagi pesakit menjaga kebersihan telinga dan mengelak air masuk ke dalam telinga. Ini supaya jangkitan kuman tidak berlaku dan gegendang tersebut dapat pulih dengan eloknya.

324 comments:

  1. Salam..dr apa risiko pembedahan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risiko pembedahan myringoplasty atau penampalan gegendang berlubang adalah pendarahan atau jangkitan kuman pada luka pembedahan.
      Risiko yang jarang-jarang berlaku (<1-3%)adalah seperti pendengaran menjadi lebih teruk atau kecederaan pada saraf muka.

      Delete
    2. pada tahun 1997 sy pernah buat oprate pada telingan sbb telingan sy gegendang berlubang dan ms oprate tu amik isi kulit telinga bahagian luar dan tampal ke bahagian yg lubang. skarang ni pd 3.11.2014 semasa sy sedang buat keje di opis tiba2 sy tunduk telingan sy ni bising dan sakit sagt sy biarkn dan 5.11.2014 sy jump doktor dan doktor check telingan sy dah berlubang 2 sbb tampalan yg lama dan taggal.
      saya nak tanya doktor apa kah sebab-sebab ia berlaku....?

      Delete
  2. Salam Dr.

    Telinga saya rasa macam dimasuki air ketika berenang di kolam renang, selepas itu telinga saya seperti pendegaran yang kurang macam tersumbat..ianya berlarutan selama 5 hari..selepas itu sy pergi klinik kesihatan dan diberikan ubat titis dan tahan sakit. adakah selepas ini jika didapati masalah pendegaran saya tidak dapat pulih, adakah saya perlu berjumpa dengan pakar ENT atau melakukan rawatan susulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya syorkan pemeriksaan pakar ENT sekiranya masalah masih berlarutan selepas penggunaan ubat tersebut.

      Delete
  3. saya ingin bertanya berapa agaknya kos yang diperlukan untuk melakukan pembedahan tersebut ?

    ReplyDelete
  4. as salam dr,
    saya pernah mengalami sakit telinga yg teruk beberapa kali. tetapi saya tidak pasti apakah ianya disebabkan gegendang telinga bocor.
    simptom2 yg terjadi sama seperti yg dinyatakan tetapi tiada darah yg keluar, hanya nanah dan air sahaja selain daripada pendengaran terjejas dan sakit yang berdenyut2. biasanya sakit tersebut berlaku dalam seminggu dan kemudian baik seperti biasa. namun selang sebulan sakit itu kembali semula. apakah yg perlu saya lakukan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saya syorkan Nurul dapatkan pemeriksaan Pakar ENT untuk kepastian diagnosis. Simptom yang dialami adalah kronik dan perlu dirawat agar tidak terjadi komplikasi otitis media.

      Delete
  5. salam..saya nisa..gegendang telinga sy pecah dan doktor syorkan sy menjalani pembedahan untuk tampal tisu..sementara menunggu tarikh pembedahan..telinga sy sekarang terasa seperti bengkak di dalam..adakah ini jangkitan kuman? apa yang perlu sy lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok mandapatkan pemeriksaan dan rawatan dari Pakar ENT yang akan menjalankan pembedahan. Jangkitan kuman perlu dirawat dan pembedahan elok ditangguhkan sehingga jangkitan telah ditangani.

      Delete
  6. Salam doktor.
    Sejak kebelakangan ni saya rasa angin masuk dalam telinga saya.adakah gegendang telinga saya bocor atau pecah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saya syorkan pemeriksaan doktor untuk mendapat kepastian. Dengan hanya simptom, tidak boleh membuat kesimpulan diagnosis.

      Delete
  7. salam dr.sy mengalami nanah dalam telinga yang berpunca dari jangkitan fungi yang adakalanya menyebabkan gatal yang teramat sehingga kadangkala menyebabkan telinga saya tersumbat.saya telah dua kali berjumpa pakar ent membuat pemeriksaan dan membuang nanah telinga di hospital.Dr di hospital mengatakan telinga saya sudah ok.tapi 2-3 minggu kemudian dalam telinga saya bernanah kembali dan air telinga juga keluar dan menyebabkan gatal yang teramat. apakah penyelesaiannya doktor?

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Jangkitan fungi jika tidak dirawat dengan betul akan berulang. Kemungkinan besar telinga saudari masih mengalami jangkitan kulat. Saudari perlu mendapatkan rawatan pakar ENT semula.

    ReplyDelete
  9. telinga saya keluar cecair seperti nanah kadang kadang mengeluarkan darah . telah berkali kali saya pergi ke klinik dan diberi ubat . tapi hanya sementara ianya pulih . perkara ini sudah berlarutan selama 1 tahun .. adakah ia boleh pulih dengan sendiri ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Atika perlu mendapatkan pemeriksaan pakar ENT. Sekiranya disebabkan jangkitan kuman, ia boleh pulih dengan ubat. Untuk pulih dengan sendirinya tanpa rawatan kemungkinan tidak terutamanya masalah telah berlarutan selama 1 tahun. Dinasihatkan agar doktor klinik dapat merujuk kepada pakar ENT.

      Delete
  10. Assalamualaikum Dr Mazita,
    sewaktu kanak2 (umur 14-16thn) mercun telah meletup dekat dgn telinga kanan, kerana masalah berdengung tidak hilang lebih seminggu, sy ke klinik kerajaan dan doktor mengesahkan bahawa gegendang telinga sy pecah, seingat sy doktor tersebut hanya memberikan ubat utk dimakan/titis. mungkin jangkaannya gegendang telinga sy akan pulis sendiri... tetapi sehingga (umur 30) kini sy rasa pendengaran telinga kanan saya masih kurang jelas, sy tidak boleh menyelam/mandi kolam kerana air pasti akan masuk dan menyebabkan tidak selesa dan akan menyebabkan kesakitan juga slps itu. sebelum ini sy tidak mengetahui ada rawatan utk memperbaiki gegendang dan berasakan ini adalah yg sy harus hadapi selamanya. sy ingin mengetahui dari Dr Mazita, adakah masih ada peluang utk sy pulih semula (gegendang ditampal dsbg.) setelah begitu lama keadaan telinga sy berlarutan? apakah jenis rawatannya dan anggaran kos nya? sgt berharap Dr dpt bantu..
    salam...Nik

    ReplyDelete
  11. Salam doc.
    Baru2 ni sy mengalami sakit tekak dan telinga yg amat sngt. Selepas 3hri kemudian terdpt lelehan cecair keluar dri telinga sy. Sy telah berjumpa dgn doc biasa (bukan ENT) untuk mndptkan rwtn. Saya difhmkn bahawa telinga sy telah mengalami jangkitan dan gegendang telinga saya telah pecah (tidak besar). Sy telah diberikan ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. sy ingin mendpt penjelaskan dri doc selalunya berapa hari tempoh utk hentikan cecair ini krn sehingga hri ini (sudah 3 hri) masih lgi terdapat lelehan cecair yg keluar dri telinga sy. Apa yg merunsingkan sy, bnyk arktikel yg sy baca, lelehan cecair ini tidak berhenti dan ada kes sehingga berthn lamanya tetapi msih lgi terdpt lelehan cecair yg keluar. Saya juga difahamkan bahawa gegendang telinga boleh pulih seperti biasa (bergantung kepada peratusan yg rosak/bocor). sllunya dlm tempoh brp lama gegendang telinga ini boleh pulih seperti biasa. Harap dpt penjelaskan dri doc..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Rawatan di klinik pakar ENT melibatkan mencuci lelehan/nanah dalam telinga tersebut. Sekiranya ubat yang diberi berkesan, telinga akan beransur kering dalam masa 1-2 minggu. Gegendang telinga hanya dapat pulih setelah jangkitan kuman diatasi (telinga kering). Dan gegendang berlubang boleh pulih sekiranya lubangnya kecil dan ini makan masa berminggu.

      Delete
  12. Saya tampal gegendang telinga kedua dua belah.punca bernanah dan mengorek dengan putik kapas hingga keterlaluan.Sekarang gegendang saya adalah gegendang tampalan.Bolehkah saya lakukan aktiviti menyelam.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya doktor ENT telah memeriksa dan gegendang tersebut telah pulih sepenuhnya, aktiviti menyelam boleh dilakukan.

      Delete
  13. semasa korek telinga anak menggunakan putik kapas, anak saya menangis dan lepas tu keluar darah sedikit dari telinganya..dia menangis sekejap dan lepas tu bermain macam biasa..apa patut saya buat selain elakkan dari telinga dia dimasuki air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika berdarah ia tandanya samada luka pada lubang telinga atau gegendang. Elok mendapatkan kepastian daripada doktor kerana jika luka pada gegendang atau gegendang bocor, telinga tersebut perlu diperiksa sehingga sembuh. Jika luka pada lubang telinga sahaja tak perlu risau kerana ia lebih senang sembuh. Terus elakkan telinga dimasuki air.

      Delete
  14. salam.. jika pembedahan dilakukan adakah ia akan pulih sepenuh nye atau sebalik ny..?? masa untuk pulih agak agak berapa lama.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya pembedahan dilakukan ia dapat pulih sepenuhnya. Elok jangkaan ini diberikan oleh pakar ENT yang melakukan pembedahan kerana sukses bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz lubang tersebut etc. Proses pemulihan gegendang selepas pembedahan mengambil masa agak lama, 1-3 bulan. Kerana gegendang tersebut perlu 'hidup'. Semasa waktu pemulihan pesakit perlu jaga kebersihan telinga dan pastikan tiada air masuk telinga.

      Delete
  15. As salam doktor,
    Saya dian. Dalam beberapa bulan yg lepas.telinga saya rasa sakit dan mengeluarkan nanah..saya pergi ke sebuah klinik swasta. Doktor memaklumkan bahawa terdapat bengkakan nanah dlm telinga saya..kemudian, saya dibg ubat titik telinga dan antibiotik.

    Selepas mggunakan ubat itu, menyebabkan tumbuh kudis2 dalam telinga saya..dan dlm 2 mggu ni, darah kembali keluar dr telinga saya.setiap kali saya mengorwk mgunakan putik kapas, terdapat lendir2 bewarna hitam dan kadang2 hijau..sy pergi jumpa dgn doktor lain.doktor ni memaklumkan bhw tumbuh fungus dlm telinga saya dan keadaan saya teruk..dia memberikan ubat titik fungal. Selepas seminggu menggunakan ubat tersebut, saya perasan bhw benda hitam makin bnyk dlm telinga saya.apa yg perlu saya lakukan? Sekiranya suction dilakukan, berapakah byrn prosedure tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Betul, telinga Dian perlu dicuci secara suction oleh pakar ENT

      Delete
  16. salam...doktor
    saya aina ..macam mane pulak dengan tamparan di telingga..adakah itu teruk.
    ade sekali tu saye tertampar telingga kanan lepas tu sye rase mcm ade degar bunyi yang nyaring di telingga saya.sye suruh adik sye chek takut bernanah..tapi x de...sye rse mcm kurang dengar ckit apabila sye tutup seblah tligga kiri...tligga kanan sye mcm kurang dengar....adakah itu bahaya dan teruk....ape akan jadi...tapi sye x de rse simptom2 mcm yg doktor nyatakan...ape perlu sye buat...adakah die akan ok dlm mse 2 atau 3 hari .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aina,
      Tamparan boleh menyebabkan gegendang berlubang. Simptom berbunyi nyaring dan sakit adalah tanda-tanda gegendang pecah. Untuk kepastian diagnosis elok mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan seterusnya.

      Delete
  17. Salam dr, saya merupakan pesakit cholesteatoma, boleh tak dr jelaskan punca penyakit ni, sy dah bnyak rujuk ngan dr pakar ENT dan dh 3 kali wat operation buang tumor tu, kebanyakan dr yg rawat saya xdpt carik puncanya...adakah penyakit ni disebbkan oleh faktor makanan atau implikasi dari kesihatan tubuh kita sendiri? Sya buntu n penat sebb terpaksa bergntung pd rawatan di hosp kerajaan n swasta sejak sy berumur 4 tahun, sampi skrg xjumpa solutionnya...malah effect selepas setiap operation yg dibuat, menjadikan keadaan saya smkin teruk dan menggangu hidup sy..hrp dr dpt jelaskan.. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Terdapat pelbagai teori bagaimana cholesteatoma boleh berlaku. Rawatannya adalah pembedahan mastoid. Sekiranya dapat dibersihkan sepenuhnya, selalunya ia tidak akan berulang. Walaubagaimanapun berdasarkan kajian kes cholesteatoma sejak kecil, selalunya risiko berulang lebih tinggi. Sekiranya boleh saya ingin melihat CT scan mastoid yang terkini dan memeriksa telinga tersebut untuk memberi nasihat sewajarnya.

      Delete
    2. TQ dr, sebenarnya sy merupakan seorg pelajar di sebuah pusat pengajian di johor, dan stil lg terima rawatan dri hospitl kerajaan di johor, boleh saya buat appointment di klinik dr pada bulan 1 thun dpan? masa cuti sem.. :)

      Delete
  18. salam doctor,
    sy fadilah.
    sy ingin bertanya,sy mengalami sakit telinga yang agak kuat,utk pengetahuan dr, sy baru pulih dari demam panas minggu lepas. Telinga sy berdengung dan pendengaran kurang jelas. sy telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Dr memberitahu tahu sy telinga sy bernanah dan mungkin gegendang telinga bocor. Telinga sy kadangkala berdenyut teramat sangat.Sy diberi ubat antibiotik dan titis. Tapi masih berdenyut dan berdengung.Dr minta sy refer ke pakar ent minggu hadapan. Adakah sy boleh mengambil paracetemol utk mengurangkan kesakitan?Apkah punca kesakitan tersebut?Bagaimana sy ingin tahu sekiranya gegendang telinga telah bocor? Adakah Kaedah pembedahan dapat menutup sepenuhnya gegendang telinga yg sudah bocor?
    mohon penjelasan.Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan telinga tersebut masih mengalami jangkitan kuman. Jangkitan ini perlu dirawat dan Fadilah kena pastikan tiada air masuk telinga. Usah risau mengenai gegendang bocor kerana jika ianya baru berlaku ada kemungkinan ia pulih dengan sendiri. Jika tidak, kaedah pembedahan myringoplasty dapat dilakukan.

      Delete
  19. Assalam dr, seminggu yang lalu telinga saya baru sahaja pulih dari jangkitan (bernanah) setelah diberikan oral antibiotik dan paracetamol. Namun apabila hendak membersihkan telinga dgn putik kapas terasa seperti ada tekanan kat telinga saya dan bila saya korek sikit didapati telinga saya berdarah. Namun kesakitan yang saya rasa sekarang tidak seteruk yang saya alami seminggu yang lalu. Persoalannya perlukah saya pergi klinik utk mendapatkan rawatan meskipun rasa sakit sangat ringan dan berkala2 sahaja? Atau pendarahan boleh berhenti dgn sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya telinga berdarah, elok diperiksa semula di klinik dan jika perlu dapatkan rawatan pakar ENT.

      Delete
  20. salam ..
    gegendang telinge sy pecah dan doc beri ubat antibiotik n ubat titis.. bile sy pakai ubat titis , sakit yang amat sangat saya rasakan sehingga sya berase takot untuk menggunakan ubat titis. soalan sy ubat titis memang memberikan kesan begitu atau sebaliknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakalanya ubat titis boleh menyebabkan rasa sakit. Saya nasihatkan berhenti menggunakan ubat titis tersebut dan teruskan antibiotik dan jaga telinga supaya tidak dimasuki air.

      Delete
    2. Ape yg sy dgr ubat titis boleh membuatkan lagi pekak,betol ke?antara ubat titis jenis tarivid otic solution n sofradex mane yang lebih elok ?
      telinge saya smkain byk nanah dn cecair mengalir ,ape sebabnye

      Delete
    3. Ubat titis yang betul tidak akan menyebabkan telinga pekak. Sekiranya masih banyak nanah, saya syorkan berjumpa pakar ENT untuk membersih telinga tersebut. Sepatutnya semakin kering kerana sudah seminggu ubat antibiotik.

      Delete
  21. Salam Dr Mazita
    Ibu saya telah menjalankan pmbedahan menampal gegendang telnga yg berlubang ini tetapi selepas dia menjalani pmbdahan ini pening nye tidak hilang lagi dan sekarang dah makan teruk sehinggakan tidak mampu berdiri lama dan terpaksa baring sahaja saya nak pendapat dr. mcam mana nak rawat ibu saya ini sudah bnyk klnik hospital kerajaan mahupn swasta telah ibu saya rujuk tetapi mash tiada perubahan. saya harapkan dr dapat memberi pndangan sbb sye xsanggup lihat ibu sya begitu

    sekian wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya syorkan pemeriksaan dengan pakar ENT untuk mengetahui punca pening tersebut. Pening tersebut boleh disebabkan oleh penyakit telinga dalam dan perlu rawatan perubatan. Pembedahan tampal gegendang (myringoplasty) jarang sekali boleh menyebabkan pening yang berpanjangan. Sekiranya ingin rujuk kepada klinik saya, sila telefon 03 3377 7865 dan bawa sekali semua ujian yang telah dijalankan.

      Delete
    2. salam,..
      terima kash atas respon Dr. ibu sya menetap di ipoh perak susah bagi die nak begerak jauh, tidak menganpa jika berkesmpatan kami akn berbincng dahulu dgn ibu bapa saya untuk merujuk di klinik Dr. kini Doktr yg ibu saya rujuk hanya memberi ubat dan ibu sya kata ubat itu hanya berkesan untuk sementara waktu sahaja. Sekarang dokter mngesahkan berkaitan dengan saraf pula.

      Delete
    3. salam
      saya nak tahu lokasi klink atau alamat klnik
      terima kash

      Delete
  22. salam, dr. saya korek telinga dgn menggunakan putik kapas.(saja2 selepas mandi)..then, sgt terkejut sbb putik kapas berwarna hitam mcm dakwah..then saya korek lagi..ternyata msih hitam... tapi tahi xde pon melekat pada putik kapas itu..pagi nih..telinga saya berdenyut..perlukah saya berjumpe dgn Dr? & apekah warna hitam tersebut??

    ReplyDelete
  23. Salam,
    Sekiranya bukan tahi telinga, kebarangkalian ia adalah jangkitan kulat. Dinasihatkan pemeriksaan dan rawatan doktor secepat mungkin

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum. Saya kerap ada masaalah telinga bernanah. Dalam masa 4 tahun ini telinga saya bernanah sudah hampir dalam 10 kali dan saya juga pergi ke klinik ent jika ada masaalah. Saya kasihan kan ibu bapa saya yang dah berhabis duit beratus setiap kali berubat. Apa yang perlu saya lakukan agar telinga tidak bernanah lagi? Adakah saya perlu berhenti makan makanan seperti ayam telur seafood dan banyak lagi? Kerana setiap kali bernanah doktor mengarahkan saya agar tidak makan makanan seperti itu kerana dikhuatiri telinga gatal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Sekiranya pakar ENT yang merawat menyatakan bahawa gegendang telinga berlubang, telinga tersebut harus dijaga supaya tidak dimasuki air dan jika ada masalah resdung, ia perlu dirawat juga. Dan elok lakukan pembedahan myringoplasty jika sesuai.

      Delete
  25. salam dr..apakah yang perlu dilakukan setelah ubat titis telah diberikan dan keadaan masih lg berlarutan..bermula dr telinga sebelah kanan kini berlarutan ke sebelah kiri...

    ReplyDelete
  26. salam dr.....anak saya berusia setahun setengah....dalam bulan 3 atau 4 tahun ini, saya mendapati ada lelehan cecair yang keluar dr tlinga sebelah kanan anak saya. ..saya mendapatkan rawatan di klinik kesihatan putrajaya. ..hasil dr pemeriksaan, dr memberitahu bahawa itu adalah normal bg sesetengah bayi kerana ia berpunca dr selsema yang berlarutan...ubat titis diberikan...keadaan berlarutan sehingga saya berjumpa dengan pakar di hospital putrajaya...semasa melakukan pemeriksaan kamera dimasukan...menurut doktor sudah 80 peratus gegendang anak saya pecah...semalam anak saya menangis sambil menggaru2 telinga sebelah kiri..saya ambil lampu suluh dsn memeriksa telinga anak saya...tiada apa2...lalu saya ambil ubat titis dan menitiskan kedalam telinga...beberapa minit kemudian keluar cecair sama dengan cecair yang keluar dr telinga sebelah kanan....apa yang patut saya lakukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Anak saudari mempunyai masalah otitis media. Dan ia boleh melibatkan kedua-dua belah telinga. Jaga telinga daripada dimasuki air, guna ubat yang diberikan, ubat titis telinga dan ubat selsema. Sekiranya banyak cecair/nanah, perlu diberikan antibiotik.

      Delete
    2. boleh gegendang yang pecah itu ditutup?

      Delete
    3. Bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz lubang, jangkamasa lubang tersebut- baru atau lama, jangkitan kuman. Secara lazimnya gegendang berlubang disebabkan otitis media pada kanak-kanak kecil boleh sembuh sepenuhnya.

      Delete
  27. Assalamualaikum Dr, saya sedang mengandung 6 bulan dan sekarang telinga saya bernanah dan sakit sangat. Kedua belah telinga saya tidak dapat mendengar sepenuhnya. Saya sudah pergi ke kilnik dan hospital tapi mereka cuma bagi ubat antibiotik, paracetamol dan ubat titis sahaja. Tapi sampai sekarang masih sakit. Saya tidak dapat tidur kerana sakitnya betul2 menyengat, telan liur pun sakit. Makan pun tidak dapat. Sakit sangat apabila buka mulut. Jumaat ini saya ada temu janji dengan pakar ENT. Tapi sekarang saya betul2 tidak tahan sakit ini walaupun baru 2 hari. Apa yang perlu saya lakukan? Kenapa semakin hari semakin teruk saja saya rasa? Dalam keadaan mengandung lagi saya paling risau kesihatan kandungan saya turut terjejas. Hmm. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Sakit tersebut adalah disebabkan jangkitan kuman dalam telinga. Perlu segera dapatkan rawatan pakar ENT supaya dapat sembuh dengan segera. Take care

      Delete
  28. Assalamualaikum dr. Sy ain.smlm anak sy yg berusia 1 thn 3 bln bermain putik kapas.ketika dia mmasukkan putik kapas ke dlm telinga tiba2 dia menjerit dan menangis dgn kuat.lbh krg 5 minit kmdian dia tidur slps dpujuk.sy x nmpak kesan darah pd putik kapas tersebut.sokalan sy,ada kemungkinan x ggendang telinga anak sy pecah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Ia hanya dapat dipastikan dengan pemeriksaan telinga dengan otoskop.

      Delete
  29. Assalamualaikom......., kedua dua gegendang telinga saya dlm seminggu dua terasa berdenyut tapi tidak kerap hanya sekali sekala sahaja..... apakah puncanya? Tq....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saya tidak dapat tahu puncanya tanpa pemeriksaan telinga. Syorkan dapatkan pemeriksaan klinik.

      Delete
  30. Dr. telinga Kanan saya kluar air dalam minggu lpas saya dah jmpa doctor dia kata ada ada infection fungi tapi skarang dah kering tp pendengaran masih tak jelas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telinga tersebut perlu dicuci kerana mungkin masih ada kotoran yang melekat atau masalah gegendang telinga.

      Delete
    2. Apa Contoh masalah gegendang telinga. telinga belah kanan saya dengar tapi tak berapa jelas seolah tersumbat....

      Delete
    3. Bergantung kepada diagnosis yang diberi, gegendang telinga berlubang sekiranya diagnosis otitis media atau kotoran yang menutupi gegendang sekiranya diagnosis otitis externa.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Dr mazita kalau telinga berdenyut tetapi tidak sakit tetapi masih tidak dengar dgn jelas apakah sebabnya...

      Delete
    6. Saya tidak dapat memberi penerangan lanjut tanpa pemeriksaan telinga. Saya syorkan pergi berjumpa semula dengan doktor yang telah merawat untuk penjelasan mengenai masalah pendengaran yang masih tidak jelas.

      Delete
  31. salam...
    gegendang telinge sy berlubang dan doc beri ubat antibiotik,cecair kluor n ubat titis,selepas mkn ubat tersebut saya tidak mgalami kesakitan lgi..dr mgatakan y telinge sy akn pulih seperti biasa akan tetapi saya telah beberapa kali diberi ubat y berlainan dan gegengang telinga saya masih tidak tertutop lubangnya..ap yg saya perlu lakukan sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya sudah tiada jangkitan dan lubang pada gegendang masih tidak pulih seperti sediakala setelah beberapa minggu, kemungkinan lubang tersebut tidak akan tutup dengan sendiri dan memerlukan pembedahan myringoplasty.

      Delete
  32. sy mengalami sakit ini hampir 6bulan sudah..mcammane prosedur utk mnjlani pembedahan myringoplasty tersbut ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu diperiksa oleh pakar ENT untuk penerangan mengenai prosedur myringoplasty tersebut. Boleh mencari pakar ENT yang berdekatan. Jika ingin ke klinik saya, telefon 03 3377 7865

      Delete
  33. Assalamaulaikum doktor,saya nak bertanya mengenai penyakit anak saya girl berumur 1 thn.Doktor ENT di HRPB,Ipoh beritahu bahawa anak saya perlu lakukan pembedahan sbb dibelakang gegendang telinga ada lendir.so doktor cadangkan akan wt pembedahan tuk kuarkan lendir tue melalui masukkan tiub kt gegendang telinga n lendir tue akan keluar.doktor ada bgtau tiub akan keluar sendiri.Masalah saya takut kesan pembedahan tue ada lubang kt gegendang telinga anak saya.dktor bgtau gegendang telinga x ada masalah.tapi mempunyai masalah pendengaran kedua telinga thp 4.sekarang anak ada pinjam dr hsptl alat bantuan pendengaran dipakai sebelah kanan..Anak saya dktr pediaterik bgtau ada syndromic with child hypotonia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Masalah telinga anak puan adalah middle ear effusion. Tiub yang dimasukkan adalah sementara dan apabila tertanggal dengan sendirinya, lubang kecil pada gegendang tersebut akan pulih sepenuhnya insya Allah, Saya syorkan baca blog entry saya pada Feb 2012 berjudul middle ear effusion
      http://earnosethroatdoc.blogspot.com/2012/02/middle-ear-effusion.html

      Delete
  34. Assalamualaikum dr.saya nak tanya doktor bagaimana pembedahan telinga berlubang dilakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Pembedahan gegendang telinga berlubang dinamakan pembedahan myringoplasty atau tympanoplasty. Cara ia dilakukan elok dibincang dengan pakar yang merawat kerana ia berkaitan dengan saiz lubang tersebut, keadaan telinga tengah dan dari mana selaput gegendang baru yang perlu diambil.

      Delete
  35. Assalmualaikum doc, tlinge sya mngalami ksakitan kkdang ada cecair. Sakit dia kkdang smpai ke rahang gigi. Stiap kali asthma jer sakit dlm tlinge tp kali ni teruk smpai sakit ke rahang gigi. rasa. Perlu ke saya jmpa pakar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saya rasa elok berjumpa dengan pakar ENT untuk masalah telinga saudari. Sakit sebegitu adalah serius dan patut dirawat supaya tidak berulang lagi.

      Delete
  36. Salam dr..tahun lepas sy dsahkan dr.pakar ent mpunyai masalah gegendang telinga berlubang..kena review berbulan lamanya..hmpir setahun...lpas tu sy tlh d tukarkan kerja ke kwasan agak pedalaman yg xda dr.pakar ent.. agak pyh utk sy kluar smula pg jumpa dr.pakar yg sebelum ini..skrg appointment sy dgn dr.pakar da berlalu hmpir setahun... sy x mgalami rasa sakit pada telinga..tp pendengaran agak tganggu dan sy yakin gegendang blum tertutup spnuhnya krn bila area telinga d sentuh...rasa getaran berubah... sy risau...apakah lubang pd gegendang telinga yg berlubang tu akan mmpunyai kesan terhadap otak ataupun saraf lain..sy sgt risau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sekiranya pendengaran terganggu elok diperiksa oleh pakar ENT. Jika tiada jangkitan sepatutnya tiada kesan pada saraf atau otak.

      Delete
  37. Salam doctor,saya baru saja sakit di dalam telinga,sakitnya kejap sakit kejap tak sakit,ianya sakit selepas saya terkorek.telinga sedalamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kemungkinan ada terluka. Jika masih berterusan, periksa dengan doktor

      Delete
  38. salam doktor, telinga saya beberapa kali berbunyi seperti plastik dironyokkan.
    perkara ini menggangu saya. kadang kali sewaktu nak tidur, bunyi itu semakin kuat.
    beberapa bulan lepas saya mengalami masalah ini tetapi sekejap sahaja. namun, semenjak akhir2 ini masalah ini berlarutan, berminggu2,,,apakah masalah sebenar hal ni terjadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Elok diperiksa telinga tersbut, samada ada masalah cecair dalam telinga tengah atau masalah pada gegendang

      Delete
  39. As salam doktor. Saya mengalami sakit telinga sejak sebulan lalu. Pada mulanya sakit bermula semasa saya demam dan selsema teruk. Saya mengalami dengung dan telinga saya berdenyut2. Saya hanya dptkan rawatan di klinik biasa dan diberi antibiotik oral, ubat selsema, demam, anti fungal dan juga ubat titis. Kondisi semakin berterusan setelah 2 minggu dan sy bertekad ke hospital untuk berjumpa pakar ENT. Telinga sy dikatakan ada nanah, gegendang sy bocor dan kemudian dibersihkan. Mereka minta sy berjumpa pakar selepas seminggu dan doktor hanya memberi antibiotik oral dan ubat titis. Sakit saya tdk berkurangan malah sama kondisi seperti saya mula2 berjumpa doktor di hospital 2 minggu yg lalu. Kini saya tlh menderita sakit telinga 1 bulan dan pendengaran sy kurang dan sy rasa tdk selesa semasa tidur kerana nanah keluar. Sy akan berjumpa semula dgn doktor pakar ENT pd 28/5 di HKL untuk susulan. Sy risau samada ada possibility saya akan hilang pendengaran. Selain nanah, telinga sy juga mengeluarkan bunyi "hiss" yg sangat annoying.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Masalah yang dihadapi adalah otitis media yang disebabkan jangkitan kuman. Teruskan rawatan susulan pakar ENT, insya Allah ia akan pulih dan pendengaran akan menjadi normal. Jaga telinga jangan dimasuki air.

      Delete
  40. Salam dr. Saya mengalami sakit telinga seminggu yg lalu dan telah berjumpa dgn dktor d sebuah klinik. Dktor mengesyorkan saya utk berjumpa dgn dktor pakar, katanya berlaku jangkitan kuman di telinga sy dan gegendang telinga berlubang besar. Namun bgtu, sy diberi appoinment pd bulan dpn dgn dktor pakar. Adakah kemungkinan berlaku jangkitan kuman ke otak dr jangkitan kuman telinga sekiranya ia tidak dirawat segera? Gegendang telinga yg berlubang besar yg saya alami boleh pulih 100%??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jangkitan otitis media yang serius memang ada risiko untuk berjangkit ke bahagian otak. Selalunya jika gegendang berlubang dan tiada masalah cholesteatoma, risiko tersebut lebih rendah. Walaubagaimanapun elok dapatkan rawatan dengan segera. Lubang gegendang yang terlalu besar selalunya tidak dapat pulih 100%.

      Delete
  41. Assalamualaikum, doktor.
    Pd minggu lepas, isteri sy telah menerima rawatan akibat otomycosis dan diberi ubat titik clotrimazole oleh petugas di klinik ent. Stiap kali dia akn menangis menahan kesakitan apabila ubat trsbt dititik ke dlm telinganya. Selang beberapa hari yg lps, dia mengadu telinganya berdengung. Kemudian, dia menghembus udara smbil menutup telinga n hidungnya utk hilangkan dengungan ttpi telinganya mengeluarkan angin n mghasilkan bunyi spt wisel..adakah masalah ini mnjadi semakin serius kerana sehingga kini dia masih berasa sakit yg amat sgt ketika ubat dititikkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Kemungkinan gegendang berlubang kerana sakit apabila menggunakan ubat titis clotrimazole. Sekiranya terlalu sakit, elok berhenti titis dan diperiksa semula oleh doktor tersebut.

      Delete
  42. Salam Dr., saya telah diberi ubat titis clotrin untuk rawatan fungus. Setiap kali saya titiskan dalam telinga, ia teramat sakit kerana gegendang telinga saya sudah berlubang. Jika saya berhenti menggunakan ubat titis tersebut dan memastikan telinga tidak dimasuki air, adakah jangkitan fungus akan pulih dan tidak berulang kembali? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Rawatan untuk jangkitan fungus perlu diteruskan dengan doktor. Sekiranya terlalu sakit dengan penggunaan Clotrin drops, pakar tersebut boleh mencuci telinga dan mengesyorkan ubat yang lain.

      Delete
  43. adik saya telinga bernanah dia kadang-kadang nangis sakit.Ayah dah berikan ubat tapi takde pape yang terjadi. Dalam telinga dia ada warna hitam. Di mana pakar ENT kalau di Shah Alam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik saya berdekatan Shah Alam iaitu di KPJ Klang Specialist Hospital. Saudari boleh telefon klinik 03 3377 7865

      Delete
  44. Assalamualaikum doktor. Saya gadis berusia 19 tahun. Last year,telinga kanan saya ada sakit. Bila jumpa doktor biasa,dia kata takda apa2. Cuma sebab tahi telinga yg banyak sebab saya mmg jarang korek. Lubang telinga terlalu kecil. Dia bagi ubat titis dgn antibiotik dan selepas seminggu semuanya elok. Minggu lepas telinga kiri saya sakit sama macam yg kanan dulu. Tp ia berdarah. Jumpa doktor yg sama,dpt jawapan yg sama. Iaitu sbb banyak tahi telinga. Dpt ubat titis dgn antibiotik. Tp keadaan telinga kiri saya sekejap elok sekejap tak. Ia sakit berdenyut kadang2. Semalam tengok macam ada lendir kekuningan tp taktahu itu nanh atau tahi telinga. Hari ni berdarah pulak. Dia kalau letak ubat ok. Tak letak sakit balik. Bangun tidur pun sakit. Adakah telinga saya kena jangkitan atau sekadar luka biasa shj doktor? Mohon pencerahan. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saya syorkan berjumpa pakar ENT untuk mencuci/sedut telinga saudari samada nanah atau tahi telinga. Ubat titis telinga sahaja tidak memadai sekiranya penuh nanah atau tahi telinga tersebut.

      Delete
  45. Assalamualaikum doc...
    Saya br slesai mnjlni operation menampal selaput telinga, sy nk btnya adakah sesudah operation dlkukan akan trash kurang selesa dbhgn rahang tekak,sdkt bhgn lidah? Lg 1 smasa tdur adakah kita kne kekalkan posisi tidur iaitu terlentang shj? Sbb sy ada tidur dlm posisi mengiring dbhgn operation dan sy prasan ada darah y keluar dr bhgn operation tu,adakah itu normal? Mohon pencerahan dr doc, t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Rasa kurang senang di bahagian tekak dan lidah kemungkinan berkaitan dengan pembedahan. Darah tersebut disebabkan daripada luka pembedahan, Elok baring terlentang atau mengiring ke sebelah lain, bukan bahagian operation.

      Delete
  46. Assalamualaikum...dr.. sy din...telinga sy terkena jangkitan kuman pada tahun 1996 lg..puncanya dimasuki semut dan sy korek dgn dawai..telinga terluka dan berdarah..gegendang luar sudsh bocor dan berlubang hingga sekarang..apabila berjumpa
    doktor dan diberi ubat ia tahan utk beberapa minggu shj..dan kembali gatal..ini membuatkan sy begitu
    tidak selesa...menggaggu aktiviti harian sy..sy
    memilih utk melalakukan pembedahan tampalan gegendang..apakah risiko pembedahan ini..andainya pendengaranntidak dapat dipulihkan lg sy x kisah asalkan kegatalan telinga tidak berulang..itu sahaja harapan saya...apakah peratus kejayaan prmbedahan ini..penyakit telinga sy ini sudah memakan masa hampir 18 tahun lamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Telinga saudara perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum memastikan ia sesuai untuk menjalani pembedahan tersebut. Ada juga kemungkinan gatal tersebut disebabkan jangkitan kuman yang kronik. Sila berjumpa dengan pakar ENT untuk rawatan selanjutnya

      Delete
    2. Salam doc...sy telah berjumpa pakar EOT husm. Cuma dia bg penerangan bahawa pembedahan tidak semestinya 100% berjaya..10 yg operate mungkin 3 yg berjaya..maksydnya tampalan x melekat..jangkitan kuman adakah risiko kpd otaksy?ini merunsingkn sy..fikir2 ingin bust operation shj coz sudah lama menderita..berbagai2 ubat titik guna just utk sementara je..bila mndi masuk air gatal semula...apa cadangan doc...

      Delete
  47. Salam doc. anak sy berusia 3 tahun. pernah tecucuk cotton bud di telinga. slps itu telingan berbau & bwa klinik doc kata jangkitan kuman. bg ubat titik dan antibiotik. bau hilang tetapi selepas tu keluar cairan hitam n berbau meleleh ditelinga. sy cuci dan nampak anak nanah dalam lubang telinga. sy bwa g hospital kerajaan dan doc bg ubat titik. appoiment strsnya 2 mggu slps tu msh ada lg nanah & diberikan ubat titik dan antibiotik lain. appoiment strsnya doc kata dh ok tetapi sy tgok ada lg nanah dalam telinganya.beberapa hr slps tu keluar lagi cairan hitam dan sy cuci dan dapat keluarkan nanah yg agak banyak. ingatkan dh bersih ttp malangnya masih ada nanah lagi. apa yg perlu sy lakukan doc?apa masalah sebenar anak sy??tlg bantu doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan masih ada jangkitan kuman. Saya tidak pasti samada gegendang berlubang atau tidak. Elok diperiksa oleh pakar ENT dan dicuci/disedut kotoran dalam telinga tersebut.

      Delete
  48. Assalamualaikum dr.
    Sy masdalifah.. bulan 6 yg lalu telinga sy dijangkiti kulat. sehingga skrg pendengaran sy kurang jelas. sy rasa telinga sy trsumbat dan dgr seperti bunyi brdesing. sy dh jmpa pakar ent dan mengesahkn gegendang telinga sy brlubang. dr bg sy bbrp jenis ubat antaranya Loratadine 10mg, prednisolone 5mg dan ubat titis di hidung oxy nase. sy nk tnya pendapat dr. adakah jenis ubat ini sesuai utk pulihkan telinga sy sbb kebanyakan ubat ini utk hidung. harap sy dpt lbh prnjelasan dr doktor. tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Maaf lambat jawab. Sekiranya telinga masih kurang pendengaran elok diperiksa oleh pakar ENT. Jika gegendang berlubang masih tidak pulih tetapi sudah kering daripada jangkitan kulat atau bakteria, boleh disyorkan pembedahan tampalan gegendang (myringoplasty)

      Delete
  49. Assalamualaikum doktor saya ingin meminta pendapat doktor saya sudah mengalami pening sejak 7 bulan disamping itu keseimbangan saya terganggu .saya tidak bleh berdiri lama dan saya akan mula pening dan ingin rebah..saya blum buat check up ke paksr Ent ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Sekiranya keseimbangan terganggu semasa berdiri lama, boleh diperiksa oleh doktor untuk masalah tekanan darah, kurang darah merah dan sebagainya. Sekiranya masalah tersebut lebih kepada rasa berpusing sehingga muntah kebarangkalian tinggi ia adalah masalah telinga. Jadi saya syorkan periksa dengan doktor klinik terlebih dahulu.

      Delete
  50. Saya sudah buat check utk hb, bp, mata, gula dan kolestrol namun semuanya normal..saya penghidap resdung dan telinga saya sentiasa rasa gatal dan kadang agak sakit, berdesing, berdengung dan crawling dalam telinga..Saya sudah tidak sanggup menghadapinya doctor. .saya ingin meminta pandang an doktor dan rasa seperti craw

    ReplyDelete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. Salam dr mazita...sy mengalami jangkitn kuman dlm telinga. Kuar air, nanah dn ketuln hitam dr telinga sy...sakit telinga ni mula pd 27/10, telinga sy tersumbt seolah2 masuk air dlm telinga dn mnyebabkn x selesa. Sy pergi hosp utk dptkn rwtn dn hnya diberi antibiotik dn ubt thn sakit. Tp sy masih rasa x selesa, dn pd 29/10 sy prgi klinik utk dptkn rwtn, dn dok tu cuci telinga sy. Pendengaran sy pulih sprt biasa tp rasa sakit slps dicuci. Sbb sy rasa dok tu cuci dlm sgt..tetapi malangnya, telinga sy kembali trsumbat dn pndgrn kembali terjejas..3/11 sy pergi klinik lain pula, dn dok tu cakap gegendang dah brlubng..then sy diberi plbgai jnis ubt trmasuk ubat utk memulihkn gegndang. Tetapi telinga sy makin sakit menyebabkn sy menangis sharian krn sakit telinga dah sampai ke kepala..5/11 sy pegi klinik lain lg, dn sy diberi suntikn dan 3 jenis ubat...alhamdulillah rasa sakit dah hilang...cuma masalahnya telinga masih tersumbat..sy nk tnya doktor mazita, agaknya berapa lama masa yg sy kena ambil utk pulihkan telinga sy ni...sbb sy sgt2 tidak selesa dan rasa sgt down utk buat kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Agak sukar untuk beritahu berapa lama sebelum telinga pulih kembali kerana saya tidak tahu keadaan telinga sekarang. Samada jangkitan sudah pulih? Masih ada kotoran dalam telinga? Gegendang masih berlubang? Elok dapatkan pemeriksaan ENT untuk kepastian.

      Delete
  53. Salam Dr.
    Ptg td sy pergi mencuci telinga kanan sbb tersumbat kerana korek dgn cotton bud..sy pergi klinik biase je..Dr yg rawat saya gune besi yg panjang dan die letak kapas di hujung besi tu..mase kali 2 masuk terasa sakit dan kali ke3 masuk rase skit sgt..lpas kluarkan besi tu Dr nmpak risau..die tanye 'sakit sgt ke?'..sy pun jwb ye..die senyap je..sy dah rase lain mcm..rase risau sgt..lpas tu die bg ubat thn skit je..smpai skarang masih terase skit dan x selesa di telinga saya..adekah gegendang telinga saya berlubang..? Kalau ye,adakah ia akan di jangkiti kuman..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya masih sakit, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan kepastian. Memang boleh berlaku jangkitan kuman.

      Delete
    2. Hari ni telinga sy dah x sakit,tp rase mcm msih tersumbat..adekah itu sbb wax atau gegendang ..?

      Delete
  54. dalam masa 5 bulan 2 kali saya jumpa ent due to infection... hari ni sekali lagi saya jumpa ent coz still repeated infection.. doc bgtau ada sedikit hole pada eardrum. doc telah buat suction serta bekalkan antibiotik ciprofloxacin dan fedac tablet wlupun saya xde selsema..

    mmg saya mengalami sedikit pening, sedikit rasa ngilu di hidung dan rasa cam telinga bersumbat

    bolehkah saya membuat sebarang penerbangan dalam masa terdekat dan brpa lamakah tempoh utk eardrum elok semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Eloknya doktor yang merawat memberi kepastian.
      Sekiranya tiada selsema teruk, tiada masalah untuk menaiki penerbangan.
      Gegendang mengambil masa lama untuk sembuh, doktor akan mengesyorkan pemeriksaan semula dalam masa 1-2minggu

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  55. As salam dr mazita,sayasekarang ni memang ada tanda-tanda kemungkinan gegendang telinga bocor.tapi yang peliknya 2 3 hari lepas telinga saya sekejap rasa tersumbat,sekejap rasa ok.tapi dari kelmarin lagi telinga saya rasa tersumbat sampai sekarang.boleh doktor jelaskan?terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Jika terdapat cecair atau nanah di dalam telinga, ini boleh menyebabkan simptom yang dialami. Elok diperiksa untuk rawatan selanjutnya.

      Delete
  56. Salam dr. Mazita.. saya mengalami masalah jangkitan dalam telinga.. telinga sy bernanah dan berdarah.. sehinggakan sy terpaksa menguna kan cotton bud untuk mengeluarkan nanah itu untuk menjelaskan pendengaran saya.. saya telah mengalamu nye hampir 3 tahun.. sebelum ni sy melakukan rawatan di ppum semasa saya belajar.. di sana sy telah melakukan suction dan doctor juga telah sembur powder dalam telinga sy.. tetapi ianya dtg kembali setelah 4 bulan.. berdarah dan juga nanah.. ini buatkan sy xselesa ketika bekerja.. adakah ini disebabkan sy kerap batuk yg melampu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Bernanah dan berdarah adalah disebabkan jangkitan kuman. Batuk yang melampau tidak semestinya menjadi penyebabnya. Selsema yang teruk boleh menyebabkan jangkitan merebak ke telinga. Sila dapatkan konsultasi pakar ENT untuk kepastian.

      Delete
  57. As salam..doc, sy mengalami masalah pendengaran pada telinga sebelah kanan. Rasa seperti telinga tersumbat..bila sy korek tak ada apa2 pn..cuma kadang2 rasa sakit..apa sebabnya ya..sy harap doc dpt membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,
      Elok diperiksa, kemungkinan tahi telinga tersumbat. Perlu dikeluarkan dan dibersihkan kerana jika berlarutan boleh memudaratkan dan menjejaskan pendengaran.

      Delete
  58. Assalamualaikum doc,apabila sya makan atau mengunyah makanan,sya merasa seperti ada bunyi berdetik di dlam tlinga saya.adakan ini satu penyakit?dan bagaimana hendak merawatnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Elok diperiksa untuk mengetahui punca bunyi tersebut. Ia boleh berpunca dari dalam telinga, sendi rahang atau otot tekak. Rawatan bergantung kepada punca bunyi tersebut, adakalanya ia tidak memerlukan rawatan lanjut.

      Delete
  59. Pgi ini ada brjumpa Dr Pakar ENT.
    Anak usia 6thn dh mngalami msalah pendengaran sjak usia 4thn.
    Dr kata dlm dh brlubang kiri n knan brnanah bdarah.
    Klu nak operate tmpal kna tgu usia 12thn.
    Soalan sya brpa % knak2 usia ni utk pulih dgn sdirinya atau ada ikhtiar lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemulihan gegendang hanya boleh berlaku bila jangkitan sembuh dan telinga kering. Sekiranya gegendang berlubang sudah 2 tahun (umur 4 hingga 6 thn), kebarangkalian gegendang dapat pulih sendiri amat tipis. Jika masih berair lagi sukar untuk gegendang pulih.

      Delete
  60. salam doktor
    sya ada masalh telingga kanans
    rasa tersumbang benggal
    bunyi mcm terkoyang
    bunyi sing yg kuat
    pendengaran kurang jelas ganguan bunyi bising
    sakit pangkal telinga yg kuat
    demam dan pening 1 minggu
    keluar darah dan cecair air kuning cari
    dh klinik ent ada kebocoran gegendang
    hilang keseimbagan badan
    pening yg kuat
    admid wad 2minngu rawatan antibiotik
    xray mri mastiod ada nanah
    xraya ctscan nanah minima
    cancel pembedahan
    hari ke 10 admit wad ent
    syimtum baru muka yg sakit sakit
    rasa kebas mula telingga gigi tekak
    mata kanan sakit bergerak dan pandangan berbayang
    sehingga hari ke 14 rawatan
    tapi malang nya
    doktor x jawab soalan saya kena saya alami syimtom sakit muka dan kebas mata tekak gigi bengkak .
    hari ke 16 doktor discharge .
    dalam keadaan saya tak boleh berjalan dh sakit muka yg amat sgt level 8
    darah fbc sel darah putih hari pertama 7% meningat 12%/ 18% / sehingga hari ke 16 28% knp mcm ni ??
    saya balik rumah dgn keadaan yg cukup berbeza dari mula2 masuk cuma gegendang telinga baik pendengan ok cuma bunyi bising masih ada dan pening yg sama .
    akibat x tahan sakit saya hai ke 18 saya ke hospital yg berikut
    akibat sakit muka yg x tahan
    pemeriksan oleh pakar saraf ada masalah pada sarah 3-4-5
    akibat mastiod saya ada jakitan dan bernanah seloepas mri brian dan tengkorang .
    musykilnya kenapa masih ada jangkitan dan selapas 14 hari rawatan atibiotik ??
    saya admit ke kepakar saraf / ent hospital ini ubat saraf ok skrg muka dah berkurnag cuma rawatan atibiotik yg lain dari hospital yg sebelum selama 7 hari ..masalhnya sakt telingga pening ada tulang mastiod ni ada kah nanah masih ada
    ada kah foktor nanah minima pada mastiod di ambil kira untuk pembedahan ??
    buat pngetahun doktor saya dh lali dgn ubat tahan sakit yg bgi saya hanya penahan sekejap
    tramal pcm voltaran pil.injection simflack .
    kenapa masih ada penaguhan dlm menilai sakit yg saya alami ini
    binggung
    saya perlu berkerja sebagai angota keselamatan
    yg perlu byk displin dlm tugas .dan foktor sakit kepala mengangu tugas dan keseimbangan dalam kawat dan keselamatan dlm tukas
    doktor ada kah saya perlu berpindah ke hospital ke 3 untuk mencari penyelesaian ..
    harap doktor leh bantu saya .
    mnhamdan777@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya syorkan membuat rawatan susulan dengan pakar ENT yang merawat. Beliau dapat memantau sekiranya keadaan telinga/mastoid tersebut beransur pulih atau tidak. Ada pesakit yang memerlukan pembedahan sekiranya masih ada mastoiditis.

      Delete
    2. masalahnya doc saya dh ikut segala rawatan di hospital dan 2 hospital saya dh menerangkan masalah saya . . ubat pun dh habis makan masalah nya saya tetap sama mcm ni sakit dan
      pening tak seimbang . mri ctscan cuma penjelaannya mastoiditis saya terlalu minima . . atau mereka nk tunggu jankitan ni ke otak baru nk buat ..cukup keliru

      Delete
  61. assalamualaikum.. doc.. sya kerap mengalami gatal di telinga dengan menggunakan cotton buds. adakah dengan menggunakan cotton buds boleh menyebabkan telinga berdarah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Betul penggunaan cotton bud boleh melukakan telinga dan menyebabkan pendarahan.

      Delete
  62. Salam doc. Sy sering mengalami telinga brnanah sjk umur 18 thn. Bila brjmpa dgn doktor dy cuma bgtahu ade infection dari throat n naik ke telinga. Lps mkn antibiotik n ltk ubt titis sy akn ok dlm msa 3-4 hari. Tp mslh sma akn jd lps 3-4 bulan...
    Adakah mslh ini ada kaitan dgn resdung?
    Perlukah sy brjmpa dgn pkr ENT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Masalah otitis media akan berulang sekiranya hidung kerap berair (resdung alahan atau sinusitis). Saya syorkan pemeriksaan dengan pakar ENT untuk rawatan masalah resdung dan telinga bernanah.

      Delete
  63. as salam doktor..
    telinga kanan sy dh sebulan bunyi dengung ..kdg2 bunyi berdesingnye kuat n cam tersumbat sy susah nk dgr dgn jelas...dh jumpa doktr ENT check telinga, tekak n hidung x masalah apa2 pun...bila buat ujian dgr doktr kata masalah saraf telinga rosak...doktr bg ubat betasir 24 n ubat saraf telinga...dh mkn 2 minggu still bunyi lg ...
    adakah bunyi dengung tu boleh hilang? betul kah saraf telinga rosak susah nk baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Teruskan ubat yang diberi, kadangkala ambil masa untuk ia berkesan. Saraf pendengaran yang rosak sukar untuk pulih balik, ini bergantung kepada kes pesakit.

      Delete
  64. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  65. Salam doktor
    2 mgg lps telinga saya ada jangkitan fungus, slps guna ubat titis telinga,telinga saya dah ok tak sakit dan berdenyut spt sblm dirawat. Adakah saya perlu teruskan guna ubat titis tersebut,adakah jangkitan berulang dan perlukah saya cuci telinga saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Bagi pesakit saya yang mengalami jangkitan fungus di telinga, mereka dinasihatkan datang untuk rawatan susulan untuk memantau jika sudah pulih dan telinga dibersihkan. Hanya dengan memeriksa telinga tersebut baru saya boleh menasihatkan samada masih perlukan ubat atau tidak. Bergantung kepada simptom sakit atau gatal sahaja tidak memadai.

      Delete
  66. Salam doktor...sejak 2 bulan yg lepas saya baru perasan kdua2 telinga saya berbunyi2, berdesing dan berdengung..telinga kiri yg kuat..saya sudah jumpa pakar ENT... Dia cuci kedua2 belah telinga saya dan beri saya ubat antibiotik, ubat bantu saraf dan ubat bantu pgaliran darah utk 5hari..hari ni genap 5hari ubt tu dhabiskan..telinga saya masi brdengung n berdesing...kadg2 dia hilang, slow dan kuat..utk makluman kedua2 telinga saya berlubg sejak tahun 2009 dan pdgaran saya pun berkurangan..apa puncanya bunyian2, dengungan dan desingan telinga saya ni.? Apa kaedah atau rawatan untuk menghilangkannya..? Tq doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Punca desing atau dengung kemungkinan daripada gegendang berlubang. Perlu juga periksa jika ada kerosakan pada saraf pendengaran melalui ujian pendengaran. Rawatan bergantung kepada punca desing tersebut. Mungkin pakar ENT yang merawat lebih arif untuk memberi penjelasan selanjutnya.

      Delete
  67. As salam doktor.bln lps sy ade selsema yg teruk hingga sukar bnafas.diikuti batuk.kmdn telinga kiri tersumbat.sy dh bjmpa doktor ent jmt lps.selsema dan batuk semakin baik slps mkn antibiotik tp telinga masih tersumbat.sy juga sering mengeluarkn angin dgn mnutup hidung n mulut.dgn hrpan telinga kiri akan sembuh tp tetap jg tersumbat.kenapa telinga sy masih belum sembuh?adakah gegendang telinga sy sudah luka kerana sy suka menghembus angin dgn menutup hidung n mulut?terima kasih doktor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,
      Jika ada masalah cecair dalam telinga tengah (otitis media), ia akan mengambil masa untuk sembuh dan hilang rasa telinga sumbat. Jarang sekali boleh cedera gegendang dengan melakukan apa yang disebut.

      Delete
  68. As salam doktor.bln lps sy ade selsema yg teruk hingga sukar bnafas.diikuti batuk.kmdn telinga kiri tersumbat.sy dh bjmpa doktor ent jmt lps.selsema dan batuk semakin baik slps mkn antibiotik tp telinga masih tersumbat.sy juga sering mengeluarkn angin dgn mnutup hidung n mulut.dgn hrpan telinga kiri akan sembuh tp tetap jg tersumbat.kenapa telinga sy masih belum sembuh?adakah gegendang telinga sy sudah luka kerana sy suka menghembus angin dgn menutup hidung n mulut?terima kasih doktor..

    ReplyDelete
  69. Salam doktor, saya juga mengalami sakit telinga. sudah 2 hari saya mengalaminya. Saya rasa sakit sangat dan telinga jadi tak dengar. bila saya sentuh di belakang telinga saya, rasa sakit. Nak pegang telinga pon turut sakit. Rasa mcm tersumbat pon ada dan lubang telinga saya jadi semakin kecil. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan lubang telinga bengkak disebabkan jangkitan kuman, otitis externa. Elok berjumpa pakar ENT untuk rawatan selanjutnya

      Delete
  70. salam dr mazita
    pada tahun 2012 telinga saya mengalami gatal-gatal.saya telah berjumpa doktor dan diberi ubat titis.namun begitu pada tahun 2013 telinga saya mula bernanah dan sehingga sekarang.untuk makluman doktor semenjak telinga saya bernanah saya kerap berkahak yang berwarna putih.mohon pencerahan daripada doktor tentang maslah yang saya hadapi,terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya hanya boleh beri pandangan mengenai masalah saudari setelah memeriksa sendiri telinga dan hidung saudari. Masalah hidung dan telinga boleh berkait ataupun tidak. Hanya dengan memeriksa dan mengetahui punca masalah baru saya boleh memberi pencerahan yang bernas dan betul.

      Delete
  71. Assalamualaikum Dr.
    Ibu saya mengalami masalah gegendang telinga berlubang. Telah mendapat rawatan dari pakar ENT.
    Kini ibu saya mengalami masalah mendengar bunyi berdesing,dan macam2 lagi bunyi yang menbuatkan dia jadi runsing. Date untuk next appoinment bulan 9 nanti. banyak bulan lagi. Any suggestion dari doktor? Kesian melihat keadaan ibu yang sukar untuk tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Elok diperiksa keadaan gegendang dan tahap pendengaran. Gegendang berlubang dan pendengaran yang kurang boleh menyebabkan telinga bunyi berdesing atau tinnitus.

      Delete
  72. salam dr mazita. semalam saya korek telinga dgn cotton bud. lpas korek tu, saya rasa telinga saya tersumbat. saya guna pin rambut hitam tu. banyak taik telinga. tpi, saya masih rasa telinga saya tersumbat. pendengaran pun jadi samar-samar. adakah gegendang saya bocor? perlukah saya jumpa doktor kerana rasa x selesa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya gegendang bocor disebabkan trauma selalunya rasa sakit yang amat. Satu lagi kemungkinan ialah penggunaan cotton bud telah menolak tahi telinga lebih ke dalam sehingga menutupi lubang telinga. Perlu disahkan dengan pemeriksaan doktor dan diberi ubat cairkan tahi telinga atau dicuci telinga tersebut.

      Delete
  73. Salam Dr. Mazita,
    Minggu lepas pd hari Khamis saya telah didatangi demam dan selsema. dan pada hari Sabtu telinga saya mula bermasalah. Saya andaikan telinga saya cuma tersumbat dan akan kembali normal selepas beberapa minit, kerana air pernah telah beberapa kali masuk ke dalam telinga sewaktu mandi dan akan hilang dalam beberapa minit sahaja. Tapi, telinga saya tidak kembali kepada normal walaupon selepas beberapa jam, malah mendatangkan kesakitan yang amat sangat sepanjang hari tersebut. Saya ade mendengar bunyi air bergerak2 di dalam telinga, tp ia tidak mahu keluar. Esoknya, telinga saya masih dalam keadaan yg sama, cuma tiada lg rasa sakit ataupun bunyi air. Pada sebelah malah, saya telah ke klinik dan doktor memberitahu bahawa gegendang telinga saya telah pecah sebahagian, dan bukan semuanya. Doktor juga ada memberitahu bahawa gegendang telinga yg pecah boleh tumbuh semula tp tidak memberitahu tempoh yg perlu diambil, dan memberikan ubat titis dan ubat antibiotik untuk kegunaan beberapa hari shj. Perlukah saya berjumpa dgn pakar ENT utk mengesahkan keadaan gegendang telinga saya dan cara rawatan sesuai atau pun membiarkan sahaja sementara gegendang telinga itu tumbuh semula? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan masalah otitis media dengan gegendang berlubang. Teruskan rawatan agar jangkitan dirawat dan telinga menjadi kering. Elok diperiksa semula untuk pastikan gegendang sudah pulih, Saya nasihatkan rawatan susulan dalam masa 1-2 minggu. Sekiranya masih tidak pulih, elok dirujuk kepada pakar ENT.

      Delete
  74. salam doktor mazita,saya mengalamai gatal2 telinga yang berpanjangan dalam tempoh setahun. saya ada berjumpa doktor dan mereka menyarankan saya untuk tidak mengorek telinga dengan besi dan cotton bud dengan kerap. masalahnya doktor,setiap kali telinga saya tidak dikorek gatal gatal tersebut makin teruk di bahagian saluran telinga. doktor tidak memberi apa-apa ubat titis melainkan ubat antiboitik dan ubat selesema jika ada gatal-gatal lagi. apa masalah gatal telinga tersebut yang tidak hilang dan kenapa doktor tidak memberi sebarang tindakan susulan kerana saya rasa gatal tersebut berada di saluran dan tidak hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sukar untuk saya memberi pandangan kerana saya perlu memeriksa telinga saudari. Memang dinasihatkan agar pesakit tidak korek telinga kerana ia lebih memudaratkan. Elok berjumpa kembali dengan doktor sekiranya masalah masih berterusan setelah menggunakan ubat yang diberi

      Delete
  75. Slm...

    Dari kecil sampai skrg kedua_dua telinga sy kurang kedengaran.apakh sy perlu buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Perlu periksa samada telinga dan gegendang adalah normal. Kemudian melakukan ujian pendengaran. Dengan keputusan tersebut, boleh disyorkan rawatan yang sesuai.

      Delete
  76. Salam Dr,

    Saya telah membersihkan telinga anak saya berumur 5 tahun dgn putik kapas. Namun putik kapas tersebut mencederakan telinga anak saya sewaktu dia meronta2 kerana geli dgn putik kapas tersebut. Saya lihat berdarah sedikit dlm telinganya. Selepas itu, sewaktu dia tidur, saya lihat darah tersebut sudah kering menjadi warna hitam. Namun tiada cecair mengalir atau nanah atau bau busuk. Adakah ini berbahaya? Bolehkah ia pulih sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya tercedera bahagian kulit dalam saluran telinga, ia dapat pulih dengan sendiri. Tetapi elok diperiksa doktor untuk pastikan tiada kecederaan pada gegendang telinga

      Delete
  77. Salam Dr,

    Pada 3/6/15 anak saya menjalani pembedahan Rt myringoplasty Lf myringoplasty and insert tiub @ Rt ear
    Selepas discaj dari wad pada 4/6/15 ada air yang keluar dari telinga kiri anak saya.
    Adakah ini normal terjadi selepas pembedahan atau saya perlu rujuk semula ke Pakar ENT? Terima kasih, Doktor.

    ReplyDelete
  78. Salam dr saya mgalami gegendang telinga brlubang akibat trauma dan diberi ubat titis sofradex...adakah ubat titis sofradex boleh digunakan utk masalah gegendang telinga berlubang sbb ada pendapat mgatakan ubat titis x sesuai utk gegendang yg brlubang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jika gegendang tersebut tiada jangkitan kuman, saudara hanya perlu menjaga supaya telinga tidak dimasuki air. Ini supaya gegendang kering dan kebarangkalian tinggi ia dapat pulih dengan sepenuhnya.

      Delete
    2. Terima kasih dr atas penerangan yg diberikan

      Delete
  79. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  80. Assalamualaikum...hi doctor! I'm Laila from Johore . I would like to sharing my ear illnesses. Saya mengalami demam selama 6hari Dan dctr dapati darah sy ad jangkitan kuman Dan panas yg tinggi then sy mengalami sakit telinga Jadi kurang pendengaran dan rasa tersumbat.tiada sebarang cecair y keluar dari telinga.sy dah berjumpa doctor ENT Dan teropong telinga sy.doctor ckp dlm telinga sy sangat merah.mula2 sy sakit pada telinga sebelah Kiri Saja tapi sekarang Dah sakit dua2 telinga.dctr bg sy ubat titis Sofradex tu.sy dah titik dlm telinga Dan Jadi semakin kurang dgr.Adakah ianya normal?adakah sy boleh mendengar kembali secara Normal?dan adakah ia mengambil masa yg lama? Dan solan terakhir sy. Adakah betul Jika ketika sy mengalami sakit telinga ni sy tak Mandi basahkan rambut Kerana takut telinga menjadi lembap? That's all for this time.TQ ☺️

    ReplyDelete
  81. hi doctor! sy nak tanya kenapa telinga saya berdengung? sy demam dan selsema and malam tadi sy menggunakan besi pengorek telinga utk bersihkan telinga saya tetapi tak lama tu telinga saya berdengung. semasa proses membersihkan telinga tu saya tak rasa sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Samada saudari telah tolak tahi telinga ke dalam menyebabkan sumbat dan berdengung atau ada masalah jangkitan otitis media. Elok diperiksa doktor untuk kepastian kerana perlu dirawat.

      Delete
  82. Salam doc,
    Umur saya 29thn. mase pregnant 6bln telinga saya kiri saya jd kurang dengar n telinga kanan pun lebih kurang. Mcm tgh traveling n telinga xnk pop. Ia amat mengganggu n saya jd cepat tension. Now anak saya dah 7 bulan but still having this problem. Berat badan saya juga lebih dari 100kg. So far saya x ada penyakit lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saudari perlu menjalani pemeriksaan telinga dan ujian pendengaran untuk memastikan masalah berpunca daripada tekanan telinga tengah yang tidak normal atau masalah saraf pendengaran.

      Delete
  83. Salam Dr, saya ada jumpa pakar ENT, Dr mengatakan gegendang telinga saya berlubang disebabkan fungus, then dia bg ubat candid clotrimazole, tp bila sy titis dalam telinga teramatlah sakit & pedih, ada ubat lain ke selain clotrimazole ni? TQ

    ReplyDelete
  84. Salam.doc....sy nelly dr.srwk...anak.sy umur 5 thn trcck.cotton bud....mlm tu x skit.dn x berdarah....
    Esoknya berdarah
    Sy pg klinik....doc kata lka.luar shja..x.kene ggdng tlnga
    Dpt ubt antibiotik...ubat thn bngkak (wrna oren) dn ubt titis
    Ni dh msuk.hr ke 2...msih ad drh ....
    Napa.ye doc...?

    Terima.kasih doc

    ReplyDelete
  85. salam dokter. adakah penyakit telinga ini berkait dengan gguan emosi dan fikiran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Setahu saya tiada kaitan dengan gangguan emosi

      Delete
  86. Salam doc, sya ingn brtya apkah cara utk mempercepatkan process pengeringan cecair didlm tlnga?

    ReplyDelete
  87. Salam doc, sya ingn brtya apkah cara utk mempercepatkan process pengeringan cecair didlm tlnga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Berapa cepat jangkitan otitis media dapat dibendung bergantung kepada tahap penyakit tersebut. Ada kes otitis media yang melibatkan mastoiditis terutamanya jika sudah kronik, kebarangkalian untuk telinga tersebut menjadi kering adalah tipis.
      Jadi pesakit perlu mengikut rawatan doktor yang diberi dan teruskan pemeriksaan lanjutan supaya doktor dapat pastikan rawatan yang sesuai dan masalah telah diatasi.

      Delete
  88. as-salam doktor.

    telinga kiri sy tercedera masa saya bersihkan telinga guna cotton bud.skrg telinga kiri berdengung semacam ja.maksud saya masih boleh dengar tapi berdengung dan rasa berat semacam ja.

    adakah tu tandanya gegendang saya terkoyak?sebab ada sikit darah yg melekat di cotton bud tu.

    boleh kah gegendang telinga yg koyak tu sembuh semula mcm biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kebarangkalian ada kecederaan pada gegendang. Ianya boleh pulih dengan sendiri. Walaubagaimanapun perlu pastikan tiada jangkitan kuman. Jadi elok diperiksa dan dipantau oleh doktor

      Delete
    2. pagi tadi saya dh jumpa doktor dan diperiksa.

      kata doktor,gegendang telinga saya takda rupture.cuma mungkin ada sikit bengkak.memang takda rasa sakit (kecuali masa titik ubat titik saja la),cuma telinga rasa berdesing dan kurang jelas pendengaran nya.

      doktor bekalkan dgn antibiotik (amoxycilin),ubat tahan sakit dengan ubat titik (chloramphenicol).

      lupa nak tanya tadi,berapa lama masa yg diambil utk pulih ya?rasa tak selesa telinga berat sebelah ni..

      Delete
  89. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  90. salam...
    sya nk tnya ank sya brumur 3thn..sya tidak perasan yg ank sya telah memasukkan ctton bud ke dlm telinga dn mbiarknnya semasa sedang main tiba2 ctton bud tu tcucuk kedlm telinganya..ank sya mnangis kuat..bla sya periksa dlm telinganya kelihatan darah..sya ingat mungkin luka di bhagian luar sja jd sya biarkn semasa tido sya check lg telinga ank sya dan sya dpati darah tu mengalir kluar..adakah ianya bahaya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya harap telinga anak puan telah diperiksa oleh doktor untuk pastikan samada gegendang cedera atau tidak

      Delete
  91. Salam...
    Dr.mazita...saya ingin bertanya saya ada anak berusia 3bulan...dan dia dilahirkan memang sudah tiada cuping telinga sebelah kiri sejak lahir...adakah boleh saya buatkan dia telinga palsu...usia berapakah sesuai kalau untuk buat pembedahan...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Adakah anak puan mempunyai lubang telinga yang normal?
      Yang penting bagi bayi ialah pastikan pendengaran normal untuk perkembangan pertuturan yang normal.
      Pembedahan cuping telinga disyorkan apabila kanak-kanak telah besar. Umur paling muda adalah 6-7 tahun. Tapi ada kalanya tunggu sehingga anak tersebut belasan tahun.
      Terdapat dua cara pembedahan iaitu bone anchored ear prosthesis atau pinnaplasty/otoplasty.

      Delete
    2. Telinga kiri memang tiada lubang langsung....tapi kanan ada dan normal...kanan dengar dgn baik...

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Saya ingin bayi cuma ada telinga...saya tak kisah kalau dia tak dengar sebab sebelah kanan dia dengar...saya tak nak dia diejek2 bila sudah besar nanti...sebab tiada telinga...ada tak telinga palsu?

      Delete
  92. Assalammualaikom...saye dapati telinga saye terase kurang kedengaran, pening dan darah tidak berhenti keluar...saye sudah kena selama seminggu...boleh saye tahu...rawatan ape yg akan dijalankan untuk merawat telinga saye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Elok berjumpa dengan pakar ENT secepat mungkin kerana simptom yang dialami adalah membimbangkan. Rawatan bergantung kepada apa punca masalah sebenar yang dihadapi.

      Delete
  93. Salam doktor,
    Saya mengalami demam 4 minggu lepas. Selepas seminggu demam, saya dapati telinga kiri saya seperti tersumbat. Saya ada pergi ke klinik biasa, dan doktor hanya bagi ubat titis dengan ubat antibiotik. Selepas seminggu telinga saya masih tersumbat. Saya pergi pula berjumpa pakar ent. Doktor pakar melakukan pemeriksaan pada telinga saya melalui kamera dan didapati ada cecair terdapat di telinga tengah. Doktor pakar hanya memberi ubat untuk dimakan. Sehingga hari ini, sudah 3 minggu saya tidak dapat mendengar dengan jelas. Saya berasa agak tertekan dengan keadaan ini. Boleh doktor suggest ade ker cara lain untuk mengubati masalah saya ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya masalah cecair telinga tengah masih tidak kering selepas 3-4 minggu rawatan, alternatif lain ialah prosedur menyedut cecair tersebut keluar.

      Delete
  94. As salam doktor, anak saya berumur 4 thn. Baru2 ni sakit telinga dan keluar cecair. Saya pergi klinik biasa & doktor beri antibiotics & ubat titis. 5 hari pakai dh kurang cecair. Ank tak sakit lg telinga.tp ada kuar darah.saya rujuk pakar ENT. Doc kata gegendang ank saya ada bocor sikit. Doc bg ubat titis telinga(sofradex), ubat spray hidung & antibiotics. Tp bila titis telinga, darah keluar. Saya dh titis ubat ni 4 hari. Benarkah sofradex tidak diperlukan sekiranya masalah telinga bocor? Saya baca di leaflet ubat ada tulis "otitis externa should not be treated when the eardrum is perforated because of the risk of ototoxicity". Mohon pencerahan doktor.

    ReplyDelete
  95. As salam doktor, anak saya berumur 4 thn. Baru2 ni sakit telinga dan keluar cecair. Saya pergi klinik biasa & doktor beri antibiotics & ubat titis. 5 hari pakai dh kurang cecair. Ank tak sakit lg telinga.tp ada kuar darah.saya rujuk pakar ENT. Doc kata gegendang ank saya ada bocor sikit. Doc bg ubat titis telinga(sofradex), ubat spray hidung & antibiotics. Tp bila titis telinga, darah keluar. Saya dh titis ubat ni 4 hari. Benarkah sofradex tidak diperlukan sekiranya masalah telinga bocor? Saya baca di leaflet ubat ada tulis "otitis externa should not be treated when the eardrum is perforated because of the risk of ototoxicity". Mohon pencerahan doktor.

    ReplyDelete
  96. As salam doktor, anak saya berumur 4 thn. Baru2 ni sakit telinga dan keluar cecair. Saya pergi klinik biasa & doktor beri antibiotics & ubat titis. 5 hari pakai dh kurang cecair. Ank tak sakit lg telinga.tp ada kuar darah.saya rujuk pakar ENT. Doc kata gegendang ank saya ada bocor sikit. Doc bg ubat titis telinga(sofradex), ubat spray hidung & antibiotics. Tp bila titis telinga, darah keluar. Saya dh titis ubat ni 4 hari. Benarkah sofradex tidak diperlukan sekiranya masalah telinga bocor? Saya baca di leaflet ubat ada tulis "otitis externa should not be treated when the eardrum is perforated because of the risk of ototoxicity". Mohon pencerahan doktor.

    ReplyDelete
  97. ASSALAMUALAIKUM DR.
    SAYA SEDANG MENGOREK TELINGA UNTUK MEMBERSIHKAN TELINGA SAYA TETAPI TIBA-TIBA ADA"SESUATU" YANG MENYUMBAT TELINGA SAYA DAN SAYA RASA PELIK. TIDAK ADA PULA RASA SAKIT ATAU PENING-PENING CUMA SAYA RASA TELINGA SEBELAH SAYA INI "FULL" TAPI TAK ADA APA-APA YANG MENYUMBAT. SAYA SANGKAKAN ADA MASIH LAGI TAHI TELINGA YANG MASIH BERBAKI TETAPI HAKIKATNYA TIDAK. SAYA RISAU DR. :( ADAKAH GEGENDANG TELINGA SAYA SUDAH BERLUBANG?? ATAUPUN IANYA SEKADAR PENYAKIT BIASA DAN AKAN PULIH BILA-BILA MASA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saya syorkan dapatkan pemeriksaan doktor, kebarangkalian tersumbat tahi telinga. Walaupun bila cuba korek tiada apa yang keluar.

      Delete
  98. ASSALAMUALAIKUM DR..
    SETELAH MENERIMA RAWATAN DI KLINIK ENT SELAMA HAMPIR 5 TAHUN,ISTERI SAYA DISAHKAN KOLESTEATOMA DAN PERLU DIBEDAH..BERLAKU KOLESTEATOMA INI HANYA DI BAHAGIAN SALUR TELINGA SEBELAH ATAS..GEGENDANG TELINGA TIADA MASALAH..UMUR ISTERI SAYA 32 TAHUN..DARI PENGALAMAN DOKTOR DALAM BIDANG INI ADAKAH DENGAN MELAKUKAN PEMBEDAHAN DAPAT MENYESAIKAN MASALAH KOLESTEATOMA INI?DAN ADAKAH RISIKO BERULANGNYA SAKIT INI?SERTA BOLEH DR JELASKAN PEMBEDAHAN KOLESTEATOMA INI DIKATAGORIKAN PEMBEDAHAN MINOR ATAU MAJOR..MOHON PENCERAHAN DR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumsalam,
      Penyakit kolesteatoma perlu pembedahan untuk mengatasi masalah tersebut terutamanya jika ia sudah melibatkan struktur di dalam telinga tengah. Kolesteatoma boleh berulang tetapi risikonya rendah sekiranya kawasan kolesteatoma terhad. Soalan ini perlu dirujuk kepada pakar yang merawat kerana beliau boleh akses CT scan dan memeriksa sendiri tahap kolesteatoma yang dihadapi.

      Delete
  99. Assalamualaikum Dr..
    Anak sy tercucuk jarum dlm telinga mlm khamis..jumaat pg sy tgk telinga banyak darah..doc cuci blood clok utk cek dan hanya luka luar..gegendang tidak cedera.. Sabtu pg masih berdarah dan sy jumpa doc smula dan doc sarankan supaya biarkan darah kering dan luka akan kering sendri.. Ahad pg,telinga anak masih berdarh pekat.. Bagaimana saya nak buat?sangat2 risau..

    ReplyDelete