Thursday, 25 October 2012

CHOLESTEATOMA


Cholesteatoma adalah penyakit yang disebabkan oleh gumpalan sel-sel kulit mati dan inflammasi tisu yang mampu menghancurkan struktur-struktur tulang disekelilingnya. Sifat sebegini amat membahayakan sekiranya  ia tidak dirawat dengan segera.

Simptom-simptom yang dialami oleh pesakit adalah jangkitan telinga yang sukar dirawat dengan antibiotik, jangkitan telinga yang berulang-ulang, bau cecair yang amat busuk dan kurang pendengaran. Sekiranya cholesteatoma telah merebak pesakit juga boleh mengalami pening, sakit kepala, bengkak pada bahagian belakang telinga dan kelemahan otot muka.

Pakar ENT akan merawat jangkitan kuman yang berkaitan dengan cholesteatoma dan mengeluarkan cholesteatoma atau gumpalan sel-sel kulit mati tersebut di klinik. Sekiranya ia tidak dapat dirawat kerana kes cholesteatoma yang lebih serius, pakar ENT akan mengesyorkan pembedahan dilakukan untuk membersihkan dan mengeluarkan cholesteatoma tersebut. Sejurusnya mengelakkan daripada komplikasi cholesteatoma seperti lemah saraf muka (facial nerve palsy), jangkitan kuman pada otak (meningitis), nanah pada otak (brain abscess) dan pekak pendengaran. Komplikasi-komplikasi tersebut adalah amat serius.

Imbasan CT telinga perlu dibuat agar pakar ENT boleh menganalisis sejauh mana cholesteatoma itu sudah merebak ke dalam bahagian-bahagian telinga. Ujian pendengaran juga dilakukan sebelum pembedahan untuk mengetahui tahap pendengarn pesakit.

Pembedahan yang dilakukan bergantung kepada sejauh mana cholesteatoma itu telah merebak. Secara amnya, pembedahan yang dilakukan adalah pembedahan mastoid. Di dalam kes terpencil, pembedahan attikotomi boleh dilakukan bagi kes cholesteatoma yang hanya melibatkan bahagian atas gegendang telinga (attic).





3 comments:

  1. Salam dr, saya merupakan pesakit cholesteatoma, boleh tak dr jelaskan punca penyakit ni, sy dah bnyak rujuk ngan dr pakar ENT dan dh 3 kali wat operation buang tumor tu, kebanyakan dr yg rawat saya xdpt carik puncanya...adakah penyakit ni disebbkan oleh faktor makanan atau implikasi dari kesihatan tubuh kita sendiri? Sya buntu n penat sebb terpaksa bergntung pd rawatan di hosp kerajaan n swasta sejak sy berumur 4 tahun, sampi skrg xjumpa solutionnya...malah effect selepas setiap operation yg dibuat, menjadikan keadaan saya smkin teruk dan menggangu hidup sy..hrp dr dpt jelaskan.. TQ

    ReplyDelete
  2. adakah bahaya jika dibiarkan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, cholesteatoma bahaya jika tidak dirawat oleh pakar ENT

      Delete