Apabila telinga menjadi berair dan mengeluarkan bau yang busuk, itu tandanya ia mengalami jangkitan kuman. Tetapi ada kalanya telinga yang ada jangkitan hanya berasa gatal dan sebu atau tersumbat. Selain dari jangkitan kuman, telinga juga boleh dijangkiti oleh kulat.
Fenoma berasa sakit pada telinga selalunya bermakna jangkitan yang lebih serius yang boleh membawa kepada komplikasi. Pesakit juga selalunya merasa demam dan sakit kepala.
Jangkitan pada telinga boleh berlaku samada di bahagian telinga luar atau telinga tengah. Jika jangkitan melibatkan telinga tengah, gegendang telinga mungkin bocor atau bengkak.
Kenapa ia berlaku?
Jangkitan pada telinga luar berkait rapat dengan tabiat membersihkan telinga menggunakan putik kapas atau alatan lain. Tabiat ini boleh menyebabkan luka pada kulit yang kemudiannya dijangkiti bakteria. Ini amat merbahaya terutamanya pada pesakit diabetes. Jangkitan telinga luar juga boleh berlaku selepas pesakit berenang di kolam mandi ataupun di laut dan sungai. Air yang masuk ke dalam telinga mengandungi kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.
Jangkitan telinga tengah pula berkait rapat dengan masalah hidung. Infeksi hidung seperti selsema atau sinusitis boleh menyebabkan jangkitan merebak ke telinga tengah melalui tiub Eustachian. Ia lebih kerap berlaku pada kanak-kanak kerana mereka seringkali mengalami selsema dan tiub Eustachian mereka senang tersumbat. Pesakit seringkali mengalami selsema dan kemudiannya mengadu sakit telinga atau telinga tersumbat.
Gambar sebelah menunjukkan gegendang telinga yang bengkak dengan nanah di dalam bahagian telinga tengah. Jangkitan ini dinamakan 'otitis media'. Sekiranya tidak dirawat ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius dan rosak pendengaran.
Rawatan
Pemeriksaan oleh doktor akan memastikan punca masalah yang menyebabkan telinga berair. Cecair atau kotoran di dalam telinga akan dibersihkan oleh doktor dan rawatan perubatan akan disusuli. Perubatan yang seringkali disyorkan merupakan ubat titis telinga dan kadangkala pil antibiotik. Doktor juga akan merawat permasalahan hidung sekiranya dialami oleh pesakit.
Pesakit dinasihatkan agar mengelak air masuk ke dalam telinga dan berhenti membersihkan telinga dengan putik kapas di rumah. Pesakit juga disyorkan berhenti aktiviti berenang untuk sementara waktu.
Cara menggunakan ubat titis telinga
- Pesakit perlu baring mengiring dengan telinga yang bermasalah menghadap ke atas
- Ubat dititiskan ke dalam telinga, selalunya 5-10 titis, mengikut preskripsi doktor. Elok sekiranya ada orang lain yang membantu menitiskan ubat tersebut
- Pesakit perlu mengekalkan posisi selama 3-5 minit.
- Apabila bangun, sebahagian dari titisan akan mengalir keluar. Ini adalah normal dan pesakit hanya perlu mengelap di bahagian cuping telinga dengan tisu
- Pesakit kemudiannya beralih ke posisi mengiring untuk telinga yang sebelah lagi dan ulangi proses tersebut jika perlu.
Sumber imej

terima kasih untuk infonya.... baru saya faham
ReplyDeleteas salam,dr mengesahkan dlam telinga saya ada kulat dan dr dh bersihkan..msalahnye,lepas dr dh bersihkan telinga saya,saya masih terasa berdengung dan telinga rsa mcm tersumbat tapi dh x rsa sakit..adekah gejala nie akan berterusan?
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteKemungkinan besar jangkitan kulat dalam telinga masih belum sembuh 100%. Saudari perlu mendapatkan pemeriksaan doktor kembali untuk memastikan punca telinga sumbat. Kebiasaannya jangkitan kulat perlu jangkamasa rawatan yang lebih lama.
as'salam..saya mempunyai masalh sakit telinga..sebelum ini doktor ada memberikan ubat soliwax tp sakit berlarutan..selepas berjumpa sekali lagi doktor menegesahkan ada jangkitan.adakah jangkitan ini akan berlarutan atau sembuh dengan antibiotik da ubat titik??
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteJangkitan tersebut dapat dipulihkan dengan ubat. Dapatkan rawatan/pemeriksaan susulan untuk pastikan bahawa telinga telah betul-betul sembuh. Jaga agar telinga tidak dimasuki air.
Salam Dr Mazita.
ReplyDeleteSy mengalami masalah gegendang telinga bengkak. Walaupun sudah mkn painkiller pun masih sakit. Bukan saja sakit di telinga malah kt kepala yg pling sakit.. Susah nak tidur malam. Mmg sakit di dalam telinga ke yang menyebabkan kepala pun berdenyut sama?
Salam Thiera,
ReplyDeleteMasalah gegendang bengkak boleh menyebabkan sakit yang amat sangat. Walaubagaimanapun jangkitan kuman (otitis media) juga boleh merebak ke selaput otak; menyebabkan sakit kepala. Hanya dengan pemeriksaan doktor boleh memastikan yang sakit kepala saudari bukan disebabkan oleh komplikasi otitis media.
Dr Mazita.. mmg sakit yang amat sgt..smpai sentuh kulit kpala kt tempat sakit pun sakit brdenyut2. Tp sakit setempat je dan berdenyut bkn brterusan. Sy sudah pegi ke klinik swasta.. Ubat yg Dr tu bg hnya painkiller, antibiotik & ubat titik telinga. Kali pertama pegi ubat painkiller xbekesan..da mkn pun msh sakit, sy mkn padanol baru blh tidur. Kali kedua pegi Dr tu bg ubat painkiller n ubat titik yg kuat sikit..brkesan tp lmbt la.. Agak brape lama sakit ini megambil masa untuk pulih?
DeleteSaya syorkan dapat rawatan daripada Pakar ENT. Sakit akan berkurangan apabila jangkitan dapat diatasi. Pencucian telinga juga dapat membantu. Sekiranya jangkitan kuman serius mungkin elok masuk wad untuk IV antibiotik. Ikut nasihat pakar ENT yang memeriksa Thiera.
ReplyDeleteOk... Terima kasih Dr Mazita.
ReplyDeleteDr.... Ketika berumur 6 tahun anak saya anak saya mula mengadu sakit telinga... Apabila disuluh terdapat tahi telinga keras di dalam telinga dia... Saya telah membawa berjumpa doktor swasta biasa dan diberi ubat titik dan antibiotik... Dr kata tahi telinga ini akan cair... Dlm beberapa bulan selepas itu anak saya mengadu sakit telinga lagi disebabkan tahi telinga tersebut keras... Saya berjumpa dr lain... Juga diberi ubat titis juga... Selang beberapa bulan selepas itu anak saya. Mengadu sakit lagi... Jumpa dr yg pertama... Ubat sama diberi dan tahi telinga beberapa bulan selepas masih juga keras....Pada.umur anak saya 7 tahun, tahun lepas anak saya masih mengadu sakit telinga... Kami baws jumpa pakar... Dr tu kata perlu cuci... Kita ikut je... Sebab dr pakar kan... Lepas cuci lebih kurang 1 jam lebih... Keluar je dari pintu bilik dr tahi telinga yg keras tu telah keluar...so kita puas hati.... Dr bagi antibiotik dan ubat.. Lebih kurang 5 bulan lepas tu anak mengadu sakit telinga sewaktu berada di sekolah... Jumpa pakar yg sama... Dia bagi ubat demam.... Pas cek dr kata takda pa pa... Beberapa bulan lepas tu anak mengadu sakit telinga lagi...bila disuluh terdapat tahi telinga basah... Dr pakar kata biasalah lepas cuci...nanti2 ok lah tu.... Sekarang telinga anak saya sentiasa berbau busuk... Setiap 2 hari mesti dicuci guna cotton bud... Kalau tidak cecair tu meleleh keluar dan berbau... minggu lepas jumpa lagi Dr pakar tu lepas anak komplen dia tak dengar telinga yg sakit tu... Bawa jumpa dr. . Dia kata ok... Cuma yg warna kuning tu kulat... Bagi abiotik dan ubat. Sekarang dah seminggu....kulat tu masih ada dan perlu di bersih setiap 2 hari... Still berbau... Rungsing.... Tlg penjelasan Dr Mazita....
ReplyDelete