Buku panduan berpuasa untuk pesakit oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia cetakan 2009
Pages
▼
Friday, 27 July 2012
Monday, 16 July 2012
BENGKAK LEHER (NECK LUMPS)
Gejala bengkak leher pasti akan
membuat pesakit rasa gusar dan susah hati. Kebanyakan kes ia melibatkan bengkak
kelenjar limfa yang berlaku apabila ada infeksi dan radang; dan ini bersifat
sementara. Walaubagaimanapun ada beberapa gejala bengkak leher yang memerlukan
rawatan selanjutnya dan pesakit harus peka dengan gejala-gejala lain yang
merupakan tanda-tanda penyakit yang lebih serius.
Anatomi leher
Kedudukan kelenjar-kelenjar limfa di sekeling leher dan juga kelenjar air liur parotid di bahagian pipi dan kelenjar submandibular di bawah rahang. |
Kelenjar limfa
Kelenjar limfa berperanan penting
dalam sistem imunisasi badan. Cecair limfa mengalir dari organ dalaman manusia
ke dalam system limfatik dan melalui kelenjar limfa. Sekiranya terdapat radang,
infeksi, ketumbuhan atau kanser, kelenjar limfa boleh membengkak.
Selalunya radang dan infeksi
merupakan penyebab utama bagi kelenjar limfa yang bengkak di bahagian leher.
Contohnya seperti sakit kerongkong/tekak, tonsillitis, sakit gigi dan
sebagainya. Dan kelenjar limfa yang bengkak ini akan surut apabila radang atau
infeksi tersebut dirawat dengan antibiotik.
Kelenjar limfa leher yang terus
membengkak melebihi tempoh 2 minggu dengan tanpa ada gejala lain berkaitan
infeksi/radang sepatutnya diperiksa dengan lebih lanjut oleh doktor pakar ENT.
Sebab lain yang boleh menyebabkan
kelenjar limfa leher yang bengkak adalah ketumbuhan/kanser pada bahagian dalam mulut,
tekak dan hidung, tuberculosis, lymphoma (sejenis kanser sel darah) dan
sebagainya.
Kelenjar air liur (Kelenjar
submandibular dan parotid)
Kelenjar air liur juga boleh
mengalami infeksi dan radang samada dari jangkitan bakteria atau sumbat saluran
air liur disebabkan oleh batu karang. Jika begitu, pesakit akan mengadu rasa
bengkak, sakit pada bahagian kelenjar dan mungkin demam. Jika terdapat batu karang
selalunya kelenjar air liur tersebut akan lebih bengkak selepas makan dan surut
sedikit beberapa jam kemudian.
Bengkak kelenjar air liur juga
boleh disebabkan oleh ketumbuhan (tumor). Pesakit akan mengalami bengkak
kelenjar air liur yang semakin membesar dan selalunya ia tidak merasa sakit.
Kebanyakan ketumbuhan kelenjar air liur adalah jenis ketumbuhan ‘benign’ iaitu
bukan kanser. Walaubagaimanapun sekiranya dibiarkan ia boleh berubah menjadi
kanser.
Pakar ENT akan memeriksa punca sebenar
bengkak kelenjar air liur. Sekiranya ia disebabkan oleh infeksi atau radang,
pesakit perlu mengambil ubat antibiotik. Sekiranya ia disebabkan oleh batu
karang atau ketumbuhan, pemeriksaan radiologi lanjutan seperti ‘ultrasound’
atau ‘CT scan’ perlu dijalankan sebagai persediaan untuk pembedahan.
Kelenjar tiroid
Kelenjar tiroid terletak di
bahagian hadapan leher di bawah halkum (‘adam’s apple’). Kelenjar tiroid boleh
membengkak ke bahagian tepi dan ke bawah. Selalunya kelenjar tiroid yang
bengkak disebabkan oleh ‘multinodular goitre’ sejenis ketumbuhan yang ‘benign’.
Tetapi ia juga boleh disebabkan oleh kanser tiroid seperti kanser tiroid
papillary yang boleh berlaku pada mereka yang berusia muda. Oleh sebab itu
mereka yang mengalami masalah bengkak kelenjar tiroid perlu pemeriksaan
lanjutan oleh doktor pakar.
Cyst
Cyst merupakan bengkak yang
terdiri daripada karung yang mengandungi cecair dan sel. Terdapat beberapa
jenis cyst yang boleh terjadi di bahagian leher.
Thyroglossal cyst selalunya
terjadi di bahagian tengah hadapan leher. Ia bergerak semasa pesakit menelan
atau menjelirkan lidah. Kadangkala ia merasa sakit sekiranya berlaku infeksi di
dalam cyst tersebut. Ia seeloknya dibedah kerana boleh dikaitkan dengan
kejadian kanser.
Dermoid cyst juga terjadi di
bahagian tengah hadapan leher tetapi ia tidak bergerak semasa pesakit menelan
atau menjelirkan lidah. Ia selalunya berlaku pada kanak-kanak dan saiznya boleh
membesar jika dibiarkan.
Branchial cyst pula merupakan
bengkak di bahagian tepi leher dan berlaku pada pesakit remaja. Cyst ini hanya
menjadi bengkak apabila berlaku infeksi dan ianya surut semula selepas infeksi
tersebut reda.
Cystic higroma merupakan bengkak
leher yang boleh terjadi pada bayi sejak lahir. Kadangkala saiznya menjadi
sangat besar dan boleh menyukarkan pernafasan bayi tersebut. Rawatan cystic
higroma selalunya melibatkan penggunaan suntikan ubat ke dalam karung (cyst)
tersebut untuk mengecutkannya. Pembedahan pada cystic higroma selalunya adalah
sukar kerana cystic higroma mempunyai ‘ekor-ekor’ yang meresap ke dalam tisu di
sekelingnya.
Lain-lain punca bengkak leher
Kadangkala bengkak leher boleh
berpunca dari bahagian lapisan kulit itu sendiri. Bengkak leher seperti ini
terletak di bawah lapisan kulit dan senang dirasai dengan sentuhan jari.
Bengkak dari lapisan kulit boleh terjadi disebabkan lipoma (ketumbuhan lemak),
sebaceous cyst, dermoid cyst dan bisul.
Selain daripada itu, ada beberapa
punca bengkak leher yang jarang berlaku. Contohnya seperti carotid body tumour,
hemangioma, schwannoma, pharyngeal pouch dan sebagainya.
Bila bengkak leher perlu pemeriksaan pakar ENT
• Bengkak leher yang lebih dari 2 minggu walaupun setelah mendapat rawatan doktor klinik
• Saiz yang semakin membesar
• Terjadi beberapa bahagian bengkak leher
• Bengkak leher yang menganggu pernafasan, susah menelan atau perubahan suara
• Jika bengkak tersebut mengeluarkan nanah dan sakit (abscess; bisul yang besar)
• Sejarah keluarga untuk kanser
Friday, 13 July 2012
HERBAL SUPPLEMENTS AND SURGERY
Many patients are not aware of the possible adverse events that can happen during surgery if they consume herbal supplements. Patients are advised to disclose to their doctors of the types of herbal supplements they are taking prior to surgery. They are also advise to stop taking these herbal supplements about 2 weeks before surgery.
Some of these herbal supplements can cause significant bleeding, heart problems, blood pressure changes and drug interactions. This would have an effect on the possible surgical complications and surgical outcome. Therefore patients should also seek their doctor's advice if they wish to resume their herbal supplements after surgery.
LIST OF SUPPLEMENTS
Supplements that can cause bleeding
Ginkgo biloba
Ginseng
Garlic
Fish oils (Omega 3-fatty acids, doses more than 3gm/day)
Dong quai
Feverfew
Supplements that can cause cardiovascular effects
Ephedra
Garlic
Supplements that can cause drug interactions
Echinacea
Goldenseal
Licorice
St John's Wort
Kava
Valerian
Supplements that can have anaesthetic effects
Valerian
St John's Wart
Kava
Reference websites
http://plasticsurgery.about.com/od/beforesurgery/a/herbal_supp.htm
http://my.clevelandclinic.org/heart/prevention/alternative/herbals_theheart.aspx
http://my.clevelandclinic.org/heart/prevention/alternative/herbals_surgery.aspx
http://edition.cnn.com/HEALTH/library/herbal-supplements/SA00040.html
http://suite101.com/article/herbs-surgery-anesthesia-a15521
Some of these herbal supplements can cause significant bleeding, heart problems, blood pressure changes and drug interactions. This would have an effect on the possible surgical complications and surgical outcome. Therefore patients should also seek their doctor's advice if they wish to resume their herbal supplements after surgery.
LIST OF SUPPLEMENTS
Supplements that can cause bleeding
Ginkgo biloba
Ginseng
Garlic
Fish oils (Omega 3-fatty acids, doses more than 3gm/day)
Dong quai
Feverfew
Supplements that can cause cardiovascular effects
Ephedra
Garlic
Supplements that can cause drug interactions
Echinacea
Goldenseal
Licorice
St John's Wort
Kava
Valerian
Supplements that can have anaesthetic effects
Valerian
St John's Wart
Kava
Reference websites
http://plasticsurgery.about.com/od/beforesurgery/a/herbal_supp.htm
http://my.clevelandclinic.org/heart/prevention/alternative/herbals_theheart.aspx
http://my.clevelandclinic.org/heart/prevention/alternative/herbals_surgery.aspx
http://edition.cnn.com/HEALTH/library/herbal-supplements/SA00040.html
http://suite101.com/article/herbs-surgery-anesthesia-a15521