Friday 17 May 2013

HILANG DERIA BAU (HYPOSMIA)

Deria bau adalah salah satu fungsi hidung. Di kawasan langit hidung terdapat saraf-saraf halus (olfactory nerves) yang dapat menghasilkan deria bau. Molekul-molekul bau dari pelbagai punca dapat merangsang saraf-saraf halus tersebut.
Pesakit boleh mengalami masalah kurang deria bau sekiranya hidung sumbat atau kerosakan pada saraf deria bau tersebut. Masalah deria bau terbahagi kepada separa atau kurang deria bau (hyposmia) atau kehilangan seluruh deria bau (anosmia).
Kebanyakan pesakit yang mempunyai masalah deria bau juga mengalami masalah deria rasa. Ia seringkali berkaitan tetapi ada juga pesakit yang mempunyai masalah deria rasa tetapi deria bau adalah normal.

Sistem deria bau (olfaktori) manusia terletak di bahagian atap hidung. 


Punca-punca kurang deria bau

  • Alahan hidung (allergic rhintis)
  • Polip hidung
  • Radang pada sinus (rhinosinusitis)
  • Ketumbuhan atau tumor di dalam rongga hidung
  • Toksin seperti kokain, asap rokok
  • Radang pada saraf deria bau (olfactory nerve) yang disebabkan oleh jangkitan virus, sarcoidosis, Wegener's granulomatosis
  • Masalah endokrin seperti penyakit diabetes/kencing manis, tiroid etc
  • Trauma kepada kepala
  • Proses penuaan
  • Masalah degeneratif seperti Parkinson's disease, Alzheimers
  • Sindrom Kallman




6 comments:

  1. Doc saya nak tanya sekarang saya mengalami pening dan badan rasa tak seimbang,jalan pun badan rasa berat dan rasa penat.sebelum saya mengalami pening telinga saya ada berdengung dan sekarang rasa sakit.saya dah berjumpa doktor dan blm ada diagnosis apa2..dgn keadaan yg pening dan tak seimbang ini tekan darah saya turun naik...apa yg perlu saya buat??

    ReplyDelete
  2. Doc saya nak tanya sekarang saya mengalami pening dan badan rasa tak seimbang,jalan pun badan rasa berat dan rasa penat.sebelum saya mengalami pening telinga saya ada berdengung dan sekarang rasa sakit.saya dah berjumpa doktor dan blm ada diagnosis apa2..dgn keadaan yg pening dan tak seimbang ini tekan darah saya turun naik...apa yg perlu saya buat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya syorkan berjumpa dengan pakar ENT untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Perlu dipastikan punca telinga berdengung dan pening. Sekiranya pendengaran kurang perlu dirawat segera.

      Delete
  3. Salam doc..saya baru 5hari menjalani pembedahan hidung kerana sinus..adakah normal sekiranya saya tidak dapat menghidu bau-bauan selepas pembedahan tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Mungkin sebab masih ada nasal pack dan bengkak. Tetapi elok bertanya kepada pakar bedah saudari untuk kepastian kerana saya tidak tahu masalah sinus yang dihadapi dan pembedahan yang dilakukan dengan terperinci

      Delete
  4. Nice article…. Great tips regrading temporomandibular joint. You provided the best information which helps us a lot. Thanks for sharing the wonderful information.

    ReplyDelete