Monday 16 July 2012

BENGKAK LEHER (NECK LUMPS)


Gejala bengkak leher pasti akan membuat pesakit rasa gusar dan susah hati. Kebanyakan kes ia melibatkan bengkak kelenjar limfa yang berlaku apabila ada infeksi dan radang; dan ini bersifat sementara. Walaubagaimanapun ada beberapa gejala bengkak leher yang memerlukan rawatan selanjutnya dan pesakit harus peka dengan gejala-gejala lain yang merupakan tanda-tanda penyakit yang lebih serius.

Anatomi leher

Kedudukan kelenjar-kelenjar limfa di sekeling leher dan juga kelenjar air liur parotid di bahagian pipi dan kelenjar submandibular di bawah rahang.


Kelenjar limfa
Kelenjar limfa berperanan penting dalam sistem imunisasi badan. Cecair limfa mengalir dari organ dalaman manusia ke dalam system limfatik dan melalui kelenjar limfa. Sekiranya terdapat radang, infeksi, ketumbuhan atau kanser, kelenjar limfa boleh membengkak.
Selalunya radang dan infeksi merupakan penyebab utama bagi kelenjar limfa yang bengkak di bahagian leher. Contohnya seperti sakit kerongkong/tekak, tonsillitis, sakit gigi dan sebagainya. Dan kelenjar limfa yang bengkak ini akan surut apabila radang atau infeksi tersebut dirawat dengan antibiotik.
Kelenjar limfa leher yang terus membengkak melebihi tempoh 2 minggu dengan tanpa ada gejala lain berkaitan infeksi/radang sepatutnya diperiksa dengan lebih lanjut oleh doktor pakar ENT.
Sebab lain yang boleh menyebabkan kelenjar limfa leher yang bengkak adalah ketumbuhan/kanser pada bahagian dalam mulut, tekak dan hidung, tuberculosis, lymphoma (sejenis kanser sel darah) dan sebagainya.

Kelenjar air liur (Kelenjar submandibular dan parotid)
Kelenjar air liur juga boleh mengalami infeksi dan radang samada dari jangkitan bakteria atau sumbat saluran air liur disebabkan oleh batu karang. Jika begitu, pesakit akan mengadu rasa bengkak, sakit pada bahagian kelenjar dan mungkin demam. Jika terdapat batu karang selalunya kelenjar air liur tersebut akan lebih bengkak selepas makan dan surut sedikit beberapa jam kemudian.
Bengkak kelenjar air liur juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan (tumor). Pesakit akan mengalami bengkak kelenjar air liur yang semakin membesar dan selalunya ia tidak merasa sakit. Kebanyakan ketumbuhan kelenjar air liur adalah jenis ketumbuhan ‘benign’ iaitu bukan kanser. Walaubagaimanapun sekiranya dibiarkan ia boleh berubah menjadi kanser.
Pakar ENT akan memeriksa punca sebenar bengkak kelenjar air liur. Sekiranya ia disebabkan oleh infeksi atau radang, pesakit perlu mengambil ubat antibiotik. Sekiranya ia disebabkan oleh batu karang atau ketumbuhan, pemeriksaan radiologi lanjutan seperti ‘ultrasound’ atau ‘CT scan’ perlu dijalankan sebagai persediaan untuk pembedahan.

Kelenjar tiroid
Kelenjar tiroid terletak di bahagian hadapan leher di bawah halkum (‘adam’s apple’). Kelenjar tiroid boleh membengkak ke bahagian tepi dan ke bawah. Selalunya kelenjar tiroid yang bengkak disebabkan oleh ‘multinodular goitre’ sejenis ketumbuhan yang ‘benign’. Tetapi ia juga boleh disebabkan oleh kanser tiroid seperti kanser tiroid papillary yang boleh berlaku pada mereka yang berusia muda. Oleh sebab itu mereka yang mengalami masalah bengkak kelenjar tiroid perlu pemeriksaan lanjutan oleh doktor pakar.




Cyst
Cyst merupakan bengkak yang terdiri daripada karung yang mengandungi cecair dan sel. Terdapat beberapa jenis cyst yang boleh terjadi di bahagian leher.
Thyroglossal cyst selalunya terjadi di bahagian tengah hadapan leher. Ia bergerak semasa pesakit menelan atau menjelirkan lidah. Kadangkala ia merasa sakit sekiranya berlaku infeksi di dalam cyst tersebut. Ia seeloknya dibedah kerana boleh dikaitkan dengan kejadian kanser.
Dermoid cyst juga terjadi di bahagian tengah hadapan leher tetapi ia tidak bergerak semasa pesakit menelan atau menjelirkan lidah. Ia selalunya berlaku pada kanak-kanak dan saiznya boleh membesar jika dibiarkan.
Branchial cyst pula merupakan bengkak di bahagian tepi leher dan berlaku pada pesakit remaja. Cyst ini hanya menjadi bengkak apabila berlaku infeksi dan ianya surut semula selepas infeksi tersebut reda.
Cystic higroma merupakan bengkak leher yang boleh terjadi pada bayi sejak lahir. Kadangkala saiznya menjadi sangat besar dan boleh menyukarkan pernafasan bayi tersebut. Rawatan cystic higroma selalunya melibatkan penggunaan suntikan ubat ke dalam karung (cyst) tersebut untuk mengecutkannya. Pembedahan pada cystic higroma selalunya adalah sukar kerana cystic higroma mempunyai ‘ekor-ekor’ yang meresap ke dalam tisu di sekelingnya.

Lain-lain punca bengkak leher
Kadangkala bengkak leher boleh berpunca dari bahagian lapisan kulit itu sendiri. Bengkak leher seperti ini terletak di bawah lapisan kulit dan senang dirasai dengan sentuhan jari. Bengkak dari lapisan kulit boleh terjadi disebabkan lipoma (ketumbuhan lemak), sebaceous cyst, dermoid cyst dan bisul.
Selain daripada itu, ada beberapa punca bengkak leher yang jarang berlaku. Contohnya seperti carotid body tumour, hemangioma, schwannoma, pharyngeal pouch dan sebagainya.

Bila bengkak leher perlu pemeriksaan pakar ENT
Bengkak leher yang lebih dari 2 minggu walaupun setelah mendapat rawatan doktor klinik
Saiz yang semakin membesar
Terjadi beberapa bahagian bengkak leher
Bengkak leher yang menganggu pernafasan, susah menelan atau perubahan suara
Jika bengkak tersebut mengeluarkan nanah dan sakit (abscess; bisul yang besar)
Sejarah keluarga untuk kanser





Friday 13 July 2012

HERBAL SUPPLEMENTS AND SURGERY

Many patients are not aware of the possible adverse events that can happen during surgery if they consume herbal supplements. Patients are advised to disclose to their doctors of the types of herbal supplements they are taking prior to surgery. They are also advise to stop taking these herbal supplements about 2 weeks before surgery.

Some of these herbal supplements can cause significant bleeding, heart problems, blood pressure changes and drug interactions. This would have an effect on the possible surgical complications and surgical outcome. Therefore patients should also seek their doctor's advice if they wish to resume their herbal supplements after surgery.

LIST OF SUPPLEMENTS

Supplements that can cause bleeding
Ginkgo biloba
Ginseng
Garlic
Fish oils (Omega 3-fatty acids, doses more than 3gm/day)
Dong quai
Feverfew

Supplements that can cause cardiovascular effects
Ephedra
Garlic

Supplements that can cause drug interactions
Echinacea
Goldenseal
Licorice
St John's Wort
Kava
Valerian

Supplements that can have anaesthetic effects
Valerian
St John's Wart
Kava

Reference websites
http://plasticsurgery.about.com/od/beforesurgery/a/herbal_supp.htm
http://my.clevelandclinic.org/heart/prevention/alternative/herbals_theheart.aspx
http://my.clevelandclinic.org/heart/prevention/alternative/herbals_surgery.aspx
http://edition.cnn.com/HEALTH/library/herbal-supplements/SA00040.html
http://suite101.com/article/herbs-surgery-anesthesia-a15521