Monday 16 July 2012

BENGKAK LEHER (NECK LUMPS)


Gejala bengkak leher pasti akan membuat pesakit rasa gusar dan susah hati. Kebanyakan kes ia melibatkan bengkak kelenjar limfa yang berlaku apabila ada infeksi dan radang; dan ini bersifat sementara. Walaubagaimanapun ada beberapa gejala bengkak leher yang memerlukan rawatan selanjutnya dan pesakit harus peka dengan gejala-gejala lain yang merupakan tanda-tanda penyakit yang lebih serius.

Anatomi leher

Kedudukan kelenjar-kelenjar limfa di sekeling leher dan juga kelenjar air liur parotid di bahagian pipi dan kelenjar submandibular di bawah rahang.


Kelenjar limfa
Kelenjar limfa berperanan penting dalam sistem imunisasi badan. Cecair limfa mengalir dari organ dalaman manusia ke dalam system limfatik dan melalui kelenjar limfa. Sekiranya terdapat radang, infeksi, ketumbuhan atau kanser, kelenjar limfa boleh membengkak.
Selalunya radang dan infeksi merupakan penyebab utama bagi kelenjar limfa yang bengkak di bahagian leher. Contohnya seperti sakit kerongkong/tekak, tonsillitis, sakit gigi dan sebagainya. Dan kelenjar limfa yang bengkak ini akan surut apabila radang atau infeksi tersebut dirawat dengan antibiotik.
Kelenjar limfa leher yang terus membengkak melebihi tempoh 2 minggu dengan tanpa ada gejala lain berkaitan infeksi/radang sepatutnya diperiksa dengan lebih lanjut oleh doktor pakar ENT.
Sebab lain yang boleh menyebabkan kelenjar limfa leher yang bengkak adalah ketumbuhan/kanser pada bahagian dalam mulut, tekak dan hidung, tuberculosis, lymphoma (sejenis kanser sel darah) dan sebagainya.

Kelenjar air liur (Kelenjar submandibular dan parotid)
Kelenjar air liur juga boleh mengalami infeksi dan radang samada dari jangkitan bakteria atau sumbat saluran air liur disebabkan oleh batu karang. Jika begitu, pesakit akan mengadu rasa bengkak, sakit pada bahagian kelenjar dan mungkin demam. Jika terdapat batu karang selalunya kelenjar air liur tersebut akan lebih bengkak selepas makan dan surut sedikit beberapa jam kemudian.
Bengkak kelenjar air liur juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan (tumor). Pesakit akan mengalami bengkak kelenjar air liur yang semakin membesar dan selalunya ia tidak merasa sakit. Kebanyakan ketumbuhan kelenjar air liur adalah jenis ketumbuhan ‘benign’ iaitu bukan kanser. Walaubagaimanapun sekiranya dibiarkan ia boleh berubah menjadi kanser.
Pakar ENT akan memeriksa punca sebenar bengkak kelenjar air liur. Sekiranya ia disebabkan oleh infeksi atau radang, pesakit perlu mengambil ubat antibiotik. Sekiranya ia disebabkan oleh batu karang atau ketumbuhan, pemeriksaan radiologi lanjutan seperti ‘ultrasound’ atau ‘CT scan’ perlu dijalankan sebagai persediaan untuk pembedahan.

Kelenjar tiroid
Kelenjar tiroid terletak di bahagian hadapan leher di bawah halkum (‘adam’s apple’). Kelenjar tiroid boleh membengkak ke bahagian tepi dan ke bawah. Selalunya kelenjar tiroid yang bengkak disebabkan oleh ‘multinodular goitre’ sejenis ketumbuhan yang ‘benign’. Tetapi ia juga boleh disebabkan oleh kanser tiroid seperti kanser tiroid papillary yang boleh berlaku pada mereka yang berusia muda. Oleh sebab itu mereka yang mengalami masalah bengkak kelenjar tiroid perlu pemeriksaan lanjutan oleh doktor pakar.




Cyst
Cyst merupakan bengkak yang terdiri daripada karung yang mengandungi cecair dan sel. Terdapat beberapa jenis cyst yang boleh terjadi di bahagian leher.
Thyroglossal cyst selalunya terjadi di bahagian tengah hadapan leher. Ia bergerak semasa pesakit menelan atau menjelirkan lidah. Kadangkala ia merasa sakit sekiranya berlaku infeksi di dalam cyst tersebut. Ia seeloknya dibedah kerana boleh dikaitkan dengan kejadian kanser.
Dermoid cyst juga terjadi di bahagian tengah hadapan leher tetapi ia tidak bergerak semasa pesakit menelan atau menjelirkan lidah. Ia selalunya berlaku pada kanak-kanak dan saiznya boleh membesar jika dibiarkan.
Branchial cyst pula merupakan bengkak di bahagian tepi leher dan berlaku pada pesakit remaja. Cyst ini hanya menjadi bengkak apabila berlaku infeksi dan ianya surut semula selepas infeksi tersebut reda.
Cystic higroma merupakan bengkak leher yang boleh terjadi pada bayi sejak lahir. Kadangkala saiznya menjadi sangat besar dan boleh menyukarkan pernafasan bayi tersebut. Rawatan cystic higroma selalunya melibatkan penggunaan suntikan ubat ke dalam karung (cyst) tersebut untuk mengecutkannya. Pembedahan pada cystic higroma selalunya adalah sukar kerana cystic higroma mempunyai ‘ekor-ekor’ yang meresap ke dalam tisu di sekelingnya.

Lain-lain punca bengkak leher
Kadangkala bengkak leher boleh berpunca dari bahagian lapisan kulit itu sendiri. Bengkak leher seperti ini terletak di bawah lapisan kulit dan senang dirasai dengan sentuhan jari. Bengkak dari lapisan kulit boleh terjadi disebabkan lipoma (ketumbuhan lemak), sebaceous cyst, dermoid cyst dan bisul.
Selain daripada itu, ada beberapa punca bengkak leher yang jarang berlaku. Contohnya seperti carotid body tumour, hemangioma, schwannoma, pharyngeal pouch dan sebagainya.

Bila bengkak leher perlu pemeriksaan pakar ENT
Bengkak leher yang lebih dari 2 minggu walaupun setelah mendapat rawatan doktor klinik
Saiz yang semakin membesar
Terjadi beberapa bahagian bengkak leher
Bengkak leher yang menganggu pernafasan, susah menelan atau perubahan suara
Jika bengkak tersebut mengeluarkan nanah dan sakit (abscess; bisul yang besar)
Sejarah keluarga untuk kanser





325 comments:

  1. salam DR..sy nak tanya, kalau anak sy umur 4thn mengalami bengkak di tepi leher, tp makan atau minum tak sakit dia cuma sakit di bengkak tu je..puncanya rasa sy sbb dia thn buang air besar..bila 5hari baru dia berak..najis pun keras..adakah disebabkan dia meneran najin atau ada punca lain..mohon penerangan DR..tq

    ReplyDelete
  2. sy b'umo 20th ... tkak sy bengkak lebih 3 bulan da . . ta surut2..
    saya dah pergi klinik buat check up . . tp doktor cakap xda pape ..sy
    risau ..sbb makin mmbngkak ... na buat cmne ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nasihat dapatkan pemeriksaan pakar ENT untuk mendapat kepastian diagnosis.
      Sukar saya memberi penerangan lebih lanjut tanpa memeriksa bengkak tersebut.

      Delete
  3. sy brumo 23thn..saya selsema then pd msa yg sma leher sya belah kanan mcm ada bengkak...then hngus berdarah....bru jer sehari berlaku....nk buat cmner ek??? pnyakit sirius ker????

    ReplyDelete
  4. sy berumur 28 thn, sy da 3 mgu menahan sakit bengkak d bahagian tepi leher saya, sy da 2 kali p klinik utk dpt kan rawatan, doktor bg ubat urut, dan ubat tahan sakit je...tapi masih jg tak pulih-pulih. apakah punca penyakit ni..sebab sy tak juga demam. doktor ckp, otot saya je yg bengkak..betul ke bgni...dah nak 1 bulan dah ni..tak juga sembuh-sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya syorkan saudari dapatkan pemeriksaan pakar ENT kerana tidak normal untuk mengalami bengkak leher selama lebih daripada 2 minggu.
      Saudari perlu pemeriksaan yang lebih lanjut.

      Delete
  5. Saya berumur 24, saya mengalami bengkak di leher yang agak jelas kelihatan tetapi
    Tidak mengalami sebarang perubahan emosi dan tidak sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nasihatkan agar mendapatkan pemeriksaan doktor untuk bengkak leher walaupun tiada simptom yang lain. Tidak normal sekiranya ada bengkak pada leher yang berlarutan.

      Delete
  6. leher saya bengkak lebih 3 bulan sudah jumpa pakar ent tapi dorang cakap tonsil, saya takut sebab xdapat tidur lena , susah bernafas time malam, apa saya perlu lakukan, sebab mo jumpa pakar ent pun 2 bulan sekali, kalu jumpa dia just chek2 biasa tapi x ambil darah atau scan, saya takut penyakit ni semakin serius

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya tonsil besar dan mengganggu pernafasan terutamanya waktu tidur, ia wajar dirawat. Lazimnya rawatan tonsil besar memerlukan tonsillektomi. Tetapi saya syorkan ikut nasihat doktor yang merawat kerana saya perlu memeriksa dengan sendiri baru boleh memberikan nasihat yang tepat.

      Delete
  7. Saya ada benjolan di kelenjar leher bahagian belakang tepi leher..dah pegi jumpa doktor tapi mereka baru ambik darah dan belum keluar keputusan. Dah terjadi sejak 2 bulan lalu..semakin besar dan agak keras, sebelum ni macam lembut jer.Saya sangat risau.
    Saya google sana sini tapi takde jawapan yang memuaskan hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kerana telah pun mendapatkan pemeriksaan doktor. Ammi harus mendapatkan keputusan darah tersebut. Selalunya doktor juga akan mengesyorkan untuk mengambil sedikit tisu daripada benjolan tersebut dan membuat CT scan. Ini untuk mendapat kepastian punca benjolan tersebut. Saya harap doktor yang merawat dapat memberi keputusan secepat mungkin.

      Delete
  8. Salam doktor..sy dh mngalami bnjolan di leher sejak awal tahun..bngkak tu dtg dn akn surut beberapa jam kmudian..dn kdg kala bile bngkak ak rsa kekejangan di bhgian bngkak..sy dh jumpe pakar doktor hnya mnasihatkn sy utk mnum air masak dn mkn bnda masam..skrg ni sy rsa leher sy sakit dn mule batuk selsema suara pun brubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan masalah kelenjar air liur. Sekiranya bengkak tersebut tidak surut, ia harus diperiksa oleh pakar ENT dan kemungkinan memerlukan pembedahan.

      Delete
    2. Doktor di hospital mana ye..mgkin boleh buat pemiriksaan dgn doktor

      Delete
    3. Klinik saya di KPJ Klang Specialist hospital, berdekatan Jusco Bukit Raja dan Sekolah Acmar. Sila rujuk kepada link di atas, Contact atau Map. Tel klinik 03 3377 7865

      Delete
  9. info yang sangat menarik. sy nak share dengan saudara-mara yg ada masalah ini. :)

    tq

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam,

    Untuk thyroglossal cyst, rawatannya adalah pembedahan. Tiada kesan sampingan pada jangka masa lama sekiranya kelenjar tiroid adalah normal. Dinasihatkan puan berbincang dengan doktor mengenai pembedahan tersebut.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum doktor,
    ibu sya mengalami bengkak di bahagian pipi, sudah pergi hospital 2 kali, tp doktor cume bagi ubat tahan sakit sahaja, sakit dan bengkak semakin keras... apa yg perlu saya lakukan lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jika masih bengkak sila rujuk kepada pakar ENT dan jalankan imbasan CT untuk mengetahui punca bengkak. Amat penting ia dilakukan segera. Sila dapatkan kepastian daripada doktor yang merawat berkenaan punca bengkak tersebut.

      Delete
  12. Salam dr..
    sy berusia 21 thun dan mngalami bngkak di klnjar dan rse skit di kerongkong sdah lbih 2 mnggu after sy stop prednisolne 30 mg utk perday..sy stop tnpa arhan pkar slpas 1 month sy mkn..ini kerana sy dh x than side effct ubt trsbut.Now..tonsil sy jga mmbgkak dan bnyk ulser di bibir n.pling x.than di bhgian ats gusi..utk pgetahuan dr..sy merupakan multiples drug allrgy..sy alergy smua.antibiotik..dan hmpir smua ubat than.skit.Utk ujian darah slpas sy stop prednisolone 4 mnggu lpas..esr sy =31and total wbc sy 11.8..adekah pnca2 bgkak di klenjar n rse sakit di kerongkong ni bpnca oleh inflamasi?tq doc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan ia disebabkan inflamasi, walaubagaimanapun tidak wajar jika semua kelenjar bengkak dan banyak ulser mulut. Pemeriksaan lanjut diperlukan samada ada masalah imun badan. Saya syor dapatkan rawatan pakar.

      Delete
  13. Salam,
    doctor..semalam saya ada rasa bengkak dekat tepi muka saya.area telinga and ada benjolan kecil.dan ada lagi satu benjolan kecil dekat bawah dagu..rasa berdenyut.
    dulu pernah jadi tapi lepas tu hilang sendiri.
    apa yg saya perlu buat ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan bengkak kelenjar limfa atau kelenjar air liur. Dapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian dan rawatan yang diperlukan. Sekiranya serius doktor klinik biasa akan rujuk kepada Pakar ENT.

      Delete
  14. Assalamualaikum,

    Dr. saya rasa seperti bengkak di kerongkong, tapi tiada bengkak di bahagian luar leher. Tak rasa sakit bila menelan, boleh makan seperti biasa dan tiada perubahan suara. Sudah melebihi 2 minggu, tapi masih belum pulih. Sudah 3 kali periksa dengan Dr klinik swasta dan hospital, mereka kata tiada apa-apa. Setakat ini cuma berkumur dgn ubat kumur dan ubat batuk. Boleh Dr. bantu saya menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Di klinik pakar ENT kami boleh melakukan pemeriksaan endoskopi ke bahagian kerongkong dan peti suara. Ini dapat memastikan apa punca bengkak tersebut, Saya tidak pasti samada saudara telah menjalani pemeriksaan ini.

      Delete
    2. Assalammualaikum Dr,

      Terima kasih diatas maklumbalas yang diberikan. Saya telah pergi menjalani pemeriksaan endoskopi di hospital swasta dan punca rasa bengkak tersebut ialah LPR @ GERD. Saya telah diberikan ubat Nexium 40 mg dan Locabiotal sebagai rawatan.

      Delete
  15. as salam doktor,smlm lps dr bgn tido..sakit terasa sakit di tepi kerongkong..nk telan air liur pn sakit,tk lama dr tu sy trus demam dan bdn sy jd lemah..sy try chek pkai lmpu suluh dan mendapati tepi kerongkong sy sebelah knan ada bengkak dan merah sedikit berbeza dgn yg sbelah kiri..mlm tu sy telan panadol utk hilangkn demam,alhamdulillah demam dh tkde tpi sy msih lg sakit tepi kerongkong tu smpaikn pgi ni sy suluh dgn lmpu,sy nmpak tmpt sakit sy tu ade mcm nanah,wrna putih dan timbul skit..sakit ni smpai buat sy sakit kt telinga dan leher skali..apa pndapat doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Kemungkinan masalah jangkitan tonsil atau peritonsillitis. Elok diperiksa doktor untuk rawatan

      Delete
  16. Assalamualaikum doktor. saya mengalami sakit gigi dan kini beransur pulih tetapi bawah dagu sebelah kiri saya rasakan ada benjolan kecil dan rasa sakit hingga ke pipi dan kepala. saya dah pergi klinik dan diberi ubat sakit kepala dan saraf. apa yg perlu saya lakukan jika masih terasa sakit.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum dr. Saya bru lps cabut gg seminggu yg lps.lps cabut slma 3 mlm darah dr gusi xbrhenti. Kemudian saya demam dan sya pergi klinik mcm biasa.lps 2 ari tekak saya jd sakit munkin sbb asyik telan darah dr cabut gg aritu. Saya minum air byk2 utk hilangkan haus dan beli ubat kumur dkt farmasi. Kemudian tekak dh ok tp demam masih xsurut. Demam saya ni time mlm mmg bdn pns sgt dan pastu lak selsema dan ada batuk2 sikit. Sya g farmasi beli ubat demam/tahan sakit yg kuat sikit. Lps keesokan arinya ada benjol dkt tengkuk kanan.cabut gigi aritu gigi graham kanan atas. Mula2 saya sapu minyak pnas dan rsa mungkin akan baik.namun doktor mlm tu jgk tengkuk dan bahu mmg sakit sgt2 smpai xboleh tido. Saya skrg mkn ubat tahan sakit dan letak minyak pnas.. saya nk tnya adakah urat yg cabut gigi myebabkn saya jd mcmni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Kemungkinan benjolan tersebut adalah kelenjar limfa yang bengkak selepas cabut gigi. Sekiranya masih bengkak dan sakit, elok diperiksa dan perlu makan antibiotik.

      Delete
  18. Assalamualaikum Dr.
    Saya mengalami bengkak pd leher lebih kurang 3 minggu. Asalnya saya rasa ada benjolan yg tak sakit. Dan bdn mmg mcm penuh angin. Then sy mengalami sakit leher mcm slh bantal n right after benjolan tu a bit sakit kalau d tekan. Dh jmp doc. Doc dh bg antibiotik. Tak surut. Tak berubah. N doc jugak dh buat pemeriksaan darah. Inflammation is about 31. Kiranya dah 2 kali dpt antibiotik = 2 minggu. Doc nak check lg skli darah a month after result hr tu kluar nk check tahap Inflammation tu. Klo naik bru dia buat other test either tb or Lymphorma. Just fyi, doc kata biji ada 3. 2 close to each other n satu agak jauh. Mohon pendapat doc. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Nasihat saya sekiranya benjolan leher sudah lebih 2 minggu dan masih tiada perubahan dengan antibiotik, elok diperiksa dengan lebih lanjut.

      Delete
  19. Assalamualaikum Dr.
    Saya mengalami masalah bengkak di bahagian tekak kiri dan kanan semenjak hari raya cina tempoh hari, apabila panas ianya membekak bila sejuk ianya mengecut dan kadang2 menganggu pernafasan saya bila membengkak. Saya dah refer dengan poliklinik kerajaan dan hospital kerajaan doc cakap saya ni mengalami panas dalam kerongkong di sebabkan keadaan cuaca sekarang ni tak menentu dan doc sarankan saya banyakan minum air masak. Selepas checkup doc bagi saya ubat demam dan ubat kumur.

    Keadaanya sekarang ni masih tak surut juga bengkak tersebut. Doc boleh bantu masalah saya ni?

    Apa yang perlu saya lakukan sebab sekarang ni saya risau sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Adakah doktor menyatakan masalah pada tonsil? Jika ia masih berlarutan elok diperiksa semula.

      Delete
  20. Salam doktor saya dah pergi hospital kajang doktor situ sahkan anak saya mengalami thyroglossac cycst tp suruh monitor anak saya dalam masa 6 bulan, anak saya baru berusia setahun 6 bulan adakah bahaya jika melambatkan operation memandangkan kos pembedahan mungkin mahal -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Tiada masalah untuk memantau bengkak thyroglossal cyst tersebut dalam masa 6 bulan. Tetapi sekiranya ia terus membengkak elok dibedah lebih awal.

      Delete
  21. assalamualaikum..doctor.
    dah 3 hari saya merasa sakit di leher sebelah kiri saya telinga. bengkak di leher saya masih kecil tetapi terasa sakit jika dipegang.sya juga mengalami demam dan pening di sebelah kiri.ketika saya makan.saya akan berasa mual dan kadang2 saya akan kuat mkn.apa kata doctor pasal sakit yang saya alami ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saya nasihatkan berjumpa doktor. Amat sukar untuk memberi pendapat dengan simptom-simptom yang dialami.

      Delete
  22. Assalammualaikum Dr..
    Saya berumur 25 tahun dari Negara Brunei Darussalam.. saya emngalami sakit tekak bermula 2.1.2014 pada tahun ini. Dan saya sudh berjumpa dr sebnyak 3x (2× klinik swasta, 1x klinik kerajaan). Tapi mula berpunca ketika demam tp demam sudh pun membaik hanya batuk shja yg belom baik. Ada kalanya saya sukar untk bernafas, menelan air liur, susah untuk bercakap, kahak tidak mahu dkeluarkan. Setiap masa saya perlu berdaham untuk menelan air liur dan bercakap.. kalau kahak mahu dikeluarkan hanya 15% shja kahak yg kluar selebihnya air liur shja ttp jika kahak yg keluar betul2 kadang2 mengandungi darah beku.. prkara sebgini pernah berlaku sebelum ini dan tempoh yg sama iaitu agak lama untk sembuh.. tetapi yg menjafi tnda tnya adakah perkara ini normal atau pun sebaliknya? Saya pergi hospital tiada apa2 yg di ambil tindakan hanya diberikan ubat batuk shja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saya syorkan berjumpa pakar ENT untuk rawatan selanjutnya. Insya Allah masalah ini dapat dibantu oleh pakar berkenaan

      Delete
  23. Salam doktor, ptg td, ada benda mcm batu yg kluar dr bwh lidah spls 3 hari bengkak. Adakah itu batu karang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan ia batu dari saluran kelenjar air liur submandibular. Sekiranya pernah bengkak leher di bahagian bawah dagu, elok diperiksa oleh pakar ENT

      Delete
  24. Assalamualaikum doktor..
    saya sdh 3 hari mengalami sakit tekak juga bengkak tonsil dan bernanah kiri dan kanan. Amat perit nak menelan air.. Sdh jumpa
    doktor klinik dan diberikan ubt thn sakit antibiotik dan kurang bengkak. Doktor tersebut beritahu yg saya trkena jgkitan kuman. Lidah sy jugk mnjadi keputihan.
    Soalan sy
    * bolehkah sy berkumur dgn air garam. Bg mempercepatkan pengecutan tompokan putih.
    * perlukah sy tunggu sehingga habis ubt dahulu baru berjumpa pakar

    Untuk pengetahuan doktor tidur sy terganggu disebabkn oleh bengkak pd tonsil ini.
    Ada dengkuran yg perlahan kemudian sy secara automatik terjaga dan batuk2..
    dlm keadaan biasa sy juga terasa mcm ada kahak. Tp x keluar.
    Bolehkah doktor bg pandangan dgn masalah sy ini..
    terima kasih doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Boleh menggunakan air garam tetapi kekadang tekak akan rasa lebih perit dan kering.
      Sekiranya masih demam dan sakit tersebut menganggu tidur dan masalah menelan sehinggakan kurang pengambilan air dan makanan, elok diperiksa oleh pakar ENT dan tidak payah tunggu sehingga ubat habis.

      Delete
  25. Slm dr sy mengalami msalah kerongkong tidak selesa sperti rssa tercekik@seperti rsa benjolan..urat dihadapan kiri dan kanan tegang dan mnyukarkan saya dlm keadaan berbaring mahupun berdiri..boleh dr bantu terangkan kaedah rwtn selnjutnya ..tq dr..

    ReplyDelete
  26. Slm dr sy mengalami msalah kerongkong tidak selesa sperti rssa tercekik@seperti rsa benjolan..urat dihadapan kiri dan kanan tegang dan mnyukarkan saya dlm keadaan berbaring mahupun berdiri..boleh dr bantu terangkan kaedah rwtn selnjutnya ..tq dr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Maaf. Agak sukar untuk saya nasihatkan kaedah rawatan tanpa melakukan pemeriksaan klinikal dan hanya berpandukan kepada simptom yang diberi. Saya syorkan diperiksa oleh doktor dan dirujuk kepada pakar ENT jika perlu.

      Delete
  27. Salam...saya dapati ada benjolan disebelah kanan leher saya...saya jd risau dan selepas seminggu saya berjumpa doktor kerana menyangka penyakit tiroid.tp bila doktor buat pemeriksaan dia kata ianya bengkak kelenjar yg mungkin disbbkan jangkita sbb saya mmg ada elergi dan sering sakit tekak bila silap makan.doktor telah mmberi antibiotik...tp.masalahnya sekarang saya tetap risau tlg saya doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya syorkan habiskan antibiotik tersebut. Sekiranya bengkak masih berterusan elok driperiksa pakar ENT

      Delete
  28. Salam.. anak saya 9 bulan. hari malam ahad baru ni tiba-tiba anak saya demam. Tapi tidak berpanjangan dan suhu turun selepas di lap dengan air. Selepas itu saya meneyedari ada ketulan kecik di bahagian antara leher dan rambut.Pada hari isnin malam anak saya dmm kembali dengan suhu mencecah 39 tetapi suhu senang turun selepas letak asam jawa. Untuk makluman Doc, saya ada ambil vaksin Phneumokokal pada hari khamis minggu sebelumnya kerana anak saya kerap selsema dan batuk kahak berpanjangan. Adakah ini kesan vaksin tersebut. So far sehingga hari ini ketulan itu masih sama dn bila ditekan, anak saya tidak sakit. Malam2 anak saya mcm kuat berpeluh dan tidak demam. masih aktif bermain dan minum susu. Mohon pandangan Doc jua.. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kelenjar limfa boleh membengkak disebabkan jangkitan kuman dan demam. Jika anaknya aktif, ia tidak membimbangkan. Tetapi bengkak tersebut seharusnya beransur mengecil. Jika masih berterusan dan semakin membesar, perlu diperiksa dengan lebih lanjut.

      Delete
  29. Salam doc.sy ada kemusykilan..dkt tepi leher sebelah kiri sy ad ketulan.btl2 bwh rahang pipi hujung.dah lm ada rsnya sejak sy umo 20an.sy blm bt pemeriksaan lg..ketulan tu pn blh dirs bile di pegang..sy nk taulah doc ap masalah sy ye..dan bile sy telan air liur..rs mcm ada lendir yg menyekat dkt leher sy.blh doc jelaskan x.tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Bengkak yang masih berterusan pada jangkamasa lama harus diperiksa dengan lebih lanjut. Kemungkinan bengkak tersebut berasal dari kelenjar air liur (parotid gland). Elok diperiksa pakar ENT dan jika perlu ultrasound atau CT scan.

      Delete
  30. salam doc.. sy brusia 18tahun..dkt leher sblah kiri dan kanan sy ada ketulan (mcm lendir). ketulan terlalu banyak dan ada yg mlekat dkt urat leher, kdg2 ketulan tu membesar dan mngecut kembali..sy mngalami mslh ni sejak 2tahun yg lalu dan tlh ke hosp ttpi doc ckp xdak apa pn,. mggu lpas sy mula dmam,batuk,slsema dan leher sy sakit sehingga skrg.. dmam dan batuk sy blm baik. sy nk minta pndapt doc,apa yg harus sy buat?dan adakah ketulan ini brbhya? tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika masih ada ketulan/benjolan pada leher elok diperiksa dengan lebih lanjut dengan pakar ENT. Benjolan kelenjar limfa biasa sepatutnya boleh surut. Boleh telefon klinik saya untuk membuat temujanji.

      Delete
  31. Assalamulaikum, saya mengalami selsema, kemudian ada ulser pada bibir. Selang beberapa hari, telinga terasa sakit dan ada benjolan pada bawah dagu kiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam
      Ia adalah tanda-tanda jangkitan kuman/bakteria. Elok diperiksa oleh doktor untuk rawatan selanjutnya

      Delete
  32. Assalamualaikum,saya terase ade tiga benjolan di bawah dagu.Saya rase saiz ketulan itu kurang daripada 2 cm. Saya nak minta pendapat doc,adakah ianya normal atau ade something dan apa yang perlu saya lakukan?TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam
      Kemungkinan kelenjar limfa yang bengkak. Disyorkan pemeriksaan doktor untuk memastikan punca bengkak tersebut

      Delete
    2. Saya telah habiskan antibiotik daripada doktor dan bengkak di bawah dagu agak mengecil sedikit.,adakah bengkak ini akan mengecil lagi dan adakah ia mengambil masa yang lama untuk mengecil? Di samping itu, sebelum bengkak dibawah dagu ini ada, terdapat satu benjolan di hadapan telinga dan juga telah mengecil, ada kah ia juga akan berhenti mengecil?

      Delete
    3. Jika kelenjar limfa yang membengkak disebabkan jangkitan kuman, ia akan terus mengecil. Sekiranya bengkak tersebut tidak hilang, elok diperiksa semula dan dirujuk kepada pakar ENT.

      Delete
  33. Slm dr.sy sekrg prgnnt 33 mgu.2 mgu lpas sy ke klinik swasta untuk scan.dokte dpti ade benjolan di kwasan leher byi..size 6.5x 5.2.ia amt merisaukan sy.sy dah buat 4d scan d hspitl.tp dr lum mgsahkan ape .adkh itu cystic hygroma.apa pndpt dr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kebarangkalian tinggi ia adalah cystic hygroma, tapi tunggu keputusan scan tersebut. Jangan risau, doktor akan menasihatkan langkah yang perlu diambil selanjutnya.

      Delete
  34. Dr.apa pendapat dr mgenai cystic hygroma dan meningocele.yg mana lebih bahaya dan berisiko pd bayi..dan peluang cerh bg bby sembuh sepeti kanak2 normal yg lain.mohn pndgn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua-dua penyakit mempunyai risiko yang tersendiri. Dan kedua-duanya juga mempunyai rawatannya yang tersendiri. Perlu dipastikan tahap dan kedudukan meningocele tersebut samada ia memberi kesan kepada tumbesaran kanak-kanak tersebut. Ada meningocele yang tidak memberikan apa-apa masalah. Cystic hygroma perlu dirawat supaya tidak menganggu saluran pernafasan. Saya syorkan dapatkan penerangan lebih lanjut daripada doktor yang merawat kerana perlu melihat scans atau keputusan ujian yang dilakukan.

      Delete
  35. Tq bnyk2 dokte atas mklumat nasihat..sy hrap bby sy x de ape2..aminn

    ReplyDelete
  36. Slm dokte.sy bru dpt pgsahn drdokte mgnai bby sy.bby sy cystic hygroma..sy kna bersalin awl..38 mggu..tp doktor ade sebut berkaitan risiko kromosom xo bg bby girl.amt mnkutkn sy..hrp dokte blh bg nsht.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya syorkan bertanya dengan doktor berkenaan sekiranya boleh berkenalan dengan ibu lain yang pernah mengalami masalah yang sama. They would be the best person to share their experience. Kita doa yang terbaik untuk semua, insya Allah.

      Delete
  37. Salam dr, sy ingin bertanya, 2minggu yg lepas sy perasan ada benjolan dileher sy sebesar 3jari. 2 org dr.yg sy jumpa mgatakn sy ada tiroid..blood test menujukkn sy xde tiroid..utk pengetahuan dr sy bru bersalin 4buln yg lepas..semasa berpntang sy ade bnjolan di ketiak tp tidak membesar. Soalan sy adakah bnjolan yg ade dileher sy disebabkn oleh kelenjar limfa yg membengkak? Sy ade simptop2 seperti sakit di sekeliling leher kerana bnjolan semakin membesar, sakit perut dan pening kepala yg berterusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Benjolan tersebut mesti diperiksa oleh doktor. Kelenjar tiroid yang bengkak mesti dikenalpasti dengan ultrasound. Ujian darah hormon tiroid kemungkinan normal walaupun kelenjar membesar. Elok diperiksa segera memandangkan ada simptom-simptom yang lain.

      Delete
    2. Salam dr,

      Hari isnin yg lepas sy sudah membuat temujanji di hospital, ujian sample sarah dr bahagian bengkakan lg 3 minggu dn untuk ultrasound appointmentnye 2 bulan lg, melalui dr yg mengambil sample darah dr benjolan itu mengatakan dlm benjolan itu ada air. Apakah pendapat dr. Patutkah sy pergi ke hospital swasta utk ujian ultrasound dengan segera.

      Delete
    3. Salam,

      Sukar untuk saya beritahu samada perlu disegerakan ultrasound tersebut. Kemungkinan bukan masalah yang serius kerana doktor tidak menyarankan ultrasound dengan segera, insya Allah. Tunggu keputusan sample benjolan tersebut.

      Delete
  38. Salam doc. Sy ada bengkak di leher sebelah kiri. Xnmpk benjolan tp bila usap kt leher baru boleh rasa. Rasa macam tegang pun ada. Tak bengkak sampai 2,3 minggu pun. Cuma dia akan bengkak sekali sekala. Bila time tengah bengkak, kadang kadang rasa sakit tu sampai kt gegendang telinga belah kiri boleh rasa. Selalu kalau sy salah makan, mesti ada bengkak. Tp sy pun xsure sy alergic dengan apa. Macam semalam, sy minum air kelapa, pastu malam tu terus tekak sy sakit, dan bengkak kt leher belah kiri. Kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya tidak pasti kedudukan sebenar bengkak tersebut tanpa pemeriksaan. Tetapi daripada simptom yang dihadapi kebarangkalian adalah branchial cyst atau kelenjar air liur submandibular. Disyorkan pemeriksaan dengan pakar ENT dan scans.

      Delete
  39. Salam dr mazita, sy baru menyedari yg sy mempunyai ketulan dibwh kiri tengkorak sy.. Ia terasa sakit sedikit apabila sy mendongak kepala.. Apakah punca-punca ketulan begini akan timbul? Untuk pengetahuan dr, sy bru sembuh dri demam virus.. Adakah itu punca benjolan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan disebabkan jangkitan virus tersebut. Sekiranya benjolan tidak hilang selepas seminggu atau makin membesar, elok diperiksa semula oleh doktor

      Delete
  40. assalamualaikum..Sejak 6 bulan lepas leher sy terasa bengkak dan ada benjolan,kadang kala terasa perit dan pedih,kerap berdenyut,kelenjar sy juga bengkak.sejk kebelakangan ini sy kerap sakit kepala.Pernah semasa tidur saya terjaga kerana sakit kepala.Mohon pencerahan sedikita dari Dr.

    ReplyDelete
  41. Salam dr,sya mgalami sakit di bhagian tengkuk hampir sbulan mcm2 dr da jmpe just bg pain killer,kerap pening n merasa mual bila cek bp normal tp sejak dua 3 hri ni..di bhagian tepi leher kiri terasa septi ada timbul benjolan kecil..sebesar biji kacang .. hal ini membinggungkn sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya masih ada benjolan tersebut, elok diperiksa untuk mengetahui punca benjolan tersebut. Doktor boleh mengesyorkan ultrasound atau imbasan CT untuk memastikan punca benjolan tersebut.

      Delete
  42. Salam doktor...sy nk tny...sy sering rasa susah utk menelan air liur n terasa mcm ade biji dlm tekak...ia akan berlaku tiap bulan.ia akan rasa sakit dlm masa seminggu dan hilang.namun bln depan ia akan rasa sakit lg.ia berlanjutan hnpir 6 bulan.tp saya tidak demam mahupun batuk..

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. Salam dr . Sy ada hypertyroid dah hampir setahun . 3 minggu kblkngn ni telinga sy berdengung tanpa henti. Pendengaran sy pun makin kurang . Hospital dan klinik pun sy dah pergi, katanya tak ada apa2 .Sekarang, Sy ad bengkak di bahagian tepi pipi bersebelahan dengan telinga sy. Bengkak bersaiz biji guli . Pada mulanyaa bila tekan akan rasa sakit , tp skrg sy dpt rasa bengkak ini berdenyut . Apa ya bengkak ni ? Ada kena mngena dgn tyroid sy ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya pendengaran kurang dan bunyi berdengung, elok dijalankan ujian pendengaran. Bengkak sebelah pipi boleh disebabkan bengkak kelenjar limfa, kelenjar parotid atau struktur pada kulit, Saya tidak boleh beri kepastian tanpa memeriksa bengkak tersebut. Jadi disyorkan berjumpa dengan pakar ENT

      Delete
  45. Assalam doktor..sudah 2 bulan lebih bila saya telan air liur sakit belah kanan..pergi klinik doktor cakap luka..bila saya tengok di tonsel ade biji kecil mcm bengkak dan di atas tu ada 3 ulser..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,
      Jika sudah dua bulan bengkak dan ulser tersebut ada pada bahagian tonsil, segera berjumpa dengan pakar ENT untuk kepastian diagnosis dan rawatan selanjutnya.

      Delete
  46. Salam dr.. Saya ada benjolan kecil di leher kiri bawah telinga. Benjolan ni mula naik awal tahun ni bila saya makan sambal yg terlalu pedas. Tp benjolan ni sekejap ada sekejap hilang. Dan saya juga ada masalah juga dgn tekak. Saya rasa tekak sebelah kanan saya macam bernanah dan membuatkan saya batuk saja. Tapi nanah tu pun sekejap muncul dan sekejap hilang. Semalam saya cek ada lagi tapi sekarang da tak de. Dalam 5 bulan lepas saya mempunyai masalah dgn radang hidung dan saya risau ia jadi semula disebabkan kahak saya yg kadang2 berdarah. Tetapi sekarang tak berdarah lagi cuma tekak saya yang mula rasa tak selesa disebabkan selalu membuang kahak tu. Saya ada appointment dgn pakar ent tp hujung bulan ni dan saya nak tau perlukah saya cek tekak saya ni di klinik biasa dulu sementara menunggu temujanji pakar? Tq Dr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Maaf lambat jawab kerana berada di luar negara sebulan lepas. Saya harap masalah Nur Syuhada telah pun dirawat oleh pakar ENT tersebut

      Delete
  47. salam dr,kakak saya demam dan mengalami bengkak di leher sebelah kanan lebih kurang 2 minggu dan selepas seminggu bengkak semula di bahagian yang sama . boleh dr beri penerangan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya masalah tersebut masih berulang, elok diperiksa oleh pakar ENT. Sekiranya pada masa ini benjolan tersebut telah hilang sepenuhnya, kemungkinan jangkitan kuman sahaja.

      Delete
  48. As salam doktor..saya berumur 25thn..sye nk brtanye..saye mengalami bengkak di leher lebih kurang 3bulan..at first ade 1 je tp lepas 2 bulan ade lagi 2 yang timbul..saye da pergi ke klnk dan hosptal..most of them suspct TB tp sputum afb n mntoux test taken sume result negtf..doktor ade bagi augmentin tapi bengkak tu still ade..ade yg advce utk refer surgal utk buat FNAC tp saya refuse sbb ade kwn yg da buat lepas tu keluar nanah n bengkak makin membesar..latest saye pergi ke klnk prvate doktor suspect lymphoma..so ape patut saye buat sekarang doktor?adakah saye patut refer ENT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok berjumpa dengan pakar ENT untuk menentukan punca bengkak tersebut. Pemeriksaan endoskopi perlu dilakukan dan sekiranya tiada bengkak pada bahagian ENT, sampel tisu perlu diambil daripada bengkak leher tersebut. Kaedah FNAC adalah selamat dan komplikasi jarang berlaku. Kemudian, berpandukan keputusan FNAC, doktor akan menasihatkan tindakan seterusnya.

      Delete
  49. Salam dr.,

    Saya baru perasan (tidak pasti sejak bila), seperti ada satu benjolan / bengkak di bawah lapisan kulit dr bahagian depan ke tepi sebelah kanan leher saya berukuran lebih kurang 1.5x4.5 cm. dapat dirasa apabila disentuh dengan jari. Tidak sakit tetapi agak merisaukan kerana agak berbeza berbanding apabila saya menyentuh leher sebelah kiri saya tiada benjolan sedemikian. Mohon pandangan doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saiz benjolan tersebut agak besar. Walaupun tidak sakit, elok berjumpa dengan pakar ENT untuk pemeriksaan dengan segera.

      Delete
  50. Salam dokter,saya perasan ada benjolan kecil dileher kanan saya selepas saya,ia terasa berdenyut dan bergerak apabila dirasa,saya memang ada mempunyai masalah sinus,di mana setiap pg akan ada hingus sedikit,saya dah jumpa 2 dokter pakar ENT dan mengatakan benda yg sama tiada yg serius,tetapi saya risau kenapa ianya tidak hilang,terima kasih dokter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sukar untuk saya beri pendapat tanpa membuat pemeriksaan. Sekiranya masih risau elok diperiksa semula oleh pakar ENT. Mungkin boleh rujuk balik kepada pakar ENT yang sebelum ini memberi rawatan.

      Delete
    2. Saya dah pergi berjumpa dgn pakar ENT dan dia mengatakan benjolan terlalu lembut dan kecil,tetapi apa yg merisaukan saya sekarang kadang kadang saya merasakan sesuatu didalam kerongkog apabila menelan air liur,seperti makanan yg tersekat,dia mengatakan itu adalah GERD dalam sehari saya akan melaluinya dokter,bagaimana saya hendak selesaikan masalah ini,tambahan pula saya sedang mengandung 17minggu,terima kasih dokter

      Delete
    3. Salam,
      Hanya doktor yang memeriksa dan merawat yang dapat memberi kepastian. Sekiranya beliau mengatakan tiada ketumbuhan yang membimbangkan, insya Allah tiada masalah,

      Delete
  51. Assalam doktor. Saya seperti terasa sedikit sakit dibelakang tekak sebelah kanan semasa menelan air liur. Kemudian saya cuba menekan dgn 2 jari di tepi leher bawah rahang sebelah kanan. Seperti rasa ada bengkak atau benjolan. Tapi tak sure itu benjolan atau apa. Adakah ini tonsil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Kemungkinan besar ia berpunca daripada tonsils yang bengkak. Dapatkan kepastian dengan pemeriksaan doktor

      Delete
  52. salam dr.
    sy mngalami bengkak gusi dan terdapat juga satu benjolan kecil di bawah leher sebelah kiri. sekarang sy merasakan yg sebelah bahagian kiri muka bengkak. adakah ianya disebabkan badan kekurangan air.dan adakah ianya boleh sembuh tanpa ubatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Bengkak tersebut berlaku kerana jangkitan daripada gusi. Mesti dirawat dengan antibiotik.

      Delete
  53. salam dr.
    saya berumur 21 tahun.sudah 3 minggu saya mengalami bengkak dan benjolan betul dibawah rahang kanan saya berdekatan dengan telinga.semalam saya telah pergi ke hospital dan Dr tersebut melakukan mutoux test ke atas saya dan saya dikehendaki datang semula khamis ini.persoalannya saya tidak mengalami sebararang tanda2 tubercolosis seperti sesak nafas atau batuk2 tetapi mengapa Dr tersebut melakukan mutoux test? saya berharap dr dapat menjawab kekeliruan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya bengkak kelenjar limfa, salah satu diagnosis yang disyaki ialah tuberculosis pada kelenjar limfa. Berlainan daripada tuberculosis paru-paru, kebanyakan pesakit tiada batuk atau sesak nafas.

      Delete
  54. Assalamualaikum doktor, sy mengalami bengkak di leher di atas halkum, bila sentuh halkum sy seolah2 tenggelam oleh bengkak tu. Sy menyedari bengkak nie dah lama, dalam 2 tahun atau lebih. Tetapi kecil saje, bila ditanya pada keluarga mereka kata mungkin urat atau lemak. Jd sy tidak dapatkan apa2 rawatan. Tetapi sy sedar bengkak tue semakin membesar. Akhir2 nie sy menyedari bengkak tue sudah sebesar lekukan sudu besar. Namun ia tidak menyakitkan kecuali bila di tekan2 sy merasa sedikit senak dan tidak selesa.

    Dan yang paling jelas sy merasa ada seakan2 lendir atau cecair pekat seperti hingus di kerongkong sy. Sentiasa ada walaupun sy tidak selsema atau deman. Menyebabkan sy tidak selesa kerana seperti cecair tue tersekat n sy perlu telan air liur atau minum air utk melegakannya.

    Apa perlu sy lakukan doktor. Berbahaya atau tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Elok diperiksa bengkak tersebut. Kemungkinan thyroglossal cyst atau bengkak lain. Pemeriksaan dan ultrasound atau CT scan dapat memberi kepastian diagnosis. Ia perlu rawatan.

      Delete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. Salam doc,
    Sy adalah pesakit kanser npc. Pd mulanya terdpt ketumbuhan di tepi leher kanan dan telah dibuang. Semggu slpas itu leher di bhg kiri telah membengkak. Sy telah bt rwtn kimo dan radioterapi. Sy telah berhenti bt rwtn apabila leher kiri sy jd normal blk. Setengah thn lps tu leher bgn kiri membengkak semula.makin lama makin besa dan skrg dia telah menanah dan menjadi sepdarti bisul yg besar. Adakah ia normal utk pesakit kanser spt sy sbb sblum ni bngkak di leher sy xpernah jd menanah.apa pandangan doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok berjumpa dengan pakar ENT dengan segera. Bisul tersebut perlu dirawat dengan segera. Sekiranya tidak habis menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi untuk NPC pada tahun lepas, ada kemungkinan kanser masih ada. Pesakit harus habis menjalani rawatan walaupun bengkak telah surut semasa dalam tempoh sesi rawatan.

      Delete
    2. Salam doc,
      Sy keliru. Adakah bengkak yg menanah ini adalah ketumbuhan kanser atau bisul sbnrnye? Klu ketumbuhan kanser knp dia
      menanah? Adakah bermaksud keadaan kanser di dlm bdn sy semakin truk? Apakah rwtn yg akan diberikan kpd sy utk bngkak yg telah menanah ini kerana sx mmg menghidap kanser npc. Atau adakah rwtn sama dgn pesakit yg mengalami bisul biasa?

      Delete
    3. Salam,
      Saya tidak dapat mengesahkan diagnosis tanpa pemeriksaan. Sekiranya bernanah, ia harus dicuci dan tisu sampel dihantar untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Saya tidak boleh mengesahkan samada masalah kanser atau bisul biasa melalui laman blog ini. Saya nasihatkan sila berjumpa dengan doktor segera.

      Delete
  57. Assalam doc. Sy perempuan. Berumur 21. Maaf mungkin soalan saya lari tajuk.
    Sy ingin bertanya. Begini, pada awl feb 2014 sy ada membeli pen pemutih gigi. Saya hanya berurusan dengan pekerja diklinik gigi berkenaan . Pekerja berkenaan bekata ,bahawa yang pen ini blh dipakai dan dibawa tidur. Jadi mmg itu lah yang saya amalkan utk 2bulan. Slps itu, sy mengalami keadaan dimana urat tekak sy tegang dan menyebabkan keadaan dibawah lidah sy membengkak ,selepas surut dari bengkak urat dibawah lidah sy bernanah dan pulih selepas 3hari. Namun keadaan tegang urat itu, pulih dlm masa 2minggu . Slps 1bln, sy mengalami semacam tulang rahang saya reput dan yang lebih buruk saya mengalami masalah air liur yang banyak dari gigi dan tidak dapat ditelan sendiri oleh tekak saya. Skrg dah 9bln keadaan saya begini.

    pada minggu lepas sy pergi semula dan berjumpa dengan doc dklinik dimana sy membeli pemutih gigi berkenanaan. Dan menceritakan masalah air liur yang saya hadapi. Namun doc berkenaan berkata air liur saya normal saja dan tiada masalah. Dan doc. Bekenaan berkata bahawa cara penggunaan pen pemutih dibawa tidur adalah salah. Namun pkerja berkenaan tidak mengaku.

    soalan saya apakah yang harus saya lakukan sekarang? Dan adakah keadaan rahang saya yang saya rasakan mereput ini menyebabkan tekak saya xdpt berfungsi utk mengalirkan air liur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Maaf saya tidak boleh beri penerangan selanjutnya kerana saya tidak arif mengenai penggunaan pemutih gigi. Elok berjumpa pakar gigi untuk menjalankan pemeriksaan dan penjelasan.

      Delete
  58. Salam doktor. Saya ada masalah kahak dan batuk yang tak pernah hilang. Dah bermacam2 ubat saya makan tapi masih tetap sama. Disebabkan masalah ini banyak makanan yang saya tak boleh makan. Contohnya seperti susu, minuman/mkanan sejuk, mknanan berminyak, etc. Saya dah pergi check specialist tapi bukan bahagian ENT dan setelah membuat ujian darah dan x-ray, doktor memberitahu yang saya tidak mempunyai apa2 masalah. Tapi dia kata mungkin berkaitan dgn perut. Jadi saya nak tahu adakah saya perlu check specialist ENT atau gastro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Boleh berjumpa dengan pakar ENT untuk mengesahkan diagnosis. Doktor akan melakukan pemeriksaan endoskopi bahagian kerongkong dan peti suara. Bahagian hidung juga akan diperiksa untuk pastikan bukan sinusitis yang menyebabkan masalah tersebut. Seterusnya memulakan rawatan. Sekiranya perlu, dirujuk kepada pakar Gastro.

      Delete
  59. Assalamualaikum Doktor..Saya mengalami benjolan dibelakang telinga sebelah kanan..Saya juga sering berasa pening kepala dan mengalami kesakitan apabila menekan di bahagian tersebut..Apakah jenis penyakit yang saya hadapi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saya syorkan pemeriksaan dengan doktor untuk pastikan samada benjolan disebabkan kelenjar limfa atau kelenjar parotid. Perlu juga diperiksa samada ada jangkitan pada telinga yang menyebabkan masalah tersebut.

      Delete
  60. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Perlu periksa semula masalah bengkak tersebut. Samada perlu dibuang atau perlu antibiotik lagi

      Delete
  61. salam doc..sy berumur 25 tahun...sy ada masalh tonsil dr kecil...sy pernah di syorkan doc untuk buang tp sy xmau sbb sy takut..tonsil sy bengkak berterusan dan ad tompok putih...adakah saya ad masalh lain??sy tiada apa2 masalh seperti sakit tekak,sukar menelan dan lain2 cuma sy kerap sakit kepala...adakah saya ad masalah lain?ad alternatif lain x selain buang?sy perokok...sy harap doc beri komen..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Samada perlu pembedahan tonsil atau tidak, perlu diperiksa untuk melihat samada bengkak tonsil itu normal atau tidak. Saya juga syorkan berhenti merokok:)

      Delete
  62. doc waktu anak sedare saya peluk saya....lengan dia terkena halkum saya .....semalam .....sejak tu malam,,,,waktu nak menelan ape ape memang sakit n rase berdenyut denyut....pagi tadi dia makin lama makin sakit halkum saya.....rase sakit sangat waktu menelan makanan
    adekah ia satu perkara yang sangat serius?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Saya pasti sekarang sudah tidak sakit lagi, setelah lebih seminggu. Jika masih sakit perlu diperiksa doktor

      Delete
  63. hai doctor, saya ada anak berumur hampir 3 tahun. apabila dia bersuara tinggi, menyanyi atau berteriak , saya dapati bahagian leher sebelah kanan nya akan timbul muscle agak besar dan bulat. saya pernah berjumpa dengan doctor di klinik swasta sebelum ini, tapi doktor tu cakap itu hanya muscle sahaja. tapi sebenarnya saya risau juga sebab saya tak nampak pada kanak kanak lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Selmat malam.. Sy wanita berumur 20 tahun yg mengalami sakit bengkak dn bernana di pertengahan lehir dan bahu.sy suda berulang kali pergi ke hosptal untuk mendpat rawatan .tetapi sampi sekarng sakit bengkak dn bernana sy belum sembuh.. Dan masah kini juga benjolan ni semakin brtambah 1 hinga 3.. Dan sy terasa sakit pada benjolan..pa kah caranya untuk merawat sakit yg sy alami ini.

      Delete
    3. Selmat malam.. Sy wanita berumur 20 tahun yg mengalami sakit bengkak dn bernana di pertengahan lehir dan bahu.sy suda berulang kali pergi ke hosptal untuk mendpat rawatan .tetapi sampi sekarng sakit bengkak dn bernana sy belum sembuh.. Dan masah kini juga benjolan ni semakin brtambah 1 hinga 3.. Dan sy terasa sakit pada benjolan..pa kah caranya untuk merawat sakit yg sy alami ini.

      Delete
    4. Salam,
      Elok berbincang dengan doktor yang merawat tentang masalah sakit saudari. Adakah perlu dibedah dan dicuci bengkak bernanah tersebut? Apakan punca bengkak nanah tersebut, jangkitan kuman? Perlukah makan antibiotik untuk tangani jangkitan bakteria? Masalah diabetes atau kencing manis?

      Delete
  64. Salam,adakah kita perlu risau jika bahagian leher kita tiba-tiba bengkak dalam masa 1 malam tetapi tidak sakit dan bengkak tidak hilang dalam masa 5 hari walaupun telah di periksa dan di berikan ubat
    Doktor pakar cuma mengatakan ini ada thyroid tetapi sample darah hasil pemeriksaan adalah normal dan doktor mendapat gumpalan berbentuk cecair di bahagian luar kerongkong (di dalam isi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya kelenjar tiroid masih bengkak, perlu diperiksa semula. Jika perlu doktor akan mengesyorkan pemeriksaan ultrasound. Ultrasound dapat pastikan samada bengkak tiroid tersebut adalah normal atau tidak. Semestinya ada rawatan susulan untuk pemantauan bengkak tersebut.

      Delete
  65. slam, dr, perlukah sye risau jika demam dh smnggu xnak baik2 lagi ttap 37 dn ke atas tp akn kurang kalau mkn panadol ade kalenjar antara bahu dn leher mcm kcang dn bwah telinga disebelah pipi yg baru , then muncul disebelah kiri tmpat yg sama ade due juga total dh 4 sye dh berjumpe, ape ptut sye buat dgan demam yg xjelas [puncanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Demam dan kelenjar limfa leher yang bengkak perlu diperiksa doktor. Kemungkinan jangkitan kuman tetapi elok diperiksa doktor untuk kepastian dan samada perlu ujian darah dan sebagainya.

      Delete
  66. As salam doktor..
    dileher sya ada ketulan hmpir 5thn.pernh scan dihospitl krjaan sekali mgatakn tiriod.sy x ada diberi ubt.sy x mgalami sytm tiriod hyper..bolh tau brpa anggaran byrn utk scan dn pmeriksaan diklinik doktr...trima kasih doktr☺

    ReplyDelete
  67. assalamualaikum DR.mucoceles bahaya ke sekiranya tidak di buang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Mucoceles akan terus membesar jika tidak dibuang dan ini boleh mendatangkan bahaya.

      Delete
  68. hye Dr, saya tersedar terdapat benjolan di leher pada bahagian kiri, tetapi saya benjolan itu tidak sakit dan saya tidak mengalami demam. Saya berminat untuk mengetahui apa itu kelenjar limfa leher. Mohon pencerahan dr Dr. Maizatul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelenjar limfa leher adalah rangkaian kelenjar imunisasi badan. Ia berfungsi sebagai organ mengesan bendasing atau jangkitan dan akan bertindakbalas untuk melawan jangkitan tersebut. Kelenjar limfa juga boleh membengkak tanpa jangkitan contohnya dalam kes ketumbuhan/tumor atau kanser.

      Delete
  69. Salam doktor..baru-baru ni sya mengalami masuk angin di dada dan leher menyebabkan sya rasa gelisah..saya membuat scope di Kpj dan disahkan jangkitan h.pylori..dalam masa yg sama kelenjar tiroid saya turut bengkak..ujian darah dah dibuat tetapi tiroid negatif..saya telah menghabiskan kombinasi antibiotik utk h.pylori..gejala angin dah berkurangan..tetapi kelenjar tiroid masih bengkak. Mohon pendapat doktor..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok diperiksa semula kelenjar tiroid tersebut. Mungkin boleh melakukan ultrasound untuk kepastian samada betul-betul bengkak atau tidak.

      Delete
  70. Salam doktor..baru-baru ni sya mengalami masuk angin di dada dan leher menyebabkan sya rasa gelisah..saya membuat scope di Kpj dan disahkan jangkitan h.pylori..dalam masa yg sama kelenjar tiroid saya turut bengkak..ujian darah dah dibuat tetapi tiroid negatif..saya telah menghabiskan kombinasi antibiotik utk h.pylori..gejala angin dah berkurangan..tetapi kelenjar tiroid masih bengkak. Mohon pendapat doktor..terima kasih

    ReplyDelete
  71. Dear Mazita,
    Good afternoon

    Dr,Actually on 2011 i was admitted in government hospital due to the severe pain that i had on left side of my throat.They refer me to ENT as they suspect it might be epiglottis.After scope done on my throat,they said there no any significant result from scope.After few years,which on last week suddenly i got the same pain again where i cant swallow food even drink plain water.I went clinic,doc provide some antibiotic (Clamovid 625mg) and no changes on the pain.I decide to go govement hospital which is near by my pace and again doctor provide me another antibiotic (amoxilin 500mg) and pain killer.Until now there no changes in pain.The pain is still there and some time i feel so hard even to drink.Can you please guide me what should i do?
    i will be very thankful if DR can suggest anyway.
    Thank You,
    shasikaala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Shasikaala,
      If you're still experiencing pain, please see back the ENT doctor. Even more so since you have difficulty swallowing. You need another reassessment with endoscopy.
      Since this is a late reply, I hope you have already done the above.

      Delete
  72. Dear Doctor,

    Saya mengalami batuk yang panjang hampir 3 bulan sehingga sekarang, tanpa rawatan lanjut disebabkan urusan kerja. Cuma pergi ke klinik biasa sahaja. 3 minggu lepas doctor klinik mensyorkan saya pergi ke KPJ untuk mendapatkan rawatan tetapi saya tidak pergi. Semalam 16/6/2015 saya pergi mencabut gigi geraham kerana tak boleh tampal lagi. Jadi selepas 12jam itu saya merasakan saya berkahak darah..batuk mengeluarkan kahak darah.. Adakah itu disebabkan cabutan gigi? Saya harap dapat maklum dari doctor. Thx...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batuk yang berpanjangan perlu diperiksa dengan lebih lanjut oleh pakar untuk mengesahkan punca batuk tersebut. Batuk berdarah boleh disebabkan oleh penyakit tuberkulosis. Samada kahak berdarah yang dialami disebabkan oleh cabut gigi atau tidak hanya dapat dipastikan dengan pemeriksaan doktor. Saya tidak dapat mengesahkan perkara tersebut.

      Delete
  73. dr tengkuk saya selalu sakit..mula2 ingatkan salah bantal..tapi dah dekat2 bulAn x hilang2 sengalNya..saya akan pening kalau pandang ke kiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok periksa dengan doktor samada masalah leher atau vertigo.

      Delete
  74. pakar tulang saya dah pergi,ent pun sy dah pergi. pakar tulang dah buat x ray tapi dia ckp xda apa problem dgn leher dan cadamgkan fisio.. 2 pakar ent sy dah pergi.. yg pertama cek dia bagi saya betaserc 24mg.. pakar ent yg kedua.. hanya buat epley manuver dan beri saya sekeping kertas mengandungi cara2 buat vestibular exercise..dua2 sy ikut.. mkn ubat pun sy buat exersice pun sy buat. tapi dah hampir 3 bulan x hilang2 jugak.. ada la kadang2 rasa mcm dah ok.. lepas tu datang balik..leher saya bila pandang ke kiri especially bila memandu..akan rasa pening tu..dr tolong la beri jawapan bukan kata agak2 tapi keberangkalian sakit apa yg sy hadapi..ya saya faham dr xda berdepan dengan kami jadi dr x bole bagi jawapan 100% tapi bagi la sesuatu yg bole menyedapkan kami yg bertanya ni..berbanding jawapan biasa yg dr beri sila jumpa ent anda..sy x dpt bagi jawapan..kami yg baca blog dr ni mengharapkan lebih dari jawapan tu..tKasih..

    ReplyDelete
  75. Maaf, memang saya tidak dapat memberi diagnosis tanpa memeriksa pesakit dengan sendiri. Saya mungkin memberi pendapat dan jawapan yang salah yang tidak akan membantu encik. Ia hanya akan mengelirukan keadaan dan paling teruk jika lebih memudaratkan. Setiap pesakit adalah berbeza. Sebaiknya encik bertanya soalan-soalan tersebut kepada pakar ENT yang telah merawat encik. I can only advise according to the limitations that I have. Maybe you should read my blog on vertigo
    http://earnosethroatdoc.blogspot.com/2012/03/vertigo-i-feel-earth-move-under-my-feet.html

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum doc...sy ada soalan..sy ada anak berusia 2 tahun setengah...kat belakang kepala anak sy, ada biji2 kecik di bebrapa tmpat...sejak bayi lagi...masa tu ada doc ckp normal utk bayi...tp sy risau smpai skrng masih ada lagi...dan ada biji tu yg besar skit dr biasa, mcm benjol kat kepala...dan merah...mungkin sbb sy selalu urut dgn ibu jari...sbb ada org sarankan wat mcm tu supaya biji tu makin kecil...adakah normal tumbuh biji kecil mcm tu kat kepala kanak2?adakah itu kelenjar?.perlukah sy rujuk pada pakar Ent.?di hospital kerajaan atau klinik swasta?....harap doc dapat membantu...tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Sekiranya ia bengkak dan merah elok berjumpa dengan doktor kerana mungkin perlu makan antibiotik.
      Selain itu saya nasihatkan jangan diurut kelenjar tersebut. Ia akan surut secara semulajadi. Bila diurut, boleh menyebabkan ia lebih bengkak.
      Samada perlu dirujuk kepada pakar ENT, biar doktor klinik yang memeriksa dan merawat anak puan membuat keputusan samada diberi rawatan dahulu atau perlu terus berjumpa pakar.
      Kelenjar limfa pada kanak-kanak memang senang bengkak dan mengambil masa yang lama untuk surut. Tetapi jika berterusan, saiz membesar, merah, sakit, demam, bernanah; perlu rawatan selanjutnya.

      Delete
  77. Assalamualaikum doc,

    Saya mengalami bengkak di leher sebelah kanan bawah telinga sejak 2thn lalu. .Sehingga sekarang ia masih belum surut..saya pernah refer di hospital,pernah buat ujian fnac test dan ujian tibi tapi hasilnya negatif..Saya juga pernah buat ultrasound dan didapati hampir sekeliling leher saya ade bengkak tetapi yang agak ketara bengkaknya adalah di leher sebelah kanan..saya dinasihatkan doktor untuk dtg semula berjmpa denganya sekiranya bengkak saya bertambah besar dan sakit.. Blh saya tahu apa sakit saya sebenarnya doc. ? sbb sehingga kini ia masih seperti biasa dan masih tidak surut?

    ReplyDelete
  78. Salam doc

    Sy berasa sakit di bawah rahang sebelah kiri..bila ditekan terasa seperti ad ketulan..ketulan tu cuma terasa ketika berbaring dan tunduk sahaja.gusi saya juga bengkak ketika ini..mnta pndpt doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok dapatkan rawatan untuk gusi bengkak tersebut dengan doktor gigi. Bengkak leher sepatutnya surut bila masalah gusi pulih.

      Delete
  79. salm doc..ank sy brumur 3 thun...trdpt satu ketulan di leher belah kiri bawah cuping telinga...ia hanya blh rase dgn palpate...sgt jarang die ckp sakit di kawasan itu...ia xblh nmpk dgn mata kasar...ade ape2 kemungkinan x doc?

    ReplyDelete
  80. salm doc..ank sy brumur 3 thun...trdpt satu ketulan di leher belah kiri bawah cuping telinga...ia hanya blh rase dgn palpate...sgt jarang die ckp sakit di kawasan itu...ia xblh nmpk dgn mata kasar...ade ape2 kemungkinan x doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Ia perlu diperiksa doktor untuk pasikan samada kelenjar limfa atau kelenjar parotid yang bengkak. Kawasan sekelilingnya termasuk telinga perlu diperiksa untuk mengetahui punca bengkak tersebut. Dan bengkak tersebut perlu dipantau sekiranya membesar.

      Delete
  81. Salam doktor. Saye rasa ade ketulan kecil di rahang kiri bawah telinga. Saya takut doktor adakah ini berbahaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sukar untuk memberitahu samada bahaya atau tidak. Saya perlu memeriksa benjolan tersebut. Saya syorkan jumpa dengan doktor untuk kepastian diagnosis.

      Delete
  82. Salam doc , sy nk tanya bagi pihak tunang sy . Pada asalnya bekak pada leher sebelah kanan tunang sy mula membesar dan lama kelamaan telinga sebelah kanan tunang sy tak dengar apa apa . Skrg bengkak mula membesar disebelah kiri . Dan telinga sebelah kiri dia mula tidak dengar . Samar2 . Sudah pegi pakar tapi tindakan mereka agak lambat . Sbb kene buat temu janji . Sy dan family risau sangt hal ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Apa yang saudari buat adalah wajar, jumpa dengan pakar secepat mungkin. Perlu diperiksa dengan teliti dan menjalani beberapa ujian untuk mengetahui punca bengkak tersebut.

      Delete
  83. Assalam doc. Setelah seminggu ibu jari saya bergetar dengan sendiri, saya brjumpa dengan doctor. Doc arahkan ambil darah. Masa tunggu result saya dapati ada mcm kelenjar besar di leher sebelah kanan. Semasa berdiri dan duduk tidak dpt dirasa. Kelenjar dpt dirasa membesar semasa baring tanpa bantal dan sujud. Ia tidak sakit doc. Tidak keras. Terasa lembut. Tidak ada rasa sakit tekak. Berbahaya ke doctor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Periksa semula dengan doktor berkenaan untuk mengetahui keputusan ujian darah. Bengkak tersebut perlu diperiksa dengan lebih lanjut, samada neck cyst, thyroid cyst atau lipoma (kerana lembut). Kebarangkalian doktor tersebut akan rujuk kepada pakar berkenaan.

      Delete
    2. Doc. Result ujian darah saya utk thyroid stimulating hormone ialah 1.01. Then utk free thyroxine ialah 14.81. Doc kata kelenjar tu mngkin sbb saya sakit tekak dan akan surut sndiri. Tapi kelenjar tu masih ada dan saya masih lagi rasa seaak nafas. Apa yg prlu sy buat? Dr tu x ade bagi saya apa2 ubat.

      Delete
    3. Sekiranya bengkak tersebut masih ada (berlarutan sehingga 2 minggu) dan rasa sesak nafas, elok mendapatkan pemeriksaan semula dan jika perlu rawatan pakar. Jika kelenjar thyroid yang bengkak dan tahap hormon normal, tiada ubat yang perlu dimakan. Tetapi bengkak tersebut perlu dipantau sekiranya tidak surut. Doktor mungkin mengesyorkan ujian ultrasound atau CT scan dan ujian FNAC/biopsy.

      Delete
  84. Aslm doktor..saya 46 thn..mengalami tinnitus di telinga kiri selama 6 bulan hgga skrg...saya telah diberi rawatan oleh doktor pakar ent dgn ubatan betaserg shj.beliau telah cek telinga n saluran hidung..tp normal... Setelah 6 bln..sy bercdg utk ke kpj perda utk rawatan..tp biasa lah..masalah kewangan tidak menhizinktn.adi srmasa baring,saya merasa ketulan di bahgian parotid..iaitu di bwh cuping tlga dan dihujung rahang kiri..ianya tidak sakit..cuma masalahnya sy merasa ada sikit gangguan pada otot muka dan mata sebelah kiri..muka terasa berat dan mata kiri seperti ada pressure di kelopak mata..tp shgga skarang blum ada spt bell palsy..harap dok dpt memberi info..tq.

    ReplyDelete
  85. Salam doc sya nk tnya.. urat dibhgian kiri kanan terasa tegang dan di bhgian kerengkong tersa sukar ntuk meneln mknan.. sudh lm trjdi.. sya prnh mmbuat ujian darah.. negtif.. tdk brasa,skit cuma trasa tidak slsa.. dn pembekakn klenjr dbhgian paha prnh brlku xp skjp shja..skrng kmbli norml.. hrp dpt pnjelsn dri doc adkh ini skdr tidak kestblan apa apa atau ad kesn lain..

    ReplyDelete
  86. Salam doc sya nk tnya.. urat dibhgian kiri kanan terasa tegang dan di bhgian kerengkong tersa sukar ntuk meneln mknan.. sudh lm trjdi.. sya prnh mmbuat ujian darah.. negtif.. tdk brasa,skit cuma trasa tidak slsa.. dn pembekakn klenjr dbhgian paha prnh brlku xp skjp shja..skrng kmbli norml.. hrp dpt pnjelsn dri doc adkh ini skdr tidak kestblan apa apa atau ad kesn lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sukar untuk saya menjangka punca masalah saudari. Mungkin lebih wajar saudari mendapatkan pemeriksaan pakar ENT. Di klinik, kami boleh melakukan ujian endoskopi untuk memeriksa bahagian kerongkong dengan lebih terperinci.

      Delete
  87. salam Dr,
    - patient with Palliative care. ( kanser pangkal lidah)
    - completed 33cycles radiotherapy&chemo.
    - with peg feeding tube since 2014, blended porridge/glucerna feed.
    - last chemo taken on june 2015, request temporary break for chemo.
    - recently had neck mass excess ( daily dressing at home)
    - mass excess had 1st appeared on last Aug 2015 - 50cents size.
    - now growing to half palm size on Nov 2015.
    is there any best treatment/surgery suggest?
    if yes, which oral cancer surgery suggested.
    Thanks.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Replied to your email earlier

      Delete
    2. Wslam . Received and had replied too😍😍
      Jazakallah

      Delete
  88. Asalam doktor bila sy telan air liur terasa mcm ade biji kt tekak ,mcm tetelan biji durian,da 5,6 hari xok2, tp lepas sendawa,biji tu xterasa plak,tp xsakit,, nape ye doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam,
      Maaf, saya tak dapat nak teka apa masalahnya. Tekak perlu diperiksa doktor untuk kepastian

      Delete
  89. Assalam dr..sy mengidap penyakit csom(chronic suppurative otitis media) dan bru2 ni sy rasa sakit kepala sangat2 lbh kurang 2hari,bgn dr tdo sy memeriksa belakang leher bdkatan dgn telinga terdapat benjolan kecil,dan bila ditekan rasa sakit?adakah itu tanda jangkitan?perlukan sy merujuk segera ke ENT?

    Trima ksh dr..

    ReplyDelete
  90. Assalam dr..sy mengidap penyakit csom(chronic suppurative otitis media) dan bru2 ni sy rasa sakit kepala sangat2 lbh kurang 2hari,bgn dr tdo sy memeriksa belakang leher bdkatan dgn telinga terdapat benjolan kecil,dan bila ditekan rasa sakit?adakah itu tanda jangkitan?perlukan sy merujuk segera ke ENT?

    Trima ksh dr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Benjolan tersebut kemungkinan besar kelenjar limfa yang bengkak berpunca daripada jangkitan telinga. Saya syorkan pemeriksaan pakar ENT untuk masalah saudari. Bimbang jangkitan agak serius sehingga menyebabkan sakit kepala.

      Delete
  91. salam doktor, saya ada perasan selepas bangun tidur saya terasa sakit dibahagian tepi leher sebelah kiri. selepas itu saya merasakan seperti ada benjolan. adakah ini disebabkan pembengkakan kelenjar atau tersalah urat ketika tidur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Agak sukar untuk saya mengagak tanpa memeriksa benjolan tersebut.Jika tersalah urat, kemungkinan otot leher yang tegang atau bengkak.

      Delete
  92. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  93. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  94. G.afternoon Dr,

    Pada awal dec selpas bgn tdor sya dapati terdapt satu benjolan di bwah dagu. mula2 bnjoln tersebut semkin mngecil tetapi selpas itu bnjolan tersebut seperti berhnti dari terus mngecil.sya jga merasakan seperti ada kahak di tekak yg susah dikeluarkn. Pada awal jan sya telah merujuk msalah ini dgn pkar ENT di KPJ kajang. selepas pemeriksaan dr mnyatakan tiada sbarang ktumbuhan dibhagian tersebut. Sya drikan ubat controloc 40mg utk smggu dan diminta utk mnjaga diet seperti tidak mngambil mkanan pedas dan mnuman berkafein. dan moniter agar benjolan tersebut tidak semakin membesar sya dapati khak tersebut bnyak berkurang.
    Adakah perkara seperti ini normal doc dah adakah biji tersebut boleh ditekan/picit
    Reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jangan dipicit benjolan tersebut. Kelenjar limfa boleh membengkak sekiranya ada radang di dalam mulut atau tekak. Walaubagaimanapun jika benjolan tidak surut dalam masa 1-2 minggu, elok diperiksa semula oleh doktor.

      Delete
  95. Salam doc. Kenapa yee kadang2 saya rasa lidah smpai ke tekak mcm kejang? Mcm urat trtarik. Smpai nak mendongak pon tak mampu..terasa mcm urat boleh putus. Biasanya rasa time tido kepala atas meja and time nak termuntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya tak berapa pasti. Elok diperiksa doktor jika bimbang.

      Delete
  96. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  97. Assalamualaikum doktor. Emak saya mengalami bengkak pada bahagian leher dan muka. Leher kelihatan kejang dan tidak boleh toleh kanan atau kiri. Keadaan ini akan reda sendiri setelah beberapa ketika dan akan berulang lagi pada setiap hari. Mohon pandangan doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Elok diperiksa dengan pakar ENT untuk pastikan punca masalah. Sukar untuk saya memberi pendapat yang bernas tanpa melakukan pemeriksaan.

      Delete
  98. Assalamualaikum dc. Saya dari sekolah menengah ada benjolan di belakang leher,area tengkuk laa..saya da buat pembedahan d hospital..tapi selepss semiinggu masih aktif sampai sekarang umur saya dah 22 tahun..sy terdengar doc kata itu cyst..bengkak sy itu akn terasa gatal apabila dya nak aktif,bila saya dah garu2 area situ,esok nye akan terus aktif membengkak,sakit dan terasa kejang..lepas beberapa hari,akan pecah sendri apa bila dah membengkak merah,yang kluar dari situ adalah nanah dan darah..dan akan tertinggal sperti daging lebih..selepas beberapa hari akan mengecil semula dan hilang tiba2..dan ia akan berulang semula apabila terasa gatal di situ..saya nak tahu apa penyebab nye dah apa penyakit saya tuh ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Ada kebarangkalian masalah sebaceous cyst atau epidermal cyst. Cyst sekiranya tidak dibuang akan berulang mnegalami jangkitan (menyebabkan bisul). Perlu diperiksa pakar ENT dan kemungkinan perlu dibedah buang.

      Delete
  99. salam doktor . saya mengalami sakit tekak sudah 6 hari . demam pun sama juga . saya pregnant anak pertama . 1st pergi hospital doktor just bagi ubat panadol . but sakit tekak dekat leher masih lagi sakit . demam pun masih belom kebah . the next day saya pun jumpa doktor d klinik private n saya tunjuk kn bengkak dlm leher doktor cakap bisul and plu d operate but doktor bagi ubat antibiotik untuk susutkan bisul tersebut and tengok kalau keadaan masih sama boleh pergi hospital . keadaan saya sudah mkin teruk . sakit nk menelan , makan , minum , perubahan suara yang ketara dan kadang2 susah nk bernafas . kadang2 nak tido malam hari pun ssh . mintak pandangan doktor . tq

    ReplyDelete
  100. salam doktor . saya mengalami sakit tekak sudah 6 hari . demam pun sama juga . saya pregnant anak pertama . 1st pergi hospital doktor just bagi ubat panadol . but sakit tekak dekat leher masih lagi sakit . demam pun masih belom kebah . the next day saya pun jumpa doktor d klinik private n saya tunjuk kn bengkak dlm leher doktor cakap bisul and plu d operate but doktor bagi ubat antibiotik untuk susutkan bisul tersebut and tengok kalau keadaan masih sama boleh pergi hospital . keadaan saya sudah mkin teruk . sakit nk menelan , makan , minum , perubahan suara yang ketara dan kadang2 susah nk bernafas . kadang2 nak tido malam hari pun ssh . mintak pandangan doktor . tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saudari perlu mendapatkan rawatan intravenous antibiotik. Saya tidak pasti samada masalah yang dihadapi adalah tonsillitis atau bisul di leher (sebab tidak memeriksa saudari). Jadi harap saudari telah pun berjumpa pakar ENT di hospital

      Delete
  101. Assalammualaikum dr Mazita,
    Pada bulan 10/2015 sy dapati ada bengkakan di leher sebelah kiri bawah telinga dan sy telah rujuk pada klinik kesihatan dan phak klinik meminta sy dapat pemeriksaan di hospital bahagian SOPD. Jadi 6/11/15 sy telah diperiksa dan diambil darah dan disyaki ada TB dan diberi 3 botol ksong utk diisi kahak pda awl pagi dan harus dihntar awl pgi di hsptal smula dan dilakukan selama 3 hari berturut-turut (sy tidak batuk dan kahak memang sy xdpat keluarkan dan memang tiada kahak). 25/11/15 pula sy diminta melakukan ultrasound di bahagian leher.11/12/15 sy berjumpa doc dan dapati sy negative TB dan diberitahu sy ada Swollen Lymph Node dan benjolan dileher telah meningkat menjadi 3 di leher kiri (hanya 1 sebesar ibu jari (timbul) dan 1 di leher kanan (kecil). Pada 15/12/15 saya melakukan ujian Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC) dan sy pulang. 22/1/16 sy berjumpa doc dan keputusan dapati cuma jangkitan kuman sahaja dan sy telah diberi Co-Amoxiclav 625mg Tablet dan 5/2/16 sy berjumpa doc dan benjolan tidak susut juga dan sy diminta buat operation dan doc akan ambil stu dripada yg ada untuk tau lebih lanjut dan sy menolak (sy takut untuk buat pembedahan dan risau ada implikasi selepas itu ) dan meminta diberi obat Antibiotik 650g sekali lagi dan menerima tarikh baru untuk berjumpa doc pada 16/2/16 (SOPD) dan 18/2/16 (ENT).Saya dalam dilema dan sy skip utk berjumpa doc di SOPD dan sy telah decide utk berjumpa ENT shja kerana tiada kesudahan di SOPD dan akhirnya sy ditolak dan diminta rujuk di ENT. Saya cari artikel-artikel untuk dibuat rujukan dan setelah baca barulah sy tau sepatutnya kes sy ni sepatutnya dpat rujukan di ENT. Sepanjang tempoh rujukan di SOPD sy dapati doc bertukar-tukar dan setiap kali itulah perkara sama yang dibualkan dan tiada kesudahan dan akhirnya baru sy ditolak utk dirujuk pihak ENT pula. Jadi sy berharap dengan berjumpanya doc di ENT adalah keputusan dan tindakan yg lebih baik,insyaAllah. sy hanya mahu berkongsi pengalaman dan tidak menyalahkan mana-mana pihak dan jika ada ayat yg slah dan menyinggung perasaan mana-mana pihak sy memohon maaf.Disini sy sertakan email sy untuk mendapat lebih maklumat dri pihak doc :norizzati.90@gmail.com. Sila bantu saya dan apa sy perlu buat doc?

    ReplyDelete
  102. Assalamualaikum dokter
    saya dika dari indonesia.
    mau tanya dok, di leher sebelah kanan sy ada bengkak tepat di denyut nadi, kata dokter spesialis bedah itu tidak berbahaya, namanya carotid body.
    tapi bengkaknya tidak hilang, ini udah memasuki 7 bulan.
    mohon penjelasannya dok, saya rasa pelik je.
    Terima kasih dok, semoga Allah limpahkan pahala yang banyak buat dokter yang sedia membantu semua orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Sekiranya sudah melakukan scan dan mendapati ia hanya carotid body, tiada masalah kerana ia struktur yang normal. Ia tidak akan hilang, mungkin lebih ketara bagi pesakit yang kurus lehernya. Perlu dipastikan bukan tumor, dan ini boleh dikesan dengan menjalani CT scan atau MRI.

      Delete