Friday 4 May 2012

KANSER TEKAK

Kanser tekak lebih tepat dikenali sebagai kanser laring (larynx) dari segi istilah perubatan. Anatomi laring melibatkan kawasan peti suara yang juga berdekatan saluran pemakanan iaitu esofagus (esophagus).
Di dalam kajian National Cancer Registry tahun 2006 terdapat 1.1 kes per 100,000 populasi di Malaysia di mana kaum lelaki mencatatkan kekerapan lebih 5 kali ganda berbanding kaum wanita. Ia juga menunjukkan peningkatan kes bagi pesakit yang berumur 40 tahun ke atas dengan yang tertinggi di kalangan pesakit yang berumur 60-69 tahun.

Kawasan tekak (larynx) melibatkan khususnya organ peti suara (glottis), supraglottis dan subglottis

Gejala kanser tekak seringkali timbul sebagai perubahan suara, suara garau atau masalah menelan makanan dan minuman. Pesakit juga kadangkala berasa seperti ada 'sesuatu yang sangkut' di bahagian tekak. Perubahan suara kerapkali merupakan gejala sakit tekak biasa yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Akan tetapi sekiranya perubahan suara itu berlarutan lebih dari 2 minggu, pesakit seharusnya mendapatkan pemeriksaan tekak yang lebih terperinci.

Gejala-gejala lain yang berkaitan kanser tekak adalah bengkak pada leher yang disebabkan oleh kelenjar limpa, batuk berdarah, sesak pernafasan atau pernafasan berbunyi terutamanya di kalangan mereka yang merokok.

PEMERIKSAAN KLINIKAL

Pesakit yang mempunyai gejala- gejala tersebut perlu diperiksa dengan lebih lanjut menggunakan peralatan endoskopi semasa sesi rawatan di dalam klinik pakar. Sekiranya pemeriksaan endoskopi menunjukkan ketumbuhan di kawasan tekak pesakit perlu menjalani pemeriksaan selanjutnya.

Ketumbuhan pada tekak boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit seperti tuberkulosis (batuk kering), polip, granuloma selain dari kanser. Untuk mengenalpasti punca sebenar sedikit tisu perlu diambil dari ketumbuhan tersebut. Kerapkali ini melibatkan pembedahan kecil.

Pesakit juga perlu menjalani pemeriksaan CT scan (computed tomography) untuk mengetahui sejauh mana kanser tersebut telah merebak.

RISIKO KANSER TEKAK

Terdapat beberapa faktor yang merupakan risiko tinggi untuk kanser tekak:
Faktor umur- Risiko meningkat semakin pesakit berumur
Alkohol- Tabiat pengambilan alkohol atau minuman keras merupakan faktor risiko yang tinggi terutamanya jika pesakit juga mengamalkan tabiat merokok
Merokok- Perokok tegar yang bertahun-tahun lamanya mempunyai risiko yang amat tinggi
Pesakit kanser tekak di kalangan ahli keluarga terdekat terutamanya ibubapa atau adik-beradik
Human papillomavirus- Jangkitan virus ini juga meningkatkan risiko kanser tekak
Faktor lain seperti Asid reflux, pencemaran Bahan kimia, Diet yang kurang sihat

RAWATAN KANSER TEKAK

Pelan rawatan penyakit kanser perlu pertimbangan antara pesakit dan doktor pakar bedah bersama pakar onkologi. Rawatan kanser tekak yang disyorkan oleh doktor pakar bergantung kepada tahap kanser tersebut.

Sekiranya tahap penyakit kanser tekak masih di peringkat awal rawatan secara pembedahan atau radioterapi perlu dijalankan. Ketumbuhan kanser yang lebih besar terutamanya yang melibatkan kelenjar limpa perlu kedua-dua pembedahan dan radioterapi. Kadangkala kemoterapi juga diperlukan bagi tahap kanser tekak yang lebih lanjut. Pelan rawatan penyakit kanser adalah khusus bagi setiap pesakit setelah mengambil kira tahap kanser, keadaan kesihatan pesakit dan jenis sel kanser.

PERINGATAN
Peringatan yang paling penting ialah pesakit harus cepat mendapatkan pemeriksaan lanjutan sekiranya mengalami gejala-gejala di atas. Kerana pemeriksaan awal dapat mengesan ketumbuhan pada peringkat awal. Sekiranya kanser tersebut dapat dikenalpasti pada peringkat awal, sudah tentu rawatannya kurang rumit dan peratusan kebarangkalian sembuh adalah amat tinggi.

325 comments:

  1. salam....saya ada tanda-tanda seperti rasa benda tersangkut.....saya sudah mengalami tanda ini slama
    2 bulan....adakah ini tahap awal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simptom rasa benda tersangkut perlu pemeriksaan ENT yang lebih lanjut.

      Delete
    2. assalamualaikum..sy dah pergi ent..sy dah ckp sy dah sesak nafas...dia boleh bagi masa sebulan lebih??saya dah setahun rasa telan mcm tersangkut...
      skrg makin teruk..rasa mcm makin besar kat tekak..telan makin terasa..makan pun mcm nasi tu nak telan tersekat.
      lepas dah pergi doktor pakar bagi appointment 1 bulan lebih.klau sesak nafas lagi terus pergi emegency...hmm klau pergi swasta brp ye kena doktor?

      Delete
    3. Waalaikumsalam,
      Elok bertanya dengan klinik ENT yang akan dikunjungi mengenai kos rawatan. Jika ingin ke klinik saya, telefon 03 3377 7865

      Delete
  2. Assalamualaikum. Maaf menggangu puan. saya ade mengalami maksalah bila sahaje minum minuman panas saya seperti mengalami benda tersangkut ditekak. dan bila saya minum air masak untuk dibilas . sedawa mula keluar dah rasa selesa. kenapa jadi macam tue. dah saya sudah dua kali mengalami maksalah nafas yang selesa. kerana rasa tersangkut. bila bersenam dan minum air baru kelaur sedawa dan lasa mulai lapang. mohon pencerahan dari puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Elok diperiksa masalah tersebut. Samada masalah di bahagian tekak atau perut.

      Delete
    2. terima kasih pn. nak tanya lah . perut saya adekalanya sakit sebelah kanan bawah rusuk akhir. biasanya berlaku bila lambat makan . atau pun makan makanan pedas. kekadang tue sakit nya melibatkan bahagian belakang badan sebelah kanan. seperti sakit urat belikat.

      Delete
  3. Saya ada alami terasa benda tersangkut di tekak hmpir 3 buln.. sya dh pergi jmpa doktor di jbtn pskit luar HKL.. doktor ambil test ecg dgn ambil drah utk thyroid... result xdak msalh... lpas 2 doktor bgtau yg itu hnya mslah stress.. skrng ni sya btul2 x slesa bila mnelan... sya just geram bila doktor x trnsfer kes sya ke ENT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika masih ada masalah menelan, elok diperiksa oleh pakar ENT. Mungkin boleh berjumpa dengan doktor berkenaan dan request referral.

      Delete
    2. Mia hassan boleh wassap sy tak untuk kongsi pengalaman....sbb skrng sy tgh kne mcm awak...019 6489567

      Delete
  4. Assalamualaikum..maaf menganggu puan..saya ingin bertanya..saya mengalami sakit di tekak,tapi bukan sakit di kerongkong tekak,tapi sakit ni berlaku di sebelah kanan tekak saya,apabila makan dan minum,saya tak terasa sakit,tapi apabila menelan air liur,saya terasa sakit dan apabila saya sujud,terasa sangat sakit di sebelah kanan tekak saya..adakah ia salah satu simptom kanser tekak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Kanser selalunya tidak merasa sakit kecuali jika ia sudah merebak ke bahagian tulang. Elok diperiksa untuk mengetahui punca rasa sakit tersebut kerana tidak normal rasa sakit yang berpanjangan.

      Delete
    2. Apa maksud doktor sudah merebak ke bahagian tulang? Kita akan rasa sakit sendi / lemah tulang ke?

      Delete
    3. Salam,
      Jika ada masalah kanser, ia boleh terus membesar dan merebak ke struktur berdekatan seperti tulang atau merebak jauh (metastasis) kepada organ-organ lain. Sakit sendi tidak semestinya bermaksud ada bone metastasis. Pesakit perlu dapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian diagnosis.

      Delete
  5. ASALAM
    DR MAZITA SAYA NAK TANYA ..BAPA SAYA DAH HILANG SUARA HAMPIR 2 BULAN ..BILA BERCAKAP HANYA ANGIN YANG KELUAR DARI MULUT BAPA SAYA ..DAH BAWA KE HOSPITAL SERDANG TAPI MASIH MENUNGGU TURN ..HARAP DAPAT PENJELASAN DARI DOKTOR .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Maaf lambat jawab kerana saya berada di luar negara sebulan lepas.
      Saya harap ayah saudara/i sudah pun berjumpa dengan pakar ENT.
      Ia petanda masalah yang serius.

      Delete
    2. Tn/pn zai zam dh bawa ayah ke pakar ent ke? Kes ni mcm mak saya alami skrg..br je lps pembedahan ambil sample dan doc kata ada ketumbuhan peringkat ke-2...skrg mak saya menjalani radioterapi..kami skrg dok mencari supplement yg sesuai utk recover blik sel2 mati

      Delete
  6. Hai i tak rasa macam ada benda sangkut tetapi masa telan apa2 tekak i sakit dan sekarang lelangit dalam mulut i belakang lidah bengkak separuh... tapi i baru 4hari aje sakit tekak

    ReplyDelete
  7. Elok diperiksa dengan doktor dengan segera. Jika lelangit bengkak kemungkinan masalah peritonsillitis yang boleh menjadi nanah jika dibiarkan.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. sy ade rse trlkat d bhgian krngkong sblh knan sy .. Sy tlah jmpa dctr di sbuah klinik .. Dan dy mngtakn bhwa tonsel sy bngkak sdkit .. lalu slps bbrpa hari ... Rse tdak slsa itu mla pulih namun ia datang kmbli apabila kngkong d bhgian kiri sy skit slps sehari sy lega dari rsa tdak slsa itu ... Sy tiada kskran utk mnlan or mnum minuman ... Adakah ainya kanser atau skit krngkong yg biasa ... mohon pnjlsan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Samada ianya kanser atau tidak, berpandukan kepada pemeriksaan doktor. Sekiranya doktor syak ianya ketumbuhan, beliau akan syorkan pemeriksaan lanjutan dan mengambil tisu sampel untuk kepastian. Jika saudara masih bimbang elok diperiksa semula oleh doktor.

      Delete
  10. Salam,
    Saya tidak sakit, tetapi saya ada masalah menelan makanan. Pada mulanya saya anggap ini biasa bagi saya, tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, masalah ini makin ketara. Saya terpaksa makan dengan sedikit kerana sukar menelan dan takut tercekik. Boleh saya tahu berapakah kos untuk membuat rawatan penyakit ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa kenapa ada masalah menelan. Ia adalah simptom yang membimbangkan.

      Delete
    2. Sala doc, saya pun mgalami masalah spt ibnu che..sy dh buat scan di leher, ada bengkak di tiriod gland, doktor bgtahu x perlu bimbang dan boleh baik. Ujian darah dh dibuat dan masih menunggu result dan appointment. Hal ini mgelirukan sama ada tirod atau esophageal? Mohon pencerahan

      Delete
    3. Salam,
      Jika scan sudah pastikan bengkak pada tiroid, bengkak ini dapat menekan pada saluran makanan oesophagus. Elok ditanya soalan ini kepada doktor yang merawat kerana beliau dapat melihat scans tersebut dan pastikan ianya penyebab rasa susah menelan (bergantung kepada saiz dan kedudukan bengkak tiroid tersebut)

      Delete
    4. SLM doktir saya mengalami sakit mcm ibnu che tp apabila menelan sesuatu mknan atau minuman xkira lembut atau keras ia lbih skit dn sye terpaksa berhenti dan x dpt menyambung mkn..sye takut untuk berjumpa doktor krn tkut ditahan di wad memandangkan sye memgambil SPM thun ni sye tkut tertinggal mata pelajran she ingin bertannya ada x alternatif pain selain berjumpa dgn dktor time ksh

      Delete
    5. Salam,
      Tidak semestinya perlu ditahan di wad. Pemeriksaan dapat dilakukan di klinik ENT. Elok berjumpa doktor untuk rawatan lebih lagi kerana akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Lebih baik selesaikan masalah kesihatan agar dapat tumpukan kepada pelajaran.

      Delete
  11. salam puan.. maaf kerana menganggu.. sy juz ingin bertanye.. sy skrg nie mengalami skit di sebelah kanan tekak sy.. sy sukar nk minum or makan.. sebelum sy prnh jgk rsa ada something kat tekak tp xde lak rsa sakit cam skrg n sy xde mengalami kesukaran untk makan or minum tp skrg sy rsa lain lak.. tekak sy rsa sakit even sy x mkm or minum.. nak telan air liur pn sy rsa saakit gak and rsa sakit tue smpai kat telinga.. kenapa ek?? kanser?? or sakit tekak biasa?? or penyakit lain??.. saya harap puan dpt beri jawapan untk masalah sy tue.. treima kasih puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan ada jangkitan tekak seperti tonsillitis yang menyebabkan simptom tersebut. Perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dan antibiotik

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Saya perokok tpi tk kerap sgt merokok..Sy mcm ada rasa sesuatu yang tersangkut kt tekak..tpi bendai kejp rsa ada kejp hilang...Umo sy bru 20taon..So sy nk tahu adakah ini sakit biasa??atau pon sbb apa?? saya harap puan dpt beri jawapan untk masalah sy.. treima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Perlu pemeriksaan doktor untuk simptom tersebut. Saya perlu melakukan pemeriksaan baru boleh pastikan punca masalah tersebut.

      Delete
  14. salam doktor.
    Tiga minggu lalu saya merasa sakit tekak dan ke klinik.Doktor mendapati bahagian kanan tekak ada tanda kemerahan & bengkak.setelah memakan ubat,antibiotik dan ubat kemam utk sakit tekak,rasa sakit belum pulih.Sekarang saya rasa sakit dikerongkong kanan dimana seperti ada benda yg menghalang utk saya menelan air liur.Apakah penyakit utk simptom tersebut?

    ReplyDelete
  15. salam doktor.
    saya muntah pagi td disebabkan gangguan dalam perut. tetapi selepas muntah saya rasa sakit tekak untuk menelan air liur. saya rasa seperti ada sesuatu yang tersekat di tekak saya. saya tidak pernah alami perkara begini. mohon pencerahan daripada doktor.

    ReplyDelete
  16. Salam...3 hari lps sye rasa mcm ada benda trsangkut dlm tekak...tp lps tu dh kluar melalui hingus...tp smalam,sye rasa ada lg benda tersangkut dlm tekak...bila sye telan air liur or cuba kluarkn....benda tu mcm nk kluar tp x kluar lg...tp x rasa sakit...mohon penerangan doktor tntg perkara ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jika lega selepas mengeluarkan hingus, mungkin ada kahak yang menyebabkan rasa tersangkut. Walaubagaimanapun bengkak dalam tekak juga mempunyai simptom yang sama. Jadi untuk kepastian, perlu diperiksa oleh doktor.

      Delete
  17. Tekak sy perit bila telan air liur..bulan 5 pun penah jd ketika sy demam..lpas demam pun still rasa..but pg jump doc n dia bg ubat kemam..lpas tu da ok..tp mggu lpas jd lg..rasa ada benda tsgkut bila nk telan air mnum or air liur..perit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan masih ada jangkitan tekak. Elok diperiksa doktor untuk rawatan selanjutnya. Jika masih rasa tersangkut semasa menelan, pemeriksaan endoskopi oleh pakar ENT boleh melihat bahagian kerongkong dengan lebih lanjut.

      Delete
  18. Assalamualaikum, saya mengalami benjolan di belah kiri leher saya dan ditepi nya dekat dgn rahang kiri sakit tetapi benjolan itu tak sakit... kini sy memang sakit gigi dan gusi bengkak di belah kiri gigi atas.. adakah ia kerana sakit gigi atau effect tanda2 kanser? Terima kasih

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum..doktor mazita saya br sebulan mengalami masalah sangut dlm tekak.hr ni sy buat berjmpa ent swasta rujuk masalah ni.tp doc cuma bagitahu tonsil sy teruk.adakah jikalau tonsil teruk pun punca sukar menelan

    ReplyDelete
  20. as salam doktor..saya mengalami seperti ada sesuatu di tekak..tiada masalh ketika menelan..saya telah ke hospital..doktor mengatakan tonsil saya bengkak..dah 2 minggu macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Memang tonsil yang bengkak boleh menyebabkan rasa ada sesuatu di tekak. Tetapi boleh juga disebabkan oleh perkara lain. Di klinik pakar ENT, kami menjalankan pemeriksaan endoskopi untuk kepastian diagnosis.
      Sekiranya pasti simptom tersebut hanya disebabkan oleh tonsil bengkak, mesti dicari punca mengapa tonsil menjadi bengkak. Kemudian rawatan yang sesuai dimulakan dan pemeriksaan susulan selepas itu.

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. as salam dokter...sy nak tnya...tekak sy sering terasa seperti ade kaca melekat...tapi bila time makan x rasa ape2...dtg rasa tu time sy minum air dan kebelakagan ne sy sering batuk2 sambil terasa seperti ade sesuatu cecair di tekak..harap dapat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan ada jangkitan atau ulser dalam tekak. Elok diperiksa doktor untuk kepastian dan rawatan.

      Delete
  23. Salam doktor ! ibu saya mengalami masalah xde selera makan dan gastrik ! baru2 nie telah pergi doktor dan doktor beri ubat gastrik dan buang angin ... dlm seminggu makan ubat tersebut tibe ibu saya kata ade rasa seperti benda tersekat di kerongkong menyebabkan dia isau nak makan ... then refer balik pada doktor dan buat ultrasound dan check dlm kerongkong guna kamera semua nampak baik dan ok jee ... then doktor kasi suruh teruskan ubat gastrik dan gaviscon namun rasa tersekat di kerongkong masih ada ... mohon pencerahan dari doktor ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jika sudah diperiksa pakar ENT dan dipastikan tiada masalah lain, kebarangkalian ia berkaitan sakit gastrik dan refluks asid. Teruskan penggunaan ubat gastrik. Kadangkala kami tukarkan ubat pain jika simptom masih berterusan. Perlu juga jaga dari segi pemakanan.

      Delete
    2. salam
      Terima kasih doktor

      Delete
    3. salam en azri azahar..sy sdg mengalami ape yg mak saudara alami..sebulan yg lepas,sy ada masalah gastrik yg teruk sampai sukar utk bernafas.sy ke klinik dan mndapatkan rawatan.seperti biasa doc akn bagi ubat angin dan gastrik..selepas sebulan makan ubat Alhamdulillah gaatrik sy dh pulih tapi sekarang hadapi masalah ada bnda tersekat di kerongkong.tekak terasa kering,macam tercekik sesuatu di tekak.nak makan pun takut sebab takut tercekik.kadang2 sy rasa sukar utk bernafas kerana rasa rongga pernafasan sempit.bagaimana keadaan mak saudara sekarang??

      Dr.Mazita boleh respond tak??Sy betul2 risau dn stress keadaan skg nie.

      Delete
    4. salam en azri azahar..sy sdg mengalami ape yg mak saudara alami..sebulan yg lepas,sy ada masalah gastrik yg teruk sampai sukar utk bernafas.sy ke klinik dan mndapatkan rawatan.seperti biasa doc akn bagi ubat angin dan gastrik..selepas sebulan makan ubat Alhamdulillah gaatrik sy dh pulih tapi sekarang hadapi masalah ada bnda tersekat di kerongkong.tekak terasa kering,macam tercekik sesuatu di tekak.nak makan pun takut sebab takut tercekik.kadang2 sy rasa sukar utk bernafas kerana rasa rongga pernafasan sempit.bagaimana keadaan mak saudara sekarang??

      Dr.Mazita boleh respond tak??Sy betul2 risau dn stress keadaan skg nie.

      Delete
    5. Salam,
      Elok bertanya soalan baru dengan thread yang lain sebab sukar untuk saya menjawab. Alhamdulillah jumpa thread box yang ini. Saya nasihatkan dapatkan pemeriksaan pakar ENT untuk endoskopi tekak. Sebab tidak dapat pastikan mengapa masih mengalami masalah sekiranya sudah mendapatkan rawatan untuk refluks tersebut.

      Delete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Assalamuailaikum dr ..sya mengalami lelangit benkak (hard palate) tapi x sakit.. adakah ia simptop cancer mulot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Perlu diperiksa doktor untuk kepastian samada ia merbahaya atau tidak. Kebanyakan kes adalah torus palatinus yang bukan kanser

      Delete
  26. Salam Doktor, Sya tidak mengalami apa2 rasa sngkut pada tekak ketika makan,tetapi mngalami msalah dlm telinga yg mndengar bunyi degupan jntung sya sndiri,apabila sya pergi ke pakar TELINGA HIDUNG DAN TEKAK,doc mmeriksa sya dgn alat untuk melihat ke dlm tlinga sya ttapi tidak ada apa2 kelainan,bila memeriksa tekak sya kelihatan sperti ketumbuhan... dan doctor mahu sya mengambil sample ktumbuhan utk di periksa... apakah ketumbuhan itu berbahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Samada ketumbuhan kelihatan berbahaya atau tidak, perlu bertanya kepada doktor yang menjalankan pemeriksaan kerana beliau melihat sendiri ketumbuhan tersebut dan mungkin melakukan CT scan. Walaubagaimanapun sampel tisu perlu diambil untuk pengesahan dari pihak makmal mengenai diagnosis tisu ketumbuhan tersebut. Saya syorkan saudari bertanya dengan lebih lanjut kepada doktor yang merawat. Syafakillah.

      Delete
  27. Salam doktor, tadi lunch saya ada makan daging. Bila menelan rasa mcm tersekat...bila minum air baru lancar..tetapi selepas itu, saya merasakan ada sesuatu menyangkut di tekak sebelah kanan saya...bila menelan terasa sangat..sampai sekarang masih ada yang menyangkut walaupun saya dah banyak kali minum air...adakah ini symptom kanser tekak?..atau makanan tersekat d kerongkong?...

    ReplyDelete
  28. Salam doktor, tadi lunch saya ada makan daging. Bila menelan rasa mcm tersekat...bila minum air baru lancar..tetapi selepas itu, saya merasakan ada sesuatu menyangkut di tekak sebelah kanan saya...bila menelan terasa sangat..sampai sekarang masih ada yang menyangkut walaupun saya dah banyak kali minum air...adakah ini symptom kanser tekak?..atau makanan tersekat d kerongkong?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya harap masalah yang dihadapi sudah pulih sekarang (memandangkan sudah berlaku 5 hari lalu). Jika belum, perlu diperiksa pakar ENT, kemungkinan ada jangkitan luka di dalam jika bukan tulang yang tersangkut

      Delete
  29. Salam doctor, sy ada masalah bengkak di leher sebelah kiri, biji tu besarnya lebih kurang 1cm, dah 2 bulan yg sy perasan sebelum ni sy tgk lbh bsr dr skrg. Baru ni sy dh pergi buat pemeriksaan pd pakar bedah utk mengetahui punca tu. Kemudia doc ckp kemungkinan kuman, virus, TB atau limfoma. Dlm ms yg sama sy ada gerd dan gastrik simptom seperti rs ada kahak di tekak idung tersumbat yg sy tahu simptom n i sering berlaku pd pesakit gerd dan gastrik ni serta sakit kepala. Tp sy dah rasa sebelum ada biji yg tumbuh dileher kiri sy ni. Yg menakutkan sy doc pakar tu ckp mungkin kanser limfoma tu. Adakah pasti klu bengkak dileher sebelah kiri tu berkaitan kanser limfoma? Atau ia jarang berlaku. Kerana bengkak tu tidak besar ia cuma stay besar tu ja. Terima kasih doc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Samada bengkak tersebut adalah kanser limfoma atau tidak bergantung kepada pemeriksaan tisu bengkak tersebut. Ini bermaksud, perlu sampel tisu (biopsy) daripada bengkak tersebut untuk pemeriksaan makmal. Perlu menjalani ujian ini sekiranya bengkak tersebut tidak surut.

      Delete
    2. Salam doc..bagaimanakah cara sample tisu diambil? Adakah melalui pembedahan mengeluarkan biji kelenjar tersebut?

      Delete
  30. Salam doktor sy nak tanya,tekak sy ni terasa seperti ada benda,bila makan atau minum terasa macam ada benda dalam tekak ni,sy cuba jolok tapi masih tetap terasa lgi,apa mslh nye doktor,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sukar untuk saya tahu masalahnya. Elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan dilakukan.

      Delete
  31. Assalam doc. Saya terlekat tulang ikan 2 mggu lepas. Tapi tulang ikannya halus la. Smpai skrg sy still rasa mcm ada benda kat kerongkong tekak bila telan air liur. Makan n minum semua ok, tak sakit. Telan pun lancar. Cuma tak selesa sbb rasa ada something lagi kat tekak ni. So nak tanya, kalau dah 2 mggu, takkan tulang ikan tu masih ada di situ? Kalau bukan tulang ikan, ape benda yg sy rasa ni ye? Huhuhu

    ReplyDelete
  32. Assalam doc. Saya terlekat tulang ikan 2 mggu lepas. Tapi tulang ikannya halus la. Smpai skrg sy still rasa mcm ada benda kat kerongkong tekak bila telan air liur. Makan n minum semua ok, tak sakit. Telan pun lancar. Cuma tak selesa sbb rasa ada something lagi kat tekak ni. So nak tanya, kalau dah 2 mggu, takkan tulang ikan tu masih ada di situ? Kalau bukan tulang ikan, ape benda yg sy rasa ni ye? Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya masih rasa sakit/tajam/tak selesa elok diperiksa doktor kerana ada kemungkinan tulang tersebut masih ada dan menyebabkan risiko jangkitan

      Delete
  33. salam doktor, sejak 5 bulan kebelakangan ini, sy kerap kali demam panas yg panjang (10-18 hari demam) pada suhu cecah 40.5 celcius waktu mlm dan waktu siang 38.8 celcius. sy juga mengalami muntah2, pedih dan sakit di perut dan dada sebelah kiri, menggigil, leher terlalu sakit untuk membuat pergerakan, sharp pain dibahagian muka dan kepala, urat seperti ditarik2 di bahagian kaki dan tangan, dan yang paling sakit untuk menelan. hidung berdarah beserta rasa pedih di bahagian hidung juga sy alami. utk pengetahuan doktor, sy mempunyai masalah trigeminal neuralgia, acute chronic rhinosinusitis, tonsil-pharyngitis.dktr juga ada beritahu sy yg peti suara sy bengkak berpunca dr reflux dari perut. sudah 6 bulan sy ambil ubt gastrik utk kurangkan reflux ini tp masalah tak selesai. ada 2-3 kali perut sy rasa kejang smpai tahap tak boleh bangun duduk atau berdiri tegak. apa pandangan doktor untuk masalah ini dan boleh share cara untuk kurangkan rasa sakit di bahagian tekak dan leher ini. setakat ini sy kerap kemam ais dan letak ice pack di bahagian muka yang sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Gejala yang saudari alami perlu dirawat bersama oleh pakar gastroenterologi (perut), pakar ENT dan pakar neurologi (saraf). Sakit yang dialami boleh disebabkan radang (refluks atau jangkitan) dan juga disebabkan neuralgia. There is no one solution. Setiap pesakit yang mempunyai pelbagai masalah memerlukan rawatan yang berbeza dan sesuai untuk pesakit tersebut.

      Delete
    2. Ooo begitu. pakar ent baru sahaja refer kes sy ke pakar gastroenterologi pada 18 april 2016. sy masih menunggu panggilan dr pakar gastroenterologi utk temujanji. sekarang, sy sentiasa ada follow up bersama pakar maxillofacial, pakar neurologi, pakar mata, dan pakar ent. buat masa sekarang, pakar hny berikan ubat lyrica untuk bantu masalah trigeminal neuralgia dan masalah tulang rahang TMJ.alhamdulillah tonsil sy makin pulih selepas mkn antibiotik, anti-inflammatory throat spray dan pantoprazole. cuma tekak sy kadang rasa terlalu banyak kahak dan bila mkn rasa ada benda tersekat di tekak. sy memerlukan masa sejam untuk habiskan 5 biji ubat setiap hari disebabkan rasa benda tersekat di tekak. adakah normal rasa sesuatu tersekat di tekak jika dalam keadaan tekak yang masih infection dan bengkak?

      Delete
    3. Yes, normal untuk rasa sesuatu di dalam tekak sekiranya ada radang tekak. Yang penting tekak saudari telah diperiksa pakar ENT dan disahkan tiada bengkak tumor atau ketumbuhan.

      Delete
  34. Salam kak.. saya dh demam 4 ari,tapi demam tu hilang kalau sy bpeluh, pastu dtg balik.. slain tu.. sy rasa mcm ada sesuatu (ketulan) d bhgiam tepi leher.. telan air liur pun sakit..sy dh pegi hospital,tapi cuma bg ubat pandol, antibiotik,kahak ,tahn muntah & selesma.. sbb sy slalu muntah lepas mkn..dan batuk sy dh berbulan2 x hilang2.. mcm mana tu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa semula oleh doktor jika tidak pulih dengan ubat yang diberi. Dan sekiranya perlu, jalani beberapa ujian seperti ujian kahak, darah, ultrasound leher dan Xray.

      Delete
    2. Assalam doktor.Saya ingin bertanya soalan tentang kawan saya.
      Tiga hari lepas, Dia pergi klinik untuk pemeriksaan. Doktor ckp sbb banyak biji2 angin di leher. Selepas ubat habis.Sakitnya datang kembali.Dia sakit untuk menelan air liur. Apatah lagi untuk makan dan minum. Dan juga tak boleh pusing kepala ke kiri dan ke kanan. Apakah punca sebenarnya doktor? Saya sangat risau keadaannya kerana dia dalam keadaan yang sangat sakit. Mohon penjelasan dari doktor. Terima kasih

      Delete
  35. Salam Doktor. Saya ingin bertanya tentang masalah yang saya hadapi...selama seminggu saya sakit-sakit tekak dan sukar menelan..saya tidak mengambil sebarang ubat sebab terfikir mungkin ia disebabkan saya terlalu banyak minum air manis ditambah dengan cuaca panas skrg ni..selepas ia pulih sendiri..suara saya tiba-tiba menjadi serak dan melemah..mohon pencerahan dan nasihat doktor. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa pakar ENT untuk melihat keadaan peti suara.

      Delete
  36. Salam doktor , saya ingin tanya... saya rasa macam tersekat katkat tekak. Rasa x selesa bila baring.... tapi x rasa sakit bila masa makan atau minum... minta penjelasan doktor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa doktor kerana saya tidak dapat memberi penjelasan mengapa tanpa melakukan pemeriksaan.

      Delete
  37. Salam doktor.. sy mengalami masalah tekak. Tekak sy selalu terasa gatal hingga ke telinga. Kadang2 bila cek di belakang tonsil tu ada putih dan boleh di keluarkan.adakah ini resdung atau benda lain. Sy juga selalu mengalami bersin. Menjadi kekeliruan sy ada masalah dekat tonsil .

    ReplyDelete
  38. Terdapat juga seperti lendir di tekak

    ReplyDelete
  39. Terdapat juga seperti lendir di tekak

    ReplyDelete
  40. Salam doktor.. sy mengalami masalah tekak. Tekak sy selalu terasa gatal hingga ke telinga. Kadang2 bila cek di belakang tonsil tu ada putih dan boleh di keluarkan.adakah ini resdung atau benda lain. Sy juga selalu mengalami bersin. Menjadi kekeliruan sy ada masalah dekat tonsil .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan ada masalah tonsil debris. Perlu diperiksa untuk pastikan bahawa keputihan pada tonsil itu tidak merbahaya.

      Delete
  41. Salam doctor sy ada msalah terasa sperti lendir dlm tekak lgi2 waktu malam bila baring msti rasa mcm lendir kahak mohon pcerahan ye doctor dh lama cmni makan antibiotik hilang kejap pastu trjadi pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya nasihatkan elok berjumpa pakar ENT untuk menjalani pemeriksaan endoskopi. Ini dapat membantu mencari punca lendir tersebut.

      Delete
  42. Slm dr..baru baru ni sy kena gerd..tp skrg da ok sikit lepas mkn ubat..tp nafas tak puas kdg2 masih terasa,skrg klu sy telan air liur mcm ada je tersangkut kat tekak..tp takla teruk sgt..dan tak sakit..adakah ini disebabkan asid dalam badan masi ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Masih ada refluks. Teruskan rawatan yang diberi.

      Delete
  43. Salam dr,
    Saya tidak mengalami bonjolan, bengkak pada leher, tidak sakit bila minum, makan dan telan air liur bila sy duduk atau berdiri seperti biasa. tp bila saya tunduk ke bawah, saya cuba telan air liur, rasa sakit di sebelah kiri leher saya. Mohon penjelasan dr. Sudah dua hari sy mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya pun tidak pasti apa punca sakit tersebut. Saya nasihatkan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

      Delete
  44. Salam dr. Saya mengalami demam secara tiba2 dan sakit tekak, saya diberikan ubat antibiotic, saya juga mengalami sakit until menelan makanan tapi tidak terlalu kerap. Sudah 3 hari saya mengalami sakit tekak ini, kahak saya keluar apabila saya menarik nafas dan kahak akan keluar dari mulut dan bercampur sedikit darah tetapi tidak kerap. Adakah tonsil saya tercedera? Ataupun ada penyakit lain? Saya sudah mengalami nya selama 3 hari. Mohon penjelasan. Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya masih berdarah dan tidak pulih dengan ubat yang diberi, perlu diperiksa semula oleh doktor dan rujuk kepada pakar ENT

      Delete
  45. Aslmkm

    Dr. Tekak saya tetiba rasa sukar nk menelan
    saya mmg ade masaalah sakit gerd adakah itu simtom gerd atau masaalah lain?sblum itu saya memsng terlebih makan kueh yg mengandungi hem yg masam
    mohon penjelasan
    TQ


    I

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Mungkin masalah lain daripada GERD

      Delete
  46. Salam Dr.mohon pertanyaan sy salah seorang pekerja kilang..dan sy bekerja dalam shift..masalah sy sekarang..bila sy bekerja shift malm..siang sy tdo apabila bangun dari tido kahak/lendir terlalu banyak dan tengkak terasa gatal..kenape ye..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Mungkin masalah sinusitis atau allergic rhinitis. Saya syorkan dapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian diagnosis.

      Delete
  47. Salam, doktor saya telah jumpa 2 ENT, untuk periksa kerongkong yg radang merah, mereka hanya beri ubat penahan asid perut. Mereka kata jika virus akan pulih sendiri..tapi masalahnya bila ubat dah abis makan seminggu..sakit tak hilang. Faham2 lah kos bayaran untuk ENT tapi sakit tak hilang..boleh ke saya dptkan 3rd opinion dari doktor selepas saya buat medical checkup dihospital kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekiranya ingin membuat temujanji klinik, telefon 03 3377 7865

      Delete
    2. Susah juga nak dpt call no ni..untuk appt

      Delete
    3. Salam,
      Maaf mungkin semasa ada masalah talian hospital. Jika boleh email mazita@kpjklang.com atau pm nombor telefon di sini, kami akan hubungi saudara/saudari

      Delete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Salam doktor,saya nak tanya saya selalu rasa macam ada benda tersekat dekat tekak.Saya dah beberapa kali pergi klinik dan doktor cakap tonsil saya bengkak dan ada keputihan.Doktor tu cuma bagi antibiotik.Tapi saya tetap rasa macam ada benda yang tersangkut kat tekak saya walaupun saya dah habiskan ubat yang doktor kasi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Tonsil yang bengkak boleh menyebabkan rasa benda tersekat. Tetapi jika masih tidak pulih dengan ubat, perlu diperiksa lanjut. Di klinik pakar ENT, kami dapat melakukan pemeriksaan endoskop untuk tekak sehingga kawasan peti suara. Ini dapat pastikan sekiranya ada bengkak lain yang menyebabkan simptom yang sama.

      Delete
  50. as salam dr..sy dah 2 mggu batuk..mula2 batuk kering tekak rasa perit..makan ok xde masalah menelan. tp lmbatnya nak baik sakit tekak ni..klu pntang mkn okla..tp bila mkn benda berminyak ke pedas ke trus gatal2 dan perit rasa tekak..hr ni kn selsema plak..ubat mkan on off sbb xde perubahan pon melainkan megantuk...nnti nk jumpa dr la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Perlu diperiksa pakar ENT untuk memastikan punca jangkitan; tekak atau sinus

      Delete
  51. assalamualaikum..sy zahara dari pj..nak bertanya bila saya berdahak ada keluar ketulan kecilan dari tekak saya..kdg2 bila tidur waktu malam ada membuatkan saya tercekik air liur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,
      Elok diperiksa dengan endoskopi dari mana punca kahak tersebut dan jika ada masalah asid refluks atau bengkak di bahagian saluran pernafasan.

      Delete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. assalam doctor,

    1. adakah normal bagi masalah kahak di saluran pernafasan yg tidak hilang hampir 3 4 bulan?
    2. berapa kos rawatan utk melihat ke dalam tekak?
    3. bulan april yg lalu, sy admitted d hosp utk masalah asma..tapi sekarang beransur puih. cuma yg masih tidak pulih adalah kahak berlendir yg senantiasa ada.. yang terbaru..sy merasakan agak tajam tekak apb menelan. apa yg doctor bole cadangkan utk sy?
    4. adakah ujian darah boleh menetukan masalah d ekitar kawasan ENT.
    5. sy kerap sakit hidung, dan adakalanya pasti ada tompokan darah dlm hidung.

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Masalah kahak yang berpanjangan adalah tidak normal. Perlu menjalani pemeriksaan endoskopi tekak dan hidung untuk mengetahui punca kahak tersebut. Dan juga untuk melihat jika ada bengkak di bahagian tekak atau hidung lebih lagi kerana ada tompokan darah. Ujian darah tidak dapat menentukan diagnosis masalah ENT. Anggaran kos rawatan bergantung kepada pelbagai faktor. Untuk keterangan lanjut sila hubungi klinik saya 03 3377 7865

      Delete
  55. Salam dr.tahun lepas saya tlh melakukan pembedahan buang tonsil.septoplasty.adenoid dan ada pembedahan di langit2...pembedahan dibuat atas keputusan sleep test dan pemeriksaan.sebulan ini saya mendapati leher saya kejang kiri dan kanan.kdg2 terasa tercekik air liur.merasa tidak selesa di kawasan pembedahan tonsil.dpt rasakan seolah ia bengkak tetapi tidak ketara.saya seorg perokok yg telah berhenti 4 tahun tetapi kembali menghisap balik setahun yg lepas.saya juga adalah penghidap gastrik yg agak kronik.mohon dr dpt meluangkan masa memberi pendapat ttg keadaan tekak dan leher saya.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Ada kebarangkalian habit merokok dan asid refluks menyebabkan simptom-simptom tersebut. Dinasihatkan dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada masalah atau jangkitan yang serius.

      Delete
  56. Salam doktor..

    Sy ada masalah rsa mcm ada bnda tersekat kt tekak..bnda ni brmula bla sy start diet atkins..sy xde mslh nk mnelan lgsg..cuma bla lps mkn, rsa mcm ada mknan xturun, trsekat kt kerongkong..jd sy akn cuba sendawa..tp bla sndawa, angin 2 xkluar..dok trsekat kt tekak jgk..kdg2 bla sy sendawa rsa mcm mknan nk trkeluar skali tp xde pun..bnda ni sgt2 mganggu sy..sy nk tdo pun susah sbb rsa xpuas nk brnafas..rsa mcm ada tekanan kt tekak..skang sy memgandung 5mmgu..sy takut bnda ni akn mnjejaskn kndungan sy..harap doktor boleh beri pnjelasan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya syorkan dapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian diagnosis. Perlu diperiksa mengapa ada masalah menelan.
      Sekiranya mengandung, elok mengamalkan pemakanan sihat. Tidak perlu berdiet.

      Delete
  57. Assalam,

    Beberapa hari lepas saya tertelan tulang ikan. Selepas tu bila saya makan, saya rasa makan tersekat di kerongkong. Sekarang kerongkong saya takde rasa sakit. Hanya sakit masa mula-mula tertelan tulang tu je. Sekarang ni, bila makan, saya mesti kena minum selepas setiap suapan kerana terasa makanan tu tersekat di kerongkong. Adakah bahaya doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya nasihatkan berjumpa dengan pakar ENT untuk memeriksa samada ada bengkak dalam tekak atau luka disebabkan tulang ikan tersebut

      Delete
  58. salam doktor..saya rasa ada sesuatu yg tersangkut di dlm tekak..tp x rasa sakit..ketika mkn dan mnum pun tiada mslh..cuma rs x selesa..sblm ni sy kerap muntah slpas mkn..sy ada bjumpa doktor..doktor kata mgkin kesan luka atau parut dlm tekak..boleh doktor bg penjelasan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jika masih mengalami simptom tersebut, elok mendapatkan pemeriksaan pakar ENT. Sekiranya sebab luka sahaja, ia akan pulih dalam masa 1-2 minggu.

      Delete
    2. salam..sy tlh jumpa pakar ent..doktor ckp asid dlm perut tlh naik ke atas..tu yg myebabkan rs sesuatu ditekak..dan kebetulan ada wart di dalam mulut..adakah cr lain utk menghilangkannya selain pmbedahan?tq

      Delete
    3. Asid refluks dapat dirawat dengan ubat dan pengamalan diet yang sihat. Tetapi wart atau ketuat tersebut perlu dibuang melalui pembedahan. Ada risiko ia boleh membesar dan merebak ke bahagian lain. Ini boleh mengundang bahaya untuk jangkamasa lama.

      Delete
  59. Salam doktor. Sy warded icu lbih kurg sebulan, dan bila tiub ditanggalkan, suara saya serak. Sy ingatkan ia akan smbuh, namun bila dirujuk ke ent, doc kata akibat penggunaan tiub yg lama, ada mass di tekak saya. Granuloma kalau tak silap.

    Ianya semakin kecil dari saiz asalnya, suara sy sejak bulan 1 (tiub tanggal), semakin kuat dan kedengaran mcm asal. Cuma bila jerit, masih rasa ada lekatan. Suara blum kluar habis.

    Pakar cadangkan laser. Saya ragu2. Trauma saya duduk lama di wad sgt mengesankan. Apa risikonya ya doktor? Bulan 10 sy akan bjumpa lg pakar ent. Boleh kah jika saya hanya mnunggu mass ini hilang secara alami? Bolehkah ia kembali membesar? Tq fokyor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jika ianya granuloma, ada kebarangkalian ia boleh mengecut dengan sendiri. Kadangkala doktor memberi makan ubat asid refluks. Puan perlu juga jaga pemakanan, elak makanan pedas dan masam. Kurangkan penggunaan suara dan jangan menjerit. Jika granuloma tersebut masih tidak hilang, kita syorkan pembedahan untuk buang, microlaryngeal surgery. Memang ada kebarangkalian ia membesar.

      Delete
    2. Ada doktor beri saya ubat omeprazole. Utk halang asid, kan? Tulah, kerja sy perlukan suara lah doktor. Sukarnya sy nak 'berpantang'. InsyaAllah saya cuba. Terima kasih utk saranan doktor ya. Sy lega sangat. Dan satu lagi, adakah pmbedahan secara laser itu ada kesan yg mudarat? Ianya mmbahayakan kah? Terima kasih ya doktor ☺

      Delete
    3. Sebarang prosedur pembedahan mempunyai risiko tersendiri, secara am dan juga yang berkaitan penyakit dan status kesihatan pesakit. Saya syorkan bertanya dengan pakar bedah yang akan melakukan pembedahan tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat.

      Delete
    4. Ada doktor beri saya ubat omeprazole. Utk halang asid, kan? Tulah, kerja sy perlukan suara lah doktor. Sukarnya sy nak 'berpantang'. InsyaAllah saya cuba. Terima kasih utk saranan doktor ya. Sy lega sangat. Dan satu lagi, adakah pmbedahan secara laser itu ada kesan yg mudarat? Ianya mmbahayakan kah? Terima kasih ya doktor ☺

      Delete
  60. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  61. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  62. Salam doktor..

    Nak bertanya baru ni sy sukar bernafas dan susah nk menelan tp xrasa sakit bila menelan.. bila sy berjumpa doktor,katanya asid di perut sy tinggi dan sbb itu membuat sy sukar utk bernafas.. doktor bg sy ubat angin,gastrik dan ubat minum.. tp slepas semnggu sy xpasti di bahagian tekak atau kerongkong sy rasa mcm susah nk menelan lg,dan bila setiap mlm hari rasa sgt kering dan sakit bila menelan.. kenapa ya doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telah membalas email saudara

      Delete
    2. Assalam.. Doc. Saya tidak batuk tetapi apabila saya batuk n buang lendir@kahak saya ada darah di dalam lendir tersebut trrutama di waktu pagi.. Leher terasa sakit sedikit di bahagian tekak sbelah kanan.. selain itu sy rasa seperti ada sesuatu tersrkat di kerongkong.. Boleh doc bantu saya x..

      Delete
  63. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  64. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  65. Salam doktor,

    Saya mengalami masalah rasa something semasa menelan bahagian tekak kanan sahaja selama dua minggu. Pergi buat scope di sebuah klinik swasta,pakar ent.. masukkan kamera melalui hidung..doktor cakap tak ada sebarang kanser, cyst or anything else yang lain..doktor pakar ent cakap apa yg sy rasa hanya asid reflux..sebab sy ada gastrik dan kerap sendawa..lepas tu baru2 ni sy sakit tekak, menelan air liur rasa sakit sgt..makan punn sakit..peegi ke klinik biasa..doktor ckp tekak sy ada ulser..diberi antibiotik..masalahnya dah semingu rasa seksa sgt nk menelan air liur dan makan..sakitnya smpai rasa ke telinga..dan urat leher pun sakit..

    Perlu ke saya ke pakar ent sekali lagi untuk proses masukkan kamera melalui hidung tu? atau perlu lakukan ctscan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saudari perlu merujuk semula kepada pakar ENT. Memang memerlukan pemeriksaan endoskopi semula. Kemungkinan besar jangkitan atau ulser. Samada CT scan perlu atau tidak, ia bergantung kepada pemerikssan endoskopi tersebut.

      Delete
  66. salam Dr,
    saya takde rasa sakit apa cuma selepas makan mesti keluar balik makanan saya. macam saya ingatkan nak sendawa tapi keluar makanan. even saya minum air masak pon boleh keluar balik air tu. perkara ni dah berlanjutan lebih dua bulan. dan sekarang rasa macam ada benda kat tekak. adakah ini perkara biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Ia bukan perkara biasa. Dapatkan pemeriksaan dengan pakar ENT. Perlu melakukan pemeriksaan endoskopi tekak. Mungkin perlu juga ujian lain bergantung kepada keputusan pemeriksaan endoskopi tersebut.

      Delete
  67. Salam Dr,
    Saya juga ada masalah ketulan di tekak. Bulan lepas pernah rasa sekali lepas tu hilang sendiri, bulan ni ketulan tu ada semula.. Saya ada masalah kahak
    sentiasa ada di tekak sudah lama, adakah ia berkaitan? minta penjelasan.. Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Bila ada rasa ketulan dalam tekak, ia mungkin tanda ada radang tekak. Tetapi pakar ENT perlu memeriksa melalui endoskopi tekak untuk kepastian, terutamanya untuk pastikan bukan sebab ada ketumbuhan dalam tekak.

      Delete
  68. Assalamualaikum,
    Saya ada masalah pernafasan, bila tarik nafas terasa tersangkut di bahagian kerongkong dan nafas pendek mcm tidak sampai ke perut. Selain itu seperti ada benda yang melekat bahagian depan kerongkong. Dan juga bila saya bersuara, suara saya tersekat seperti susah hendak melepaskan suara. Suara saya pun dah jadi lain...mcm suara perempuan pulak.. saya malu mahu bercakap apabila di khalayak ramai.. kecik sahaja suara saya. Apakah simptom ini puan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saudara perlu menjalani pemeriksaan peti suara. Ia dilakukan melalui endoskopi tekak oleh pakar ENT

      Delete
  69. Salam Dr. Sy mengalami masalah sukar menelan pada waktu malam.kalu time baring lagi terasa. Kalu di siang hari tekak sy terasa normal. Pd waktu mlm kalau menelan air liur terasa tersekat ada buih2. Namun sy tidak terasa sakit. Tapi apabila sy menekan bahagian tekak terasa nak muntah. Ada ini perkara biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan masalah asid refluks. Tetapi perlu diperiksa doktor dan pastikan bukan sebab lain yang lebih serius.

      Delete
  70. assaalammualaikum dokter nak bertanye..sejak 3 tahun yg lepas leher sy rase tidak selesa...mempuyai kahak yg banyak...kadang2 die hilang.and kadang2 die datang balik...sy rifer ke dokter...dokter just bagi ubat sakit tekak...peyakit ape yg sy sedang alami..tekak mula tidak selase bila waktu malam...dan terase ade mcm ade smting dekat tekak

    ReplyDelete
  71. assaalammualaikum dokter nak bertanye..sejak 3 tahun yg lepas leher sy rase tidak selesa...mempuyai kahak yg banyak...kadang2 die hilang.and kadang2 die datang balik...sy rifer ke dokter...dokter just bagi ubat sakit tekak...peyakit ape yg sy sedang alami..tekak mula tidak selase bila waktu malam...dan terase ade mcm ade smting dekat tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Saya syorkan dapatkan pemeriksaan oleh pakar ENT. Kami akan melakukan pemeriksaan endoskopi tekak untuk melihat secara terperinci dan mencari punca masalah pesakit. Keemungkinan radang di tekak tetapi perlu diperiksa untuk pastikan tiada masalah yang lebih serius.

      Delete
  72. Setaun yg lalu sy pnah alami nk menelan susah,rasa nk muntah bila menelan, lpas mnum air bru dpt mknan trsbut d telan tapi tak sakit. Sy anggap itu biasa2 saja seb lepas beberapa hari tu dia hilang. Tp hari ni mslh ini dtg lagi dan lbih teruk.kali ini sy sukar menelan makanan pada mula nya, dan selama 2 atau 3 hari sy sukar menelan makanan, sendawa, perut tak selesa dan muntah. Apakah itu permulaan kanser atau apa? Tlg penejelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Perlu periksa apa punca masalah menelan. Pemeriksaan endoskopi tekak dapat melihat jika ada bengkak atau ketumbuhan. Mungkin perlu menjalani ujian barium swallow untuk melihat saluran pemakanan (oesophagus). Masalah sukar menelan adalah simptom kanser tetapi ia juga boleh disebabkan oleh penyakit yang lain. Elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

      Delete
  73. Salam doc..saya ingin bertanya..apa ka pnyebab trasa macam ada ssuatu d bahagian leher.. tpi makan tiada apa2 mnyakitkan.. saya harap doc dpat bagi pndapat... nk tanya kalau nk mnta rwatan dengan doc bagaimana,dan d mana tmpat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Perlu diperiksa untuk pastikan tiada bengkak dalaman. Ini diperiksa melalui endoskopi tekak di klinik. Jika ingin rujuk ke klinik saya telefon 03 3377 7865. Klinik saya di KPJ Klang Specialist Hospital

      Delete
  74. Salam doc..saya ingin bertanya..apa ka pnyebab trasa macam ada ssuatu d bahagian leher.. tpi makan tiada apa2 mnyakitkan.. saya harap doc dpat bagi pndapat... nk tanya kalau nk mnta rwatan dengan doc bagaimana,dan d mana tmpat.

    ReplyDelete
  75. Salam doktor... Sy nk tnye dlm tempoh 2hari ini, sy rase ade sesuatu di tekak sy.. Bile sy tekan, terase nk muntah... Apakah simtom ini? Kerana sy punya mak sedang merawat kanser kerongkong s4.. Sekarang dlm kimo dan radio... Adakah penyakit ini bole berjangkit??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Penyakit kanser tidak berjangkit tetapi boleh keturunan. Elok diperiksa untuk mengetahui punca masalah yang saudari hadapi.

      Delete
  76. Saya dah beberapa kali buat pemeriksaan ent di bahagian tekak kerana terasa ada benda tetapi dok still ckp x ada apa, endoscopic pun dh buat tp x nampak apa, darah pun sudah diambil tp result menunjukkan X ada tirod. Apa pandangan doktor,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Agak sukar untuk beri pandangan bernas tanpa melakukan pemeriksaan atas pesakit sendiri. Adakah sudah cuba rawatan untuk asid refluks? Sekiranya doktor sudah pastikan tiada apa yang serius, jangan bimbang. Tetapi saya nasihatkan periksa semula jika simptom berlarutan.

      Delete
  77. Salam Doc
    Tekak saya selalu rasa kering dan ini menyebabkan saya selalu batuk. Bila bercakap terlalu panjang atau berterusan, saya menjadi semput dan mudah terbatuk. Saya akan merasa lega jika kahak keluar semasa batuk. Sudah berbulan saya mengalami masalah tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa doktor, sukar untuk saya memberi pendapat kerana tidak dapat melakukan pemeriksaan klinikal/endoskop

      Delete
  78. Doc..
    Sye de brdeit n de ambil jamu...skli mkn 3 bji..tpy mse pgmbiln sye trase mcm de tsangkut d tekak..lpas 3 hri sye tros hentikn pengambilan jamu..tpy skrg msih trase mcm de bnde yg tersangkut d tekak dn sedawa..

    ReplyDelete
  79. Doc..
    Sye de brdeit n de ambil jamu...skli mkn 3 bji..tpy mse pgmbiln sye trase mcm de tsangkut d tekak..lpas 3 hri sye tros hentikn pengambilan jamu..tpy skrg msih trase mcm de bnde yg tersangkut d tekak dn sedawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa mengapa ada masalah menelan.

      Delete
  80. Assalam doc sy ingin brtnya knàpa dtekak sy ada berasa sesuatu ketika hendak mnelan air luir..sudah 2 bln pergi hkl hnya bg ubat kumur2 shja smpai sekarang sy rasa seperti air luir sy mcm berkurang hndak mnelan knapa ya..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Maaf saya tidak dapat teka apa masalah yang dihadapi. Elok bertanya dengan doktor yang telah memeriksa dan merawat saudara/ri

      Delete
  81. salam, 28/10/216 tempoh hari sy ada menjalani pembedahan tonsil. pada 7/12 minggu lepas bila sy menelan air liur atau minum air atau menelan ubat, sy rasa macam ada benda tajam kat tekak sy. rasa sakit tu sampai ke telinga. sabtu hari tu bila sy lusuh tekak sy dgn lampu sy dapati ada seketul darah yg dah beku saiz kecil sahaja (macam kita cucuk jarum kat tangan utk cek gula tu). waktu malam saya perit nk menelan air liur dan sejak hari ahad dinding tempat tonsil tu kemerahan dan mula ada perubahan suara ke serak sedikit. adakah situasi ni biasa berlaku selepas sebulan pembedahan tonsil? adakah saya perlu berpantang lagi selepas sebulan pembedahan seperti tak boleh makan pedas, makanan yang panas, tak boleh ke tempat awam, tak boleh ke tempat yang ada asap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jika ada ketulan darah, elok diperiksa semula doktor. Kebarangkalian ada jangkitan pada tekak dan memerlukan antibiotik. Selalunya bahagian operation tonsil sudah sembuh dalam masa sebulan. Saya nasihatkan jumpa dengan doktor untuk rawatan.

      Delete
    2. alhamdulillah darah dah ok. cuma suara masih lagi serak dan ada masanya langsung tak ada suara. ada buat endoskop hari ni dan doktor sahkan saya kena muscle tension dysphonia. normal ke selepas buang tonsil kena MTD ni? adakah bahaya kalau kita tak merawatkannya? tips untuk legakan masalah ni ada tak? perlu berpantang ke?

      Delete
    3. Setahu saya, ia tiada kaitan dengan pembedahan tonsillectomy. Masalah MTD boleh pulih, dengan bantuan 'speech therapy', terapi pertuturan. Ia tidak merbahaya. Tetapi elok dirawat segera kerana jika lagi lama, lagi sukar untuk mendapatkan suara 'normal' kembali. Adakalanya rawatan lain perlu ditambah tetapi ini bergantung kepada pemeriksaan yang dijalankan doktor, samada perlu atau tidak.

      Delete
  82. Assalam doktor sy nak bertanya tekak sy bengkak di bahagian pharing sebelah kanan, tp sy xde masalah untuk menelan, cuma sy ada rasa seperti ada benda tersekat bila sy menelan air liur, sblum ni sy ada berjumpa dgn doktor di klinik ent kerajaan doktor dah buat skop melalui hidung dan mulut tp doktor kata sy xde masalah apa2. Bolehkah sy ambil antibiotik. Dia hanya memberi ubat kumur sahaja pd sy, sy sgt takut dan risau dgn keadaan yg sy alami sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Tidak perlu antibiotik sekiranya tiada jangkitan kuman. Cuba ubat yang diberi dahulu. Sekiranya masalah tidak sembuh selepas 1-2 minggu , elok diperiksa semula. Harus juga jaga pemakanan; kurangkan yang pedas, masam dan berminyak.

      Delete
    2. Ieyda ieyda situasi kita sama....wassap ara kite kongsi2 pengalaman 019 6489567

      Delete
  83. Salam doctor. Semenjak 2 bulan lepas , saya rase mcm ade something tersekat dlm tekak sy. Bermula lepas mkn ikan bilis, rase mcm ade tulang dlm tekak. Bile cbe dikeluarkan tiada ape. Sy dah berjumpa doc ENT. Tiada masalah @ ketumbuhan dlm tekak sy. Cme doc ENT comment ade mukus dlm tekak berserta tonsil sy bengkak sebelah. Buat pengetahuan doc, tonsil sy mmg besar sebelah dr dahulu. Kadang2 rase tersangkut ni akan hilang, tp selalunye ade. Adakah ini jejala kanser tekak peringkat awal. Adakah tonsil yg berngkak juga menyumbang rse sangkut ? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa tekak dengan lebih lanjut. Di klinik pakar ENT, saya akan melihat sehingga ke bahagian peti suara untuk pastikan tiada sebab lain untuk 'rasa tersangkut'. Sekiranya, tiada masalah lain baru boleh kata mungkin disebabkan tonsil yang besar sebelah.

      Delete
  84. Terima kasih atas pandangan doc. Rase tersangkut ni akang hilang lepas makan nasi. Dan akan kembali rase tersangkut selepas 2@3 jam. Suara sy buat masa ini masih normal doc dan tuada masalah utk
    Menelan @ minum. Apakah kemungkinan yg mungin berlaku pada peti suara doc?

    ReplyDelete
  85. Salam doc....sy ada masalah bila telan air liur rasa sesuatu....mkn minum ok...ada juga kkdng rasa mcm ada mkanan tertinggl....tp jarang....sy dag pergi berjumpa dengan 2 pakar ent.....dah buat scope dan ct scan x de masalah....cuma radang tekak.....sy sudah sebulan lebih rasa begini....normal ke doc kalau radang lambat baik...makan minum saya dah pantang...ais dan pedas sy tak makan....doc saran kan saya pergi pakar gastro.....boleh ke saya makan sahaja goviscon tanpa berjumpa doc pakar gastro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Pakar ENT yang merawat mengesyaki masalah refluks. Elok diperiksa pakar gastro kerana rawatan refluks bukan hanya Gaviscon. Mungkin lega sementara sahaja.

      Delete
    2. Owh...makna nya ada ubat lain la ye?? Normal ke doc radang lambat elok....sebab doc ent yg rawat saya tu dia kata ada yg berbulan2, dan ada yg mkan masa setahun lebih.....keadaan mcm ni betul2 buat rasa tak selese.....

      Delete
  86. Lagi 1 doc...saya jumpa 2 pakar....1 pakar suruh jumpa pakar gastro, kalau keputusan gastro tak ada prob, dia nak buat ct scan untuk sinus hidung....tp saya tak ada masalah2 dekat hidung..mcm hingus, bersin2 dan lain2....lagi 1 pakar suruh jumpa pakar saraf...kenapa ye...adakah saraf tekak sy prob...saya dah pening...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok bertanya dengan doktor yang merawat. Pasti beliau ada sebab untuk melakukan sesuatu ujian atau rujuk kepada pakar saraf. Agak sukar untuk masalah ini diperjelaskan dalam blog tanpa saya melakukan pemeriksaan ke atas pesakit. Saya mungkin memberi nasihat yang salah dan bercanggah dengan doktor yang merawat tanpa asas pemeriksaan klinikal yang penting dalam proses merawat pesakit.

      Delete
  87. Doctor. uncle saya sudah disah kanser peti suara tahap 3, adakah ada peluang untuk sembuh jika rawatan diambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Rawatan untuk kanser peti suara tahap 3 melibatkan pembedahan dan radioterapi +/- kemoterapi
      Lebih wajar bertanya soalan mengenai peluang sembuh kepada doktor yang merawat kerana ada beberapa faktor yang terlibat. Dan setiap pesakit adalah berbeza.
      Secara amnya, kanser peti suara tahap 3 dengan rawatan, 5 year survival rate dalam lingkungan 60%

      Delete
  88. Salam doktor.

    Tolong saya. Saya selalu kena macam ni. Masa nak keluarkan lendir @ kahak, kadang-kadang biji bersaiz 0.1-0.5cm berwarna kehijaun (macam warna kahak pekat) mesti ada. Kenapa jadi mcm tu? kadang-kadang bila kerap keluar biji tu bila tiap kali nak buang lendir, saya mcm rasa tekak saya luka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok diperiksa. Kemungkinan ada jangkitan pada bahagian sinus yang menyebabkan lendir sebegitu. Pemeriksaan endoskopi di klinik dapat membantu melihat punca lendir tersebut. Perlu juga pastikan bukan masalah paru-paru

      Delete
  89. Salam doktor,

    Saya rasa seperti banyak sangat air liur yang berkumpul di kerongkong saya. Tetapi tak berasa sakit bila saya makan dan minum. Cumanya berasa kurang selesa sebab asyik nak kena batuk. Apakah masalah dan puncanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Elok mendapatkan pemeriksaan endoskopi hidung dan tekak. Kami melakukan pemeriksaan tersebut di klinik untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi

      Delete
  90. Saya Ada masalah, sejak bbrp bulan kadang2 saya ada Ada macam sesuatu tersangkut di kerongkong, ianya on and off, yg paling ketara Bila saya batuk,kadang2 saya Perasaan Macam lendir yang keluarga, saya tak rasa sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sama seperti kes di atas. Pemeriksaan endoskopi dapat memastikan samada ada bengkak atau tumor. Dan sekiranya hanya lendir, boleh melihat punca lendir tersebut

      Delete
  91. Salam doktor..

    Saya ada masalah rasa tak selesa dibahagian tekak lebih dari sebulan,rasa macam leher di tekan. Bila makan ubat apa2 rasa macam ubat tu x turun. Untuk mengurangkan rasa tak selesa tu, sy terpaksa batuk dan dan sendawa tp rasa mcm ada kahak yg x bole nk keluar.. kadang2 rasa sakit dada n perut belah kanan di bawah tulang rusuk disusuli rasa x selesa pada pingang dan belikat belah kanan? Bila refer doktor kata x da apa2 masalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Pemeriksaan endoskopi tekak dapat pastikan samada ada benjolan di dalam yang menyebabkan ada masalah menelan/makanan sangkut.
      Tapi daripada cerita saudari, ada juga kebarangkalian masalah berpunca daripada bahagian perut atau pundi hempedu.
      Elok berjumpa doktor klinik untuk mendapatkan kepastian diagnosis dan dirujuk kepada pakar berkenaan samada ENT atau Gastroenterologi

      Delete
  92. Salam doktor..

    Saya ada masalah rasa tak selesa dibahagian tekak lebih dari sebulan,rasa macam leher di tekan. Bila makan ubat apa2 rasa macam ubat tu x turun. Untuk mengurangkan rasa tak selesa tu, sy terpaksa batuk dan dan sendawa tp rasa mcm ada kahak yg x bole nk keluar.. kadang2 rasa sakit dada n perut belah kanan di bawah tulang rusuk disusuli rasa x selesa pada pingang dan belikat belah kanan? Bila refer doktor kata x da apa2 masalah?

    ReplyDelete
  93. salam.. nk tnya kalau sy ada masalah sakit telinga.. dekat 3 minggu.. telinga terasa mcm ada angin n air.. tp xboleh kluarkan.. sy juga sering korek telinga dan kadangkala hingga ada darah, kekuning kuningan serta kehitaman.. seakan sperti ada ketulan sperti gumpalan tisu berwarna kuning dan hitam.. sejak pristiwa ini tekak sy belah telinga yg sakit sering terasa ngilu dan sakit.. mohong pnjelasan samada serious atau x masalah sy ini doktor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kemungkinan ada jangkitan telinga seperti kulat. Elok diperiksa untuk kepastian dan rawatan. Jangan biar ia melarat

      Delete
  94. Aslm Dr. Sya nak brtanya..sebelum ini saya mengalami pedih ulu hati dan sering buang angin.kemudian saya rasa tekak saya mcm ada sesuatu yg menyekat.apabila saya sendawa ataupun minum air.akan menjadi lega dan hilang..Telah membuat rawatan ecg tp tiada masalah. Dr kata Gerd dan memberi ubat gastric. Bahu saya juga kejang di sebelah kiri dan di belikat..tp selepas itu masih rasa ada bnda trsangkut di kerongkong belah kiri..adakah ini symptom yg dr maksudkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Teruskan rawatan untuk GERD. Pemeriksaan endoskopi tekak dapat menentukan samada ada bengkak di bahagian tekak berkaitan dengan GERD atau ada ketumbuhan/tumor. Jika simptom masih berlarutan walaupun dengan rawatan untuk GERD, elok diperiksa untuk kepastian.

      Delete
  95. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  96. Assalamualaikum. Saya seringkali merasa bahang di dalam tekak dan ianya merimaskan dan telah berlanjutan selama hampir sebulan. Adakah ini tanda kanser tekak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Kemungkinan tidak tetapi perlu pemeriksaan doktor untuk kepastian

      Delete